Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB

21 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Seperti yang saya jangkakan, saya akan dihujani dengan email yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan cerita MIRSB saya pada minggu lalu. Tidak kurang juga yang menghantar email kepada saya, meminta pandangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka yang telah terjebak dengan membeli sistem MIRSB…

Sekiranya anda belum membaca post sebelum ini mengenai MIRSB, sila klik di sini.

Telah saya katakan saya bukan ingin menjadi ‘hero’ sangat dalam hal ini. Kalau betul2 saya nak jadi hero, banyak lagi saluran yang lebih baik, beretika dan berautoriti untuk saya sampaikan ketidakpuashatian orang ramai. Banyak lagi badan dan pihak berwajib yang lebih arif dalam selok belok hak pengguna dan kepenggunaan.

Saya cuma melihat dari perspektif usahawan. Dan tidak lebih dari itu. Saya hanya berkongsi, anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Mungkin kupasan hari ini lebih memberikan gambaran kepada anda :

****************************************

Apa Yang Silapnya Tentang MIRSB ?

Seperti yang saya catatkan dalam post yang lepas, MIRSB tentunya bergembira dengan kejayaan kempen pemasaran mereka. Iklan satu halaman penuh telah berjaya menarik perhatian ratusan (mungkin juga ribuan) pembaca untuk menghadiri seminar mereka.

Mengapa saya boleh andaikan begitu ? Sekitar 30 - 70 orang menghadiri seminar MIRSB. Seminar percuma pula tu.. Tentulah ramai yang datang.

Modus operasi adalah mudah. Dengan memberi seminar selama 2 jam secara percuma, ia akan menggalakkan lebih ramai orang hadir. Lebih ramai orang yang hadir, potensi untuk orang membeli produknya lebih tinggi. MIRSB bergerak secara berkumpulan dengan melantik speaker untuk bercakap bagi pihak MIRSB. Setiap speaker akan dibantu oleh oleh pasukan yang fokus kepada jualan.

Setakat yang saya kongsikan ini, MIRSB tidak salah apa-apa. Everything goes smooth. Tiada unsur penipuan.

Tetapi apa yang berlaku seterusnya, mula meruntuhkan kredibiliti MIRSB dalam menjalankan perniagaan SMS. Maka bermulalah episod dimana orang katakan MIRSB ini penipu!

1. Seminar tersebut boleh dikatakan bukan seminar. Ia lebih kepada product awareness. Ia selayaknya dipanggil taklimat potensi perniagaan SMS. Itu pun hanya dilakukan dalam masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya adalah sesi menjual produk SMS yang akan saya terangkan. Seminar apa yang hanya 1 jam ?

2. Dalam seminar, pihak MIRSB mengetepikan isu-isu yang penting seperti halangan spam oleh kerajaan. Berkeras menyatakan SPAM itu dibenarkan dengan cara yang betul! Kalau hukum dunia pun dilanggar, saya boleh buat kesimpulan tentunya hukum halal haram tidak disentuh langsung ketika seminar.

3.Seminar @ taklimat disampai oleh perucap yang dikatakan bakal jutawan 2008! :) Geli hati saya. Bukan saya menidakkan prospek kejutawanan beliau, cuma saya berani dan cukup yakin yang beliau ini tidak pernah mengelolakan sebuah perniagaan SMS. Tak payah lah kita cakap perniagaan SMS yang bersaiz besar korporat, peraduan SMS pun belum tentu pernah buat. Jadi ia tidak menghairankan saya kenapa beliau nampaknya tidak tahu selok belok dan realiti perniagaan SMS!

4. Menjanjikan kejutawanan dalam masa 3 bulan selepas bermula perniagaan SMS. Ini fakta yang cukup meyakinkan saya yang beliau tidak tahu bahawa pembayaran pertama hanya datang dari telco pada 2 hingga 3 bulan selepas bermula. Lainlah dia pakai duit poket dia sendiri, tapi fakta pembayaran yang lewat dari telco memang perkara yang wajib tahu oleh usahawan SMS.

