Kenapa Saya Suka Dengan Pasaran Tempatan ?
12 02 2008Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Pagi ni saya buka laptop macam biasa apabila handphone saya bergetar menandakan SMS masuk. En Elyas, alumni peserta Seminar SMS rupanya :
Elyas : Salam. Cuba tgk www.e-xxxxxx2u.net. Any comment ?
Irwan : Apo tu? Tak de yang istimewa pun.
Elyas : Memang takde istimewa saja tanya comment. Tq
Hati saya tergerak utk explore laman web tersebut lebih lagi… Saya SMS balik Elyas.
Irwan : Aplikasi referel je…
Elyas : Ye la.. Macam yang Irwan nk buat tu la. Buat cepat sket hehe.. Yang pelik tu dia bole jual xxxxxxx, harga RMxxxx, Profit Sharing xx-xx, referrel commision RMxxxxx
Owh. Rupa-rupanya En Elyas nak report tentang adanya website seumpama website saya yang menggunakan salesletter dari AkademiSMS.com
Irwan : Bengang betol. Ayat website ada amik dari akademisms.com…..!
Elyas : Tau takpe!
Lagi percubaan orang untuk menggunakan ayat-ayat saya yang dicedok bulat-bulat dari laman web saya Akademisms.com, atau amik mentah-mentah dari buku Buat Duit Dengan SMS. Dan ini adalah percubaan kali keempat!
Bila saya selidik semula, mereka ini sebenarnya tidak menjual apa yang saya jual. Mereka menjual produk yang lain tetapi mempunyai kaitan dengan SMS.
Saya simpulkan, memandangkan mereka terdesak ingin menjual produk mereka di internet, mereka telah mencedok dengan secara tidak sopannya ayat-ayat, figure, fakta dan juga maklumat mengenai SMS untuk diletakkan di dalam laman web mereka sebagai salesletter.
Senang betul kerja mereka!
Kesan positif pada saya : Ini yang saya suka pasaran Malaysia. Plagiat dan cetak rompak di mana-mana. Walaupun hati saya sakit, tetapi sekurang-kurangnya, memang sah saya mendahului pasaran dan persaingan pengetahuan dalam industri perniagaan SMS di Malaysia. Bukan saya yang kata, tapi tindakan mereka memplagiat bahan2 rujukan dan kajian saya merupakan bukti bahawa saya telah lebih jauh ke hadapan dari mereka.
Kalau tak, mengapa mengambil tanpa izin apa yang saya lakukan? Atau dapatkan maklumat2 tersebut ditempat lain? Mengapa mesti dari website saya ? Adakah anda tidak mempunyai sumber rujukan yang lain ?
Anda sendiri tahu, pengetahuan SMS di Malaysia masih cetek dan tidak lebih dari download ringtone, voting, contest, kuiz atau chatting. Belum banyak aplikasi SMS killer macam Maybank2U dan sebagainya.
Memang sah, tidak banyak rujukan tentang SMS di Malaysia. Mereka yang terdesak, cuma pandai copy-paste-edit dan siap!
Kesan negatif pada saya : Mereka ni tak tahu ke bahawa copywriting tu satu harta intelek ? Pelanggan AkademiSMS.com akan terkeliru, tertanya-tanya penglibatan saya dalam perniagaan2 tersebut. Mereka akan rasa bahawa saya akan terlibat dengan skim2 cepat kaya menggunakan SMS di internet, atau perniagaan2 yang berkaitan yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti orang lain.
Pesan saya pada mereka yang berniaga dalam industri SMS : Binalah kredibiliti anda sendiri. Janganlah cedok buta-buta. Sekilas, saya boleh tahu salesletter anda tiru kandungan yang saya cipta sejak bertahun. Jangan sesakkan orang lain semata-mata anda ingin menjual produk anda. Itukan menganiaya orang namanya. Dan doa orang teraniaya ini dimakbulkan Allah. Carilah ilmu terlebih dahulu dalam perniagaan SMS, dan gunakanlah ilmu tersebut dalam perniagaan agar tidak menyakiti atau secara tidak sengaja menganiaya insan kerdil seperti saya.
Saya sendiri mengambil masa bertahun untuk sampai ke tahap ini. Dan saya tidak pula mahu melihat apa yang ada ini ‘dimusnahkan’ secara rakus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Masihkah saya suka dengan pasaran tempatan ? …. Kalau anda jadi saya, macam mana rasanya ?
p/s : Nampaknya salesletter AkademiSMS.com saya akan berubah lagi…. Semakin cepat dikejar, semakin tangkas kita perlu berlari…
















hm.semakin ramai yg nak cepat kaya mengikut cara mudah..tanpa memikirkan kesan @ impak kepada yang dia cedok @ cetak rompak tue.. hmm.. nampaknya bro,benda2 ni perlu di tangani dengan kadar segera..kalo dak abih semua kena sapu..
hasil serta idea kita,mudah2 dicedok tanpa keizinan..
Suka-suka hati diorang je mencilok hak milik orang lain. Memang dah terdesak sangat tu…
Market Malaysia memang mcm ni..Kat lelong pun, kena tengok selalu gak la, tadi saya just report kat lelong pasal ebook saya yang dijual secara haram kat lelong.
Tak tau la diorang ambik peduli ke tak. Saya just compare polisi lelong & ebay pasal jual ebook orang ni.kalo kat ebay, kena suspend la walaupun benda tu resell right.
harap lelong akan ketatkan polisi pasal benda berhak cipta…
[…] Apa khabar semua?Sekarang ni semakin banyak ebook yang kena pirate. Irwan Dahnil pun dah kali ke 4 kena. Saya pulak dah melebihi 10 kali dah.Malas nak kira dah. Tapi apakah tindakan yang boleh penulis ebook lakukan untuk melindungi hak cipta mereka? Jika ikut protokol, memang rumit la. […]
Masalah copycat ni adalah satu gejala global. Microsoft software pun dia orang celok, inikan pulak ebook!!!
Memang sedang cari kaedah terbaik. Undang2 siber kat malaysia takde, agar sukar nak tentukan tahap kesalahan mengikut akta yang berkaitan. Yang ada pun maybe boleh pakai Copyright Act 1987…
Pegi rujuk dengan lawyer pulak, nampak macam kurang meyakinkan. Belum apa2, sibuk tanya $$$$ ..
Ntah la.. ketinggalan kita dari undang2 siber berbanding di Eropah..
Itulah… bila ada ayat2 yang di cilok ni, seolah2 mereka ini sama hebat dengan kita walhal mereka zero dalam bidang tersebut atau masih merangkak2.. sedih betul..
Diorg ni xkan dan xpenah nak berenti.. cari kojo sonang jo..
Tu sebab saya mewujudkan 1 database copyright utk setiap salesletter yg saya buat untuk client.. Kira disitu melindungi karya saya dan client..
Sekarang ni cuma buat tertutup je.. Rancangan masa dpn nak buat mcm creativecommons.org khas untuk Copywriting IMMalaysia.. Bagi semua dilindungi.. mana la tau kalau dapat upah peguam khas utk site ni.. hehe..
Fai > Bagus… Harap2 ia akan berjaya
Anyway, ada rakan yang tanya saya, Akta Perdagangan Elektronik 2006 tu bukan Akta e-commerce kat Malaysia ke ?
Nanti saya ulas dalam post akan datang!