Bisnes SMS 101 : Memilih Gateway Yang Baik
23 04 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Saya menerima email dari salah seorang pembaca blog saya yang menulis seperti berikut :
“Salam Encik Irwan,
Saya sedikit teruja dengan perniagaan SMS ini.
Saya telah difahamkan oleh sebuah syarikat yang ada menyediakan perkhidmatan sms hosting provider ini, dimana mereka menyediakan 11 jenis aplikasi sms yang boleh digunakan sebagai program. Saya hanya perlu membuat pengiklanan dan dapatkan keuntungan dari perkhidmatan yang disediakan dengan membayar sejumlah bayaran kepada mereka.
Pertanyaan saya adakah provider yang lain yang boleh Encik propose kan kepada saya untuk saya buat penilaian, dan apakah cara menilai untuk mendapatkan sms provider yang betul.
Salam perkenalan,
Sekian Terima Kasih.”
Terima kasih diatas soalan tersebut. Setiap pakej aplikasi yang ditawarkan adalah berbeza2. Ada yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri. Gateway Provider (GP) ada yang mempunyai fokus perniagaan yang berbeza.
Kita ambil analogi yang mudah, adalah perniagaan web hosting. Terdapat berpuluh ribu perkhidmatan yang ditawarkan di luar sana, sampai naik rambang mata untuk memilihnya padahal ia menjual benda yang sama.
Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam perkhidmatan sebegini, sama ada hosting atau SMS, adalah dari segi khidmat sokongan. Kebanyakan produk yang ditawarkan memberi produk yang bagus, tapi kalau ada masalah, mereka tidak dapat memberikan support yang terbaik. Faktor support juga hendaklah diambil kira.
Soalan #1. Beli 1 Pakej Dapat 11 Aplikasi
Personally bagi saya ia adalah satu aplikasi yang ekonomi. Beli 1 dapat 11! Memang lah nampak murah dan bagus. Bagi saya, ia berbaloi dengan nilai wang.
Sebaliknya, dari perspektif perniagaan SMS, ada perkara yang saya ingin tanyakan.
a. Kandungan yang sama : Semua pakej mempunyai kandungan yang sama seperti SMS Solat, Gaming Result, Horoscope. Jadi dimana keunikan kandungan yang ditawarkan ? Kalau semua kandungan yang sama, semua menjual produk yang sama. Ini bererti berebut pelanggan yang sama. Rasa-rasanya, boleh maju ke perniagaan kalau jual benda saling tak tumpah dengan pesaing anda ? TEPU! Ia seolah2 barangan yang ‘terlonggok’ dan nilai semakin rendah yang anda dipaksa untuk menjualnya. Anda sepatutnya yang tentukan apa yang anda ingin jual dengan SMS, dan bukan orang yang suruh anda jual. Itu barulah suatu keaslian dalam perniagaan.
b. Fokus perniagaan : Katakan anda buat SMS Contest. Anda tentu tahu bahawa pembayaran pertama dari telco datangnya dari DiGi hanya selepas 2 bulan 1/2 selepas anda bermula berniaga. Celcom lebih menyedihkan. 6 bulan pun belum tentu dapat payment. Kos untuk pengiklanan bukan sedikit tuan, adakah anda rasa dapat cover kos pengiklanan, sedang payment lewat ? Itu baru SATU KOS untuk SMS Contest. Kalau anda buat 2 atau 3 perniagaan serentak, tentu kosnya bertambah tinggi. Apatah lagi 11 aplikasi serentak !! So elok fokus satu-satu perniagaan terlebih dahulu.
c. Kos Permulaan : Kalau anda nak buat perniagaan internet, kos anda sekitar RM100 untuk dapatkan domain dan hosting. Anda mula dengan serendah mungkin.Adakah anda terpaksa membayar beribu ringgit hanya untuk mendapatkan sistem SMS ? Perniagaan yang baik adalah perniagaan yang bermula dengan kos yang serendah2nya, kerana diperingkat awal kita baru merangkak2 untuk memahami sistem dan konsep baru perniagaan. Lainlah dah maju, bolehla kita invest lebih untuk teknologi. Ingat, SMS Gateway hanya tool untuk perniagaan SMS, dan bukan mesin buat duit!