5. Tidak memberikan masa yang secukupnya bagi peserta untuk menilai potensi, risiko dan modal perniagaan SMS. Peserta tak sempat nak berfikir baik buruk. Keputusan sama ada ingin beli atau tidak dibuat selepas seminar. Siapalah yang dapat berfikir sewarasnya dalam keadaan macam tu? Mungkin salahnya ada pada orang yang hadir juga. Nak cepat kaya! No pain, no gain lah konon..

6. Seminar bukan menceritakan tentang potensi perniagaan SMS dan yang berkaitan (seperti profit sharing, memilih gateway, teknik dan tips SMS) sebaliknya khusus kepada konsep reselling product. Ini bermakna bila dah beli produk, ahli boleh memilih untuk menjual balik produk tersebut (reseller right).. Di akhirnya orang yang membeli produk tak tahu pun nak buat ape dengan sistem SMS tu.. Terkebil2 je lah tengok sistem tu tatau nak buat ape…

Saya ingin nyatakan disini, maklumat diatas dikumpulkan selepas mendengar rintihan daripada mereka yang pernah menghadiri seminar @ taklimat tersebut. Tiada bukti yang saya rakamkan, anda bebas untuk mempercayainya atau tidak. Nanti takut saya pula yang jadi tukang fitnah!

Reality check :

Pemasaran memang cantik!

Perancangan media memang menarik!

Iklan memang mengagumkan!

Business model memang mantap!

Tapi…. content tidak asli…

Abes punah…

Saya dah cakap tadi. Saya bukan untuk memburukkan MIRSB. Saya cuma tengok dari perspektif usahawan SMS sahaja. Saya tidak pernah menyanggah harga sistem SMS yang dijual bermula dengan harga RM5K (dijual pada harga RM1K sahaja pada peserta seminar) kerana itu adalah teknik meletak harga masing2 (mungkin terpaksa letak mahal untuk beli iklan bersaiz halaman penuh yang berharga tinggi!). Itu adalah strategi MIRSB.

Memang betul, dalam strategi pemasaran mereka menceritakan potensi bagaimana duit itu boleh berganda kalau berjaya menjual produk. Tetapi SMS itu sendiri bukan satu produk statik macam jual beli gula-gula atau keropok lekor. SMS itu sendiri ada banyak elemen seperti memilih perniagaan, memilih produk, memilih aplikasi, menentukan gateway, mengira modal, membuat pengiklanan, dan juga 1001 ilmu perniagaan yang perlu dikuasai terlebih dahulu.

Itulah yang silapnya. Menjual produk SMS macam menjual gula-gula dan keropok lekor. Mana mungkin sama.

Tetapi akibat disamakan lah mewujudkan pelbagai masalah, persoalan, tak puas hati, marah-marah dan memburuk2kan perniagaan SMS.

Insyallah ada kelapangan saya akan buat catatan lagi tentang janji-janji yang ditabur MIRSB. Harap2 siapa yang terbaca tidak terguris jiwa. Ini adalah fakta sebab pelbagai pihak terlibat termasuklah pihak polis!

Jeng-jeng-jeng…… :)

****************************************

Malas sebenarnya saya nak cerita tentang hal ini. Nanti orang kata buat musuh pula. Atas tanggungjawab.

“A strong man will defend himself, stronger will defend others “ :)

Saya pun agak sibuk dengan menyiapkan manuskrip terakhir untuk buku SMS saya yang kedua.. Opss.. Masih lagi misteri :) Sabtu ini pula pada 26 Julai akan diadakan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS di Quality Hotel. Seminar sehari tau! Siapa yang belum mendaftar, cecepat lah daftar, sebab saya rasa seminar ini mungkin yang terakhir kot buat tahun ini. Daftar disini.
Jumpa lagi


Actions

Informations

13 responses to “Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB”

21 07 2008
Maizul (17:47:09) :

Bagus juga En. Irwan berikan maklumat ni. bukan niat nak bermusuhan dengan MIRSB tapi memang betul pun dah orang kata salah buat spam nak bagi jugak pelanggan dengan software spam tu.

