Apa Yang Anda Perlukan Adalah MOMENTUM
31 01 2008Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekelian,
Orang kata tidak elok kita tangguh-tangguhkan kerja…
Orang kata tak elok kita malas-malas buat kerja…
Orang kata tak elok kita rasa penat-penat buat keje…
Pernah tak dalam hidup anda terasa penat, malas dan asyik bertangguh kerja je ? Selalu ? Ishh..ishh…
Memang semua orang pernah mengalaminya. Tanya lah sesiapa pun, mesti ada.. Lebih2 lagi kalau badan penat atau tak cukup tido. Otak kita tidak cukup oksigen untuk berfikir.
Kalau ikutkan saya mengalaminya lebih 100 kali dalam 1 hari! Parah dah tu…
Kalau begitulah keadaannya, macam mana kerja saya nak siap ye tak?
Sebenarnya dalam melakukan satu kerja, ada satu teknik yang biasa orang gunakan.
Teknik Momentum adalah teknik yang digunakan bagi mengekalkan daya kekuatan untuk melakukan sesuatu kerja dalam sesuatu masa sehingga selesai.
Biasanya habis je momentum, selalu jadi lemah, tak bersemangat , penat dan malas sangat.
Momentum ni biasanya boleh dipengaruhi oleh faktor luaran seperti kejar date-line, atau janji kepada orang lain untuk menyiapkan.
Dalam diri usahawan, faktor motivasi dari dalam diri yang selalunya mengekalkan momentum. Kalau takde motivasi, anda boleh tengok kebiasaannya kerja terbengkalai, separuh siap, atau tak siap langsung.
Cara saya : Saya selalunya akan rehat cukup-cukup kumpul tenaga dan bahan. Bila start je, saya akan tutup pintu (saya kerja lebih cepat seorang diri), tiada gangguan selesaikan secepat mungkin sehingga siap draf pertama. Berhenti utk solat, tandas atau rasa lapar. Selesai saja first draft, saya akan tinggalkan dulu beberapa hari, sebelum menyemak semula hasil kerja. Ini proses berulang-ulang sehingga saya puas hati dengan hasilnya.
Dengan ini momentum saya akan sentiasa ‘ada pada masanya’. Saya pun manusia biasa yang suka bersenang-senang dan rilex, tetapi kerja mesti selesai!
Bagaimana anda mengekalkan momentum anda sehingga selesai kerja ?
















Biasanya begitulah.. kadang2 rasa malas sangat2.. tapi bila fikirkan date line dah dekat, hadir satu semangat dan desakan untuk menyuruh kita lakukan dengan segera..
Kalau saya, biasanya saya akan lakukan aktiviti menenangkan fikiran dengan riadah di taman. Sebab suasanan taman aman, menenangkan dan segar. Dapat oksigen yang fresh.. hehhe..
Ya ya ya , jika anda belajar Physic anda akan belanjar tentang momentum .
Oh, ingatkan lagi saya pada fizik ?
Semua orang memang suka bersenang-senang.. Tapi kalau bersenang2 keje tak siap tak syok jugak kan.. bagi saya, bila saya dah start buat sesuatu kerja..saya akan siapkan sehingga selesai…coz tak nak momentum tu berkurangan.. kalau dah start bersenang2..malas dh nak start balik..
En Dlie > Tu yang selalu jadi kerja last minute tu..
Muaz > Ya… sayangnya Fizik bukan subjek kegemaran ketika di MRSM dulu
nuwa > Its great to see you at Program MECD tempoh hari. Pejam mata je nak beli iklan tu !
Sy belajar fizik but lebih minat pada biologi , ekonomi .
Kekadang tu cikgu kat depan mata cakap boring arr , sampai tertidur
tertiarap sambil meleleh air liur.kalo irwan alaminya 100 kali sehari, agak2 aku ni dalam 2 ke 3 ratus la sehari. huhu.
Muaz > Asalkan cikgu tu tengok kita jadi ‘orang’ pun, dah ok.. Tido la puas2
affuan > hehe.. 2 3 ratus okay lagi.. yang penting bounce back!
Tak sangka pulak dpt jumpa En. Irwan kat program MECD ari tu..anyway, thanks 4 guide 2 buy taht Ads! Xsabar nk beriklan nie..