Kenapa Orang Menulis Buku ?
13 08 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Cabaran Penulisan Pendek Blog : Terinspirasi dengan gaya penulisan mantan PM di chedet.com, saya nak menulis secara point form pula.
1. Ramai yang masih tidak tahu pentingnya untuk menghasilkan produk sendiri. Di akhirnya, apabila kita berniaga kita cenderung untuk menjual produk orang lain dari produk sendiri.
2. Mungkin disebabkan tidak tahu apakah produk yang mampu dihasilkan, maka kita tak dapat nak mencipta apa2 produk yang unik.
3. Pandangan peribadi, saya hanya akan buat produk yang saya tahu, atau perkara yang saya minat, ada kemahiran dan pengetahuan.
4. Lihat Cone of Learning dibawah. Ada 1001 produk yang anda boleh cuba bangunkan.

5. Contoh produk reading adalah buku, hearing seperti MP3 atau rakaman audio, Watching a movie adalah seperti membuat VCD atau video tutorial dan giving a talk adalah seperti seminar dan ceramah. Banyak lagi bentuk produk yang boleh dibangunkan dari cone diatas. Cuba anda fikirkan !
6. Mengikut Cone of Learning, pemahaman pelanggan terhadap perkhidmatan anda akan meningkat dengan bentuk produk yang berbeza. Dengan menghasilkan buku, ingatan pembaca hanya 10%, manakala membuat membuat seminar atau ceramah akan meningkatkan pemahaman orang lain dengan 70%. Contohnya, anda adalah tukang masak yang paling handal. Anda boleh mula dengan menulis buku memasak, menghasilkan VCD memasak, mengadakan kelas memasak dan sebagainya.
7. Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi juga memberitahu tips yang sama. Di pasaran Malaysia kita perlu menjadi jaguh dalam bidang kita dengan membangunkan perkhidmatan dan produk di dalam industri yang sama.
8. Kerana itu, ramai yang bermula dengan menghasilkan buku terlebih dahulu. Saya juga memulakan projek SMS saya dengan menghasilkan ebook, buku Buat Duit Dengan SMS dan seminar. Apa lagi produk yang saya boleh hasilkan ya ? Ada cadangan ?
9. Yang bagusnya pendapatan dari jualan buku mendapat pengecualian cukai selain dari menjana pendapatan berulang selagi buku dicetak walau hanya ditulis sekali.
10. Buku juga dapat membeza anda dengan orang lain disamping hasil penulisan anda menjadi peninggalan anda di dunia .
11. Jadi tidak hairan mengapa orang mahu menulis buku. Mengapa anda tidak mencubanya? Tiada alasan untuk membangun produk sendiri.
p/s : Gobala Krishnan, seorang IM yang tidak perlu diperkenalkan lagi juga telah menghasilkan buku sendiri. Terima kasih diatas complementary copy yang di kirimkan Mr Gobala!. Kandungannya kelihatan menarik. Congratulations! Semoga menjadi best-seller!
















Satu kepuasan bila kita dapat menghasilkan produk sendiri………..ARB Dagang
Hasil karya kita menunjukkan apa yang ada dalam minda kita…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Abdul Rashid Basar > Bergerak ke arah itu!
Thinkerich > Setuju.. Kadang2 dalam minda tu kosong je.. camne…
Ye memang bagus sebenanrnya ada produk sendiri, tambah kalau tulis buku, boleh jana “passive income”,buat sekali, keuntungan berkali-kali
Tak BUAT tak tahu… dahulu saya pernah kategorikan diri saya seorang yang tidak minat membaca dan menulis. Namun setelah TERBACA (bukan sendiri cari buku dan baca) satu artikel di internet macam mana dengan menulis dan menghasilkan buku atau produk maklumat ini mampu menghasilkan wang yang agak lumayan saya sendiri bermotivasi untuk terus mengkaji (secara tak sedar dah mula minat membaca la tu) dan dengan perkataan pertama saya menulis (dah mula gian menulis) sehinggalah buku pertama saya diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd.
Satu perasaan yang tak mampu saya terjemahkan dalam bentuk ayat apabila True Wealth minat untuk terbitkan hasil tulisan saya. Jadi mau tak mau… kena start menulis sekarang jugak… ” Your first best-seller book comes from your first word”
p/s- Saya ni asyik terlupa je mintak autograf irwan bila kadang2 tu ada jumpa atau terserempak. Lps ni kena sentiasa bawak buku irwan tu… in case…
apiz > Bile lagi?
Zahrul > Kalau menuju ke arah yang sama, selalu kita akan berjumpa.. Dont worry.. Jangan sampai boring jumpa dah la ya!