Back End Selling : Strategi Biasa Dalam Bisnes

15 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Satu perkara yang kita sering lupa, lebih2 lagi sebagai usahawan baru adalah teknik back end selling. Tak kira sama ada perniagaan internet atau perniagaan biasa, back end selling ada strategi yang biasa digunakan.

” Back end selling adalah menjual produk yang lain selepas menjual produk yang pertama kepada pelanggan yang sama. Dengan menjual produk back end dapat meningkatkan jualan antara 30% - 50%! “

Kalau anda pernah pegi makan di McDonald, mungkin selepas anda buat order anda, pelayan akan tanya “Encik nak tambah aiskrim? Nak tambah fries?”. Kadang-kala anda tak sempat berfikir panjang, dan terus berkata, “Ya!”. Ini meningkatkan jualan perniagaan mereka.

Atau kalau anda menghadiri seminar perniagaan atau motivasi, tentu anda perasan penganjur juga menjual produk yang lain seperti buku atau VCD kan? Jadi peserta seminar yang masih bersemangat, cenderung untuk membeli produk2 tersebut. Secara tidak langsung, penganjur mendapat 2 pendapatan sekaligus dalam sesuatu seminar.
Salah satu strategi pendaptan extra secara pasif adalah menciptakan sebanyak mungkin produk backend anda. Semakin banyak produk anda, semakin banyak anda boleh tawarkan kepada pelanggan anda, maka semakin banyak jualan anda boleh lakukan.

” Lebih menguntungkan, produk backend anda hendaklah produk anda sendiri, yang anda hasilkan sendiri. Ini akan meningkatkan margin keuntungan dan memberikan jualan yang lebih.”

Boleh juga jualkan produk orang lain sebagai produk backend, tapi tentunya margin untungnya lebih rendah.

Ini adalah mengapa, seseorang usahawan yang bijak menyediakan begitu banyak produk backend selling sendiri. Anda bagaimana ?

p/s : Saya nak kluarkan produk VCD pula lah lepas ni .. Macam menarik je idea tu..


Actions

Informations

3 responses to “Back End Selling : Strategi Biasa Dalam Bisnes”

16 11 2007
Panduan FTP (15:18:52) :

slmt ptg irwan,
kelmarin saya dengar irwan call radio24…
saya suka pertanyaan irwan tu…

untuk back end ni, memang boleh tingkatkan keuntungan yang baik dari pelanggan yang sama…

han

22 11 2007
irwan.dahnil (04:48:55) :

han > nanti nak dengar han pula yang call :)

27 11 2007
Encik Dlie (10:10:19) :

Betul tu.. back end selling merupakan satu pendapatan extra kepada diri kita. Saya sendiri pernah melakukannya.. dan seronok kerana kita tahu bahawa pelanggan tersebut sudah yakin dengan kita.. :-)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>