Website Anda Mempunyai Elemen Manusia ?
8 01 2008Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,
Tentu anda dah biasa mendengar istilah ‘Pelanggan Adalah Raja’ yang menunjukkan betapa berkuasanya pelanggan dalam perniagaan kita.
Setelah saya amati, perniagaan internet mempunyai suatu keunikan tersendiri dimana khidmat pelanggan dapat diautomasikan. Sama ada meletakkan sepenuh informasi mengenai produk atau perkhidmatan di website atau menyediakan support ticket. Ini sebenarnya sungguh cekap tanpa perlu melayan karenah pertanyaan yang mengarut-ngarut dari pembeli.
Cuma satu kekurangan dengan perniagaan internet adalah dengan kurangnya ‘human intervention’, ‘personal touch’ atau ‘communication skill’. Seolah-olah pelanggan sedang bercakap dengan PC
Walaupun cara tersebut merupakan biasa / nettiquette, tetapi tahukah anda sekiranya anda tambahkan sedikit elemen kemanusiaan dalam website anda akan meningkatkan lagi jualan atau sekurang-kurangnya keyakinan pelanggan ?
Bagaimana untuk meletakkan elemen kemanusiaan tersebut ? Antaranya :
~ Letakkan wajah anda di laman web : Cuba lihat, website yang asli, tiada unsur-unsur mencurigakan, tiada niat untuk menipu, tidak scam berani meletakkan wajah mereka di website. Ini kerana mereka yakin dengan perniagaan mereka!
~ Letakkan sedikit video yang memaparkan wajah anda. Mungkin contoh yang baik anda boleh lihat laman web Rajaadsense.com . Sham dengan yakin membuat self recorded video untuk menunjukkan cek dari Google yang diterimanya
~ Letakkan nombor telefon anda sekurang-kurangnya nombor handphone. Sebaik-baiknya telefon tetap
Kalau tak percaya, anda cuba. Anda akan lihat pelanggan yang menghampiri anda adalah pelanggan yang asli, yang betul2 berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.
p/s : Seminar Perniagaan SMS akan diadakan pada 26 Januari di Quality Hotel. Cepat-cepat mendaftar ketika masih pada harga promosi. Saya rasa saya seorang je yang letak yuran penyertaan di bawah RM300 sekarang ini
DAFTAR DISINI!!
















Elemen kemanusian.. setuju dengan Irwan.. memang benar tu.. 3 perkara yang disebutkan agak penting sebagai menunjukkan rasa keyakinan dan kredibiliti..
Saya baru saje mewujudkan blog, tetapi sudah mempunyai pelanggan dalam masa 2 minggu… memang syok..
setuju sgt2 tentang elemen manusia yg dimksdkan dgn bro irwan. Apa yg paling penting dlm perniagaan ialah krediabiliti seorg usahawan tu. Kita kena pandai “tangkap” pelanggan kita dgn cara develop kepercayaan mereka pd kita.
Tp la ni kan yg sy perasan makin ramai usahawan hnya tau ingin menjual dan terus menjual. Soal kredebiliti bagaikan mainan jek. Kekadang ada yang menggunakan teknik SPAM sbg mainan mereka. huhuhuhu… sekurang2nya just introduce la ur self tu sapa.. maaf bro, ni penpdt sy sbg newbie
Encik Dlie > saya selalu juga baca blog saudara. Menarik!
ahib0205 > Sebenarnya ada golongan orang yang mengajar orang nak SPAM ni dengan dasar buat email broadcasting .. orang yang baru belajar pun, tatau ape2 pun ikut la.. akhirnya masuk bulk folder je sumer… Sekarang ni pun saya rasa, email marketing pun dah kurang sedikit kepercayaan orang disebabkan oleh segelintir mereka yang tidak mengetahui etika2 pemasaran melalui email
satu perkongsian yang menarik.diharap dapat dimanfaatkan oleh semua
Regards,
hafiza
http://www.eOneNet.com
Internet Marketing company since 2000