Ada Apa Selepas Raya ?
6 10 2008Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum terlambat, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Hari ini adalah raya ketujuh. Anda dah mula bekerja kembali ?
Macam mana hari pertama kerja selepas cuti panjang ? Liat tak nak mula semula kerja ?
Hah… Itu adalah tu bila ketupat, rendang dan lemang penuh sarat dalam perut tu. Pegi timbang berat anda. Brapa kilo naik ? 2 kilo ? 5 kilo ? 10 kilo ? Memang sah lah anda beraya sakan
Bagi yang menerima duit raya, brapa ribu collection duit raya tahun ini ? Bagi yang menghulur duit, brapa banyak pula duit yang terkorban ?
Memang biasa lah tu bila liat nak start balik bekerja. Rasa tension, malas nak bermula, momentum kerja takde, tengok tugasan menanti melambak2, meeting sana, appointment sini..
Arrghhh!!! Pecah kepala !@#$%^&*
Kenapa sebenarnya ya kita jadi camntu ? Sebenarnya banyak sebabnya. Sebab dan alasan yang mudah :
1. Dah berabis duit untuk beraya. Pokai , poket kering.
2. Letih driving. Highway jemmed. Dari perjalanan 2 jam jadi 5 jam, dari 4 jam jadi 9 jam. Kematu punggung!
3. Badan jadi berat. Sebab makan lemang 10 batang ditambah dengan tak de buat exercise sepanjang bulan puasa.
4. Rindu orang tua kat kampung. Tak puasa beraya!
5. Teringat awek yang dah janji nak kenduri nasi minyak 3 bulan lagi
![]()
1001 alasan. Ada je penyebabnya.
” Bagi saya SEBAB sebenarnya adalah KEGAGALAN KITA untuk menyusun kerja dengan baik sebelum bercuti berhari raya! “
Kerana itu, bila lepas beraya je, kelam kabut + huru hara jadual kerja kita. Semua nak cepat, semua nak urgent.. Mau tak pecah kepala kalau macam tu..
Yang ironinya, sebelum bercuti raya ada pula yang menunda kerja yang sepatutnya dibuat sebelum raya ke selepas raya! Pun dengan alasan, “Ala.. Raya dah dekat..takde mood nak siapkan keje!”
Hah.. Jadi bila masa nak buat kerjanya ? Sebelum raya tak de mood nak kerja, lepas raya pulak stress gile sebab kerja banyak sangat!
Itulah orang kita. Banyak benar alasannya disebabkan raya. Itu salah, ini pun salah. Semua macam tak kene je!
Tips untuk menyelesaikan masalah ini : Senaraikan semua kerja yang perlu dilakukan, tetapkan priority, buat satu persatu mengikut priority dan urgency. Insyallah siap juga akhirnya. Pelan2 kayuh
p/s : I had a wonderful raya celeb this year. Alhamdulillah beraya di Selayang tahun ini. Bukan saya saje yang suka, anak saya juge!

p/p/s : Beraya tu beraya juga. Kerja macam biasa tau. Catch my next seminar on 8 November 2008. Seminar terakhir 2008. Register sekarang di http://seminar.akademisms.com
p/p/s : Maaf.. tahun ni tak dapat nak buat open house! Rumah under renovation. Sorry..









Comelnya…anak ID.Manis senyumannya…
Tok.Ou > Tq. Ikut mummy nye
Banyak kerja perlu diselesaikan…. Perlu menahan diri daripada mengantuk, nafsu makan dan hari raya mood…
Comel betul anak En. ID, semoga turut mewarisi kebijaksanaan ayahnya dan menjadi anak soleh….Insya’Allah
Seru > Aminnn ….
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari ARB Dagang.Com
Abdul Rashid > Selamat Hari Raya juga dari irwandahnil.com
wa…comel r anak Wan. Sama cam bapak die. Tang hidung yang sama. Neway salam lebaran kat irwan.
Selamat Hari Raya Irwan. Semoga mood nak buat kerja meningkat semula lepas baca artikel ini.
Lama dah tak masuk blog saudara irwan ni.. di kesempatan ni, saya nak wish Seamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat saudara irwan sekeluarga..
KampungBoy > Tang hidung la yang paling tak sama sebenarnye!
nick > Selamat Raya juga nick! Kerja..kerja..kerja
EnDlie > Lama menghilang.. Sibuk ye ?
Terasa lemas betul selepas raya ni,lain kali saya akan beringat dan mengamalkan tips dari saudara ID..anak comel…bapak kacak…hehe
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu realiti~
Haizal > Melambung2 rasa..
selamat hari raya..rasa hari tu mcm dah reply post dah hehehe…Erm mana pic mummy nya plak..Berahsia tul .:D
Bro nak ajak join komuniti Internet Entrepreneur disini, kalau rajin mai lah singgah:
http://iemalaysia.ning.com
Erm kat puchong tempat menarik utk melantak di mana erk.. (ada double meaning ni )