23 07 2008
sham (11:54:34) :

Dengar cite Puan nora pun dah blah dari MIRSB..dah terkontang kanting dah sekarang tu..dah berpecah kepada beberapa syarikat NNR & etc. Syarikat diorang ada Resources la kat nama syarikat tu..

23 07 2008
irwan.dahnil (13:38:32) :

:O Betui ka sham.. ? Astagfirullah.. Kalau betul memang aniaya betul…

23 07 2008
Abdul Rashid Basar (17:27:00) :

Pada pendapat saya jika sesuatu program itu menjanjikan pendapatan yang berjuta dalam tempoh singkat, berhati-hatilah sebelum menyertainya. Bukan tujuan saya mengatakan MIRSB ini tidak betul tetapi sekadar memberi pendapat bahawa berfikir akan akibatnya adalah lebih baik daripada terfikir setelah menerima akibatnya. Jika anda dijanjikan pendapatan berjuta ringgit dalam waktu singkat dan anda berjaya mendapatnya, itu adalah tuah anda dan bolehlah kongsikan ilmu anda dengan saya……..ARB Dagang

29 07 2008
Thinkerich (08:40:22) :

Irwan,

Saya setuju benar dengan pendapat dan penjelasan saudara, benarlah kata pepatah/peribahasa ;

“Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”

Salam kekayaan,

THINKERICH

10 08 2008
TH (10:55:00) :

apapun, aku kesian pada mereka-mereka yang tak mahir bab PC, marketing dan internet ni. Memang lebur duit macam tu aje..

14 09 2008
ZY (00:37:57) :

Irwan, adakah produk yg dibeli drpd MIRSB tu langsung tak boleh digunakan?
Atau..masih ada jalan untuk mendapatkan balik modal mereka semula?

17 09 2008
nouxxer (00:20:30) :

Saya terpanggil sangat untuk bertanya mengenai bagaimana mendapatkan kembali modal yg telah lebur seperti yg zy persoalkan..saya sendiri telah pergi bersama kawan yang begitu beria2 untuk melabur dalam produk mirsb ini..sebagai seorang bekas pelajar it sedikit sebanyak tentang risiko keberkesanan produk ini begitu tidak menyenangkan hati saya bila mendengar ceramah tersebut..tapi memandangkan keyakinan kawan saya yang tinggi menyertai saya diamkan sahaja rasa tersebut..Seperti yang ramai sedia maklum produk tersebut yang menserabutkan pembeli2 produk tersebut..sgt mendukacitakan apabila saya menemankan kawan saya ke bengkel 2 hari setelah pembayaran produk puluhan ribu ringgit, sistem yang dikatakan mampu mengaut jutaan ringgit umpama sampah dengan error di sana-sini..saya hanya mampu diamkan diri melihat keseronokan orang ingin cepat kaya ini tidak dapat melihat risiko yang bakal mereka terima setelah mengorban puluhan ribu ringgit untuk sistem yang sudah pasti berisiko tinggi untuk dikembangkan..mengapa saya katkan sampah? nk register domain pun smp hari ini error bagaimana nk mulakan perniagaan??mirsb pun buat tak layan..kawan saya itu dah hantar aduan ke ttpm.kpdnhep.gov.my dan aduan.skmm.gov.my dan aduan nya telah ditolak..ini bermakna masalah mereka ini sgt besar..Diharap En Irwan dapat memberikan tips terbaik untuk mereka ini mendapatkan modal mereka..Mereka ini bukan nya orang2 yang kaya En Irwan nak upah peguam semua tu kalo pihak kpdnhep & skmm tolak mereka ini

17 09 2008
MUSNAHKAN MIRSB KEPARAT (13:39:19) :

DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB YG BARU KE, YANG LAME KE, YG APE TAH LAGI HARAMJADAH ASALKAN DARIPADA DORANG NIE DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA, AKU BUKAN MENGFITNAH, TETAPI INI ADALAH KENYATAAN, KENYATAAN YG HARUS DITERIMA,LGPUN, IKUT LOGIK AKAL LA, SESUATU BENDA YG BAIK DAN BAGUS KAN, XKAN LA MENDAPAT FEEDBACK YG SEBEGINI TERUK SEKALI DI INTERNET, KLAU KORANG SEARCH GOOGLE DGN KEYWORD, “MIRSB”, JENG JENG…..KORANG BOLEH TGK SENDIRI LA…..

