Dilema Tidak Berniaga Kerana Modal
1 06 2008Assalamualaikum,
Hari ini saya ada terbaca berita di akhbar Utusan Online yang menyatakan bahawa Skim Usahawan Siswazah tidak mencapai sasarannya.
Yang ironinya, dalam ramai2 usahawan baru yang mengeluh nak dapat loan perniagaan, Skim Usahawan Siswazah ( SUS ) yang telah dilancarkan 10 tahun lalu hanya mengeluarkan RM3 juta sahaja dari RM100 juta wang yang telah diperuntukkan!
Takde orang apply ke?
Benar seperti apa yang diberitakan, ramai yang dah fed-up dengan urusan2 pinjam meminjam. Urusannya terlalu banyak dan mengambil masa. Apatah lagi SUS itu untuk siswazah, janganlah ingat siswazah2 ni ada experience untuk urusan2 birokrasi ni. Itu belum tentu lulus loan tu ! Masa terbuang hanya sebab sibuk naik turun pejabat nak mintak loan. Bisnes satu pun tak jalan lagi.
Akhirnya, ramai siswazah tak amik skim ni. Dah muak, jelak, bosan dengan urusan segala macam yang memeningkan kepala. Kesudahannya ada dua sahaja.
1. Terus memulakan perniagaan tanpa SUS
2. Batalkan hasrat untuk berniaga sebab tak dapat SUS
” Saya sendiri dah jelak dengan bentuk bantuan, loan dan sebagainya. Kalau setakat nak pinjam sikit2 tu, saya rasa kita banyak buang masa nak apply. Atau kalau loan tu tak seberapa dan tak urgent, barulah saya apply. Lulus atau ditolak, perkara kedua”
Tapi ramai yang berharap agar loan lulus dulu baru nak berniaga.
Maaf cakap tapi memang tak pernah senang nak lulus loan tu. Kursus perlu diikuti. Kadang kala sampai 3 - 6 bulan. Dokumentasi yang melambak. Untuk usahawan baru, dokumentasi tu sesuatu yang baru. Nak bank akaun 6 bulan, kadang2 untuk skim pinjaman lain nak penyata kewangan beraudit. Dan segala macam dokumentasi. Mana siswazah ada semua tu?
Siswazah ni ‘blank’, ‘blur’, fresh, tatau nak buat ape …. Jangan lah tanya benda2 yang sukar benar mereka nak sediakan.
Macam mana dilema ni nak berkesudahan ?
Tak de bantuan kerajaan, kita merungut kerajaan tak mesra rakyat. Bila dah ada bantuan, sikit punya susah nak dapat.
Adakah orang kita ni selalu sangat bergantung harap pada satu2 bantuan? Di fikiran tu dah ‘tersemat’, kalau takde loan, tak boleh nak berniaga. Atau sibuk sangat nak apply loan, sampai perniagaan pun tak jalan lagi.
Kalau macam tu lah mentaliti, saya rasa tak sesuai langsung nak jadi usahawan
Selagi mentaliti kita tak dapat setkan bahawa bantuan tu adalah ketika kita memerlukan , apabila kita dah memulakan perniagaan, selagi itulah loan itu susah sangat nak dapat.
Kene set kan di minda kita, bahawa perniagaan perlu jalan dahulu (tak kisah sama ada perniagaan tersebut bukan perniagaan yang kita ingin buat) kemudian baru di sokongan dan disusuli dengan usaha mendapatkan bantuan kewangan.
Cuba lihat macam mana orang lain senang je nak dapat bantuan kewangan :
Senario 1:
Pencipta Google menjalankan kajian terhadap enjin carian (tanpa fikirkan ingin mendapatkan bantuan kewangan). Bila dah sampai satu stage, baru datang investor.
* Buat apa yang kita suka dulu. Kalau orang suka, barulah bantuan kewangan akan diperolehi.
Senario 2 :
Ali menjalankan perniagaan cyber cafe. Dengan ada siber kafe tu, dapatlah tanggung makan minum. Dalam masa yang sama, Ali sediakan kertas kerja dan juga memastikan beliau layak untuk apply loan. Selepas 6 bulan berniaga cyber cafe, Ali apply loan untuk buka kedai komputer.
* Buat perniagaan untuk lepas makan, untuk hidup dulu. Tanpa pinjaman pun, makan minum tak miss, perniagaan pun tak cacat. Jangan sampai miss soruuu..
Senario 3 :
Sufiya telah menjalankan perniagaan trading selama 3 tahun tanpa bantuan pinjaman. Sufiya selalu membelanjakan wang untuk tujuan pemasaran dan promosi (buat banner, brochure, flyer, iklan). Tanpa terlalu mengharapkan bantuan kewangan diluluskan, Sufiya tetap memohon grant atau pinjaman untuk memajukan perniagaan.
