SMS Case Study : SMS Feedback Untuk Iklan Seminar Sabah

20 05 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih diatas ucapan takziah. Alhamdulillah, semuanya telah selamat. Majlis tahlil juga berjalan dengan lancar.

2 minggu yang padat untuk saya. Banyak pula perkara yang telah saya terabaikan. So minggu ini, saya akan kembali catch up banyak perkara yang tak selesai. Minggu lalu saya terpaksa tunda beberapa aktiviti yang dirancang ke tarikh yang baru.

Lately saya banyak terima email yang bertanyakan tentang konsep pemasaran SMS. Kebanyakan mungkin berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang konsep baru itu. Maaf kebanyakan email tersebut tidak dapat saya reply kerana kekurangan maklumat. Lagi pun kebanyakan email, bertanya soalan tanpa sopan santun ni rasa tak ‘berbaloi’ saya nak reply.

” En Irwan, just ndak find something bout business SMS nie, I read your blog, but sill blur… if you don’t mind to elaborate a bit bout “pemasaran SMS”nie.. if anything u can email to me, waiting for your reply.. till then .. thank you,,,,

Kalau anda jadi saya, agaknya macam mana saya nak reply email ini ? Susah..susah.. So sejak terima email yang bertanyakan soalan yang sama, saya terfikir bagaimana untuk membantu pembaca blog ini memahami konsep2 pemasaran SMS.

Jadi saya akan mulakan kategori baru yang saya panggil sebagai SMS Case Study. So dalam kategori ni, saya cuba untuk berkongsi pengalaman sebenar mengaplikasikan SMS sebagai kaedah pemasaran. Dengan cara ini diharapkan mungkin anda boleh lihat bagaimana saya nak lakukan dan pada masa yang sama dapat menjimatkan masa untuk membalas email yang bertanya soalan yang sama.

Sebelum ini saya juga telah memulakan kategori baru SMS Bisnes 101. Berbeza dengan kategori tersebut, SMS Case Study adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui. SMS Bisnes 101 adalah konsep2 asas, senario biasa dan juga realiti bisnes SMS.

Jadi, post kali ini akan agak panjang dan teknikal.

Seperti yang anda ketahui saya akan menganjurkan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang pertama di Sabah pada 22 Jun nanti. Setuju tak kalau saya jadikan projek Sabah ini sebagai bahan ujikaji untuk case study yang pertama ni?

Kali ini saya akan gunakan SMS Feedback. Menggunakan sistem ini, saya akan menggunakan SMS sebagai alat untuk menerima maklumbalas dari pelanggan.

SITUASI

Jadi sekarang kita perlukan satu situasi. Dalam situasi ini, saya akan membeli ruangan iklan di dalam akhbar New Sabah Times untuk mempromosikan seminar tersebut. Jadi bagaimana saya ingin melihat keberkesanan iklan tersebut? Bagaimana saya ingin melihat respon dan feedback pelanggan ?

Dalam keadaan konvensional, pelanggan yang berminat untuk menyertai seminar akan memberi respon dan feedback melalui beberapa saluran yang biasa seperti melalui telefon, melalui email atau melalui edaran borang. So kali ini saya akan gunakan SMS sebagai alat untuk membolehkan pelanggan menghantar feedback kepada iklan.

PENTING! : Saya tidak menggantikan saluran konvensional dengan SMS, sebaliknya MENAMBAHKAN fungsi SMS dalam iklan. Ini bermakna saluran telefon dan email dikekalkan.

So dalam case study ini kita akan lihat beberapa aspek yang penting :

1. Konfigurasi Sistem SMS

2. Pengiklanan

3. Keberkesanan SMS vs Telefon/Email

4. Kos

Dalam pos hari ini, saya akan kongsikan dengan anda aspek yang pertama iaitu Konfigurasi Sistem SMS. Aspek2 seterusnya akan kita bincangkan dalam post akan datang.

KONFIGURASI SISTEM SMS

Tujuan konfigurasi ? Membolehkan sistem SMS saya membuat jawapan secara automatik apabila setiap pelanggan menghantar SMS feedback. Contohnya, Ali berminat untuk menyertai seminar, jadi Ali akan menghantar SMS. Apabila transaksi SMS berjaya, Ali akan menerima Reply SMS automatik. So tak perlu lah saya untuk membalas secara manual yang setiap SMS dihantar.

Saya sekarang mempunyai sistem SMS yang saya langgan dan saya telah memilih keyword MY. Untuk membezakan antara iklan, saya akan ciptakan subkeyword SBH. Setiap pelanggan yang berminat untuk menyertai seminar, saya akan minta mereka taipkan SMS yang mengandungi nama dan tarikh seminar.

