Jurujual Itu Pengacau ? | Belajar Etika Pemasaran Dahulu…

18 02 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

Post kali ni pun berkaitan dengan telefon juga.

Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 5.45 pm, deringan telefon bimbit saya

mengganggu ;

Trut..Trut…

Telemarketer: Selamat petang. Encik ni En Irwan Dahnil ke?

Irwan : Ya saya!

Telemarketer : Maaf mengganggu ya encik. Nama saya xxxx dan saya menelefon dari Mxxxs Medical Services. Sebelum ini ada tak sesiapa yang menelefon Encik berkaitan dengan perkhidmatan medical yang kami tawarkan ?

Irwan : Oh! Dari Mxxxxs. Hmm.. Ada dah dulu. Orang dari Mxxxxs Hotel anda Resort. Maaf lah.. Saya tak berminat dengan tawaran.

Telemarketer: Tapi tawaran kami ini berbeza …

Irwan : Sebelum tu, boleh saya tau dari mana dapat nombor telefon saya ? Boleh tak keluarkan dari senarai prospek pelanggan syarikat ?

Telemarketer : Dari database kami. Maaf Encik.. Saya tak dapat nak keluarkan nombor telefon encik dari
senarai kami…

Aik! Ni peraturan mana pula ni, masuk boleh keluar tak boleh !

Memang sah! Nombor telefon bimbit saya dijaja mana-mana. Yang sakit hatinya, mereka ini adalah golongan yang tidak diundang. Teknik pemasaran mereka bagus, melalui cold call atau telemarketing…

Tapi macam mana mereka dapat nombor telefon saya ?

Personally, saya rasa nombor telefon bimbit di Malaysia ni bukan lagi menjadi suatu yang private.  Apabila seseorang tu dapat nombor telefon, itu sudah menjadi aset. Aset kerana dapat menghubungi telefon bimbit prospek. Namun begitu saya dapat rasakan mereka ini bertindak ‘bodoh’ dengan berkongsi nombor telefon pelanggan dengan pihak lain.

Lebih bengang saya pernah terbaca di internet, anda boleh dapatkan nombor telefon bimbit dengan caj 20 sen satu! Ini pun dah jadi business..

Untuk mendapatkan nombor telefon tu tidak salah, tetapi mendapatkan dari orang lain secara tidak sah atau tidak tanpa kebenaran tuan punya telefon akan memberikan kesan negatif jangka panjang. Dan saya boleh katakan mereka yang lakukan ini, adalah golongan ‘desperado‘, terdesak untuk mendapatkan kontek untuk buat jualan. Tentunya mereka ini tidak masuk ’sekolah etika’ pemasaran. Main langgar je semua.

Mula2 memang menjadi telemarketer ni , tapi Orang Malaysia mula pandai.. Lama-lama dah tak layan dah…

So sape yang rugi sebenarnya ? Imej kejurujualan terus tercalar oleh ‘kebodohan’ golongan seperti ini.

Itu sebab dari dulu sampai sekarang, fikiran kita dah filter semua bentuk iklan. Kalau dah jadi  ‘pengacau’, orang dah takkan layan anda dah….

Wahai Marketer sekalian! Fikir2kanlah apa yang anda telah lakukan…

p/s : Email spammer pun menjadi2 sekarang. Ada application yang disalahgunakan oleh orang ‘tak berapa bijak’ tapi nak mencuba teknologi. Tak kene cara la bang….


Actions

Informations

12 responses to “Jurujual Itu Pengacau ? | Belajar Etika Pemasaran Dahulu…”

19 02 2008
nuwa (08:03:18) :

Saya juga selalu terkena dengan panggilan telefon yang sgt2 ‘mengganggu’ nie! Mcm2 yg mereka offerkan..percutian secara percuma laa dan pelbagai hadiah menarik.. Rupanya setelah diselidiki, no hp saya mereka dapat dari pihak Bank! Sakit hati punya pasal saya hubungi bank dan maklumkan utk tidak sebarkan nombor hp saya kepada pihak ketiga dan menghormati saya sebagai pelanggan.. Nampaknya berhasil.. kurang dah terima panggilan marketing sekarang..

19 02 2008
BenJol (09:11:05) :

Apa nak buat, mereka pun nak cari makan jugak! Kekadang tu, kalau ada masa terluang, seronok juga layan dia orang nie …

Tapi kalau tak de masa, saya selalu cakap dengan mereka, “leave your number and I’ll call you back”. Memang mereka tak bagi punya.

p/s - senang je kalau nak tau tele-marketing punye kerja. Nombor phone mereka akan display as ‘Private Number’ kat handphone kita. Tak yah angkat pun tak pe …

19 02 2008
En Dlie (09:58:33) :

Yer. biasanya pihak bank lah yang menyebarkan kepada orang lain.. saya pelik kenapa maklumat ini dikongsikan kepada orang lain sedangkan ia sepatutunya private..