P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul org melayu

18 09 2008
Hapuskan PENIPU!! (15:26:11) :

Simple beb, sesaper yang nak tuntut hak mereka, sila kontek peneraju kita.
Ni khas bagi sesiapa yang nak tentang GRAND VIRTUAL RESOURCES (GVR) - www.grandvirtualresources.com
call Norzi (leader dalam penuntut kembali hak dari GVR) 017-367 2878
yang dari mana-mana lak yang dah tertipu ngan MIRSB, leh bergabung dengan leader ni juga. Kita usaha sama-sama benteras PENIPU!!!

17 10 2008
wirabayu (22:42:54) :

Salam,

Thanks for the info.

Tapi dah terlambat untuk kawan, pasal kawan dah kena tipu pon, dah beli produk diorang iaitu seemore. memang x leh wat pe pe pon. terkebil2 je tiap kali bukak website tu. tapi geng2 kawan dah nak buat tuntutan balik la

6 11 2008
cahaya (14:33:04) :

salam.,sebenarnya.,sistem boleh d guna pakai.,cuma masaalah pembeli ini adalah tecnical.,apa yg saya tahu.,web dieorang memang masaalah.,tapi apa yg di gembar gemburkan oleh norzie itu adalh masaalah tecnical die sendiri.,grandvirtualresouarces sendiri telah menggantikan nya.,kenapa nak serang grandvirtualresources?????ini tiada kene mengena pun dgn mereka.,saya rasa jganlah norzie bertindak memalukan diri sendiri..,,sbb dah x blh nak buat…,dah kehabisan idea..,x tau stategi marketing sms..pn norzie tu salahkn grandvirtualresources…,jgn lah nak tutup periuk nasi orng lain.,kerana saya pun salah seorang pembeli sisitem mereka.,tetapi blh pakai sehingga skg n alhamdulliah dah menjana pendapatan…untuk keluarga.JGN SALAH KAN LANTAI SEKIRANYA SENDIRI TDK TAHU CARA HENDAK MENARI.

6 11 2008
cahaya (14:59:51) :

JANGAN LAH KERANA MARAHKAN MIRSB.,SEMUA YG MEMBELI SISTEM PUN TERLIBAT DGN FITNAH2 INI.,ADA JUGA PEMBELI SISTEM DARI MIRSB SUDAH MENJANA PENDAPATAN.,RAMAI YG MEMBELI.,,YG BERJAYA CUMA MEREKA YG BENAR2 SABAR DAN PANDAI MEMBUAT MARKETING DAN ADA IDEA2 YG BAGUS BARU LAH BLH MENCAPAI PENDAPATAN..SAYA TIDAK SETUJU SAMA SEKALI APA YG ANDA CUBA LAKUKAN.,SEKIRANYA TDK BERPUAS HATI DGN SISITEM MEREKA.,CUBA DAPATKAN SALURAN YG BETUL.,BUKANLAH.,MENJATUHKAN SESAMA SENDIRI.,BUKAN APA SAYA CUMA PERTAHANKAN SAYA JUGA ADALAH SALAH SEORANG CUSTOMER MEREKA DGN MEMBELI SISTEM YG MURAH .,TAPI KEBERKESANAN NYA SEHINGGA SKG.,SAYA BERSAMA KELUARGA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN….CUBA SEHINGGA BERJAYA JANGAN MUDAH MENGALAH…X PANDAI TECNICAL P BELAJAR HA…..CHAU…..

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>