Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2008 » April

EBook Formula Bisnes SMS! :

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS:

Buku Panduan Perniagaan SMS Berbahasa Melayu #1 Di Malaysia. Pelajarilah teori perniagaan SMS yang popular.

Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Pendedahan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah! Pertama Kalinya di Malaysia Berbahasa Melayu, Berkongsi Tips & Trick Realiti Perniagaan SMS. Daftar Sekarang!.

Workshop Praktikal Bisnes SMS:

Praktikal, 'Fast-Track', pendekatan demonstrasi untuk mereka yang bersedia dengan teori perniagaan.Pendekatan 'hands-on' dan latihan simulasi.

SMS Bisnes 101 : Mengapa Telco Punya Share Paling Banyak ?

30 04 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas membaca beberapa post di blog Sham, dan juga luahan hati mangsa , saya rasa terdetik untuk menulis beberapa post mengenai asam garam perniagaan SMS. Banyak hal2 perniagaan SMS ini telah tersurat, langkah dan kaedah menjalankannya banyak telah diperolehi, pelbagai2 aplikasi telah ditunjukkan malah, ramai juga yang telah menceburkan diri, kononnya menjadi usahawan SMS.

Satu perkara yang mungkin tidak terdapat rujukan dimana-mana adalah tentang hakikat sebenar perniagaan SMS. Biasanya mereka yang telah terlibat sahaja tau, seronok dan kecewa tentang perniagaan ini.. Hanya mereka yang terlibat sahaja akan tahu pahit manisnya perniagaan ini. Jangan ingat seronok je… :)

Sebagai sumbangan yang tidak seberapa, saya ingin buka kategori baru selepas ini dalam blog.Saya panggil sebagai SMS Bisnes 101. Dalam ketegori ini, saya akan cuba menulis semampu mungkin pengalaman perniagaan dan pemasaran SMS yang pernah saya jalankan. Semoga post saya ini akan menjadi iktibar dan bahan rujukan kepada anda yang ingin atau belum berkecimpung dalam perniagaan SMS. Kepada mereka yang telah dan sedang dalam perniagaan SMS, saya alu-alukan komen anda supaya kita dapat bertukar2 fikiran.

Kepada Megat, saya sangat bersetuju mesti terdapatnya satu platform untuk semua bekerjasama untuk menyebarkan maklumat2 yang tulen mengenai baik-buruk sesuatu perniagaan. Kita dah tak larat nak dengar makcik, pakcik yang bergadai untuk ceburi perniagaan yang hanya mengkayakan satu pihak. Kita dah muak dengar rintihan rakan yang menyesal tak sudah bila melabur ke jalan yang salah.

Satu perkara yang seorang sakit hati adalah tentang jumlah peratusan share yang telco amik dala setiap caj reverse billing SMS. Sehingga kini DiGi 30% + 0.07 , Maxis 42% (bermula Januari 08) dan Celcom 54%.

Yang ironinya , telco yang paling banyak amik percentage adalah telco yang paling ‘lembab’ dari pelbagai sudut. Mutu perkhidmatan, pembayaran, customer support boleh saya katakan ‘hampas’ jugalah. Keciwa sungguh! Tak payah nak cakap la ya tuan-tuan, memang anda tau la telco yang mana. (harap2 telco tu baca la post saya kat blog ni, dan perbaiki la perkhidmatan agar padan dengan percentage yang korang makan!)

Berbalik kepada soalan, kenapa telco ni amik banyak sangat? Apala special sangat dorang ni boleh suka2 hati amik banyak macam tu?

Beberapa statistik betapa ‘mewah’ nya industri telekomunikasi di Malaysia :

- Pengguna rangkaian komunikasi naik menjadi 21 juta pengguna pada 2007 hanya dalam masa 10 tahun ! Kalau sorang pelanggan guna 1 SMS sehari, maka telco kenyang bangat!

- Sektor komunikasi menyumbang 21.3 billion kepada ekonomi negara iaitu lebih kurang 3.7% GDP negara. Padahal dalam industri telekomunikasi hanya setahun jagung, tapi sumbangan kepada negara SANGAT besar dan pantas!

- Sektor telekomunikasi menjana 51,000 tenaga kerja di Malaysia. Cukup banyak untuk menyebabkan kerajaan bukak mata betapa sektor ini tidak boleh diperkecilkan.

