Manusia Ini Pelik | Produk Anda WAJIB Unik!

15 01 2008

Salam Usahawan Pembaca Blog Yang Saya Hormati,

Cuba anda fikir-fikirkan sejenak, yang mana satu anda pilih :

- Antara KFC dan McDonald ?
- Antara nasyid dan pop rock ?

- Antara warna biru atau merah ?

Kalau anda telah menjawab soalan diatas, jawapan anda tentu dalam kemungkinan berikut :

1. Anda memilih satu antara dua

2. Anda memilih yang lain dari pilihan yang ada

3. Anda tidak memilih mana-mana
4. Anda tidak berminat langsung untuk memilih!

Anda lihat, sekurang-kurangnya saya dapat tafsirkan 4 kemungkinan dari pilihan yang diberikan.

Itulah hakikatnya.

Manusia itu pelik. Berbagai ragam dan mempunyai 1001 perbezaan dalam citarasa, pendapat dan pandangan.

Itulah sebenarnya menyebabkan wujudnya banyak bentuk produk dan perkhidmatan yang berbeza.

Contohnya, KFC lebih fokus dalam ayam-ayam gorengnya, manakala McDonalds lebih kepada burger-burger istimewanya.

Dalam perniagaan, wujudkan kelainanan dalam produk dan perkhidmatan anda.

” Kelainan dalam produk adalah mewujudkan KEUNIKAN terhadap produk. Produk yang biasa itu sesuatu yang MEMBORINGKAN! “

Disebabkan kepelikan manusia inilah yang menyebabkan produk anda akan mendapat tempat.

~ Ketika saya mula-mula nak tulis buku Buat Duit Dengan SMS, orang kata saya ni tak berapa betul! :)

~ Dalam Seminar SMS, ketika saya katakan pemasaran SMS boleh bermula dengan kos ‘zero’, semakin ramai kata saya tak betul!

Semakin pelik idea dan produk anda, sebenarnya semakin besar ruang perniagaan yang anda boleh teroka.  Tapi perlu diingat :

” Just Because You Are Unique, Does Not Mean You Are Useful And Acceptable! “

Bermaksud, bila anda inginkan keunikan, pastikan ia dapat diterima kerana anda orang memerlukan. Jangan syok sendiri!

Tips untuk mencari keunikan produk : Cari market yang pelik-pelik! Kenapa Airasia berjaya, kerana keunikannya memberikan peluang semua orang untuk terbang :)

p/s : Saya akan re-launching satu laman web baru tidak lama lagi. Laman web ini memang unik dan tak pernah di Malaysia atau di dunia pernah dibuat oleh orang. Nantikan!


Actions

Informations

5 responses to “Manusia Ini Pelik | Produk Anda WAJIB Unik!”

15 01 2008
En Dlie (06:44:18) :

Setuju dengan Irwan.

Keunikan manusia ini melahirkan citarasa yang berbeza. Daripada situ lahir beberapa produk untuk memenuhi citarasa manusia tersebut. Oleh kerana manusia tidak pernah berasa puas, saban hari ada sahaja produk baru muncul, lebih mudah, lebih canggih & berbeza dari yang lain walaupun asasnya sama..

Bila agak2nya akan launch web baru tu? ;-)

15 01 2008
irwan.dahnil (09:57:26) :

En Dlie > Insyallah pada Februari sekiranya pilihanraya berlaku pada bulan tersebut :) Saya sendiri sedang excited utk menyiapkan projek tersebut. Anyway, blog En Dlie tak boleh comment ek ? :)

16 01 2008
En Dlie (07:44:30) :

Setakat ini saya cuba comment, boleh En Irwan.. ada apa2 masalah ker? Kalau ada, mungkin En Irwan boleh maklumkan pada saya..

Projek En Irwan ini berkaitan dengan pilihanraya ker? Menarik ni.. rasanya tu projek pertama di Malaysia..

16 01 2008
irwan.dahnil (10:37:52) :

Mungkin sebelum ni tak En Dlie sedang update blog agaknya.

:) Bukan berkaitan pilihanraya.. Cuma timing pelancaran bergantung kepada pilihanraya…

3 05 2008
Siti Musrifa (23:37:27) :

“Saya tak tahu samada apa yang saya surf pada malam ni betul2 merubah hidup saya suami isteri kerana saya mula rasa ragu-ragu untuk menyertai MIRSB kerana pakej2 nya yang terlalu mahal dan tiada manual.”

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>