Berjayakah Gathering WangCyber #1 ?
5 08 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,
* Cabaran Penulisan Pendek : Hari ini saya tak pasti dapat menulis secara pendek atau tidak. Banyak point untuk dikongsikan dengan pembaca.
Hari minggu yang lalu berlangsungnya gathering komuniti WangCyber yang julung-julung kalinya. Tahniah kepada Shuth diatas usaha beliau.Bukan sahaja komitmen terhadap gathering ini, tetapi inisiatif mewujudkan forum WC itu sendiri. Sudah 3 tahun, semua orang akan mengakui usaha Shuth dalam membantu industri internet marketing di Malaysia.
Seperti yang saya jangkakan, tentunya banyak post oleh IM yang lain yang membuat liputan tentang gathering ini. Saya suka tengok blog orang lain dahulu, tengok gambar apa yang dipaparkan diblog mereka, dan membaca apa yang dicatatkan mengenai gathering tersebut.
Seperti yang dijangka kebanyakkan blog melahirkan rasa kesyukuran dan keterujaan dapat menghadiri gathering tersebut. Baguslah kedengaran seperti itu. Jadi saya bercadang untuk menulis sesuatu yang boleh membuatkan kita berfikir seketika tentang industri internet marketing ni dan isu2 yang berkaitan.
Walaupun saya hadiri juga gathering ini, hakikatnya saya bukanlah ahli WC yang aktif berforum. Jarang sangat sebenarnya. Kadang2 nak post sesuatu tread pun malas. Tak bermotivasi lah orang kata…. Saya cuma ahli internet marketing yang menggunakan internet untuk perniagaan SMS saya. Mahu atau tidak, saya pun adalah seorang IM juga
Tetapi kenapa saya jadi malas dan tak bermotivasi di forum WC ?
Banyak isu yang diutarakan lebih kurang sama sahaja. Tiada sesuatu bahan2 baru yang kita betul2 boleh dapati di forum. Itupun bahan2 disumbangkan oleh otai-otai IM. Apa jadi kalau otai2 tu sibuk dan tak sempat nak post sebarang tread baru tentang ilmu2 baru ? Akhirnya ahli2 forum yang junior, atau orang baru dalam IM yang biasanya memenuhkan ruangan sembang dalam forum itu.
Kadang2 ia meleret2 dan tidak berbentuk ilmiah langsung. Memang tidak salah untuk diselitkan dengan unsur2 yang menghiburkan. Memang tidak salah untuk berbincang secara santai, atau membuat iklan2 kecil mengenai perniagaan masing2. Tetapi sekiranya perbincangan terlalu ‘ringan’ ia akan menjadi faktor yang menyebabkan ‘otai2′ IM kurang berminat untuk terlibat secara aktif.
Cuba anda perhatikan semula dalam forum tu, ke mana hilangnya otai2 dalam forum tu ? Kenapa dorang menyepi ? Kenapa kadang2 dorang lebih suka memerhati dan mendiamkan diri? Kenapa mereka jarang kecoh2 dengan bercakap kosong dalam forum ?
Saya rasa jawapannya mudah. Mereka menjadi pemerhati. Bercakap (menulis) di forum bila perlu, bila benar2 ada satu isu yang perlu dibincangkan. Sekiranya isu remeh, mereka tak ambil ‘port’ pun nak berpartisipasi..
Pada pandangan anda, mengapa mereka menyepi ? Kerana tiada isu2 dalam internet marketing , atau kualiti perbincangan yang tidak menarik hati untuk mereka terlibat ? Saya rasa itulah sebabnya kebanyakan forum2 sebegini mempunyai ahli yang ibarat ‘patah tumbuh hilang berganti’. Mungkin cuma ada seorang dua (biasanya founder atau moderator) yang benar2 ‘hardcore’ dalam forum tersebut, tetapi kebanyakannya hanya datang ke forum bila ada masalah, tanya pandangan, mengiklankan perkhidmatan dan produk, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Self-centric!
Itu juga mungkin menjadi sebab mengapa penghuni forum ni ibarat chipsmore. Kejap ada kejap takder.. Ada gelombangnya, kejap2 ramai kejap2 kosong dan sunyi je.