Oleh itu, selepas membaca iklan saya, Ali yang berminat untuk menyertai seminar akan menaip seperti berikut :

MY<>SBH<>Ali<>22/06/08 dimana <> adalah jarak/space

Secara automatik, Ali akan menerima SMS Balas seperti berikut dari sistem SMS yang akan konfigurasikan. Contoh SMS Balas yang Ali akan terima adalah :

“Terima kasih diatas respon anda. Kami telah menerima SMS dari anda dan tempat untuk seminar telah direservekan. Sila buat pembayaran sebelum 13/06 untuk mengesahkan kehadiran anda. Terima kasih”

Anda sudah faham senario dan situasi sekarang ? So kalau dah faham senarionya, ayuh kita mulakan konfigurasi sistem SMS. Cuba lihat contoh konfigurasi yang saya lakukan pada sistem SMS.

Cuba anda lihat, untuk mengkofigurasikannya sangat mudah. Saya cuma perlu ciptakan subkeyword baru (SBH), menaip keterangan subkeyword, menetapkan harga setiap SMS (0.30 sahaja sudah memadai) dan juga menetepkan jawapan automatik SMS.

Kemudian saya klik hantar. Memandangkan keyword saya MY telah didaftarkan pada telco, maka subkeyword baru yang saya cipta iaitu SBH telah boleh digunakan serta merta ( kalau tak percaya, cuba hantar SMS sekarang :) ).

Perasan tak yang saya tukarkan SMS balas tu menjadi lebih pendek.

“TQ diatas respon anda. Kami telah menerima SMS anda dan tempat untuk seminar telah direservekan. Sila buat pembayaran sebelum 13/06 utk pengesahan.TQ”

So, itu sahaja sebenarnya urusan mengkofigurasi sistem. Mudah kan ?

Nanti saya akan sambungkan pula dengan apek kedua iaitu pengiklanan. Sekarang ni saya kene buat pembayaran dulu ke New Sabah Times untuk bayaran iklan, kemudian saya akan masukkan line SMS dalam iklan tersebut.

Cukup sampai di sini.. Kita sambung di masa hadapan.






Siapa Yang Ingin Mengajar Airasia ?

19 05 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Seperti yang kita tahu kejayaan model perniagaan Airasia adalah dengan menjual tiket yang tidak mungkin terjual, dengan harga rendah atau tiket tersebut diberi percuma.

Tetapi dengan langkah promosi MAS yang sedang rancak sekarang ni, tentunya pelanggan akan buka website MAS dahulu utk cari tiket murah, kalau tak dapat baru masuk ke web Airasia. :)

Kalau benarnya kenyataan MAS yang menyatakan low-fares hanya utk cover sunk cost, sepatutnya jumlah tiket murah yg ditawarkan MAS mestilah terhad dan khusus untuk tempoh promosi tertentu. Ia boleh menjamin survival both airlines. Kalau berterusan, Airasia tentunya akan ‘kepanasan’…

Kita tengok nanti macam mana reaksi Airasia. Tentunya kita sebagai pengguna sedang bersorak sorai keseronokan sebab lepas ni dapat pula dapat naik pesawat full services seperti MAS, dapat makan, boleh pilih tempat duduk, boleh main game, dapat ruang tempat duduk yang lebih luas dan dapat naik pesawat dari terminal yang tertutup penuh dan berhawa dingin tanpa perlu berpanas2 atau berhujan. :)

Apapun persaingan yang berlaku, pada pandangan saya, Airasia sepatutnya lebih gentlemen.Menjual seat yang tidak terjual bukan SATU-SATUNYA model perniagaan yang mereka ada.

1. Perkhidmatan ‘kedai-dalam-pesawat’ untuk menjual makanan dan minuman dalam setiap penerbangan. Itu dah tambahan pendapatan. (Anyway, cuba anda beli teh tarik Aik Cheong yang dijual dalam Airasia. Sedap juga rasanye. Mungkin sebab diminum dilangit biru kot). Juga menjual cenderahati. Kadang2 tensen juga dengan jurujual ni. Kita baru nak terlelap, dorang datang nak jual barang.. Sabar..sabarrr

2. Pengiklanan disana-sini.. Kalau anda tengok mana2 tempat yang ada, baik dalam pesawat atau dalam website, tentunya ada ruangan pengiklanan yang boleh dibeli. Itu sumber kewangan lagi tu

