Buat Apa Yang Kita Tahu, Buat Apa Yang Kita Mahu
2 01 2008Salam Sejahtera Pembaca Sekalian,
Anda mungkin biasa melihat ramainya orang yang mencapai kejayaan dan kejutawanan dalam pelbagai bidang perniagaan. Otak kita pula sentiasa melihat ‘kejayaan’ yang telah dicapai dan kita tidak ragu-ragu untuk belajar sama ada banyakkan membaca atau menghadiri seminar dan bengkel bagaimana orang yang berjaya tadi boleh mencapai kejayaan tersebut.
~ Bila tengok Sdra Azizi Ali berjaya dengan perniagaan hartanah, kita pun mula teruja untuk ceburi perniagaan hartanah,
~ Bila tengok Dr Irfan Khairi jadi jutawan internet, kita pun mula sibuk nak belajar berniaga secara online
~ Bila tengok Irwan Dahnil dengan perniagaan SMS, kita rasa tak senang duduk, tak sabar nak belajar bisnes SMS
![]()
Tetapi, pernah tak anda alami, setelah beberapa lama anda pelajari sesuatu perniagaan, anda mula rasa anda tidak boleh berjaya seperti mereka ? Semangat anda mula pudar, motivasi mula menurun…
Saya rasa ramai jadi macam tu. Kenapa ya jadi macam tu ?
Sebenarnya, semua perniagaan adalah mengenai peluang. Sesetengah peluang yang datang, tidak semua yang akan betul2 berjaya mendapat hasil. Mungkin tidak sesuai, cara yang berbeza, kaedah tidak betul , tidak kena masa atau memang tidak secocok dengan jiwa.
Itu sebab banyak benda yang kita ceburi, tidak semua berjaya. Macam saya sendiri selalu mengingatkan kepada mereka yang berminat dengan perniagaan SMS, agar lebih berfikiran terbuka dalam perniagaan. Sekiranya saya berjaya dalam perniagaan SMS, tidak semestinya anda juga boleh berjaya seperti apa yang saya capai.
Tidak pernah saya dengar Azizi Ali menjanjikan anda akan menjadi jutawan hartanah sekiranya anda pergi ke seminar beliau. Atau Dr Irfan menjamin anda akan menjadi jutawan sekiranya hadiri seminar.
They are not godfather!
Begitu juga dengan saya.
Seminar Perniagaan SMS yang saya anjurkan adalah ‘ruang’ untuk saya berkongsi bisnes apa yang saya tahu dan apa yang saya suka. Saya tidak pernah memaksa untuk anda menyukai bisnes SMS seperti saya.
Orang seperti kami ini hanya berkongsi maklumat perniagaan. 90% kejayaan seterusnya datang dari anda. Pendek cerita, andalah penentu kejayaan bisnes anda, dan bukan kami.
Tak kira apa bentuk perniagaan, kejayaan datang dengan kerja keras, kesungguhan, keyakinan dan didorong oleh passion dengan melakukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tahu.
Yang penting jangan mengalah. Terus mencuba. Mungkin anda belum lagi menemui ‘tune’ yang tepat dalam perniagaan.
It’s just a matter of time. Bak kata pepatah ‘Kalau jodoh tidak ke mana’
p/s : Saya akan berada di Sabah bermula 3 Januari 2008 untuk beberapa minggu. So kalau tak de internet tu, mungkin tak update la blog ini….
















Betul irwan..
Mengikut jejak langkah orang2 yang dah berjaya adalah hanya sebahagian kecil dari usaha yang dilakukan.. Selebihnya adalah diri sendiri.. Kadangkala apa yang mereka fikirkan, ilmu yang mereka ada sudah cukup untuk menjadikan diri mereka seperti idola mereka sendiri tetapi sebenarnya ia masih jauh lagi..
Kalau Azizi Ali telah bermula sejak beliau masih berumur 20an sehingga kini, mustahillah kita boleh berjaya seperti Azizi Ali jika bermula dalam masa yang singkat.
Begitu juga dengan Dr Irfan. Kejayaan yang beliau kecapi ini adalah hasil usaha dan cita-cita beliau sejak dari sekolah menengah lagi iaitu terus belajar dan mendalami ilmu perniagaan internet..
Just pendapat..
Hmm betul EnDlie, saya pun sokong.
Kita perlu tgk sempadan dan peluang.. tetapi kalau tak mencuba bagaimana?
Macam Sdr Irwan kata,
” Yang penting jangan mengalah. Terus mencuba. Mungkin anda belum lagi menemui ‘tune’ yang tepat dalam perniagaan. ”
Memang sokong 100% lah nih.. Tak semua perniagaan akan sesuai dan memenuhi citarasa kita.. ini bergantung rezeki & peluang yang kita ambil.
Sepintas Idea & pendapat…
Jadikanlah orang yang telah berjaya sebagai mentor.. untukmencapai kejayaan kita memerlukan perancangan yang teliti dan realistik… dan kemudian kita teruskan usaha tanpa jemu.
Encik Dlie > Biasanya orang dah berjaya menceritakan success story. Sad story tak ramai yang cerita
Zainol > Tak pe.. Usia masih muda masih ada peluang .. Kalau dah senja2 tu, susah juga
NayanMohd > Element mentor ni masih baru kat Malaysia. Banyak bermentorkan dari internet. Saya imagine kalau ada personal mentoring kan bagus
Anyway, good luck dengan projek En Nayan