Personally saya rasakan, perbincangan di kebanyakan forum di Malaysia kurang ‘kick’. Ramai yang sertai forum untuk “mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri” @ selfish dan kurang pula menyumbang kepada perbincangan yang mempunyai nilai untuk dimanfaatkan oleh orang lain.
Anda mungkin tidak setuju dengan saya. Tidak mengapa. Itu cuma pandangan peribadi yang tiada nilai satu sen pun.
Berpuak-puak kah ahli WC ?
Disebabkan oleh itu, maka tentunya wujud beberapa puak dalam sesuatu gathering.
Puak #1 : Otai2 IM ni tak payah diperkenalkan lagi lah. Tak perlu sebut pun sapa nama. Kalau datang je gathering, orang akan hulur tangan salam. Biasanya otainya tak kenal sangat orang lain, tapi orang lain kenal kat otai ni. Mereka ni selalunya akan mendapat tumpuan untuk orang lain bertanya soalan. Mereka ibarat gula, kat mana ada mereka, orang lain pun akan kerumun lah kat diorang. Otai2 ni biasanya akan sembang dengan otai2 juga pada permulaannya, dan kemudiaanya baru akan bersembang dengan orang lain. Mereka ini evergreen kerana terdapat satu pencapaian mereka dalam IM yang mengkagumkan.
Puak #2 : Golongan IM yang memang dah mula berniaga di internet. Mereka telah memulakan sesuatu dan mula mendapat rentak. Mungkin telah mula mendapat pendapatan dari internet dan ingin memperolehi lebih lagi. Mereka target untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu baru dan segar, lebih2 lagi cadangan2 dari otai. Biasanya mereka ini kurang sikit pemalunya, dan akan mula mencari peluang bersembang dengan otai bila ada masa. Kalau nak kenal dorang ni, biasanya bila otai2 bersembang mereka ni akan berdiri ditepi dan mendengar butir perbualan. Tiba masa, mereka pula akan buka mulut.
Puak #3 : Golongan IM baru. Selalunya mereka rasa kecik je dalam setiap gathering atau perjumpaan. Jadi mereka cenderung untuk berkenalan dengan mereka yang newbies juga. Biasanya mereka hadir ke gathering untuk mendapatkan sesuatu untuk memulakan perniagaan internet. Atau mungkin matlamat mereka dapat berjumpa otai2 yang boleh membantu mereka kelak. Sebab mereka ni terasa mereka ni ‘kecik’ je, mereka ni akan segan pulak nak tegur otai2 IM. Nak kenal dorang ni senang je. Selalu berbual sesama mereka sahaja atau bila otai2 bersembang dalam kumpulan kecil, mereka akan berdiri hampir dengan kumpulan. Bila kumpulan berpecah, golongan ini juga akan angkat kaki sebab tatau nak tanya soalan apa kepada otai! Semua macam tak kena je nak tanya….
So anda berada di puak yang mana pada hari gathering tu ? :)
Tak salah pun sebenarnya. Memang kalau dalam apa2 majlis, kita lebih cenderung dan selesa bersama dengan rakan yang kita kenali. Lagi pun proses untuk mengenal orang baru memakan masa.
Tetapi kalau ini berterusan, saya rasa gathering itu tidak lebih sebagai tempat untuk berjumpa dan bersembang je. Makin lama, mungkin otai2 juga tak berminat dengan gathering ini. Mungkin apa yang saya jangkakan ini tidak benar sama sekali, tetapi saya boleh buat andaian kemungkinan ia berlaku. Mungkin juga gathering WC ini adalah yang pertama, jadi mungkin ramai yang menyertainya untuk ‘tengok dan lihat’ apa sebenarnya di dalam gathering ini.
Apa Seterusnya Untuk Warga WC ?
Alhamdulillah, kita sempat selitkan sesi forum bersama panel2 Sabri, Gobala dan Yusri. Dan juga special appearance Dr Irfan Khairi dapat memberikan sesuatu kualiti input dalam gathering kita pada kali ini.
Disebabkan oleh terdapat pelbagai puak, jadi di mana ingin kita cari keserasian dalam mengadakan gathering supaya memberi manfaat kepada semua ? Yang lebih penting, gathering ini terus menjadi tempat pilihan untuk bertemu kerana terdapat elemen2 yang ‘tak boleh dilepaskan’, atau terasa rugi kalau tak pergi.
