Seronoknya Berada Di Rumah!
24 09 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,
1. Kita sudah berada di minggu terakhir Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah sebelum Syawal menjelang. Ramai dari rakan2 yang tentunya telah banyak membuat persiapan untuk hari raya. Baju, kuih, perhiasan rumah. Sudah makin terasa kehadiran Syawal, bila ada dari kawan2 kita yang dah pun selamat sampai ke kampung!
2. Begitu awal mereka boleh balik ke kampung. Tak kerja ke ? Siapa yang jaga bisnes, kalau awal2 lagi dah balik kampung ?
3. Pada dekad ini, dengan ledakan teknologi memungkinkan kita melakukan perniagaan hanya dari rumah. Peluang yang wujud di zaman baru, gelombang berniaga dari rumah semakin kuat dan semakin diterima.
4. Bisnes dari rumah sememangnya dari dahulu dah wujud, tetapi ia sangat berbeza dengan sekarang. Bisnes dari rumah dahulu dilihat sebagai bisnes kecil-kecilan, modal yang terhad, tenaga kerja yang minima, dan jumlah jualan yang tak besar. Selain itu, perniagaan konvensional seperti gaya pos dan mail order masih lagi terbatas walau ia antara perniagaan yang berjaya.
5. Yang hebatnya, modal bekerja dirumah tetap rendah, tenaga kerja masih lagi minima, tetapi jumlah jualan telah melonjak jauh lebih tinggi! Jumlah pelanggan sangat luas termasuklah dari luar negara. Walau bekerja dari rumah, mereka telah melakukan perdagangan antarabangsa, malah ramai yang berasa seronok bila pendapatan perniagaan mereka dihitung dalam US Dollar.
6. Bentuk perdagangan juga bukan hanya terbatas kepada produk fizikal. Munculnya konsep produk digital, menyebabkan ia menjadi satu bentuk industri yang sangat unik kerana bole diistilahkan kos barangan dijual (cost of good sold) hampir zero!
7. Tidak pernah dalam sejarah perniagaan, berniaga tanpa sebarang direct cost! Kalau ada kos pun, ia adalah expenses iaitu belanja operasi, belanja upah, dan belanja pengurusan. Kalau anda pernah belajar perakaunan, cost of good sold (COGS) akan ditolak dari jualan kasar untuk sesuatu produk. Mungkin COGS boleh dimansuhkan dari sistem perakaunan selepas ini

8. Memang lain betul suasana bekerja dari rumah sekarang ini. Saya rasa inilah yang menjadi idaman semua. Duduk di rumah dan mendapat pendapatan secara profesional. Yang paling penting kualiti kehidupan semakin baik bila lebih masa dengan keluarga.
9. Apapun, sama ada anda kerja dirumah atau di pejabat, disiplin dan pengurusan masa tetap sama penting. Tiada kompromi.
10. Saya nak buat sedikit kajian tentang perniagaan SOHO. Kalau anda ada pandangan, tinggalkan komen dan kongsikan pandangan anda. Mungkin perkara dan isu tentang pembayaran cukai, pengurusan syarikat, belanja operasi, promosi dan masa dengan keluarga boleh dikongsikan disini. Mungkin ini dapat mengubah landskap perniagaan di Malaysia!
p/s : Bayangkan bile semua orang asik kerja di rumah! Seronoknye!









Kalau semua orang kerja dekat rumah… polis kerja kat mana? :p
Abdul Rahman > Hahaha.. Best juga kalau polis, bomba dan askar keje kat rumah. Main video game simulation
Polis biasanya kerja dalam kenderaan dan buat rondaan. Trend sekarang terdapat pondok polis dikawasan kejiranan , mungkin lebih selamat polis kerja di rumah, apa-apa yang berlaku di kawasan kejiranan maka Inspektor sahap berkenaan mudah dihubungi….maka jimatlah duit-duit untuk membayar gaji pengawal keselamatan.. tapi bergantung pada keadaan ….balai polis perlu ada…itu soal keselamatan…
Totally agree dengan En. Irwan, tapi itu semua soal pilihan…tengok dengan keadaan kerjaya yang dipilih….apa pun, pilihan ditangan anda, apa yang boleh saya katakan…sungguh beruntung bila berada di dalam keadaan tersebut. Saya juga boleh dikatakan separuh bekerja dari rumah…. “Rumah Kedai”
Saya sudah 2 tahun bekerja dari rumah. Selepas membaca beberapa buat buku bekenaan mail order business, saya mengaplikasikan ia kepada perniagaan saya. Baru sebulan saya mendapat kesedaran tentang potensi internet pula. Lalu saya mengampil peluang untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Memang benar kata saudara ID soal disiplin memang tiada kompromi jika bekerja dari rumah atau tidak. Saya kena mengurus masa dengan betul, waktu bila perlu ambil order, hantar produk, marketingkan produk, cuma kelebihannya, ia tidak seperti bekerja di pejabat yang memerlukan kita menghabis kan 9-5. Kalau kerja sudah selesai boleh lah buat kerja lain. sewaktu saya menulis comment ini sebenarnya jam 11 pagi dan saya baru sahaja bangun dari tidur. Tapi solat subuh dulu baru tidur tau
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
selepas ini,,,kita tidak pandai bercakap
kerana asyik bercakap dengan komputer
Lebih seronok kalau dapat buat sepenuh masa di rumah
Waaa.. Ramai juga rupanya usahawan dari rumah macam saya.. Sekapal ya kita. Elok buat persatuan
Saya syorkan saudara ID jadik pengerusi la…namakan persatuan tu “Dewan perniagaan Usahawan dari Rumah” ker panjang sangat? hehe
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan mimpi satu realiti~
Persatuan Suri-suri Rumah Se-Malaysia…
Rumah ku, syurga ku..hehe
itu lah, zaman skrg ramai yg lebih suka duk di rumah..
nak kerja pun kalu blh di rumah jer..
maklum la, kalu langkah keluar rumah jer dah ada kos2 nye..hehe
Adios,
Kerja Sambilan
dah lama kerja dari rumah…..cuma baru buat online…seronok kerja di rumah…cuma tak sampai target lagi….harap2 dalam 6 bulan ni boleh double….thanks 4 info berguna
Saya pun nak try bekerja dari rum yang boleh mendatangkan hasil. Tp bisness apa ye??????
irwandahnil : uish… Ada macam2 bisnes boleh cuba. Mulakan dengan sesuatu yang kemahiran, pengetahuan, pengalaman yang dimiliki. Mungkin juga hobi yang boleh dijadikan bisnes ?