Saya rasa tahu pakej mana yang anda maksudkan. Anyway, sebelum anda membeli pakej tersebut, mungkin boleh baca sedikit apa komentar orang lain mengenai perkhidmatan dari operator yang sama.
http://www.shamsuriyadi.com/2008/04/12/perniagaan-sms-berkonsepkan-contest-semakin-merapu/
http://www.shamsuriyadi.com/2008/03/27/pandangan-saya-terhadap-mirsb-monsuncallcenterpayment-gatewaybossmailer/
http://www.noorizamshah.com/2008/03/28/bossmailer-spam-yang-menggila/
http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/3741-boleh-ker-www-bossmailer-com-wat-camni-16.html#post82923
http://abdfatah.com/blog/cari-duit-mudah/monsun-barat-daya-utara-selatan-biz-terpedaya-scam.html
http://megat.net/blog/2008/04/monsun-biz-apa-pendapat-anda/
http://earncent.com/blog/2008/04/08/edisi-siasat-adakah-monsun-biz-dan-bossmailer-itu-scam/
http://nogold.com/forum/medium-risk-ops/23635-monsun-biz-callcenter-payment-gateway-bossmailer-mirsb.html
http://www.theblogrevenue.com/2008/04/18/do-not-start-an-e-biz-with-rm50000/
http://rajatemenggong.wordpress.com/2008/04/18/monsun-biz-satu-peluang-perniagaan/
http://pride4us.com/hisham/blog/?p=77
p/s : Saya tidak bias dan tidak mengatakan pakej tersebut tidak bagussss
Soalan #2. Bagaimana Memilih Gateway Yang Bagus
~ Gateway Provider yang tidak ada ’skandal’, ‘repo’ tak elok. Yang ini boleh rujuk kat MCMC, atau persatuan pengguna
~ Mempunyai kod 5 digit yang mudah diingat.. Mana mudah nak ingat, 32222 atau 31562 ?
~ Mempunyai khidmat pelanggan yang baik. Yang ini kene try dulu. Cuba call mereka, tengok bagaimana mereka layan anda. Kalau belum jadi pelanggan pun macam tak layan je, apatah lagi dah jadi pelanggan.
~ Harga pakej yang berpatutan. Business 101 : Kene start dengan modal paling rendah
~ Pilih aplikasi mengikut keperluan anda sahaja. Jangan terpedaya dengan pakej2 bonus hebat, tawaran2 murah, skim2 yang menarik. Ini mengaburi mata. Kalau nak buat SMS Contest, dapatkan aplikasi SMS Contest. Jangan tengok yang lain dulu
Saya harap jawapan saya tadi dapat membantu.









hohoho…Tambah satu post pasal benda tu..
Ada satu komen kat blog saya, seorang makcik hilang duit yang dia kumpul 20tahun sebab termakan janji manis..kesian jugak.
sham.. kita dah ingatkan banyak kali.. macam biasa “jangan sampai pakcik dan makcik tergadai tanah sekali lagi” menangis tak berlagu tu.
perlu ada kerjasama untuk mengingatkan orang kita berkenaan baik buruk sesuatu perkhidmatan. bisnes is bisnes (yg tak jujur la), mereka sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan keuntungan.
ada satu kejadian satu keluarga (laki bini dan anak²) melabur dalam dan sekarang ni menangis tak berlagu.
aku tak kesah sangat. Tapi aku kesian je kalau pakcik2 dan makcik2 yg failed bab2 computer dengan internet nih. Hangus camtuh je aku rasa. Ingat senang ke diorang nak belajau semua tu in short time..
apapun, kita tengok je dulu kemampuan company tu. berita baru. site diorang dah nampak pro sket. ada ala2 lelong gak dah skrg..
hi,
SAYA merupakan salah seorang pembeli produk diorang…DISEMBER 07 first batch…time tu diorang panggil callcenter…
Skang ni aku ade callcenter(i-gomobile), payment gateway, & bossmailler….
So far sy buat i-gomobile…sms ler senang citer…sy ad kat majalah dan alhamdulillah untung walaupun sikit…mungkin sebab tuhan nak bg rezezi kot memandangkan banyak lagi yg rugi dlm batch yg sama….ade dgr2 la…kesian gak..