Siapa yang kenyang ? Tentulah telco. Kalau anda mempunyai perniagaan yang kaya raya dan maju seperti telco tu, mahu dan sanggupkah anda kongsikan sedikit dengan apa yang anda dapat dengan orang lain ? Heheh.. Tak semua orang pemurah..

Begitu juga telco. Tahun demi tahun mereka mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Kos2 pengiklanan dan penajaan bukan murah. Tetapi kini terbukti mereka telah berjaya. Siapa antara kita yang tak kenal Celcom, DiGi dan Maxis ? Secara automatik, kalau jenama mereka sudah terkenal, mereka mula menguasai industri.

Dengan lesen telekomunikasi yang hanya diberikan kepada beberapa buah syarikat, telco menjadi semakin kukuh dengan kuasa monopoli tanpa risaukan persaingan.

Mereka dah cukup ‘kaya’.

Disebabkan mereka ini yang terlalu kaya inilah, ramai pula yang teringin nak turut serta. Bila kerajaan tak keluarkan lesen, tiada cara lain bagi mereka yang berminat melainkan mewujudkan satu bentuk ‘kerjasama’ dengan membuat penyambungan kepada telco.

Oleh itu, wujudlah syarikat2 yang dikatakan sebagai gateway provider (GP) dan content provider (CP) . Sebagai syarat, mereka sanggup untuk mengikut segala peraturan yang telco tetapkan. Maklumlah, telco ni tentulah jual mahal sebab hanya ada 3 syarikat sahaja yang memonopoli . Kalau GP/CP tak nak comply dengan syarat mereka, mereka boleh ditunjukkan pintu keluar. Berlagak sungguh! Dikatakan agreement antara telco dan gateway provider pun macam bias kepada telco!Tapi bolehkah kita menjerit2 tak puas hati dengan percentage yang telco amik ? Boleh kah agaknya kita protes sekiranya telco tetap berkeras ingin menaikkan peratus share dalam trafik SMS sedangkan kita yang beriya-iya mahu membuat sambungan sistem dengan telco walau apa syaratnya?

Dari segi perspektif telco, mereka merasakan mereka mempunyai hak mutlak.

Dari perspektif GP/CP, ini tidak ADIL! Bagaikan timun lawan durian, David versus Goliath dan sewaktu dengannya.

Sekarang telah wujud MMCP (Malaysia Mobile Content Provider Association). Dengan harapan persatuan dapat mempertahankan hak-hak gateway provider dari terus dipijak-pijak oleh telco yang bongkak. Dan sekurang-kurangnya, bila adanya persatuan, MCMC tidak lah terlalu cenderung kepada komplen pelanggan yang hanya tahu mengadu tanpa tahu apa yang berlaku. Harap2 suara2 yang mempertahankan kita akan mula kedengaran!

Apapun, sebagai GP/CP, kita hanya boleh bermuafakat dan berbincang secara diplomasi dengan pihak telco. Mungkin dengan adanya MCMC menjadi orang tengah untuk membantu kemelut yang mencengkam kebanyakan GP/CP.

Apa yang boleh dirumuskan, sebelum anda terlibat dengan sebarang aktiviti perniagaan SMS, ketahuilah bahawa telco mempunyai hak mutlak dari segi setiap sen dan juga trafik yang masuk ke dalam server mereka. Kita boleh pertikai, tetapi mereka ni ‘terlebih lemak’ yang kadang2 susah untuk kita menegakkan hak kita sebagai GP/CP.

Kalau anda menjadi CP, jangan salahkan 100% GP sekiranya perkiraan pendapatan anda bukan 100% seperti yang anda kirakan. Sebenarnya GP juga tersepit dengan karenah telco yang seperti ‘besar kepala’ dan susah hendak dijentik kerana dah terlalu berkuasa!

Sekiranya satu industri, kita bersatu. Kita perbaiki dimana kepincangan. Kita pertahankan hak kita secara bersama. Jangan satu jari asyik menunding orang kerana 4 lagi jari sedang menunding diri sendiri!








Bisnes SMS 101 : Memilih Gateway Yang Baik

23 04 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Saya menerima email dari salah seorang pembaca blog saya yang menulis seperti berikut :

“Salam Encik Irwan,

Saya sedikit teruja dengan perniagaan SMS ini.

