Ebook Lompat Si Katak Lompat…
16 09 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,
Bukan! Hari ini bukan cerita haiwan di zoo. Post hari ini, sekadar ingin memberi pandangan mengenai penghasilan ebook dan perniagaan internet.
Perkembangan Ebook Di Malaysia..
1. Sejak 3-4 tahun lepas, kita dapat lihat betapa meriahnya industri internet marketing Malaysia. Secara spesifik (bukan ebook untuk pasaran antarabangsa), pelbagai bentuk ebook yang telah dihasilkan. Kita boleh lihat trend ebook yang dihasilkan bermula dengan bagaimana membuat duit dari internet, program2 buat duit internet, teknik affiliate, SEO, mailing list, pemasaran dan teknik perniagaan internet. Ini boleh kita panggil sebagai Fasa 1.
2. Kemudian industri ebook berkembang lagi. Dengan penghasilan ebook yg bukan hanya menumpu kepada perniagaan internet. Ia lebih general dan releven dengan masyarakat. Contohnya, ebook mengenai persediaan perkahwinan, ebook panduan menunaikan haji, ebook menghasilkan susu soya, ebook menternak kambing dan sebagainya. Saya sendiri menghasilkan ebook yang pertama mengenai SMS pada tahun 2006. Ini boleh kita lihat sebagai Fasa 2.
3. Kita sepatutnya berasa sangat gembira dengan perkembangan positif ini. Mengapa ebook mula mendapat tempat ? Kerana orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. Mereka sanggup bayar untuk mendapatkan maklumat yang dirasakan berbaloi. Harga ebook pun paling kurang RM15 dipasaran Malaysia, sebenarnya mungkin lebih mahal dari buku yang ada di MPH atau Kinokuniya!
Lambakan Ebook | Topik Ibarat Katak Melompat ?
4.Tetapi adakah sekarang ini kita mengalami lambakan ebook ? Macam-macam ada! Bagi saya, belum lagi berlaku lambakan ebook, tetapi telah mula nampak trend lambakan ebook yang tidak berkualiti.
5. Di Malaysia, penulis ebook cenderung untuk menulis ebook seperti membuka pasaraya. Macam-macam topik ada. Kalau boleh apa sahaja pengetahuan si penulis ada akan dicatatkan dan dihasilkan sebagai ebook. Hari ini si penulis menghasilkan ebook tentang berkebun, esok pula tentang memasak, lusa pula tentang menjaga anak, dan tulat mengenai perkahwinan.
6. Hasilnya, seorang penulis mempunyai ebook yang menulis pelbagai topik. Ibarat katak, melompat dari satu topik ke satu topik.
5. Bukannya tidak bagus, tetapi sebenarnya kita sebagai pembaca HANYA INGIN membeli ebook dari penulis yang pakar atau mereka yang benar-benar mempunyai kredibliti. Kita mesti beli dari penulis yang boleh dipercayai, yang mempunyai fakta dan kepakaran. Orang yang menulis terlalu banyak topik ebook sebenarnya tidak memberikan kredibiliti kepada penulisnya dan tidak dilihat sebagai pakar dalam bidang yang ditulisnya. Orang memang tak pandang!
6. Cuba lihat keadaan di luar sana. Apakah topik yg ditulis oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamsah kalau bukan motivasi ? Apakah buku yang ditulis oleh Chef Wan kalau bukan tentang masakan ? Apakah buku yang ditulis oleh Donald Trump kalau bukan tentang pengurusan, kewangan dan perniagaan ?
7. Sungguh sukar untuk membayangkan Ustaz Harun Din mengeluarkan buku mengenai masakan, atau Dr Irfan Khairi mengeluarkan buku mengenai kecantikan!… Tidak dapat diterima akal pulak ..
8. Itulah mentaliti orang Malaysia. Beli hanya dari yang pakar. Bagaimana dengan anda ? Ingin menjadi penulis ebook katak si katak lompat ? Atau ingin menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dan hasilkan ebook ? Sekiranya anda ingin menghasilkan produk yang kekal lama, saya syorkan anda menulis pada satu topik yang anda anda mahir, anda tahu dan anda berkemahiran. Jangan melatah, bila orang tulis tentang topik A, anda juga ingin menulis topik A. Biarkan mereka kerana itu adalah kemahiran mereka. Anda fokus dengan kemahiran anda!
9. Pada pandangan anda , bagaimanakah Fasa 3 perkembangan ebook di Malaysia ini ? Adakah lebih banyak tajuk yang akan diterbitkan oleh penulis2 baru ? Atau adakah pasaran mula tidak menerima ebook kerana banyak wujud ebook yang tidak berkualiti ? Entah lah.. Tak salah untuk menjadi penulis ebook ibarat katak dengan pra syarat anda adalah seorang penulis…
p/s : So far tak ramai yang menulis mengenai topik SMS
Pulun sorang2 …









lambakkan Ebook yang tidak berkualiti mungkin akan menjadikan masyarakat malaysia menjadi takut untuk melakukan pembelian,lantas pencarian ilmu tapi kembali terbantut dan ini tidak baik untuk perkembangan dunia perniagaan internet, Bolehkah saudara memberikan tips bagaimana untuk memastikan sesuatu ebook itu bagus atau baik kerana dari persepsi saya sebagai orang baru, setiap penulis ebook mempunyai testimoni yang hebat dari orang yang hebat,tak tahu pula mane tau dorang ade share ker?hehe
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
Betul la.. Ebook tentang sms bro sorang jer focus..
Pulan habih punya..