TAPI!!!!!!!!!!
Yang jadikan saya tak puas hati ni…system & apa yg diorg ckap sebelum nih….byk sgt yg bercanggah….nasib baik saya ni celik sikit membaca sistem ni selepas 3-4 bulan dah buat…yg buta plak harap2 lama kelamaan diorang nampak la…
SOME OF THE THING YG I TAK PUAS HATI….
Time first2 beli diorg ckap gateway takde charge ape2 kat content provider..just bahagi 2 jer ngan TELCO…yer ler time tu kurang bijak la kan..huhu…TETAPI secara tibe2 tanpa notis ada charge 10% plak….tu baru satu….dua plak…diorg ckap TELCO byr direct kepada content provider(saya) TETAPI secara logik dan research yg saya buat(skit jer) mmg sah gateway amik dulu baru la kepada content provider….terima kasih kepada irwan dahnil dengan penerangan anda dlm website…tanpa anda saya akan agak blur jugak…..tepuk2…huhu
WHY??!!!!!!!
Kadang2 saya tak faham kenapa diorang perlu tipu benda yg diorg tak payah nak tipu pon….tak tipu pon saya beli gak….btul tak?
ADA LAGI MASALAH…..
Dalam statistik pon masalah jugak….tak tepat dan mengelirukan….bila tanya sorang cakap lain…n sorang tak tau langsung…merepek la diorang ni….kalau ada 1000 orang macam saya nak tanyer kat 3 orang teknikal yg dier ader mesti mampos punyer nak jawab sekor2….yg saya heran tu…bulan 1 dan 2 setengah masih ada lagi statistik dari maxis…tibe2 puff hilang begitu sahaja…mmg akan hilang ker? diorang cakap maxis amik untuk check….tapi kenapa takde notis…kalau ada notis mungkin saya tak tulis kat sini…..bg la notis…please….saya baru belajar…
LAGI MASALAH STATISTIK…..
Diorg cakap celcom amik 50%…saya dapat 50%…tapi kat statistik len la plak….tak faham la…PLEASE LIGHTEN ME UP…
Ada pulak satu time tu server down…..pergh kalau saya advertise kat paper time tu mesti mampos punyer….huhu nasib baik ad kat majalah….
Yg terharunyer…saya dh bg email address…knapa tak poskan any benda2 baru kepada saya??NOTIS!!!NOTIS!!!NOTIS!!! kalau kene pakai surat lain ler….diorg kan pakar bidang ICT…tapi diorg tak practice benda tu sendiri kat syrkt diorg…pelik…
APA2 pon silalah bg notis kepada pembeli….please…HELP ME A BIT…..Takkan setiap kali ada problem nak call…penatnye…dah la macam nak tanak jer jawab…dah la problem bukan datang dari saya..kalau ya mmg patutla saya abeskan masa,duit,sakit ati n len2 untuk call….tetapi DARI ANDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ADA banyak lagi masalah yg saya nak kongsi tapi saya tak tau macam mana nak terangkan…len kali la kot…kepada sesiapa yg celik business sms ni leh tak email pandangan anda kepada saya…..mana tau saya yg salah….at least takde la malu sgt biler time nak hentam diorg nanti…huhuhu
APA yang saya cuba nyatakan disini ialah agar pihak mirsb memperbaiki apa yg kurang…maaf jika medium yg saya gunakan tidak tepat….IA ADALAH kerana MIRSB sendiri yg memaksa saya secara mentalnya untuk berbuat seperti ini….
FIKIRLAH macam mana pihak korang(MIRSB) untuk membantu kami yg mempunyai masalah ini….saya dah bagi idea kepada salah seorang daripada agen korang tetapi cam takde benda jadi pon….
INI BUKAN MASALAH YG DATANG DARI INDIVIDU YG MEMBELI TETAPI SYRKT YG MENJUAL…..kalau datang dari diri sendiri seperti tidak pandai menggunakan sistem atau tak reti bisnes lain la criter..k…saya bukan melenting sebab saya rugi dalam bisnes yg korang bagi tetapi sistem sms korang yg memeningkan kepala saya….bukan salah saya advertise atau apa…SISTEM YG FAILURE….FAIL LA!!!!!!!!!!