Saya telah difahamkan oleh sebuah syarikat yang ada menyediakan perkhidmatan sms hosting provider ini, dimana mereka menyediakan 11 jenis aplikasi sms yang boleh digunakan sebagai program. Saya hanya perlu membuat pengiklanan dan dapatkan keuntungan dari perkhidmatan yang disediakan dengan membayar sejumlah bayaran kepada mereka.

Pertanyaan saya adakah provider yang lain yang boleh Encik propose kan kepada saya untuk saya buat penilaian, dan apakah cara menilai untuk mendapatkan sms provider yang betul.

Salam perkenalan,

Sekian Terima Kasih.”

Terima kasih diatas soalan tersebut. Setiap pakej aplikasi yang ditawarkan adalah berbeza2. Ada yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Gateway Provider (GP) ada yang mempunyai fokus perniagaan yang berbeza.

Kita ambil analogi yang mudah, adalah perniagaan web hosting. Terdapat berpuluh ribu perkhidmatan yang ditawarkan di luar sana, sampai naik rambang mata untuk memilihnya padahal ia menjual benda yang sama.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam perkhidmatan sebegini, sama ada hosting atau SMS, adalah dari segi khidmat sokongan. Kebanyakan produk yang ditawarkan memberi produk yang bagus, tapi kalau ada masalah, mereka tidak dapat memberikan support yang terbaik. Faktor support juga hendaklah diambil kira.

Soalan #1. Beli 1 Pakej Dapat 11 Aplikasi

Personally bagi saya ia adalah satu aplikasi yang ekonomi. Beli 1 dapat 11! Memang lah nampak murah dan bagus. Bagi saya, ia berbaloi dengan nilai wang.

Sebaliknya, dari perspektif perniagaan SMS, ada perkara yang saya ingin tanyakan.

a. Kandungan yang sama : Semua pakej mempunyai kandungan yang sama seperti SMS Solat, Gaming Result, Horoscope. Jadi dimana keunikan kandungan yang ditawarkan ? Kalau semua kandungan yang sama, semua menjual produk yang sama. Ini bererti berebut pelanggan yang sama. Rasa-rasanya, boleh maju ke perniagaan kalau jual benda saling tak tumpah dengan pesaing anda ? TEPU! Ia seolah2 barangan yang ‘terlonggok’ dan nilai semakin rendah yang anda dipaksa untuk menjualnya. Anda sepatutnya yang tentukan apa yang anda ingin jual dengan SMS, dan bukan orang yang suruh anda jual. Itu barulah suatu keaslian dalam perniagaan.

b. Fokus perniagaan : Katakan anda buat SMS Contest. Anda tentu tahu bahawa pembayaran pertama dari telco datangnya dari DiGi hanya selepas 2 bulan 1/2 selepas anda bermula berniaga. Celcom lebih menyedihkan. 6 bulan pun belum tentu dapat payment. Kos untuk pengiklanan bukan sedikit tuan, adakah anda rasa dapat cover kos pengiklanan, sedang payment lewat ? Itu baru SATU KOS untuk SMS Contest. Kalau anda buat 2 atau 3 perniagaan serentak, tentu kosnya bertambah tinggi. Apatah lagi 11 aplikasi serentak !! So elok fokus satu-satu perniagaan terlebih dahulu.

c. Kos Permulaan : Kalau anda nak buat perniagaan internet, kos anda sekitar RM100 untuk dapatkan domain dan hosting. Anda mula dengan serendah mungkin.Adakah anda terpaksa membayar beribu ringgit hanya untuk mendapatkan sistem SMS ? Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang bermula dengan kos yang serendah2nya, kerana diperingkat awal kita baru merangkak2 untuk memahami sistem dan konsep baru perniagaan. Lainlah dah maju, bolehla kita invest lebih untuk teknologi. Ingat, SMS Gateway hanya tool untuk perniagaan SMS, dan bukan mesin buat duit!

Saya rasa tahu pakej mana yang anda maksudkan. Anyway, sebelum anda membeli pakej tersebut, mungkin boleh baca sedikit apa komentar orang lain mengenai perkhidmatan dari operator yang sama.

http://www.mohdismail.net/blog/monsun-biz-adalah-scam-sila-jangan-tertipu/
http://www.shamsuriyadi.com/2008/04/12/perniagaan-sms-berkonsepkan-contest-semakin-merapu/
http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/
http://www.noorizamshah.com/2008/03/28/bossmailer-spam-yang-menggila/
http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/3741-boleh-ker-www-bossmailer-com-wat-camni-16.html#post82923
http://abdfatah.com/blog/cari-duit-mudah/monsun-barat-daya-utara-selatan-biz-terpedaya-scam.html
http://megat.net/blog/2008/04/monsun-biz-apa-pendapat-anda/
http://earncent.com/blog/2008/04/08/edisi-siasat-adakah-monsun-biz-dan-bossmailer-itu-scam/
http://nogold.com/forum/medium-risk-ops/23635-monsun-biz-callcenter-payment-gateway-bossmailer-mirsb.html
http://www.theblogrevenue.com/2008/04/18/do-not-start-an-e-biz-with-rm50000/
http://rajatemenggong.wordpress.com/2008/04/18/monsun-biz-satu-peluang-perniagaan/
http://pride4us.com/hisham/blog/?p=77

p/s : Saya tidak bias dan tidak mengatakan pakej tersebut tidak bagussss :)

Soalan #2. Bagaimana Memilih Gateway Yang Bagus

~ Memberikan peratus keuntungan paling maksima. Biasanya 80% keatas. Antara 60% ke 70% acceptable
~ Gateway Provider yang tidak ada ’skandal’, ‘repo’ tak elok. Yang ini boleh rujuk kat MCMC, atau persatuan pengguna
~ Mempunyai kod 5 digit yang mudah diingat.. Mana mudah nak ingat, 32222 atau 31562 ?
~ Mempunyai khidmat pelanggan yang baik. Yang ini kene try dulu. Cuba call mereka, tengok bagaimana mereka layan anda. Kalau belum jadi pelanggan pun macam tak layan je, apatah lagi dah jadi pelanggan.
~ Harga pakej yang berpatutan. Business 101 : Kene start dengan modal paling rendah
~ Pilih aplikasi mengikut keperluan anda sahaja. Jangan terpedaya dengan pakej2 bonus hebat, tawaran2 murah, skim2 yang menarik. Ini mengaburi mata. Kalau nak buat SMS Contest, dapatkan aplikasi SMS Contest. Jangan tengok yang lain dulu
~ Menyediakan agreement bermatikan stem untuk tujuan undang-undang
~ Berjanji dengan anda tidak memanipulasikan data anda
~ Mempunyai track record pembayaran yang baik. Kene hati-hati. Kalaula gateway provider tutup, menangis tak berlagu. Mana nak dapat duit payment tu .. Nak pilih yang payment bagus , kene ada recommendation, word of mouth. Biasanya kawan2 yang ada pengalaman akan cerita syarikat mana yang bagus.

Saya harap jawapan saya tadi dapat membantu.








Mulakan Dengan Zero Cost

16 04 2008

” Mulakan dengan apa yang anda tahu, anda mahir dan anda minat “

Kebanyakan dari perniagaan yang dijalankan yang berjaya adalah didorong oleh minat, mahir, pakar, pengetahuan dan pengalaman (2M3P).

~ Colonel Sanders (KFC) bermula dengan berniaga dengan menghidangkan ayam untuk pelanggan stesen minyak sahaja dan bukan dengan restoran!
~ Airasia bermula dengan 2 pesawat Boeing 737-300s sahaja ketika memulakan perniagaan

~ Sate Kajang @ Sate Samuri bermula dengan perniagaan bergerak dari rumah ke rumah, perniagaan kandar dan di tepi jalan sahaja.

Sekarang ni, siapa yang tidak kenal dengan mereka ?

Asasnya mereka mengekalkan zero-cost dalam perniagaan. Tiada barang mewah, tiada modal besar, tiada ramai pekerja ..Sendiri boss dan sendiri kuli!

Sebenarnya ini adalah asas untuk sebarang keusahawanan. Cuma tawarkan apa yang ada, buat sehabis baik.

Kita selalu melihat yang dah berada dipuncak, itu sebab rasa kita ni serba kekurangan.

Cuba fikir sejenak, apakah yang anda minat, mahir, pakar, berpengetahuan dan berpengalaman ? Takkan la dalam tiada langsung satu pun dalam diri anda ?

Kalau anda mahukan perniagaan yang tiada kos, risiko rendah dan modal yang minimum, maka elok mula berfikir sekarang!








Sembang Hujung Minggu

6 04 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jarang saya tulis blog pada hari Ahad sebenarnya. Hujung minggu memang biasanya dihabiskan dengan famili dan merancang untuk kerja minggu yang mendatang.

Sekarang dah masuk bulan April. Bermakna suku tahun 2008 telah berlalu. Hari ini saya cuma menyelak buku-buku lama, planner dan juga kalendar untuk menghitung hari dan masa. Sekejap je rasa 2008.. Saya sentiasa berfikir, apa yang telah saya capai dan saya lakukan dalam masa 2008. Berfikir…

Kadang-kadang terasa lelah juga bila otak penuh dan sarat dengan perkara-perkara yang memerlukan pemikiran dan analisa yang mendalam.

Alhamdullillah, saya telah sampai ke beberapa peringkat penting pada tahun ini. Oleh itu sukacita saya ingin umumkan beberapa perkara :

1. SMS In-A-Box : Penyelesaian SMS Yang Mudah

Pengalaman saya yang lalu memudahkan saya untuk mengubahsuai suatu sistem SMS yang baru. Sistem ini boleh digunapakai dengan mudah oleh pelanggan tanpa perlu melalui kepayahan seperti yang saya lalui yang membuang masa dan kos yang tinggi. Dengan kos yang rendah, saya percaya, setiap orang mampu untuk memiliki sistem SMS sendiri (Now everyone can… ) Macam Airasia pula :)

Nak buat sistem ni telah mengambil masa saya hampir 1 tahun. Letih juga untuk berfikir tetapi bila dah sampai ke final stage seperti ini, rasa lapang betul kepala…

2. Program Mentoring dan Reseller

Program ini adalah program eksklusif. Saya akan lancarkan secara online sedikit masa lagi. Program ini adalah program latihan pembangunan usahawan. Apapun, penyertaan tidak terbuka kepada semua… Saya rasa, dalam 2-3 bulan ini, blog saya hanya akan dipenuhi oleh berita2 mengenai program ini sahaja. Sehingga kini, brosur dan maklumat asas program telah selesai (gambar brosur sebelum dicetak kat kilang)
4 bulan masa berfikir utk program mentoring ini.. Berbaloi betul rasa

3. Penyusunan semula Program Akademi Fantasia SMS

Insyallah, sedikit masa lagi Akademi SMS akan ditiupkan dengan tenaga baru dan juga program yang lebih agresif dan lebih baik. Dengan ‘team’ baru yang menyaksikan kemunculan mereka yang berpengalaman, saya ingin terus memacu Akademi SMS untuk pergi lebih jauh. Akademi SMS akan kembali dengan program workshop seperti dulu dan yang penting ia akan diperkemaskan. Program baru seperti awareness juga akan diperkenalkan sedikit masa lagi.Itu adalah 3 agenda ‘besar’ yang sedang saya lakukan. Maafkan saya kerana tidak dapat benar2 komited dengan blog, perundingan dan bantuan teknikal. Doakan apa yang telah saya susun dan rancang ini, dapat memudahkan cara dan kaedah mengembangkan penggunaan SMS dalam pelbagai bidang di dalam negara kita

p/s : Dah hampir setahun buku Buat Duit Dengan SMS berada dipasaran. Hari ini buku tersebut berpeluang pula untuk dilancarkan :) Kepada mereka yang berada di PWTC hari ini untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, jangan lupa datang ke Majlis Pelancaran Buku Perniagaan terbitan Truewealth. Insyallah, saya juga akan berada disana antara jam 11 am hingga 1pm. Buku Rahsia Blogger karya Shuth pun akan berada disana…

p/p/s : Malaysia antara negara yang mempunyai pemilikan telefon bimbit dan penggunaan SMS yang tinggi. So kalau ada apa2 business SMS atau telefon bimbit yang berkaitan, Malaysia adalah tempat yang sesuai utk ujian. Lepas ni boleh la lebarkan sayap ke negara luar pula :)