Haizal > Ada pakatan ke agaknya dari orang2 yang hebat ni ? Mungkin berlaku, tapi ada cara juga untuk membezakan pakatan atau tidak. Menarik untuk diulas ni… Macam pakatan rakyat pulak
ijamidayu > Heheh.. itu lah yang best buat sorang2. Macam takde pesaing je sekarang… Hopefully esok lusa, tahun depan ada la kot …
Hehe.. Saya tau kenapa jadi situasi mcm ini.. 3 Bulan lepas saya dah kaji mengenai perkara ni
Sebab terjadinya situasi ini ialah:
“Sebelum mereka buat e-book, mereka didedahkan dengan cara mencari hot market terlebih dahulu dan bukannya mencari niche kepakaran diorg.”
Cari hot market tu memang betul utk jd bestseller.. Tapi bila hot market dah jadi sejuk, kena cari hot market yg baru pula.. Jadilah peristiwa katak oh katak..
Kesimpulan yg saya dpt sblm buat ebook ialah (walau tak semua org bersetuju dgn saya):
Kepakaran/Potensi Diri–>Niche–>Hot Market
PS: Teroka niche baru tak salah, cuma kita perlu tumpukan niche utama sepenuhnya.. Sebab tu saya tak tulis ebook sendiri dah.. Jual produk MRR parttime lagi best disamping menumpukan servis copywriting..
PPS: Sekali tulis mcm ayat skema seorg trainer plak..
Fai > Memang itulah sebenarnya sebabnya. Mereka menulis mengikut trend dan bukan dari kemahiran mereka yang sebenarnya2. So sampai bila2 takkan habis melompat. Kredibiliti pun tak dapat dibina…
Ehh.. Fai bole ape terus tulis ebook. Asalkan niche + topik yang berkait dengan copywriting, saya rasa itu jalan yang terbaik tu..
Heheh.. Fai ada bakat ape jadi trainer
kalau tak de kemahiran, tak payah berangan nak buat ebook la nampaknya. Jadi customer sepanjang hayat …
Atau, anda boleh mulakan hidup baru dengan kemahiran baru yang unik. Dapatkan reputasi dulu then baru tulis ebook. Eh eh … macam back to square one pulak! Betul tak Fai? Sbb bila nak pilih kemahiran baru tu, mestilah yg berkaitan dgn hot market!!!
Pi mai pi mai, dok tang tu jugak … noooo
Saya amat setuju dengan Irwan. Hasilkanlah variasi produk yang tidak jauh dengan bidang kepakaran kita. Malah daripada satu ebook, kita boleh juga jadikan ia dalam bentuk pakej yg lain seperti audio, video dan lain2 bentuk.
Fasa 3? Saya no komen buat masa ni. Cuma nasihat saya kepada penjual2 ebook, jangan rosakkan pasaran seperti bersaing dgn harga yg tak masuk akal (harga terlalu rendah) dan hasilkan ebook yg tak berkualiti. Kalau jaga dua aspek ni, saya jamin industri ebook boleh kekal di tahap yg terbaik sampai bila2.
lompat si katak lompat…hehehehhe..mereka ramai yg suke menulis berdasarkan kajian jangka pendek sahaja..tak ramai yg nampak potensi ebook yg sebenar..ramai yg melihat dari konsep pendekatan buat duit mudah dr ilmu mereka..tanpa memikirkan dr segi jangka masa panjang.
MIsha > Dpatkan reputasi sebelum tulis ebook ? Rasanya tak perlu. Boleh juga mula tulis ebook yang pertama. Ebook kedua dan seterusnya biarlah dalam topik yang berkaitan dengan ebook yang pertama. Reputasi akan meningkat secara automatik.
Setiap kali nak tulis buku @ ebook, perlu banyak research dan bacaan. Lagi banyak kajian kita buat, makin mahir dan kredible seseorang dalam topik penulisannya. Tak kira walau apa topiknya.
smartzul > Betul zul. Mereka mungkin tidak sedar bahawa kalau di market malaysia, produk hendaklah dijual pada harga yang tinggi sedikit.
catzer > Ehh.. Bila la nak buka pose ? Posa tak ni ?
Itu perbezaannya antara generalist dengan specialist.
Yang special… membuat e-book tentang satu-satu subjek dan hampir pasti ianya berkualiti tinggi.
Kalau nak buat e-book pasal niche lain-lain, apasal tak buat guna nama samaran? Kan senang. Lepas tu boleh develop niche-niche tersebut guna nama samaran sampailah famous…
Dan buat ler macam Eben Pagan, yang menggunakan nickname DeAngelo untuk promo dating site beliau.
Huhu… time untuk buat produk copywriting pulak
Sikit jer orang buat eh pasal copywriting?
:p
catz2ID~bila senang minggu ni boleh? Ke ada meeting kat mana2 lagi? Sy ke puchong pun ok..ID ke shah alam pun boleh kan? Sy pose lah..masih bertahan..harap hingga ke saat akhir..hahahaha..
Abdul Rahman > Memang boleh buat pakai nama samaran. Tapi rasa tak mampu nak buat banyk2 niche pada satu2 masa. Sesuatu product memang amik masa untuk diselesaikan.
satu artikel yang membuka mata saya….tidak tefikir pun ke arah itu…tq bohhh
@Irwan> Maksud saya, kalau sistem dah established/menguntungkan dan tidak memerlukan banyak masa di pihak publisher/penulis.
Dan of course, maksud sistem tersebut mestilah mendapat passive income.
@Irwan
Tak guna Twitter ke? Kalau ada, boleh saya follow
catzer > Ajak lah kawan2 yang lain. Pose tinggal beberapa hari je ni
Abdul Rahman > Ada… twitter/irwandahnil