Perniagaan Yang Belum Diteroka

7 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sudah baca berita hari ini, berikut adalah fakta yang menarik yang dipetik dari Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung :

- 11.7 billion SMS dihantar antara Januari dan Mac 2007
- Pengguna telefon bimbit mencecah 20.8 juta dengan purata SMS dihantar adalah 563 dalam tempoh tersebut.
- Berbelanja ke arah SMS hiburan menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan

Tidak menghairankan kerana manusia suka berhibur.

Jadi kalau ada anak-anak yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hiburan SMS, jangan salahkan anak-anak. Atau adakah sebenarnya orang yang suka berhibur ini adalah orang dewasa? :)

Sebenarnya bisnes SMS ini terlalu tertumpu kepada perniagaan berbentuk hiburan sehinggakan seolah-olah tidak nampak apakah model perniagaan yang lain. Cuba fikir sejenak :

1. Maybank2U menggunakan SMS sebagai nombor TAC keselamatan
2.  Polis menggunakan SMS untuk Rakancop
3. JKR menggunakan SMS untuk Sistem Aduan
4. Memeriksa Saman Kenderaan
5. Sistem SMS Bersepadu Dr Tuah

Adakah aplikasi ini suatu hiburan? Tidak. Aplikasi ini memang aplikasi yang digunakan oleh orang dewasa.

Tetapi fakta yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah lebih 70% telefon bimbit dimiliki oleh orang dewasa dan belia!

Jadi mengapa tidak tumpukan kepada perniagaan SMS yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar ? Mungkin disebabkan skop pandangan kita yang terlalu kecil yang melihat industri hiburan semata-mata sehingga terlupa peluang yang lebih besar.

Kalau anda tengok kedai makan, rata-rata menawarkan makanan yang sama. Goreng-goreng yang sama. Seolah-olah tiada resepi atau citarasa baru! Atau cuba lihat perniagaan cyber cafe yang rata-rata menawarkan online gaming untuk tarik perhatian kanak-kanak untuk datang bermain.

Bahkan dalam seminar perniagaan SMS, saya terpaksa ‘memancing’ minat dengan perniagaan SMS hiburan. Tetapi sekiranya ada yang sedar, saya ‘putarkan’ supaya lebih ramai menceburi perniagaan SMS untuk golongan pasaran yang lebih besar. Terpaksa! Lupakan hiburan seketika…
Mungkin ramai yang tiada pengalaman atau pengetahuan, menyebabkan industri perniagaan ini seolah-olah hanya dalam ruang lingkup bisnes hiburan sahaja. Tetapi saya percaya, berikan sedikit masa. Senario ini akan berubah. Biasanya kalau berhibur ini, ada masanya akan jemu dan bosan.

Maka manusia akan berubah angin pula ke hiburan yang lain.

Itulah manusia!

p/s : Penyertaan Seminar SMS masih dibuka dan masih terdapat beberapa tempat kosong yang terhad. Daftar Sekarang di sini!


Actions

Informations

6 responses to “Perniagaan Yang Belum Diteroka”

8 11 2007
afzan (00:08:51) :

cimb pun guner tac jugak.

8 11 2007
AzamWahid (14:05:58) :

Hi semua. :)

WOW! teruja saya dengan info yang diberi! apa maknanya tu? pasaran guys (girls)! pasaran yang tersedia!

bagi saya, yang terpenting adalah niat asal penyedia servis (atau produk) itu sendiri. kalau baik apa yang diniatkan, maka itulah yang akan sampai kepada pengguna itu sendiri. jika sebaliknya berlaku, kesian, bertambah lagi seorang manusia yang ‘menyusahkan’ kita (pengguna).

bagi saya, hiburan itu perlu. tapi, kita sebagai orang yang bijak (pastinya anda! ), perlu suaikannya. jangankan sehingga habis RM50, mengundi ke siapa yang anda sokong (rancangan realiti misalnya) dalam hanya semalam!

pentingnya, amat kritikal bagi ilmu. tingkatkan ilmu dari masa ke semasa! amat kritikal guys (girls)!

Sifu, saya amat yakin, Sifu dapat menjadi pelopor era sms Malaysia! Irwan Dahnil, Sifu SMS Malaysia! saya (dan kami, pengikut-pengikut setia Sifu yang lain), pasti akan menyokong Sifu di belakang!

ganbante Sifu! :D

p/s: camne boleh saya sertai laman eksklusif laman ini?

= AzamWahid@yahoo.com =

9 11 2007
irwan.dahnil (08:02:09) :

afzan > Banyak lagi..cuma kita je yang tak sedar. Jz to name few of it

Azam > TQ for your support. Laman eksklusif utk pelanggan ebook sahaja dan sedang dikemaskini

10 11 2007
AzamWahid (11:01:49) :

Sifu Irwan, :)

refer to how to join laman eksklusif.

kini saya punyai ebook ‘potensi pasaran sms’ dan ‘eval manual pemasaran sms’. adakah dengan ebook yang saya punyai ini membolehkan saya menyertai laman itu nanti?

jika tidak, bolehkah Sifu menerangkan step by step, ebook yang mana perlu saya perolehi, untuk melayakkan saya menyertai laman eksklusif itu. hope, you can help me out.

:D

= AzamWahid@yahoo.com =

10 11 2007
irwan.dahnil (12:24:33) :

Azam > Lama eksklusif dulu untuk pelanggan yg membeli ebook Rahsia Buat Duit Dgn SMS.Ebook yang azam muat turun tu is a free version. so tak dapat lah ya! Ebook pula saya telah tukarkan pakejnya bermula 1/Nov untuk membolehkan laman tersebut saya kemaskini. Saya nak buat laman untuk membership lepas ni :) Nanti2 lah ya.. Sabarrr

10 11 2007
AzamWahid (22:26:36) :

so desuka. :)

thanks for the explanation then. nanti dah siap kemaskini laman eksklusif tu, Sifu inform to the audience step-stepnya ya.

arigato. :D

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>