Tentunya setiap gathering mestilah mempunyai X-Factor yang boleh terus menarik warga WC untuk hadir. Kalau terlalu memberi tumpuan kepada Puak #1, maka Puak#3 akan terasa terpinggir. Kalau terlalu fokus kepada Puak #3, puak #1 mungkin akan hilang minat dan nikmat untuk bergathering lagi..
Jadi apa yang kita boleh kita lakukan untuk memastikan 82 orang yang hadir gathering yang pertama akan tetap hadir ke gathering yang seterusnya ?
Cadangan 2 sen …
Pandangan 2 sen saya.. Kita kene wujudkan elemen yang mempunyai kepentingan untuk setiap puak diatas. Contohnya, dikalangan otai ini mungkin mempunyai ’sesuatu’ untuk ditawarkan kepada semua. Contohnya kita lihat ketika gathering ada meja yang menjual buku dan CD. Kita lihat juga otai2 ini mula keluarkan ‘barang baik’ masing2. Menawarkan khidmat dan produk mereka. Ini sebenarnya satu cara yang paling murah dan berkesan kepada otai untuk memasarkan produk mereka. Tempat yang sempurna, niche dan fokus.
Konsep ni sebenarnya dah banyak berlaku di luar sana. Cuba anda tengok sesuatu ekspo perniagaan. Selain ada seminar, taklimat dan talk, mesti ada booth2 yang dibuka untuk hadirin. Nampak tak konsepnya ? Ia juga menjadi medan jual beli dan tempat terbaik utk JV dan close deal. Otai2 ni saya berani gerenti, mereka mencari sesuatu yang boleh buat duit, dan mengembangkan perniagaan. Mereka ini kurang berminat dengan isu2 asas. Mereka suka dengan peluang mencari duit.
Ketika gathering otai akan berkesempatan melayan soalan2 ahli2 yang berminat dengan produk dan perkhidmatan mereka. Dan kepada mereka yang berminat, boleh berjumpa terus dengan otai2 tersebut. Contoh yang saya lihat seperti yang dilakukan oleh saudara Zamri Nanyan dengan menawarkan peluang kepada ahli IM yang berminat untuk jadi penulis, En Fauzul yang mempromosikan perkhidmatan kepada mereka yang ingin menerbitkan buku sendiri, En Najib untuk mempromosikan CD sendiri.
Jadikan ia market place. Tempat berdagang sambil bergathering
Ramai lagi IM yang sebenarnya boleh memperdagangkan produk mereka. Faisal Isa dengan copywritingnya, Kartunis Ubi dengan kemahiran melukis kartunnya, En Zaki dengan tempat latihan dan seminarnya, Labanon dengan MajalahIM nya, Noorizam dengan KuasaLelongnya dan mungkin Catzer dengan skill ‘menembak’nya, juga Galadriel dengan pelbagai skil dengan international internet marketingn, Yusri dengan JomSeminar.comnya Banyak lagi produk2 yang boleh kita showcase kan sebenarnya. Mungkin ketika gathering adalah peluang untuk beri diskaun istimewa kepada mereka yang berminat!
Takkanlah tiada langsung ahli2 yang berminat pada kemahiran IM tempatan kita ? Tentu ada!
Dengan cara ini, gathering ini bukan sahaja menjadi tempat untuk berkenalan2 dengan mereka ini, tetapi juga menjadi tempat untuk bercerita mengenai produk masing2.
Jika ada urusniaga yang berlaku, semua orang tentunya akan berminat nak datang ke gathering.
Kita juga boleh buat aktiviti satu hari jika perlu. Kita buat aktiviti yang menggabungkan antara ahli2 dari pelbagai puak tadi. Berbincang dan duduk bersama. Mungkin membuat pembentangan kumpulan dan sebagainya. Diakhirnya mungkin diakhiri dengan sedikit aktiviti riadah ringan seperti bowling atau cabutan bertuah.