Saya still nak advertise lagi kat majalah lagi tetapi saya tak dapat berbuat demikian kerana statistik yg diberikan tidak tepat dan memeningkan….Modal saya dah kene gam dgn org yg bg modal…(rahsia)…hehe sebab saya tak dapat bg statistik yg tepat kat diorang…saya nak cepat maju tapi korang yg secara halusnya yg membantutkan pergerakan saya….
UNTUK PENGATAHUAN SEMUA…saya dah pegi ke pejabat MIRSB kat the mall tu…encik yg duduk kat depan skali tu pon tak leh nak jawab soalan saya…muka confident jer awal2…tibe2 tercengang ngan sistem sendiri…pastu tipu saya plak tu…dier cakap nak fowardkan soalan saya kepada en sidek(sebab dier tak dapat nak jawab) dan dier akan call saya lagi dua hari….tapi skang ni dah dekat dua bulan dah….jumpe lagi skali kat luar…buat derk jer ngan saya…
Saya berharap sangat ada pihak mirsb(yg berkenaan) membaca apa yg saya poskan ini….
Lagi satu…terdetik kat hati saya kesian kepada orang yg membeli tetapi tidak tahu menggunakannya….ada makcik yg saya jumpe…dah beli…tapi kesian coz tak tau gune dan masih daif dalam sales(monsun)…dier sendiri pon cakap kat saya yg dier tak penah pegang komputer….takde suami coz bercerai…ada anak nak tanggung….brenti keje sebab nak buat monsun…kesian sgt2…
Saya sekarang tgh buat group….jadi kepada yg dah beli sistem sms ni email saya kalau ada apa2 masalah dan kalau nak lagi senang call jer..email dulu baru saya bg nombor telefon k…setakat nak guna….saya dah fully tahu…..tapi masalah yg seperti kat atas saya sendiri pon tgh cari jawapan…..sedang usaha lagi…nanti dah dapat jawapan saya akan bg tahu…
Group saya skang ada 3 orang….kawasan KL…saya dah bantu diorang buat benda nih dan saya janji saya boleh bantu korang…takde bayaran…free jer…saya ikhlas nak tolong bangsa saya sendiri…..kalau bukan bangsa saya pon saya tolong….jgn risau…saya tak racist…hehe…
KEPADA PIHAK MIRSB
MIRSB please think about others too…please…i beg u…stop the mass selling….please…just for a while look back at those people who need help…stop selling FOR AWHILE and help us in what we do…im the first batch n still im looking answer for too many questions…mostly about the system….
fuuhh….satu luahan yang cukup panjang..
macam x caya pulak perkara sebegini bleh berlaku.
to saudara irwan : minta tolong komen yer…saya pun nak dengar jugak..
to saudara “masalah” : saya simpati dengan awak. Dan kalau bleh,bleh tak saudara citerkan lain2 masalah untuk dikongsi bersama.
email saya : din3187@yahoo.com
ni kes nak dapat untung cepat tapi x tau nak guna pe yang dikatakan IT lah yer…
kepada makcik-makcik yang beriya melabur tuh, saya cadangkan baik tunaikan umrah jer sebab saya rasa tu adalah pelaburan yang lebih bermakna buat makcik pakcik kat kampung tuh…. bukan nak menghina, tapi teknologi nih mmg x sesuai tuk orang yang x tau langsung pasal IT….
renung2kan lah yer
Orang kata ” Sistem dan business tu tak salah, orang yang menjalankannya yang merosakkannya ”
masalah > Saya akan cuba huraikan dalam post2 mendatang dalam blog ni. Memang ada keperluan dah sekarang untuk saya tuliskan bahan2 seperti itu untuk rujukan rakan2 yang lain. Insyallah
din3187 > Saya akan buat posting untuk menjawab pertanyaan saudara. Mungkin rakan lain ingin tahu apa yang din3187 tanyakan. Bolehkan?
elysya > Kesian, tapi tak dapat nak tolong. Cuma kadang2 bila masa tua ni kene fikirkan risiko ‘pelaburan’
salam..
boleh ajer..asalkan ilmu itu kita dapat berkongsi bersama..Tambah pula kepada orang2 yang baru macam saya nie..