3. Express boarding : kene bayar tambahan RM10 utk masuk pesawat paling cepat..sebelum ini orang tua, kanak2 dan perempuan mengandung diutamakan… tapi sekarang ni duit pula yang didahulukan.. Nak buat duit boleh, tapi orang lebih hargai kalau Airasia lebih sensitif dengan khidmat sosial yang tidak seberapa…

4. Caj bagasi : RM3 dan RM5.. Bukan ke sepatutnya kita dah bayar 15kg utk bagasi ? Macam double charge pula

5. Low maintenance dan banyak trip : Model perniagaan Airasia adalah untuk penerbangan sekitar 3-4 jam sahaja. Tiada perjalanan jauh. ‘Long haul’ flight dijalankan oleh Airsia X. Apabila penerbangan adalah kerap dapat menjimatkan masa di terminal, kakitangan dan sebagainya

Kalau nak disenaraikan lebih memang banyak model dan caj tambahan yang digunapakai oleh Airasia. Anda mungkin boleh baca buku The Airasia Story.

Apapun, saya rasa kali ini Airasia benar-benar teruji dengan promosi dan tawaran MAS yang semakin menggila.
Anyway, mengapa Airasia perlu risau ? Kalian kan ‘jaguh’ penerbangan tambang murah? Tentunya ada 1001 model perniagaan low cost yang anda boleh praktik kan…Inilah masa untuk benar-benar menguji kepakaran kalian.. Selamat Maju Jaya Airasia!!






Al Fatihah

15 05 2008

KepadaNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali …

Hari ini hari yang menyedihkan untuk saya sekeluarga.

Minggu lalu saya berkejar ke Hospital Bentong apabila menerima perkhabaran pakcik dalam keadaan yang agak kritikal apabila menerima serangan jantung yang pertama. Beliau yang mulanya mengadu sakit dada, terus dikejarkan ke hospital, Enam jam kemudian, keadaannya masih lagi kritikal dan beliau dipindahkan ke Hospital Selayang. Serangan jantung yang pertama pada jam 3 petang tadi benar2 membuatkan pakcik tidak berdaya untuk melawan. Di usia 61 tahun, apatah lagi sebelum ini beliau jarang sakit, benar-benar mengejutkan saya.

Sehari di Hospital Selayang, membawa perkhabaran buruk apabila pakcik terpaksa di pindahkan ke CCU, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Ibu dan makcik mula menjadi penunggu setia setiap masa di PPUM apabila pakcik menunjukkan keadaan yang semakin tenat. Kasihan pada Ibu dan Makcik yang bergilir-gilir melihat keadaan Pakcik, saya mula bersama-sama menjadi ‘penghuni’ PPUM. Kami bergilir membacakan doa agar Pakcik kembali sembuh.

Setelah 12 jam dimasukkan ke PPUM, pakcik dikhabarkan semakin tenat. Doktor yang memeriksa beliau awal-awal lagi telah menasihatkan supaya kami tidak memberikan harapan kepada pakcik. Tekanan darah semakin rendah, jantung semakin lemah. Kegagalan jantung menyebabkan organ dalaman lain juga gagal berfungsi kerana kekurangan oksigen.

Pakcik saya menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan keluarga disisi.

Pakcik yang sangat saya kasihi kerana beliau antara orang yang sentiasa menyokong usaha perniagaan saya.

” Iwan jangan lupa untuk tolong Ibu bila dah senang “

Itulah kata-kata pakcik yang akan sentiasa saya ingati.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pakcik. Al Fatihah…

** Saya meminta diri untuk menguruskan hal-hal keluarga beberapa hari. Maafkan saya kerana tidak dapat membalas email dan membantu kalian buat masa ini. Izinkan saya…






Usahawan Baru : Mendapatkan Geran Promosi dan Pengiklanan

12 05 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pembaca Blog,

Minggu lepas saya tidak dapat mengemaskinikan blog saya. Pakcik kesayangan saya sedang terlantar di PPUM hampir seminggu akibat serangan jantung pada Ahad yang lalu. Dari Hospital Bentung, di pindahkan ke Hospital Selayang dan kini berada di PPUM. Saya menemani ibu saya bergilir2 menjaga pakcik. Keadaan beliau dikatakan agak kiritikal. Saya memohon pembaca blog dapat membacakan surah Al Fatihah buat beliau. Al Fatihah..

Saya agak stress kebelakangan ini. Masa saya telah didedikasikan untuk pakcik, jadi tidak banyak yang saya mampu lakukan secara offline. Hikmah dari cubaan Allah, saya sedari bahawa amal jariah adalah perkara yang akan dibawa selepas mati dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat.

