Santai : Catatan Dari Semporna #1

24 03 2008

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hari ini saya nak tukar angin sedikit. Selalunya catatan blog saya asyik2 dengan perniagaan, kali ini kita tukar angin sedikit. Amacam? Kita santai…

Anda pernah pergi Semporna ? Hujung minggu lalu saya sempat sampai ke sana. Semporna adalah kawasan yang terletak di Sabah dan terkenal dengan industri pelancongannya. Kalau anda naik flight dari KLIA, perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit dan akan mendarat di lapangan terbang Tawau. Dari airport, akan mengambil masa kira2 1 jam 15 minit menuju ke Semporna.

Boleh tahan juga boringnya perjalanan menaiki bas kerana kanan dan kiri hanya dihiasi dengan pokok kelapa sawit. Maklumlah, Tawau memang terkenal dengan pengeluaran hasil ladang kelapa sawit. Tapi bila sampai di pelabuhan Semporna, hati saya tidak berhenti-henti memuji kebesaran Pencipta. Yang paling istimewa, kawasan perairan Semporna ini tidak bergelora seperti pantai atau lautan yang lain. Memang cantik, dan jarang saya lihat keadaan macam tu. Airnya tenang seolah-olah air di tasik. Anda akan lihat suasana perkambungan yang memang tenang. Perumahan di atas air dan aktiviti perikanan yang sedang berlaku. Memang syiok! :)

Kali ini, saya pergi bersama kumpulan seramai 40 orang yang optimis dengan perniagaan yang sedang giat diusahakan di perairan Semporna. Disebabkan perairan yang tenang, maka pelbagai bentuk aktiviti ekonomi yang dijalankan. Selain dari menjadi nelayan dan perdagangan kecil, antara aktiviti ekonomi yang dijalankan di sini adalah menanam rumpai laut.

Nak dikatakan tanaman pun seakan-akan janggal sebab rumpai laut @ seaweed tu di tanam di dalam laut. Dengan air laut yang tenang menjadi faktor mengapa seaweed ini ditanam disini. Benih seaweed yang diikat pada tali, dan diletakkan pelampung2 kecil bulat kemudian dilepaskan ke laut dalam bentuk unjuran panjang. Setiap unjuran tali itu berukuran antara 300 sehingga 600 meter. Dan dalam masa 45 hari setiap unjuran itu boleh dituai dan dijangkakan menghasilkan 1 tan seaweed.

Bagi anda yang tidak tahu @ pertama kali dengar tentang seaweed, meh saya berkongsi sedikit maklumat. Seaweed adalah alga lautan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan air dalam tangkai2nya. Negara Jepun antara yang menggunakan seaweed bermula 1500 tahun dahulu untuk pelbagai guna. Antaranya, kalau anda pernah makan sushi, cuba tengok kalau2 ada seaweed dalam tu :) Selain tu terdapat pelbagai guna lagi seaweed ni.

Yang menariknya, seaweed ini tak la sesusah mana untuk diternak @ di tanam. Main lepas je kat laut dan penjagaan yang minimum. Cuma faktor keadaan laut yang tenang dan juga benih yang mahal mungkin menjadi antara mengapa seaweed ini jarang dilakukan secara skala besar.

Inilah antara aktiviti santai saya. Bole consider trip to Semporna ni sebagai business trip juga lah kan :) Saya akan sambung lagi catatan santai saya pada masa akan datang

p/s : Santai tetap santai. Tapi yang penting tu ilmu business seaweed tu yang menarik tu. Nanti saya sharekan lagi bagaimana keunikan penanaman seaweed ni dengan kos buruh yang sangat rendah! Memang teringin nak buat…


Actions

Informations

13 responses to “Santai : Catatan Dari Semporna #1”

24 03 2008
En Dlie (10:36:00) :

Ni la pertama kali saya dengan orang ternak rumpai laut.. hehhe.. menarik juga.. Kadang2 tak terfikir boleh buat bisnes.. :-)

24 03 2008
sham (11:21:41) :

Jadilah Usahawan Rumpai Laut…hehehe.. wat ebook..:p

24 03 2008
Maizul (18:15:50) :

Wa bestnya tempat ni… pengambaran cerita duyung pun buat kat sini. Cantik tempatnya…..