p/s : banyak lagi nak kena menuntut ilmu dari saudara irwan nie..(^_^)
Boleh2…hehe klaka jugak kalau kiter main jump jer ke bisnes yg kite sendiri asing sangat…
No 2 punyer masalah….
sebelum ni dalam statistik ada pengiran=an untuk maxis…leh nampak la walaupun tak tertulis kat statistik tu…dier just tulis keseluruhan sms…maksudnye maxis + celcom + digi….tapi selepas sebulan lebih saya pakai…tetibe hilang pengiraan untuk maxis….so saya tak dapat nak kira perbezaan yang sms berharga 30sen, 50sen, dan lain2…tak ke saya konfius nak buat pengiraan untuk iklan seterusnya…camner saya nak buat iklan kalau pengiraan yg tepat saya tak dapat…saya faham statistik tak semestinya tepat…at least mestila tau secara kasarnya pengiraan camner….
cuba tgk contoh ni….
satu hari contohnye saya dapat 1000 sms…
digi + celcom = 500 sms…so bakinya maxis = 500 sms
so kalau maxis 500 sms… brapa yg 30 sen…brapa yg 50sen dan brapa yang RM1?? takkan saya nak kira satu2 sms yg dapat kot… peniong kan…
kalau saya congak bermaksud perniagaan ni akan kecundang satu masa nanti sebab saya tak dapat buat pengiraan yg betul…kalau nak yg betul kene tunggu 3 bulan…so saya tak dapatr buat pengiraan langsung walaupun hanye bajet2…takan nak buat akaun pon ikut syok sendiri jer…
masalah yg saya terima masih tidak dijawab oleh mereka…dan kebanyakannya datang secara terkejut…(tak diberitahu masa kursus atau kelas teknikal)
Time kelas pon cerita merepek jer…
saya tanak orang salah faham….bukan sebab saya rugi saya beri komen…sekarang pon saya ada untung sedikit…dalam 2-3k (saya congak jugak..yg saya nampak untung 4k tetapi saya tulis sini 2-3k supaya orang tak salah faham pulak…yela statistikkan tak boleh nak percaya sangat..hehe)…alhamdulillah…tetapi dengan sistem yg problem camni saya tak tahan untuk meneruskannya….setiap masa problem…kadang2 server down…pergh punggah…benda2 camnih pon tak diberi tahu….patutnye diberitahu kemungkinan yg akan mendatang tetapi ini tidak…jual dan lepas….nasib baik saya tau jugak nak operate sistem dier…kalau tak mau giler saya dengan benda nih…
Payment pon masalah…saya tak tau camner nak amik…berapa lama masa yg kene tunggu untuk payment dan lain2…
Saya cabar pihak MIRCB jawab semua pertanyaan saya dalam blog nih dan blog2 dan forum2 yang berkaitan…
Dan ada banyak lagi pertanyaan yg saya ada tetapi saya kumpulkan untuk kemudian hari….banyak sangat lagi….
masalah > Saya bercerita atas pengalaman ya..
Setahu saya setiap gateway provider mempunyai backup database. Macam sistem yg saya gunakan, transaksi yang dipaparkan dalam sistem hanya utk 3 bulan terkini. Ia bertujuan untuk optimization page loading. Kalau nak tengok report2 yang terdahulu, boleh buat request.. So gateway provider boleh buat listing mengikut keperluan kita…
Anyway, saya tidak secara serentak buat satu2 promosi dalam satu masa. Ini akan mengelirukan. Memang mengelirukan sedikit sebab semua trafik masuk ke page yang sama. Tapi saya kurang pasti yang saudara gunakan macam mana.
Bagi saya perniagaan yang sama dengan pesaing yang lain (contohnya, bila kita buat contest, pesaing kita pun buat contest ) memang akan kecundang
… Tiada keunikan dalam perniagaan tidak bawa kemana…
Hal2 payment pun saya tak pasti macam mana.. tapi saya akan mendapat payment terus dari gateway provider melalui online banking atau pun cheque.. Payment kadang2 cepat di awal bulan.. kadang2 diakhir bulan.. Yang pasti tak pernah pula saya miss terima payment.Sikit atau banyak tu biasalah…
Saya harap En Masalah bersabar dengan masalah yang dihadapi