‘Juadah’ Berbuka Puasa!

1 09 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Alhamdulillah, semalam kita meraikan Kemerdekaan ke 51. Sedikit janggal dari tahun-tahun sebelumnya, kemerdekaan kita sambut dalam keadaan ekonomi yang menekan dan juga ketidaktentuan politik. Apapun, Selamat Hari Merdeka!

2. Hari ini pula bermulanya Ramadhan. Puasa tak ? :) Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua tak kiralah anda ni IM ke, usahawan dari rumah ke, usahawan kecil ke, usahawan SMS ke… Semoga amal ibadat kita diterima.

3. Bulan puasa ini adalah bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan keberkatan dan keampunan. Maka setiap amal yang kita kita lakukan akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

#####################

4. Bulan ini kita akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Memberi makanan berbuka, mengadakan moreh, memberi sumbangan kepada anak yatim dan juga memberi sumbangan ikhlas pada bila-bila masa diperlukan.

5. Dalam kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh rahmat, anda juga dari kita yang menjalankan perniagaan tidak jujur, bersifat berat sebelah, tidak memberikan perkhidmatan yang sepadan dengan harga.

6. Kita semua sepatutnya risau dengan fenomena dimana wujudkan teknologi SMS dan internet disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik dan menipu. Memang kita ketahui teknologi ini mampu ‘menyorokkan’ dalangnya dari ‘dicekup’ dengan mudah.

7. Bila kita lihat internet adalah bentuk perniagaan masa sekarang dan masa hadapan, kita secara terus-terusan juga perlu membanteras mereka yang mencalit lumpur kepada perniagaan kita. Sumbangan kita memberikan kesedaran kepada masyarakat dapat membantu mengelakkan dari lebih terjebak dengan penipuan atau bentuk scam ini.

8. Banyak yang kita boleh lakukan. Membuat pendedahan, menulis di blog, mengedarkan ebook secara percuma, mengeluarkan report dan pelbagai lagi.

#####################

9. Pada hari ini saya akan mengedarkan ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu. Saya ingin sama-sama menyumbang bagi mengelakkan masyarakat terus terjebak dengan penipuan SMS. Anda boleh muat turun secara terus di link bawah. Jangan risau, ebook ini edaran PERCUMA. Tiada sebarang bayaran, bahkan email anda pun saya tak minta. Boleh muat turun secara terus.

10. Ebook ini saya garap dengan bantuan rujukan bersama En Salleh Esa. Ia menghuraikan beberapa fakta yang menarik untuk anda baca. Walau pun percuma tetapi saya percaya kandungannya memberi manfaat dan iktibar kepada pembaca. Antara kandungan yang menarik adalah:

- Mengetahui modus operandi penipuan SMS sama ada secara aktif atau pasif
- Menggunakan sistem SMS ‘yang tidak berdosa’ untuk tujuan penipuan
- Kaedah dan langkah2 penipuan si penipu
- Kes-kes yang melihatkan syarikat

11. Bukan itu sahaja, kami juga telah mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. Ini mungkin akan mengundang kontroversi kepada kami, mungkin kami akan ‘diserang’, kami mungkin kene ’sound’, tapi saya rasa yang hak tetap hak. Saya hanya menegakkan perkara yang betul. Yang lebih penting pembaca dapat mengambil iktibar dari kes-kes ini.

12. Satu lagi yang kami dapat selitkan adalah bagaimana untuk pembaca ingin menilai perniagaan SMS yang betul atau tidak. Juga tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya kita tertipu atau terjebak dengan penipuan SMS.

13. Kredit juga saya berikan kepada Nurulhayati @ Luvlee diatas design beliau. Sporting sungguh!

#####################

14. Saya harapkan anda akan mendapat manfaat dari ebook ini. Sekiranya anda rasakan kandungannya bermanfaat kepada ramai orang, edarkanlah ebook ini secara percuma kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan juga seluruh umat.

15. Sengaja saya edarkan ebook ini pada 1 Ramadhan. Saya berharap ini akan dapat menyumbangkan sesuatu kepada anda. Memang tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil sedikit inisiatif untuk mencelikkan masyarakat.
16. Kepada anda yang mengedarkan ebook ini, terima kasih saya ucapkan. Anda juga akan dapat ganjaran pahala kerana usaha anda untuk menyampaikan ilmu. Ini bulan puasa kan? Tentu ganjarannya lebih lagi. Aminnn!

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!


Actions

Informations

13 responses to “‘Juadah’ Berbuka Puasa!”

1 09 2008
apiz79 (22:23:59) :

Selamat berpuasa pada bro irwan dan pembaca blog ni.Ebook ni memang bagus untuk mendedahkan penipuan sms yang terlalu banyak sekarang ni,saya dan war-warkan di blog saya.tq atas perkongsian ini

1 09 2008
Noorizam Shah (22:31:09) :

selamat berpuasa irwan!

2 09 2008
irwan.dahnil (08:31:20) :

apiz79 > Selamat berpuasa juga.. Kalau ebook tersebut memberi manfaat, sebar2kan lah :)

Noorizam > Selamat berpuasa juga! Dah beli baju raya blom?

2 09 2008
Maizul (16:33:38) :

Selamat Berpuasa En. Irwan.
Bagus disebarkan ebook ni.

3 09 2008
debtrunner (08:44:36) :

uii. bagus nih. Kene donload juga. Apapun, selamat berpuasa!

3 09 2008
Abdul Rashid Basar (18:35:42) :

Selamat berpuasa…..ARB Dagang

3 09 2008
irwan.dahnil (20:04:10) :

CikguMaizul > Boleh edarkan kat orang2 yang pernah terkena…

debtrunner > selamat berpuasa

Abdul Rashid > Selamat berpuasa juga!

4 09 2008
Abdul Rahman (17:39:48) :

Assalamualaikum,

Baru jerk download e-book ni.

Boleh tahan gak content e-book nih sebab banyak info yang saya tak tahu ada dalam e-book nih. Pasni teringin saya pass e-book nih kat member2 saya yang kaki handphone. :)

Anyway Irwan, you got good stuff posted here. Keep writing dude. :D

4 09 2008
irwan.dahnil (19:52:58) :

Abdul Rahman > Kalau ebook itu dapat menyelamatkan walau seorang dari tertipu, itu sudah memadai bagi saya.

Boleh belajar banyak copywriting skill dari saudara ni :)

5 09 2008
SyokSyok.com - Hiburan & Informasi Internet » Blog Archive » SMS SCAM : Penipuan SMS Yang Anda Perlu Tahu (03:06:40) :

[…] Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai penipuan sms ini, saya syorkan anda download ebook percuma bertajuk SMS SCAM : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu yang diedarkan oleh saudara Irwan Dahnil. Beliau dan saudara Salleh Esa sendiri mendedahkan mendedahkan beberapa nama syarikat yang telah di ‘blacklist’ kan dalam perniagaan SMS. […]

7 09 2008
dlagu (09:00:40) :

Memang banyak penipuan sms sekarang ni. So, kita semua perlu berhati2. Terima kasih kpd Irwan Dahnil atas ebook anda ini.

9 09 2008
irwan.dahnil (03:43:30) :

dlagu > Sama2 .. Jangan lupa edarkan ya ebook ni.. Semoga orang lain juga tidak terjebak!

30 09 2008
SMS Scam | BAHASA MELAYU | Get Your Free Ebook Here (03:23:42) :

[…] Download | Source […]

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>