Formula kejayaan mudah..
22 11 2007Salam sejahtera pembaca blog,
Saya memohon maaf kerana selama seminggu saya meninggalkan blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya saya betul2 sibuk dengan urusan yang ‘lebih besar’. Saya rasa agak kecut perut kerana belum semua azam tahun ini saya dapat capai. Hampir tercapai, cuma memerlukan lebih usaha secara offline.
Anyway, satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah Formula Kejayaan.
Kebanyakan dari kita terasa kejayaan tu seolah-olah jauh betul dari diri kita. Selalu kita lihat orang lain yang lebih hebat, sedangkan kita ni nampak macam BBA (biasa-biasa aje).
Sebenarnya semua orang telah mencapai kejayaan.Cuma kita tidak sedar atau kita tidak ukur @ tidak tahu ukur kejayaan tersebut. Ini penting kerana dengan mencapai sedikit kejayaan akan menjadi motivasi untuk kita terus berjaya.
“Kegagalan untuk mengukur tahap kejayaan, menjadi faktor utama kegagalan kerana kita terasa jauh benar untuk capai kejayaan yang kita mahukan “
Tidak kira dalam apa perkara. Contohnya apabila kita berniaga tetapi kita masih belum kaya, masih belum punyai duit bertan-tan, atau kereta mewah, atau hartanah yang berjuta, kita akan rasa kita gagal.Tetapi kita lupa sebenarnya banyak lagi cara mengukur kejayaan.
Mungkin diukur dari pertumbuhan pelanggan, mungkin dari pengurusan kredit, mungkin dari perkembangan produk, mungkin dari rangkaian perniagaan. Bukankah itu suatu pencapaian dan kejayaan kecil yang memberi motivasi ?
Dengan memberi penghargaan kepada pencapaian yang kecil itu lebih mudah untuk kita mengukur kejayaan. Dan yang paling penting, motivasi kita akan terus meningkat kerana walau sekecil mana pun pencapaian, kita akan terasa nikmatnya.
Pedulikanlah apa orang lain kata. Yang penting kejayaan itu milik anda, tiada siapa yang mampu untuk membawa lari kejayaan yang anda capai dari anda.
Lepas ni, jangan cakap yang anda tidak punya sebarang kejayaan.
” Fikir-fikirkan apa yang anda telah capai, dan menadah tanganlah anda bersyukur kerana tidak semua orang diberikan nikmat kejayaan yang anda telah capai ketika ini “
















A’aa,betul tu.Dari kejayaan kecil bagi semangat bagi saya utk terus berusaha.Contoh dalam penjualan produk pertama saya,walaupun untung tak seberapa tapi dah bagi kepuasan sebab dari titik peluh saya.
Semua tu buat kita terus berusaha sebab kita tau yang rezeki tu tetap ada asalkan kita mau berusaha.Syukur sangat2.
tq bro atas motivasi ni.
Memulakan perniagaan yang pertama memang sukar, tambah pula jika baru mula menapak.. cubaan dan dugaan tu memang besar.. namun.. jika kita terus berusaha dan berpegang pada prinsip serta sentiasa bermotivasi.. InsyaAllah kita boleh berjaya..
Setiap orang memang pernah merasai kejayaan.. Jadikan kejayaan yang pernah anda rasai sebagai motivasi untuk berjaya dalam apa jua bidang.. yang penting, tingkatkan ILMU dalam bidang tersebut..
Hi semua.
pertama-tama, selamat berjuang kepada penyiapan azam-azam Sifu Irwan yang mendatang. Nabi pernah berpesan, rebutlah kamu 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara (antara lebih dan kurang intipati hadisnya). dan di antaranya adalah, rebutlah masa lapangmu sebelum datangnya masa sibuk. insyaALLAH, kerja-kerja seharian akan menjadi mudah… ganbate Sifu!
tip yang simple, namun amat berkesan! (pastinya kepada mereka yang memahaminya) inilah sebenarnya kuasa mindset yang ada pada semua kita. jika positif yang kita ‘tune’kan, positiflah ia. jika sebaliknya, sebaliknyalah ia. satu yang pasti, mereka yang berjaya pastinya bermula dengan dia yang tidak berjaya sebelumnya…
teringat saya akan pesan COACH Azizi. kalau sesuatu yang kita lakukan (dalam masa yang lama), dan masih lagi tidak membuahkan hasil - yang kita puas, pasti ada sesuatu (formula, semangat, skil, ilmu dan sebagainya) yang tidak kena. saranannya, stop from what we do at past. yap, stop. start a brand new day! yap, i most agree with him because of, pasti apa yang kita lakukan selama ini, tidak kena dengan diri kita sendiri! cari, tanya, belajar, apa-apa sahaja yang boleh dibuat sebaliknya! (berkenaan dengan ini, saya amat cadangkan anda membaca 2 buku tulisan Azizi Ali iaitu ‘Jutawan Ekstrem’ dan ‘ Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda’. lawati websitenya: www.MillionairesPlanet.com)
motivasi diri sendiri amat penting. (ya, anda sendiri yang perlu memotivasikan diri anda sendiri terlebih dahulu. dengan ini, anda pasti yakin dengan diri sendiri) walaupun kejayaan yang kecil, tetapi ia pasti akan mencapai kejayaan mutlak kelak. (freedom life mungkin; really live life) sebagai contoh, tahun pertama bisnes internet Sifu Irfan Khairi juga kecil hasilnya. namun, dia terus lakukannya (pasti dengan minat yang amat mendalam) dan lakukannya. nah, lihat siapa dia sekarang! prinsip ‘just do it’ amat berkesan di sini!
yap, saya setuju benar dengan nasihat daripada Encik DLie. ilmu amat penting. kritikal. apa bidang sekali pun, ia amat kritikal. dan jangan sesekali anggap yang kita mahir sepenuhnya akan sesuatu perkara. nothing is perfect. menuntut ilmu adalah aktiviti continously. hingga kita tuttt…
akhir sekali, syukur amat penting. amat, amat, amat. (oh, saya ulangnya 3 kali!) secara tidak sedar, ia menyedarkan kita betapa perlunya kita bergantung kepada apa jua. bagi mereka yang bukan Islam, anda juga boleh bersyukur, mungkin dengan menghadiahkan sesuatu pada diri anda sendiri. anda pasti bangga menjadi diri anda sendiri.
P/S: Sifu, panjang plak post saya kali ni. idea dan mood mencurah-curah! harap-harap ia dapat membantu semua (secara tidak sedar juga, ia membantu diri saya sendiri!)
= AzamWahid@yahoo.com =
Tidak pernah lupa bersyukur
Setuju dengan pendapat saudara. Kebanyakkan orang mengukur kejayaan dalam masa yang singkat. Sebab itu masih ada lagi orang yang terjebak dalam bermacam2 skim skrg ini. Ini adalah sebahagiannya yang mahu mencari kejayaan segera.
Bagi saya, kejayaan tahun ini adalah dapat melahirkan blog yang kedua. Setelah hampir setahun berbloging kini saya baru bermulanya fasa pertama.
Bila diukur diukur berdasarkan pencapaian material itu sebab kita selalu lupa pencapaian yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar