Sembang Hujung Minggu
6 04 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jarang saya tulis blog pada hari Ahad sebenarnya. Hujung minggu memang biasanya dihabiskan dengan famili dan merancang untuk kerja minggu yang mendatang.
Sekarang dah masuk bulan April. Bermakna suku tahun 2008 telah berlalu. Hari ini saya cuma menyelak buku-buku lama, planner dan juga kalendar untuk menghitung hari dan masa. Sekejap je rasa 2008.. Saya sentiasa berfikir, apa yang telah saya capai dan saya lakukan dalam masa 2008. Berfikir…
Kadang-kadang terasa lelah juga bila otak penuh dan sarat dengan perkara-perkara yang memerlukan pemikiran dan analisa yang mendalam.
Alhamdullillah, saya telah sampai ke beberapa peringkat penting pada tahun ini. Oleh itu sukacita saya ingin umumkan beberapa perkara :
1. SMS In-A-Box : Penyelesaian SMS Yang Mudah
Pengalaman saya yang lalu memudahkan saya untuk mengubahsuai suatu sistem SMS yang baru. Sistem ini boleh digunapakai dengan mudah oleh pelanggan tanpa perlu melalui kepayahan seperti yang saya lalui yang membuang masa dan kos yang tinggi. Dengan kos yang rendah, saya percaya, setiap orang mampu untuk memiliki sistem SMS sendiri (Now everyone can… ) Macam Airasia pula
Nak buat sistem ni telah mengambil masa saya hampir 1 tahun. Letih juga untuk berfikir tetapi bila dah sampai ke final stage seperti ini, rasa lapang betul kepala…
2. Program Mentoring dan Reseller
Program ini adalah program eksklusif. Saya akan lancarkan secara online sedikit masa lagi. Program ini adalah program latihan pembangunan usahawan. Apapun, penyertaan tidak terbuka kepada semua… Saya rasa, dalam 2-3 bulan ini, blog saya hanya akan dipenuhi oleh berita2 mengenai program ini sahaja. Sehingga kini, brosur dan maklumat asas program telah selesai (gambar brosur sebelum dicetak kat kilang)
4 bulan masa berfikir utk program mentoring ini.. Berbaloi betul rasa
3. Penyusunan semula Program Akademi Fantasia SMS

Insyallah, sedikit masa lagi Akademi SMS akan ditiupkan dengan tenaga baru dan juga program yang lebih agresif dan lebih baik. Dengan ‘team’ baru yang menyaksikan kemunculan mereka yang berpengalaman, saya ingin terus memacu Akademi SMS untuk pergi lebih jauh. Akademi SMS akan kembali dengan program workshop seperti dulu dan yang penting ia akan diperkemaskan. Program baru seperti awareness juga akan diperkenalkan sedikit masa lagi.Itu adalah 3 agenda ‘besar’ yang sedang saya lakukan. Maafkan saya kerana tidak dapat benar2 komited dengan blog, perundingan dan bantuan teknikal. Doakan apa yang telah saya susun dan rancang ini, dapat memudahkan cara dan kaedah mengembangkan penggunaan SMS dalam pelbagai bidang di dalam negara kita
p/s : Dah hampir setahun buku Buat Duit Dengan SMS berada dipasaran. Hari ini buku tersebut berpeluang pula untuk dilancarkan
Kepada mereka yang berada di PWTC hari ini untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, jangan lupa datang ke Majlis Pelancaran Buku Perniagaan terbitan Truewealth. Insyallah, saya juga akan berada disana antara jam 11 am hingga 1pm. Buku Rahsia Blogger karya Shuth pun akan berada disana…
p/p/s : Malaysia antara negara yang mempunyai pemilikan telefon bimbit dan penggunaan SMS yang tinggi. So kalau ada apa2 business SMS atau telefon bimbit yang berkaitan, Malaysia adalah tempat yang sesuai utk ujian. Lepas ni boleh la lebarkan sayap ke negara luar pula









Saya doakan semoga Projek SMS in-a-box ini berjaya dan dapat mempelbagaikan bidang penggunaan aplikasi SMS di Malaysia terutama kepada syarikat-syarikat kecil dan besar juga kepada golongan usahawan sebagai platform untuk memantapkan perniagaan dan sebagai sumber menambahkan pendapatan.
Tahniah dan Salute kepada En. Irwan kerana berjaya hasikan sesuatu yg lain dari yg lain..
Lepas Malaysia kita terbang ker Australia pula..
Wah… saya dah terima email dri Irwan. Memang menarik… Saya akan flollow up mengenai prgram ni dari masa ke semasa… thanks irwan
nuwa > Buat dulu .. tak kisah lah orang nak kata apa ye tak
En Dlie > Ada berita baru, akan saya paparkan disini
Saya bukanlah bisnesman..
Tapi amat berminat untuk mengusahakan bisnes part time…
Masih terkial-kial lagi
salam, saudara irwan, saya adalah pembeli ebook kamu.. Rahsia Buat Duit Dengan Internet.
saya berminat dengan sistem SMS in a box nie.. boleh email saya utk keterangan lanjut??
saya minat sangat2…
mohdhilmi > SMS In A Box ni sbenarnya projek baru. Masa nya belum tiba untuk buat pengumuman. Insyallah, projek ni kalau tiada aral akan ready menjelang July… Nanti kan ye