Saya pernah terima panggilan menawarkan sesuatu produk dan saya sebenarnya dah pun selidik produk tersebut terlebih dahulu.. pertama kali mereka call, saya dah kata tak minat.. then kali kedua dengan pujukan dan menawarkan pakej yang berbeza (kononnya), tapi saya tetap katakan tidak.. kali ketiga, syarikat ini menghubungi ibu saya (telefon rumah) pula setelah tidak dapat memujuk saya.. mujur saya telah beritahu pada ibu jangan beli atau setuju dengan tawaran tersebut sebelum tu..

19 02 2008
Zami (19:00:53) :

En. Irwan, sebenarnya memang betullah telemarketer tu cakap dia tak boleh keluarkan nama en. irwan drp database, hanya administrator syarikat tu yg menyelenggara database saja yg mempunyai kuasa utk berbuat demikian… memandangkan dia kata ’saya’ berbanding ‘kami’ dlm kontek perbualan yg en. irwan nyatakan di atas

19 02 2008
apiz (20:35:51) :

Saya pun byk kali jgk kena mcm en. irwan. Pengalaman saya,memang pihak bank pun yg bg kat diaorang ni, particularly dari bank yg kita apply kredit kad.Saya pun tepon pihak bank dan bgtau maklumat client adalah pnc (private n confidential).Mcm nuwa wat gak, akhirnya dah kurang gangguan…

19 02 2008
e Pemuda PAS (21:19:20) :

saya juga seringkali mengalami masalah sebegini. sehinggakan saya ragui untuk letakkan emel saya di laman saya sendiri!

diharap mereka (para marketer) pelajari sesuatu. :)

22 02 2008
smartzul (22:02:33) :

Same case dengan masalah CITOS. Jual beli maklumat privacy begini. Mungkin irwan boleh buat satu artikel Pendapat di ruangan paper.

Dulu jual beli alamat rumah dan emel. Skrg jual beli No. Tel pula. Entah2 kelak jual beli orang pulak. :p

Saya ada tanya sorang member saya, dia kata kalau kat Malaysia ni dalam bab privasi, memang tak boleh dipercayai sangat. Dia merujuk kepada kes server dalam Malaysia. Sebab tu kalau anda ni jenis pengkritik politik kerajaan, gunalah server luar negara utk laman web anda. Kalau guna dalam Malaysia, mudah la nak kena block. Hehe..

Selingan:
Saya ada baca majalah Mastika yg mana edisi tu ada satu artikel interview dengan orang2 lama. Kata mereka, “orang sekarang ni, lebih teruk daripada komunis dulu! Kalau nak banding dgn komunis, kami lebih ‘takut’ dengan orang zaman sekarang”.

23 02 2008
irwan.dahnil (09:36:24) :

nuwa > Kalau percutian ni biasanya dari syarikat vacation club, hotel, resort atau seumpama dengannya. Kalau join, sampai di tempat percutian kene dengar ceramah where they upsell produk diorang yang lain pulak! Vacation patutnya rehat, ni dah jadi stress pulak..’

BenJol > Selain Private number, mereka guna number yang cantik2 .. :) Anyway, saya pun pakai private number!

En Dlie > Saya pernah terima phone call berkali2 dari syarikat yang sama. Last sekali saya cakap ” Kalau call lagi, I’ll log a police report!” Lepas tu confirm dia dah tak call dah :)

Zami > Kita bole andaikan , sebenarnya database administrator ni lebih kurang macam ’sindiket’ yang menyediakan number utk orang2 gunakan agaknya

apiz > Memang betul.. Biasanya yang ada kaitan dengan bank ni senang dapat access to PnC info

e Pemuda > Letakkan email.. sebab email ada filter.. boleh masuk bulk folder!

smartzul > saya setuju .. di malaysia ada Pusat Khidmat Adua Pengguna Nasional. Didalamnya ada orang complaint bahawa syarikat besar pun leak of info… tak sangka pula dalam Airasia pun ada.. rujuk info disini

19 03 2008
titan (17:20:17) :

aku kene gak aritu. Last2 aku tanye, mana dapat no tepon aku. Diorang kata rahsia..hampeh. Terus aku letak handpon..

9 07 2008
rienna (12:26:11) :

Salam.
i baru je marah2 hal kacau tak bertempat. ada ke dia call & kata nak buat semakan sama ada i aktif guna credit kad lagi ke tak. ape hal pulak nak tahu personal org. bila tanya nape tak nak jawab & jawab just nak buat semakan. geram la pada bank yg sebarkan phone no kita

11 05 2009
zaid (20:14:40) :

please call me at 0193635175. Need to know bout home business/interney business. TQ

12 10 2009
sofea (16:41:14) :

Encik Irwan, biasala semua org pun cari rezeki kan.. asalkan yg halal.. soo at least be polite to people.. ckp je “maaf yea.. saya tak berminat” kan senang jer.. hhhehe

mane la tau.. someday kita plak kena jadi telemarketer.. org nak la jugak org layan kita nicely kan.. ;)
Be polite to people.. thanks!

irwandahnil : Benar. Cuma lebih sopan kalau maklumat kita tidak diperolehi dari sumber yang lain seperti pihak ketiga. Menghormati data peribadi individu.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>