Yang tak bestnya bisnes
10 12 2007Salam Sejahtera,
Biasanya bila kita kata seseorang itu menjalankan bisnes, kat fikiran kita terlintas bahawa perniagaan ini best, menyeronokkan, menguntungkan, hidup senang lenang dan sebagainya.
Anggapan ini sebenarnya membuatkan ramai yang ingin ‘terjun’ menjadi usahawan. Maklumlah, nak kaya! Apa pun, tidak salah kerana ianya memang hakikat sebuah perniagaan.
Tetapi dalam hakikat semuanya indah dan best, cuba anda fikir-fikirkan secara mendalam, apa HAKIKAT yang tak bestnya tentang tentang perniagaan yang ingin anda ceburi ?
Contohnya :
~ Ceburi bisnes internet : Tak best bila tau bahawa duit perniagaan internet tu mengambil masa untuk benar-benar stabil dan menjana pendapatan.
~Â Ceburi bisnes tanaman : Tak best bila tau tanaman perlu dijaga dengan rapi dari makluk perosak
~ Ceburi bisnes balak : Tak best bila tau kayu balak ambil masa bertahun-tahun sebelum boleh ditebang
~ Ceburi bisnes SMS : Tak best bila tau kadang2 kos iklan berharga beribu ringgit dan payment dari telco lambat
Dengan memikirkan hakikit sebenar perniagaan yang ingin anda ceburi, membuatkan anda berfikir dua kali dari berniaga. Kat sinilah nak tengok sejauh mana anda benar2 inginkan bisnes tersebut.
Kalau setakat halangan kecil tak mampu nak hadapi, elok lupakan bisnes tersebut dan cari bisnes yang anda rasa mampu.
” Memang senang melihat orang senang, tetapi orang senang tidak menunjukkan kesusahan mereka
“
p/s : Workshop SMS akan diadakan pada 15 Disember ini, hari Sabtu ini. Sertai sekarang kerana penyertaan adalah terhad.









Benar kata saudara..
Apa jua perniagaan yang ada di dunia ini, pasti ada yang “tak bestnya”. Kalau dah benar2 berminat dengan sesuatu perniagaan tu, yang “tak best” tu la dijadikan satu dorongan dan semangat untuk lebih maju dan kuat berusaha dalam perniagaan…
Encik Dlie > Salesman selalu memainkan sentimen ni la waktu nak jual barang. Yang best je.. yang tak best nya tak tak diceritakan
Bisnes memang tak best kalau meletakkan duit sebagai sasaran utama. Punyalah nak jadi kaya, tapi akhirnya tak dapat, last2 fade up mcm tu jer.
Lain yg betul2 faham bisnes, jatuh bangun bukan satu masalah.
Slm usahawan.
Betul zul..
Kalau duit jadi matlamat utama, banyak benda yang diketepikan sampai lupa HALAL / HARAM dan juga SALAH / BETUL cara untuk capai matlamat tu.. Maklumlah nak cepat kaya.. di sebabkan inilah ramai yang tersangkut dengan skim cepat kaya.. isyh.. isyh.. isyh..
Zul > Alah biasa tegal biasa.. dah biasa takder duit kat poket dulu2
sememangnya ramai yang menceburi bidang usahawan dengan meletakkn duit sbgai matlamat.
ramai nk start bisnes tapi x kena cara
ramai yang mula join MLM, dan ramai yang mula pandai ‘bercakap’. semua yang indah-indah dikeluarkan untuk tarik ahli.
ramai yang tunjuk minat dengan perniagaan, tetapi tidak sanggup berbelanja lebih demi perniagaan, tapi boleh pula beli aset-aset mudah susut nilai yang mahal-mahal..
hasilnya, kita boleh tengok ramai yang terkial-kial dengan perniagaan,
matlamat x menghalalkan cara…
En Irwan,
Tidak ramai yang memiliki SEMANGAT JUARA.
Bisnes tetap bisnes,tak kira apa pun,yang penting disiplin mesti tinggi….errr…
dah dengar tentang ebook Adsense yang terhangat pada masa kini?…Klik saja nama saya…niche SMS kat Adword amatlah mahaldan saingannya amat sengit…
so sesiapa yang bergiat dalam Adsense diharap tampilkan kelainan dalam blognya…..