Bisnes dan Politik
6 03 2008Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya curi-curi masa buat catatan sedikit dalam blog dua hari sebelum hari pembuangan undi.
“Irwan, saya kenal Dato’ Sri xxxxxxx . Saya rasa masa pilihanraya ni masa yang paling sesuai kita nak cucuk projek “
“Saya kenal orang dalam. Awak siapkan proposal, nanti saya bawak jumpa dia untuk dapatkan sokongan”
“Orang-orang ni sedang cari projek. Apa kata kita cadang kat diorang buat projek ni? ‘Cable2′ dorang mesti luluskan punye!”
Ini adalah ayat-ayat biasa yang saya selalu dengar apabila dikaitkan politik dengan bisnes. Bagaimana dengan anda ? Ada ayat-ayat yang lagi ‘power’ yang anda boleh kongsikan.
Ada orang kata, nak bisnes kita mesti ada ‘contact’ dengan orang politik. Baru boleh maju dan kaya. Betul ke?
Jadi bagaimana seseorang tu yang naif, tak kenal mana-mana orang politik ? Tiada ‘cable’ dan orang dalam ? Tidak ’survive’ ke mereka nanti ?
Saya sendiri sebenarnya tidak cenderung kepada mana-mana parti politik kalau melibatkan perniagaan.
Pada saya, mereka yang meletakkan 100% kebergantungan kepada parti politik, ahli politik, menteri, ‘cable’, orang dalam dan seumpama dengannya, sebenarnya berada dalam keadaan yang bahaya. Sekiranya semua projek diharapkan dari golongan ini, ini sebenarnya menjejaskan jangka hayat perniagaan.
Tidak bermakna kita tidak perlukan orang politik, cable, orang dalam atau kerajaan.
Kita perlu! Tidak kira siapa kerajaannya, tidak kira siapa orangnya. Tetapi hendaklah dalam keadaan yang tertentu. Bukan dalam semua keadaan.
Mereka ini perlu digunakan untuk mempermudahkan, membantu dan juga menyokong. Itu sahaja.
Erti kata lain. Kalau tiada mereka, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Kalau ada mereka banyak perkara menjadi mudah.
Yang lebih silapnya, kalau mereka tiada (kene pecat, tak panjang umur, tak dilantik semula) , bisnes kita pun tutup! Bagi saya, itu bukan bisnes yang asli.
Bisnes yang asli sebenarnya tidak bersandarkan 100% kepada golongan ini. Perlu bijak. Kalau ada konsep ‘timbal-balik’ perlu lah lebih berhati-hati. Silap-silap ada unsur-unsur rasuah pula nanti!
Kalau tanya saya, siapa pun bagi projek yang saya mampu buat saya ambil! Tak kira lah dacing ke, bulan ke, roket ke … Kan orang kat, rezeki jangan ditolak! ![]()
Bak kata Donald Trump ” Keep It Strictly Business “
Selamat Mengundi!









Betul tu… kadang2 peniaga macam ni boleh merosakkan binses orang lain.. walaupun rezeki tu ada di mana2, dengan kewujudan mereka ini sedikit sebanyak menjejaskan industri perniagaan sedia ada..
hahaha… nampak sangat orang yang menawarkan ‘ayat’2 tersebut kepada saudara irwan bukan sahaja bergantung kepada orang politik bahkan bergantung juga kepada saudara Irwan. Mereka mengaku kenal orang politik, ada cable la kononnya tapi masih memerlukan saudara Irwan… macam mana tu ?
setuju dengan saudara faezil, disamping politik yang kotor dan ala-ala package anak beranak sekarang ni, mereka masih memerlukan orang orang spt En. Irwan. Mungkin ada yang bermodalkan air liur tapi mempergunakan usaha orang lain ( ambil untung atas angin)…. Perniagaan yang betul akan membawa keuntungan, keberkatan dan kekayaan. Kalau silap caranya mungkin akan mengheret kita ke Mahkamah jadi kes BPR sebab dikaitkan dengan ahli politik tertentu. Biarlah terus berada di landasan yang betul. Memang perjalannya lebih susah, tapi tidak akan menyeksa kita dikemudian hari.semoga selamat dunia akhirat.
En Dlie > Saya rasa ada pro dan cont adanya orang macam ni.
Cuba fikirkan apa kebaikan yang boleh dibawa ?
faezil > Itulah yang dipanggil orang tengah yang tak de punye kamahiran teknikal. Seperti yang En Seru cakap, mereka ni bermodalkan air liur sahaja.
Memang sebenarnya sedang berjalan pun aktiviti macam ni.
Golongan yang mcm nie ler yang selalu menyekat usahawan lain untuk berjaya.. Mentang2 ler dh kenal org2 berpangkat besar, semua projek mereka sapu.. kesian la kat usahawan2 baru nk naik yang berpeluh buat proposal.. Hakikatnya, perniagaan sebenar yang diperolehi lebih berkat dan tidak menyusahkan kita untuk memenuhi kehendak pihak tertentu..
aku tak kesah kalau apa yang diorang wat tu mendatangkan kebaikan. Tapi kalau nak kebas sendiri. Memang tak best la..
betul jugak kata seru ekk. Kalau tokoh politik tu masuk mahkamah, usahawan yg rapat dengan YB tersebut terseret sama.
Apapun, kebaikan tetap ada. Orang2 seperti ini kalau dalam CMS boleh dikatakan sebagai ‘bridge’ yang menjadi penghubung kepada CMS lain
Cuma kalau boleh biarlah pertolongan tu adil. Takkan dengan orang2 tertentu je sanggup jadi ‘bridge’. Bak kata saudara nuwa, kasihan usahawan2 yang tak ternama yg takde sape sudi jadi ‘bridge’ kepada org2 kenamaan