Saya ingin memulakan kategori baru hari ini. Saya berniat untuk menyampaikan apa yang saya tahu dalam perniagaan kepada mereka yang rasakan ia memberi manfaat. Saya panggil kategori ini sebagai Usahawan Baru.Tiada niat yang lain, saya harapkan ilmu yang bermanfaat ini berguna kepada anda yang membaca dan dapat disebarkan kepada mereka yang lain.

Sebenarnya banyak betul bantuan yang disediakan kerajaan untuk usahawan baru. Mungkin tidak tahu, ramai yang tidak memohon untuk mendapatkan bantuan-bantuan tersebut. Sebenarnya saya sendiri tak pernah buat pinjaman duit Mara (sebab saya tak sabar lah nak naik turun pejabat Mara) tetapi kelebihan2 untuk usahawan memang saya betul2 ’sapu’ :) Kelebihan seperti ruang pejabat, melanjutkan pengajian, ansuran pembayaran dan sebagainya memang sebenarnya memberi sumbangan yang besar kepada perniagaan.
2 minggu lalu saya menjejaki semula pegawai MARA yang telah banyak membantu saya untuk mendapatkan bantuan dari MARA. Tujuan saya adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai geran perniagaan bagi tujuan promosi dan pengiklanan. Secara asasnya, sekiranya anda ingin membuat promosi, anda boleh dapatkannya dari MARA.

Bagi anda yang inginkan bantuan untuk tujuan membeli iklan di akhbar, televisyen, atau di mana-mana mungkin boleh mendapatkannya di sini. Tapi saya tak pastilah pengiklanan di internet dan SMS dimasukkan dalam skim ini. Nanti saya carikkan maklumat lanjut.
Nak tahu caranya ? Anda pegi ke Medan Mara (atau pejabat Mara yang berhampiran), anda berjumpa dengan pegawai yang in-charge. Senang je kan ? Lepas tu dapatkan borang macam dalam gambar tu..
Geran di sini bermaksud 60% dari jumlah kos promosi anda akan ditanggung oleh Mara. Sebagai contoh, kos iklan anda adalah RM10,000, ini bermakna Mara akan membiayai RM6,000 dan selebihnya ditanggung oleh anda. Berbeza dengan pinjaman, geran ini tidak memerlukan anda membayar balik wang tersebut. Setiap usahawan akan diperuntukkan maksima RM50,000 untuk tujuan promosi.

Apa pentingnya geran ini kepada anda ?

Uiii.. Sape taknak duit ooii! Kalau Mara nak sponsor sikit pun dah cukup bertuah, apatah lagi 60% ? Sape yang tak nak saya rasa memang rugi besar lah…

Sebarang aktiviti promosi boleh dipertimbangkan dalam geran ini. Antaranya :

1. Makcik Limah membuat perusahan kerepek kecil-kecilan dan ingin membungkus kerepek tersebut cantik2. Boleh apply geran ni

2. Nak beli iklan di akhbar bercetak Utusan Malaysia atau Harian Metro.

3. Nak bukak booth atau gerai di Ekspo Gerak Usahawan. Nak bukak booth tu kena bayar tauu.. Bukan free .. Lainlah anda main pacak je kat depan masjid lepas semayang Jumaat, itu memang tak payah bayar.
4. Untuk buat business trip. Ni ramai yang tatau.. Sebenarnya Mara ada sediakan geran untuk membolehkan anda pegi business trip dalam dan luar negeri :)

5. Nak buat research dan market study pun boleh dapat geran ni

6. Buat misi perdagangan dan juga buat promosi dan jualan.

Anda kene rajin sikitlah ye nak panjat pejabar Mara tu. Prosesnya antara 2 hingga 4 minggu.

Dan kene sabar sikitlah dengan karenah birokrasi dan kadang2 muka pengawai Mara tu kerek semacam jee .. :)

Ada juga yang berkata “Saya tak buat iklan dan tak promosikan perniagaan saya “ Heheh.. Ini kesilapan usahawan 101. Sape yang promosi produk atau perniagaan, takde siapa yang tahu… Rugi je bukak kedai tapi tak kempen supaya orang datang ke kedai anda. Kene back to basic lah ni…

Insyallah, nanti saya akan update lagi tentang Geran ini.. Saya pun nak minta geran lagi lepas ni.. Sebarang berita baru akan saya bagi tau!


TERKINI !! : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS akan diadakan di KOTA KINABALU, SABAH pada 22 Jun 2008. Panggilan buat warga Sabah untuk mendaftar sekarang. Maklumat lanjut di SINI!