Kalau anda dah gali lubang…

30 11 2007

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kalau anda sering mengunjungi blog saya, tentunya anda terperasan bahawa jarang sekali blog ini dikemaskinikan sepanjang bulan November. Balik-balik post lama je kan.

Sekarang tidak lagi!!!! Selama 3 bulan saya bergantung harap dengan talian internet dial-up, merangkak-rangkak, tetapi sejak semalam Celcom Broadband dah ada coverage. Alhamdulillah. So saya boleh kembali aktif seperti biasa.

Post kali ini bercerita mengenai masa lampau, bercerita mengenai ‘lubang hutang’ yang telah saya gali..

Biarlah anda menjadi penggali lubang emas bermula usia muda dari penggali lubang hutang malang yang sudah tua !

Sepanjang 8 tahun saya bergelar usahawan sepenuh masa, rupa-rupanya banyak betul lubang yang telah saya ‘gali’ tanpa saya sedari. Mungkin 8 tahun dahulu saya tidak mempunyai asas yang kuat dalam personal financial menyebabkan keadaan semakin teruk.

” Sudah lah banyak lubang yang digali, saya pula terjun masuk ke lubang. Ada pulak orang datang, tolong timbuskan lubang tersebut ”

1. Saya memulakan perniagaan pada awalnya dengan ikhlas ibu saya dengan meminjamkan sejumlah RM10,000 untuk memulakan perniagaan. Nampak macam menyeronokkan, tetapi sebenarnya pertama kalinya, tanpa saya sedari saya telah mula menggali lubang saya sendiri!

2. Saya sempat bekerja di sektor swasta selama 6 bulan sebelum berhenti dari makan gaji dan mula berniaga. Sepanjang 6 bulan, saya mempunyai 5 kredit kad dan setiap satunya sekarang mempunyai kredit limit sekitar RM7,000 - RM15,000!

3. Wang keuntungan dibelanjakan bukan untuk membeli aset ( dah tentunya tukar kereta, upgrade sport rim, atau seumpama dengannya)

4. Mempunyai tabungan konsisten setiap bulan, tetapi secara konsistennya juga membelanjakan tabungan !

5. Tidak membayar sebarang hutang yang mempunyai interest yang berterusan terlebih dahulu (seperti kredit kad) sebelum membayar hutang-hutang yang tidak mempunyai interest (seperti loan pada ibu saya. Biasalah, anak beranak biasanya takde interest :) )

6. Tidak membuat pelaburan awal dengan wang yang ada. Sebaliknya wang mengalami inflasi mengurangkan kuasa beli pula. Dulu rumah sekitar RM150,000 sekarang sudah melonjak ke RM200,000!
Kesimpulannya, 3 tahun pertama saya berniaga, saya rasakan lubang saya terasa semakin dalam. Nak kata berniaga tak laku, tidak juga. Malah ada juga kontrak dan tender yang mencecah jutaan ringgit.

Memang dahulunya duit tidak terasa di tangan!

Anda fikir-fikirkan. Berapa ramai diantara kita yang mengalami masalah yang sama seperti saya.

Istilah berniaga ‘cukup makan’, cukup untuk bayar gaji staff, sewa utiliti dan sebagainya.

Untuk mengelakkannya, mudah sahaja. Anda jangan buat lubang seperti yang saya nyatakan diatas. Kalau nak buat lubang sekali pun, take a full control of credit or loan repayment.

Pastikan lubang anda semakin lama semakin ditutup tetapi bukan dengan menggali lubang baru :)

Jangan teruskan biarkan diri anda berada dalam… lubang!


Actions

Informations

9 responses to “Kalau anda dah gali lubang…”

30 11 2007
waka (23:54:23) :

hmmm…bab gali lubang ni, sebenarnye ramai, paling ramai mengali lubang maut dari menggali lubang emas. saya pun pernah terkena dahulu, kalau cerita pasal kad kredit ramai yang terover. Alhamdulillah semua dah settle yang berkaitan hutang kad kredit, tp adala pula masalah lain…iaitu lubang2 lain yg perlu di kambus untuk mengelakkan tertimbus hehe

1 12 2007
JimieRay (01:13:35) :

Huu..huu.. Teringat lagu korek lubang tutup lubang. Cukup berkesan sidiran lagu itu.

1 12 2007
irwan.dahnil (14:27:28) :

:) .. Macam berbalas pantun dan bergurindam pula ye

2 12 2007
AzamWahid (12:41:41) :

Hi semua. :)

saya amat setuju dengan antara kenyataan Sifu Irwan iaitu sebaiknya (malah, semesti-mestinya!), ‘lubang’ ini ditembus secepat mungkin. mengapa? kerana yang pasti, tiada siapa yang tahu bila namanya akan dicatit dalam sijil kematian (hah, kalaulah ada orang yang tahu akan perkara ini, pasti hebat dia kan! hahaha… takde maknanya…). :)

habis sahaja membaca post kali ini, nah, bukankah ilmu dan pengetahuan (malah pengalaman juga) yang berkaitan dengan pengurusan kewangan (pengurusan kewangan peribadi terutamanya) adalah amat, amat, amat kritikal! (ada kepentingannya mengapa saya mengulang ‘amat’).

tip saya, mula menyimpan 10% pengaliran masuk anda. setiap yang masuk, hadiahkan diri anda dengan simpanan 10%. kemudian, belajar, belajar, belajar. anda cari, pasti jumpa. dah itu sifirnya. :)

PS: banyaklah belajar daripada COACH saya, COACH Azizi Ali. baca buku-bukunya. sentiasa ikut perkembangannya. ada maknanya saya letakkan PS ini, heheh… :D

PSS: layari laman blog sementara saya. mengapa? kerana fokus dan kepakaran saya akan WANG dan BISNES. banyak anda boleh belajar dari sana! :)

= http://www.AzamWahid.wordpress.com =

2 12 2007
sham (22:17:39) :

Tahniah dah dapat orang baru..

Dah ada 3g, kena bli modem la..:p

3 12 2007
Encik Dlie (11:25:56) :

Memang benar tu En Irwan.

Ramai rakan-rakan saya tersangkut dengan hutang ni… sampaikan surat bank dah hantar ke pejabat dan rumah.. (Tertunggak).

Ada juga rakan saya yang cabut lari.. (berhenti kerja) takut surat sampai ke tangan. Nanti kalau kena saman, alasannya surat tak dapat.. :-)

Ada je cara nak lari dari hutang, tapi buat hutang tahu plak.. nak settle tak reti..

So, beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum mengambil hutang ialah, berapa banyak yang kita mampu byr setiap bulan (ambil kurang daripada itu), mampu byr lebih dari yang sepatutnya setiap bulan & pastikan hutang mendatangkan hasil.. bukan hutang untuk dibelanjakan… :-)

4 12 2007
irwan.dahnil (08:32:22) :

AzamWahid > Betul. Mesti ada asas kewangan yang kukuh

sham > tq… makin banyak tanggungjawab ni.. :)

Encik Dlie > Saya ada kawan yang sampai sekarang ni di blacklist oleh bank sebab tak bayar kad kredit.CCRIS & CTOS pun dah blacklist. Hutang kad kredit dia tak lebih RM30K bank masih tak boleh nak declare dia ni muflis. Tu yang lari2 dari bank tu

16 12 2007
N (12:25:23) :

Bagus penyedaran sebegini… IQ saja x cukup. FQ (financial quotient) pun kena ada untuk hidup kurang dibelenggu hutang keliling pinggang…

31 03 2008
catzer (15:11:46) :

Biasalah, skang ni ramai gali lubang utk tutup lubang..:D

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>