Bhase Mna Blaja Nie ?

31 07 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Bila membaca post Dr Irfan dan Saifulsham di blog masing-masing, saya dari dulu bertekad untuk memendekkan setiap post di blog saya. Tapi tiap kali saya cuba pendek-pendek kan, jadi tak paham pula.. kalau tak menjadi meleret panjang pula. Cuba tengok post-post saya sebelum ni. Boleh tahan juga panjangnya.

Cabaran baru : “Menulis blog sependek mungkin dengan pengertian dan pemahaman dikekalkan” :)

So, kene belajar menyusun ayat yang pendek, tepat maksudnya dan boleh difahami. Dan tentunya dalam susunan bahasa yang menghiburkan (element hiburan ni saya kurang sikit :) ) . Anyway, kat mana nak belajar bahasa ni ? Ada kelas atau kuliah bahasa yang boleh diikuti ?

Sedar atau tidak, sebenarnya cara kita mengolah bahasa dan perkataan banyak dipengaruhi oleh apa yang kita baca dan tuturkan. Kalau kita biasa baca komik dan kartun, biasanya bahasa kita akan ada elemen2 kartun juga. Begitu juga kalau kita biasa tengok rancangan hiburan, cara kita tuturkan juga seolah2 ‘happening’ ya-all.

Cuba senaraikan bahan bacaan yang anda milliki ? Sama ada akhbar atau majalah. Cuba senaraikan juga rancangan TV yang anda selalu tonton. Nampak tak kesamaan yang ada pada diri anda dengan majalah yang anda baca atau TV yang anda tonton ?

Nampak tak betapa kuatnya pengaruh apa yang kita baca atau lihat sehari2 kepada diri kita ? Baik positif atau negatif, kita kena akui bahawa memang akan ada pengaruhnya.

Bayangkan kalau kita membaca buku sastera Dato’ A Samad Said hari2, Saya rasa nilai mutu bahasa kita pun akan jadi sehebat itu kot! Strategi ini juga selalu digunakan oleh pelakon atau artis dalam menjiwai sesuatu watak. Lama2 terkesan juga.

Hasilnya memang menjadi. Sedikit demi sedikit tanpa kita paksa atau sedari. Cubalah!

p/s : Saya ni selalu baca akhbar omputeh, memang ada masalah nak menulis dalam bahasa Malaysia :)

p/p/s :Menjadi tak blog pendek saya hari ni ? Hehehehe..


Actions

Informations

4 responses to “Bhase Mna Blaja Nie ?”

31 07 2008
SUFI (12:15:14) :

Menjadi, short n simple…, ada yg kata short and sweet.. bagi saya untuk menjadikan penulisan saya tu ’short’ bolehlah ….part sweet tu…way to far..

4 08 2008
Abdul Rashid Basar (19:23:39) :

biar pendek tapi isi padat..panjang-panjang boring pulak nak baca..betul tak saudara Irwan……………..ARB Dagang

4 08 2008
irwan.dahnil (23:18:23) :

SUFI > Saya ada baca beberapa buku yang menarik tentang bagaimana menjadikan penulisan kita sweet .. Tapi tak ingat pula tajuk buku tu..

Abdul Basar > Kadang2 kalau memerlukan huraian, memang tak boleh tahan dah kepanjangan je… tulis je :)

10 08 2008
TH (10:39:56) :

ini dah kira panjang gak ni. Hehe :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>