* Teruskan berniaga macam biasa. Kalau ada rezeki, applylah dan dapat bantuan pinjaman. Kalau tak dapat bantuan, business tetap jalanÂ
Kalau anda berharap 100%, selagi itulah anda akan terasa betapa peritnya berniaga. Anda tidak mungkin percaya apabila saya katakan bahawa loan itu datang dengan mudahnya apabila anda tidak benar2 memerlukannya …
Aneh bukan ?









Hi
Entry anda ni menarik tetapi tulah bekas siswazah mana ada modal nak start dan ada baiknya untuk cari kerja tetap makan gaji dari usah payah berniaga.
OK nak tanya camna nak subscribe post2 anda diblog ni bila ada update terbaru terus auto SMS ke handphone saya…Dalam kata lain subscribe NOT by email tetapi mobile phone.
Your answer is absolutely Urgent to reply..!!! I will visit your blog two days from now. So you have 2 days time..Got you!!
Mekasih.
Regard.
Suka Mendesak - Laling
Laling > 9/10 pendapatan dari perniagaan
SMS service utk subscribe post yg lepas tidak saya sediakan. Alahai, berapa kerat lah sangat yang baca blog ini .. Bukan ramai pun. Lagi pun SMS hanya 160 aksara je, sedangkan maklumat blog ni mungkin panjang. Alert latest news mungkin boleh.
Kalau laling nak guna perkhidmatan SMS tu for your business, dapatkan SMS Subscribe. I’m also using it with flying pop up bila orang buka my blog. It can be use for any subscription services.
I pun ada sorang kawan dulu bukak cybercafe. Dia jual mcm mcm lah, jual hotdog, ice blend, service photostat etc… tak de buat pinjam pun… Skrg dah berjaya sakan dah dia niee. I respect betul dengan dia punya kegigihan…
Salam…saya ini baru buka syarikat pengedaran dan pemasaran dalam internet dan juga diluar …buat pinjam tapi syarikat baru ditubuhkan sebulan sekarang tengah pening kepala sebab nak buat pengedaran kita kena bayar dulu dekat syarikat-syarikat yang yang kita nak pasarankan barang diorang, bank nak 3 bulan berniaga sampai nak pinjam kat Along anak kecil tahu dia kata jangan mak nanti kena bunuh macam-macam dugaan Irawan nak iklan boleh iklan dekat kami bayarannya hanya rm150 penghantaran e-mail sebanyak 500 kepada sesiapa pun selama sebulan.. wassalam
Nak berniaga kalau harapkan pinjaman bank memang sukar. Tambahan bagi kita yang belum memulakan perniagaan. Banyak kerenah. Saya syorkan niaga modak sendiri. Kalau nak niaga modal sikit jadilah pengedar produk kami. Keuntungan lumayan hampir 70%. Permulaan kami akan beri produk kami secara percuma untuk anda beri pada kenalan, jiran atau dato dan datin sekalipun untuk ujirasa. Anda akan mendapat respon yang diluar jangkaan. Dan yang penting ada permintaan ulangan. Dengan cara ini modal sikit anda akan lipatgandakan keuntungan. Yang penting mesti rajin berjumpa pelanggan.
mulakan perniagaan sebagai part time dulu dan bermodal rendah. Bila perniagaan semakin maju, duit berniaga semakin melebihi gaji bulanan, masa semakin suntuk, rasa bisnes ni boleh menjamin masa depan dll…. maka anda boleh letak jawatan dan tumpukan perhatian pada perniagaan. Jika perniagaan itu tidak jamin masa depan sepenuhnya, anda boleh teruskan sbg part time sebagai hasil sampingan.
Sekadar ingin kongsi pengalaman, saya memulakan perniagaan dengan modal agak besar dan masa yg agak lama utk hasilkan produk (21 bulan). Jadi saya teruskan bekerja sambil menunggu kelulusan produk. Bila produk keluar saya masih kerja hingga perniagaan akhirnya maju dan saya terus letak jawatan (fikir banyak kali). Sekarang pendapatan pun telah stabil, alhamdulillah.
siapa ingin mendapatkan pendapatan lebih, sertaila program ‘pinjaman pendapatan’ dan anda akan dapat tawaran2 pinjaman dari program ini sila hantar nama, alamat rumah @ alamat email dan no telefon ke alamat email saya nanti saya akan hantar maklumat tentang program ini ‘manredwhite@yahoo.com