Hari Ini Hanya Untuk Esok ?
9 09 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
1. Hari ini anda telah mula membuat satu minisite untuk jualan produk anda. Katalah produk tersebut adalah “Ebook Cara Memasak Rendang Yang Enak Seperti Chef”. Esoknya pula anda sambung lagi membuat minisite tersebut. Mungkin memperbaiki salesletternya. Tulatnya, anda memperbaiki design, susunatur dan grafik-grafiknya.
2. Selepas 3 hari, apa hasil yang anda perolehi ? Jawapannya boleh dijangka : Anda akan memperolehi satu minisite yang mempunyai salesletter yang disusun dengan baik dan mempunyai design yang menarik. Betul ?
3. Tetapi adakah anda akan berpuas hati setakat itu sahaja? Kalau minisite anda tidak menghasilkan jualan yang baik, mungkin anda akan lakukan sedikit usaha seperti ubah salesletter, mungkin juga tukar design dan layout. Sehinggalah minisite anda mencapai tahap jualan yang baik, anda mungkin berehat seketika dari mengubah minisite anda.
” Ini dipanggil Faedah @ Benefits.
4. Melihat dari satu perspektif, kalau anda lakukan berkali-kali untuk memperbaiki minisite anda, bermakna anda akan semakin mahir. Bukan sahaja mahir dalam menghasilkan minisite yang mampu menjual, tetapi anda juga akan dilihat sebagai orang yang memasak rendang yang hebat!
5. Persepsi pelanggan terhasil apabila kita menyatakan dan melakukan sesuatu perkara secara konsisten berulang-ulang kali. Dari persepsi ini menghasilkan kredibiliti.
” Ini pula dipanggil Values.
6. Contohnya, Airasia dikenali sebab low cost nya sebab hari-hari iklannya menyatakan mereka adalah penerbangan tambang murah. Jadi orang akan melihat ia sebagai ‘MURAH’ walau pun ada beberapa perkara tidak lah semurah yang disangka!
8. Inilah yang strategi perniagaan yang baik. Apa yang anda lakukan hari ini, bukan hanya memberi pulangan dari segi wang (Faedah@Benefits) tetapi sepatutnya dapat memberikan kredibiliti juga (Values).
9. Mengapa perlu Values? Kerana persaingan yang sengit hanya boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai lebih Values.
” Mengapa orang sanggup bayar secawan kopi yang mahal di Starbuck, sedangkan kopi kedai mamak boleh didapati dengan lebih murah ? Kerana Starbucks berjaya menjual Values (kopi yang class), dan bukan Benefits semata-mata.
11. So boleh dikatakan rugilah orang hanya hanya melakukan sesuatu hari ini cuma mendapat Benefits semata-mata pada esok hari sedangkan pesaingnya mendapat Values pada masa panjang.
Bagaimana dengan anda ? Lakukan untuk Benefits semata-mata ? Atau anda juga bersedia untuk menawarkan Values pada jangkamasa panjang ?









Baca apa yang Irwan tulis kat sini, teringat pula saya dengan buku Ziglar on Selling di mana salah satu tajuknya adalah
Beyond “Customer Service” to “Customer Satisfaction”.
Anyway,
Kalau Irwan aktif dalam IM (international atau local), mesti Irwan perasan trend IMers yang tak habis-habis promote product atau e-book yang beharga tinggi tetapi kualiti so-so jerk.
Macam takde benda nak buat.
Tau lah diorang nak commision, takkan diorang tak boleh mencari product yang betul-betul berkualiti untuk dipromosi?
Diorang tak position diri mereka sebagai seorang yang boleh dipercayai, and I perceive them as someone who love commissions more than their customer (and they don’t think in a win-win situation).
Aduih, panjang lak comment ni…
(Nak cakap benda lain, tapi pergi komplen plak…)
Nilai sesuatu yang jarang diberi perhatian oleh para usahawan…tahukah anda kenapa sebuah daerah di Negeri Sembilan dinamakan NILAI..? kerana ianya sebuah daerah yang memang diberikan Nilai yang tersendiri..
Salam kekayaan,
THINKERICH
Sebagai seorang yang baru bertatih dalam dunia internet ini, saya masih tercari-cari panduan yang betul dan lengkap dalam menghasilkan produk terbaik untuk dijual kepada pelanggan. Kebanjiran Ebook-Ebook buatan Malaysia adalah satu fenomena baik tetapi saya sentiasa mengarapkan kualiti yang baik dari ebook-ebook tersebut. Tidak semua ebook buatan malaysia ini tidak baik,cuma sebagai seorang newbie saya sering diperkotak-katikkan dengan informasi yang tidak tepat dan maklumat yang tidak lengkap. Penulisan saudara kali ini membuatkan saya bersemangat dan terpandu untuk mengeluarkan produk yang baik pada masa akan datang. Terima kasih
http://www.kisahjutawan.blogspot.com