Dengan kepelbagaian aktiviti, kita dapat mendekatkan ahli WC itu sendiri. Dari malu2, mungkin boleh bercakap2. Dari hanya kawan, mungkin boleh menjadi satu JV. Yang newbie akan kenal otai, dan otai juga boleh menunjukkan ‘keotaian’ mereka yang sebenar.
Ini dapat memastikan semua ahli WC memperolehi sesuatu dalam setiap gathering. Apabila semua puak telah bersatu, saya percaya gathering WC akan menjadi acara tahunan yang akan sentiasa dinanti2kan.
Iyalah. Bercakap itu murah, nak buatnya tak senang. Tapi lebih baik cakap dan pasangkan niat. Insyallah satu hari nanti ia akan menjadi.
Saya sentiasa mendoakan kejayaan WC.
Anyway, post saya kali ini tidak mempunyai sebarang gambar. Kalau anda nak lihat gambar, boleh rujuk kepada beberapa link di dalam sahabat IM yang lain.
Kepada catzer , “Hulurlah gambar2 yang ada dalam SD tu”.
p/s : Saya menulis bukan untuk kondem WC, tetapi pandangan peribadi saya untuk meningkatkan kualiti supaya WC terus releven sebagai penyumbang kepada perkembangan internet marketing di Malaysia.
















erm sy scroll 2-3 kali baru nampak perkataan utk komen–>pendapat. Actually semua teguran/pandangan tentang forum WC tu bernas dan harap shuth akan cuba lakukan sesuatu dlm masa terdekat ni. Insya-allah, sama-sama kita sokong industri forum tempatan. Berkaitan gath, actually “menembak” itu hobi sahaja kebetulan shuth tahu sy suke “menembak”. Sy rasa tidak berada di mana2 puak memandangkan sy memilih untuk “berkecuali”
Harapan sy bro bolehlah buka satu thread special pasal business sms di WC. Ramai yang berminat tp kepakaran tiada. prospek tinggi tu
[…] (irwan dahnill) Berjayakah Gathering WangCyber #1 ? […]
Salam tumpang lalu yer.
Saya pun nak bagi feedback sikit…
Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih pada sdr IrwanDahnil (ID) kerana tulis nama saya dalam pos dia hari ni. Takyah lah ber encik … panggil Zaki jer.. lagi mesra rasanya.
Sebenarnya pertama kali saya nampak sdr ID hari tu … sebelum ni tengok dalam web dia jer. Mula-mula tgk live hari tu tak perasan ler u ni ID.. i ingatkan kidino (sorry aaa…) bila tgk kat baju sdr tu baru la confirm.
Soalan sdr masa forum pun bernas… mungkin dalam beberapa tahun lagi akan ada satu kementerian yang khas untuk perniagaan Internet… wow! best kalau gitu.
Saya pun nak bagi cadangan untuk gathering akan datang.. kalau boleh setiap senarai peserta yang hadir disebut nama dan laman web internet bisnesnya oleh penganjur. Sapa yang sebut nama bangun tunjuk muka je… Jadi dengan cara ini, semua orang dah menjimatkan masa daripada nak tanya sorang demi sorang dan secara tak langsung masing-masing yang baru dan lama akan lebih mengenali secara terbuka. Itulah cadangan 1.5 sen saya…
Cadangan sdr dalam blog ini memang bernas dan cadangan yang baik. Saya sokong dan alu-alukan.
Sdr ID kita boleh JV ker?… hehehe… sempat gak tuh!
Irwan, memang kita perlukan komen yang membina untuk memajukan industri kita ni… SMS marketing dan internet tak dapat dipisahkan. Jadi secara tak langsung, kita adalah rakan-rakan yang memerlukan satu sama lain.
Anyway, terima kasih sebab jadi drebar terhormat
Kalau tanya diri saya sendiri, saya pilih puak #2. Tapi ramai pula yang datang tanya, nak bersalam dan bergambar.. so kesimpulan, saya tetap pilih puak #2.
(Kebanyakkan yang datang pun, mereka yang dah membeli produk saya. So maybe diorg datang nak kenal secara lebih dekat.)
Komen saya untuk post ini:
Saya bersetuju dengan pandangan dan pendapat Sdr. Irwan.. mungkin ada sedikit ‘pencemaran’ dalam forum menyebabkan ramai otai2 tidak mencelah topik-topik kosong, ringan dan tidak berkenaan dalam forum tersebut.
