Tips Menjejaki Pemilik Kod 5 Digit

2 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Hari ini saya cuma ingin berkongsi sedikit tips mudah mengenai SMS.

Anda tentunya selalu melihat iklan diakhbar, televisyen atau majalah seperti dibawah.

Mengikut format SMS Malaysia, anda perlu taipkan keyword tersebut dan dihantarkan ke ke kod 5 digit. Dalam contoh diatas, anda perlu taipkan REG STREPL dan dihantarkan ke 32611.

Jadi siapa punya kod 5 digit 32611. Ia tentunya dimiliki oleh sebuat syarikat gateway provider. Untuk mengetahui apakah nama syarikat tersebut, ikuti langkah-langkah berikut :

1. Taipkan SMS : HELP dan hantarkan ke kod 5 digit tersebut :

 

2. Anda akan menerima reply seperti contoh berikut :

SMS yang akan anda terima adalah RM0.00. Tiada caj reverse dikenakan. Biasanya ayat SMS yang diterima adalah seperti berikut :

“RM0.00. To cancel services send STOP to 32611. To stop promotions, send OUT to 32611. Customer Services 038134xxxx 9am - 5pm Nama Syarikat Gateway”

Ia adalah standard yang mesti ada untuk setiap syarikat yang memiliki server SMS. So identiti mereka kita boleh tahu, siap dengan nombor telefon sekali..

Kalau ada syarikat gateway yang buat perkhidmatan merapu2, pertandingan kuiz dan contest yang haram, atau perkhidmatan yang tidak logik, maka mudah sahaja kita mahu menjejaki siapa mereka…

Semoga tips kali ini membantu…

p/s : Penerbangan saya ke Indonesia esok jam 12 tghri. Saya hanya akan kembali pada 9 hb. Jadi kalau saya tak sempat update blog, bermakna saya takde internet access kat sana ok. Sehingga berjumpa lagi


Actions

Informations

3 responses to “Tips Menjejaki Pemilik Kod 5 Digit”

2 07 2008
Abdul Rashid Basar (16:18:01) :

Semoga Selamat kembali semula ke Malaysia. Penerangan anda akan membuka mata umum bahawa bisnes sms bukan tipu. kalau tipu, kita boleh tahu siapa penganjurnya. Terima kasih atas informasi tersebut…….ARB Dagang

3 07 2008
apiz79 (12:54:14) :

Tips yang bagus, lepas ni kalau senang nak trace syarikat mana yang hantar sms merapu atau spam

4 07 2008
irwan.dahnil (20:07:09) :

Abdul Rashid > Yea betul.. Bila kita dah tau, baru la kita boleh defend hak kita

apiz79 > kadang2 bukan syarikat tu yang hantar. Tapi content provider yang hantar. Nanti saya terangkan lagi…

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>