24 03 2008
ayit (20:43:36) :

mu memang hebat la Irwan…. jangan lupa 15bulan mendatang…harap2 menjadi kenyataan…amin

25 03 2008
irwan.dahnil (04:48:59) :

En Dlie > Saya bangga jadi orang pertama yang bagitau En Dlie :) Low cost, high profit margin. Perniagaan yang menjanjikan keuntungan.

sham > Hehehe… Nak buat ebook, kene buat site visit. Ada rezeki kita pergi

Cikgu Maizul > Duyung buat kat sini eh? Heheh nasib baik tak jumpa duyung @ dugong ari tu :)

Ayit > Gandakan usaha kita berdoa! :) Hari ni syif pagi ke petang ?

25 03 2008
nuwa (12:22:23) :

en irwan, xnk wat trip utk kitaorg plak ker? utk teroka peluang2 perniagaan offline pula.. :-)

25 03 2008
irwan.dahnil (17:22:03) :

nuwa > Oversea la.. Gold Coast ke :) Insyallah.. satu trip dulu bukan June ni ke PD dulu.. Tengok macam mana akhir tahun kita pegi Sabah ke panjat gunung :)

26 03 2008
nuwa (21:47:39) :

Huh..menarik tu en irwan.. :-)

27 03 2008
e Pemuda PAS (14:04:19) :

tertarik sungguh melihatkan gambar-gambar ni… :)

hanya nak remark: baca berita harian hari ini, internet dan sms akan kuasai pengiklanan 5 tahu lagi. akan menopoli! hebar sungguh! diharap, Saudara Irwan dapat buat review tentang perkara ini. :)

27 03 2008
irwan.dahnil (23:22:08) :

nuwa > kene kerja kuat sikit la ok.. :)

e Pemuda PAS > Insyallah, saya akan juga sertai seminar media baru ni pada bulan April nanti. Potensi tu memang sentiasa ada, cuba kene buka mata luas2. Ada golongan politik yang memandang sepi media internet & SMS, akhirnya tengok apa yang berlaku ? :) Evolusi tu tetap akan berlaku..

28 03 2008
Seru (07:40:01) :

e pemuda pas->pengaruh benda2 macam nie sebagai Kerajaan kena ambil tahu. Janggal pula rasanya bila rakyat telah maju dan beralih media , mereka masih guna “cara lama”…

En. Irwan sendiri tukar angin …bersantai2 di Semporna, jernih sungguh air laut kat sana…harap kemajuan di Sabah tidak merosakkan keindahan yang macam ni macam di Semenanjung ni. Kalau ada trip2 menarik bolehlah di SMS kan kepada kami2 ni. Nak juga bertukar angin sekali sekala…

28 03 2008
e Pemuda PAS (12:29:59) :

saya setuju dengan evolusi yang diperkata oleh Saudara Irwan. nah, sekarang, semua pemimin sedang mempertumpu kepada media-media alternatif ini. sedikit masa lagi, tidak mustahil, semua ada blog sendiri, semua ada bisnes sms sendiri, semua ada sumber suara masing-masiang.

diharap, benar-benar, Saudara Irwan tidak akan pernak jemu kepada segala usaha-usaha ini. ingatlah, sesuatu yang dilakukan dengan niat kebaikan dunia dan akhirat, akan dibalas NYA dengan setimpal-timpalnya.

saya, kami, sentiasa menyokong anda! teruskan usaha! :)

28 03 2008
irwan.dahnil (15:32:50) :

Seru > Seronok tengok macam mana orang di sana dengan hanya kerja sebagai pengikat rumpai laut survive dalam kehidupan. Insaf sungguh rasa…

e Pemuda PAS > sekurang2nya saya rasa gembira kerana sebab2 pilihanraya membuka peluang kepada internet dan SMS mendapat tempat di mata mereka yang berkenaan ..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>