Persepsi : Melihat Perniagaan Anda

3 12 2007

Salam Sejahtera,

Dalam perniagaan, satu elemen yang penting adalah persepsi. Persepsi adalah perkataaan yang saya istilahkan tentang sudut pandang sesuatu perniagaan. Bagaimana anda melihat perniagaan anda?

” Apa yang anda pandang pada perniagaan anda, itulah yang terpancar di mata pelanggan anda “

Perniagaan yang mempunyai pejabat yang cantik dan kakitangan yang ramai memberikan persepsi kepada pelanggan bahawa perniagaan ini adalah besar dan mantap. Atau website yang cantik dan kemas memberikan imej yang positif kepada perniagaan. Atau bungkusan produk yang cantik dapat meningkatkan ‘nafsu’ pelanggan untuk membeli.

” Perniagaan kecil atau besar, perlu menjaga persepsi pelanggan ”

Hakikatnya persepsi boleh diubah dengan memperbaiki cara anda menampilkan perniagaan. Tidak semestinya perlu berbelanja besar untuk memberikan imej yang baik, tetapi cukup dengan ‘upgrade’ perkara yang dinilai oleh pelanggan.

~ Sekiranya persepsi pelanggan anda datangnya dari internet, maka perbaiki laman web anda.

~ Sekira persepsi pelanggan datangnya dari seminar atau ceramah, perbaiki cara komunikasi anda.

~ Sekiranya pelanggan datangnya dari produk anda, perbaiki cara pembungkusan produk anda

~ Sekiranya pelanggan datang dari recommendation, perbaiki cara penampilan anda.

Tidak perlu semua diperbaiki takut2 jadi Mr Perfect pula, memadai dengan memberi persepsi baik kepada bakal pelanggan anda.

Tapi ada juga pelanggan yang menilai dengan kereta yang anda pandu atau sukan yang anda main (golf). Tak salah, tetapi anda perlu jawab soalan ;

” Adakah dengan berkereta besar ini, pelanggan atau jualan saya akan bertambah ? “

Sekiranya jawapannya Ya, mungkin anda boleh perbaiki. Tapi kalau papa untuk bergaya, atau untuk menunjuk-nunjuk, walhal pelanggan tidak membeli dari anda, maka tiada gunanya!

Melawan persepsi lebih susah, dari menetapkan persepsi. Contohnya bila kita sebut sahaja usahawan, pelanggan telah terbayang perniagaan yang mempunyai ruang pejabat yang cantik dan beberapa kakitangan. Atau bila sebut sahaja jutawan, orang akan membayangkan tentang kereta Mercedes atau rumah besar.

Tapi bagaimana dengan jutawan yang hanya naik kereta ‘biasa-biasa aje’ ? Atau perniagaan yang tidak mempunyai pejabat atau kakitangan yang ramai ?

Mengubah persepsi tidak mudah, tetapi tidak mustahil. Perniagaan internet mengubah persepsi bahawa sesuatu perniagaan tidak semestinya mempunyai pejabat. Jutawan yang mengawal perbelanjaan, tahu bahawa kereta itu menyusut nilainya saban tahun. Bila orang mula melihat hakikat dan tidak dikaburi fakta yang salah, maka persepsi boleh diubah.

” Mengubah persepsi pelanggan menjadi positif terhadap perniagaan anda adalah kejayaan yang sentiasa akan kekal dan kejayaan yang tidak ternilai! “

Kuiz Persepsi :

Cuba anda lihat imej di sebelah. Adakah ia berpusing ke kiri atau ke kanan ? Apakah jawapan anda ? Anda boleh tergolong dalam 2 golongan :

Golongan 1 : Sekiranya anda melihat ia berpusing ke kanan, cuba anda ubah persepsi anda bahawa ianya berpusing ke kiri.

Kemudian anda ubahkan semula supaya ia berpusing ke kanan semula.

Golongan 2 : Sekiranya anda melihat ia berpusing ke kiri, cuba anda ubah persepsi anda bahawa ianya berpusing ke kanan.

Kemudian anda ubahkan supaya ia berpusing ke kiri semula.

Sekiranya anda berjaya lakukannya, begitu juga dengan pelanggan anda. Mereka boleh mengubah sesuatu persepsi terhadap perniagaan anda, juga boleh untuk mengubahnya semula kepada persepsi asal sekiranya anda yang mengubahkannya!

p.s : Kajian menunjukkan sesiapa yang boleh ubah persepsi imej diatas, mempunyai IQ yang melebihi 160! Siapa yang tak dapat ubah tu, maaf kan saya … :)

p.p.s : Saya akan ubah persepsi perniagaan SMS yang negatif menjadi positif pada 15 Disember ini melalui Workshop Praktikal Perniagaan SMS. Penyertaan dibuka sekarang!


Actions

Informations

10 responses to “Persepsi : Melihat Perniagaan Anda”

5 12 2007
Encik Dlie (06:04:20) :

Saya dah berjaya ubah persepsi berkaitan gambar di atas.. ada trik gambar tu yer.. :-)

6 12 2007
siti (07:29:54) :

Bila tgk bahagian kaki, senang ubah persepsi, tgk bahagian atas susah skit, sebab bahagian atas ada gangguan seksual kot..hehe..

10 12 2007
irwan.dahnil (08:11:32) :

Encik Dlie > Tinggi juga IQ ya!

Siti > Itu satu lagi cara persepsi.. So kita boleh tengok apa yang orang tengok :)

10 12 2007
starline (18:36:39) :

Saya tak dapat lagi nak tukar persepsi ke kiri.Yang saya nampak cuma bergerak ke kanan.

11 12 2007
irwan.dahnil (09:23:43) :

starline > heheh.. ilusi optik ni.. mesti bole nampak :)

16 12 2007
N (12:22:23) :

sporns!! ;)

27 12 2007
Muaz (08:07:28) :

Eh, tahap IQ saya lebih 160 ! he he he :p

Perasan lak

29 12 2007
Zaiful (13:32:18) :

Seorang JUARA pasti dapat melihat dari berbagai persepsi.

2 01 2008
Han (07:42:26) :

slmt pg irwan,
saya tgk gambar tu, mcm bila tiba masa dia, dia tukar sendiri je…
mcm dah di setkan…

2 01 2008
irwan.dahnil (15:16:40) :

Han > Ia tidak disetkan .. Memang macam tu.. Yang membuatkan ia bertukar arah adalah otak kanan dan otak kiri kita :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>