Seharusnya kredit harus diberikan kepada Shuth, dengan usaha beliau selama ini, telah membantu sedikit sebanyak membuka mata rakyat Malaysia, juga mendidik mereka ini untuk memulakan perniagaan internet.
Bezanya, sejauh mana mereka fokus dan memberi komitmen kepada perniagaan mereka.
:)
catzer > Memang Komen button tu tersorok sikit. Saje tak nak kasi orang komen
. Wah! Menembak tu ’skill’ la tu.. Boleh jual tu. Mana tau boleh shoot untuk seminar2 SMS yg ID buat
.. Offer projek tu …
Zaki > Owh.. memang sentiasa terbuka untuk JV.. memang sesuai dengan konsep akademi yang ada
… Mungkin boleh kita menge’tehtarik’ sekali.. insyallah
Noorizam > Nice to meet you. Pernah sekali chat sahaja dulu rasanya. Insyallah, ada masa kita bole JV mana2 yang berkaitan
Zamri > Terpaksa jadi drebar hang no.. No problem. Kawan2 lama takde amik ati
[…] Saya, Irwan Dahnill dan Sabri Saifulsham. Antara kami hanya mengenali secara online sahaja. Baru masa ni dapat bersua. Tiada apa yang memeranjatkan antara kami. hehehe.. maklumlah ‘orang lama’ […]
Saya datang sebenarnya ingin berjumpa dengan semua ahli WC terutamanya kepada siapa yang banyak membantu dan mengajar saya seperi bro Irwan sendiri
Semoga kita dapat berjumpa lagi…
Gembira dapat berjumpa dengan En. Irwan di gathering WC. tengok baju pun dah tau. Harap lain kali puak2 ni dapat dikurangkan jurangnya dan dapat menyumbang antara satu sama lain dan saling memerlukan antara satu sama lain. seperti manusia dengan tumbuhan. tanpa tumbuhan manusia akan mati begitu juga sebaliknya.
[…] Di antara beberapa nama lain yang saya sempat temui Labanon, Najib, Badul Zamani, Mawardee, Alang, Mohd Amirol, Din, Nasrun, Deen, Sabri, Amanz, Irwan Dahnil, Syukri, Zamri Nanyan, Fauzul, Gobala Krishnan, Syed, Osman Affan, AlHafiz, Catzer, Hasrul, Norizam, Ubi, Hilmi, Farid, Bitol yang mana saya terlepas pandang tu maaf lah ye. Dah ramai-ramai sangat camni susah jugak nak ingat 80 orang sekali gus. […]
Labanon > Insyallah kita berjumpa lagi.. Ada cadangan JV sebenarnya utk MajalahIM
Maizul > Sekilas je saya dah tau Cikgu Maizul. Antara wajah yang saya senang nak ingat di internet …
dah banyak pos pasal gath…gath akan dtg komfirm pegi..
Hehe.. Saya berada di puak/golongan ke 4 pada hari tu.. Golongan orang-orang yang duduk dibelakang dewan (Kurang dikenali).. Hehe..
Sebenarnya saya sangat minat duduk/berdiri di belakang dewan sebagai AJK.. Sebab dari situ, saya dapat memandang suatu majlis tu dari persepsi yang lain.. Mungkinkah selepas ni saya akan berada diatas pentas dewan pula.. Mungkinkah terjadi..
PS: Hehe.. Bila berbual2 dgn abg Irwan, mesti byk perkara dapat dikongsikan bersama.. Memang best..
sham > Selamat Pengantin Baru! Lain kali cakap ngan Shuth supaya tarikh gathering tak sama ngan tarikh kawen sham
Fai > Ishh.. Apa pula kurang dikenali.. Saya kenal ape ?
bro, memang dari segi keterampilan tak ubah dgn gambar yang sedia ada di sblh kanan wbesite ni. kemas dan ‘macho’ gitu
pasal puak tu saya puak yang ke-3. tentang cadangan dan komen tu ya betul sgt lah tu. kiranya selain berkenalan, masing-masing ada modal besar nak sembang pasal produk/perkhidmatan. er… aritu pun sekejap je mriah la teramat. sbb sama impian dan sama harapan. insya Allah kita sama-sama akan berjaya
[…] (irwan dahnill) Berjayakah Gathering WangCyber #1 ? […]
[…] Sampai di tingkat atas, saya lihat penuh dengan peserta-peserta gathering dan dari situ ada yang saya kenal dan ada yang saya tidak kenal. Orang yang pertama sekali datang menyapa saya adalah Sabri SaifulSham. (Adeh, lupa nak hantar email kat dia ari tu, patutlah dia tanya…”ada hantar email tak?” Huhuhu…) Kemudian pula disapa oleh Noorizam disusuli dengan beberapa rakan-rakan lain lagi. Serius saya tak kenal muka, tapi saya kenal nama (itupun tengok kat sticker name diorg). Ooo inilah orangnya! Banyak yang saya sempat berkenalan face to face, yang selama ini tengok muka avatar je. Ada Kak G, Zamri Nanyan, Mawardee, Khalis, Badruzamani, Osman Affan, Shuth, TheReds, Bagak (Syed jugak rupanya… welcome to the club), Din Beramboi, Nasrun, AfzaiAfandi, Catzer, Azuwan, Hasrul, Amirol, Irwan Dahnil, Maizul, Fai dan banyak lagi la yang dah sampai tak tersebut namanya. :p […]
Hello Old Friend …
(huhu, bunyi macam Jedi Master lak … :p )
16 years ago, we’d never have thought we’d be doing this ‘crazy’ business, but look at us now …
Well, let’s hope that your suggestions will be implemented for the next gathering.
Hopefully, in the future, our Forum will be recognized as an authority for IM in Malaysia. That’s something I want to see become reality.
Galadriel.
ahib0205 > Itu gambo 3 tahun lepas tu.. Sekarang ni dah banyak berubah dari gamba tu.. Adeiii.. Kene rajin exercise ni
Galadriel > Yeap… Tak sangka ini kerjaya sepenuh masa sekarang. Still remember ada orang tu nak jadi lawyer kalau tak silap.. Heheh
[…] Saya juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan Irwan Dahnil & Zamri Nanyan mengenai projek-projek terbaru mereka dan cilok sedikit idea untuk diapplykan di bisnes kami sendiri. Oh ya, Abg Zamri lagi 4-5 bulan, kalau nak upkan iPhone tu jadi 3G, contactlah kami ya. […]
[…] (irwan dahnill) Berjayakah Gathering WangCyber #1 ? […]
erm..Betul ckp Fai tu sebagai cameragirl sy melihat gath ni dr perspektif yg berbeza puak yg mana..rebellion kot..hehehe..
Betul kata K.G gathering ni paling best yg sy pernah pergi.Sebagai AJK sy minta maaf if ada pic yg tidak terselit muke anda semua..gomenasai..
Sesiapa yg mahukan pic size vector silalah YM sy. Kenalkan lah diri dulu erk. Syg pic ni dok tenung sorang2..Kat WC pun sy ada upload tp size comei.
K.G mmg layak jadi lawyer–> loyar buruk
[…] (irwan dahnill) Berjayakah Gathering WangCyber #1 ? […]
[…] Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi bergambar beramai - ramai bersama Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi. Selepas itu, peserta di hidangkan dengan pelbagai makanan dan minum petang. Sambil itu, ada yang ‘memasang serampang dua mata’. Saya juga sempat berbual & bertukar - tukar kad bisnes dengan saudara Shuth, Hasrul, Fai, Catzer, Galadriel, Bagak, Irwan Dahnil, Bitol, Kartunis UBI, Alang, Sabri, Amanz, Ariel_RX, Amirol, Noorizam, Mohd Zamri Nayan, Syed Ikhwan (terima kasih sebab buatkan kad bisnes) dan ramai lagi. […]
catzer > Mai ’secawan’ pic2 yang berkaitan tuu..
Boleh… jom belanja sy mkn di puchong bawak laptop sekali
)
catzer > SMS me .. nanti bole set somewhere ok…
betul. setiap orang ada pandangan yang berbeza. Harap WC akan terus maju di masa hadapan.