Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » 2008 » November

Next Event: Seminar Perniagaan SMS 17 Januari 2009

Pelajari cara memulakan perniagaan SMS dari rumah.Seminar yang paling telus, unik dan TERBUKTI berkesan. Seminar SMS #1. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Kalut.. Kalut

20 11 2008

Ini kali ketiga saya menulis blog hari ini. Tak tau ape yang tak kena dengan WP saya hari ini, meragam tak boleh nak save post aje… .. Tak pe lah.. saya tulis semula…

Kawan2 saya dah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2. Jadi senior officers atau menjadi pengurus. Setakat terbang keluar negara sana-sini dah biasa sangat. Tak heran kata orang!

Bila berjumpa, ramai yang jeles sebab saya katakan pada mereka yang saya hanya bekerja dari rumah, tidak keluar negara sekerap mereka. “Best la engkau.. duduk rumah je, boleh main dengan anak…”

Memang best pada pandangan mata. Tapi sebenarnya dorang ni tatau yang saya sebenarnya mengalami satu sindrom :) Sindrom yang membuatkan saya rasa malas nak buat keje dan rasa nak berseronok2 je :)

Sebenarnya duduk di rumah juga mempunyai masalah sendiri. Cabaran nya juga ada… Meh saya ceritakan yang tak bestnya duduk rumah (sebenarnya best, cuma negative element tu ada juga) :

Malam tadi tido lewat sikit sebab siapkan salesletter. Then pagi ni lepas solat subuh mata macam berat je.. “Tido la kejap..  bangun pun tak larat buat ape pun… ” Zzzzzzzzzzzzzz

Sedar2 dah 2 jam terlajak. Jam dah pkl 9 pagi, terus on laptop. Sedang laptop boot up tu, pegi berus gigi dan basuh muka… “Grr…grr… sejuk… Mandi kejap lagi leee…. “

Lepas berus gigi berkeroncong plak perut. Turun bawah bukak tudung saji, cari makanan. Ahah! Mihun… Sodapnye!” Nyum…nyum..!!

Amik remote, switch on TV, sambil tengok2 berita pagi.. Sambil2 tambah mihun sebab lapar…

Alamak! Dah nak pkl 12 pulak ni… Kene lunch la pulak! “

So bila masanya nak buat kerja ? Kerja yang menunggu semakin lama semakin menimbun, di’parking’kan kat tepi meja KIV ….

Sindrom rasa tak bermotivasi, rasa malas, nak rilex2 je dan main2 ngan anak…

“…. Berenti makan la dulu… Lapar.. Makruh pulak nanti buat keje lapa2 :) Lauk ape ye nak makan ?

Burpp..! Alhamdulillah. Tetiba mata rasa berat je… Katil yang berada sebelah laptop mempunyai aura yang lebih kuat dari laptop tu sendiri…

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Opsss.. Tertidur … “

Solat then sedar2 dah petang… So nak bawak anak jalan2 kat playgroud…

BILA MASA NAK BUAT KERJA NYE ?

Memang tak de boss atau supervisor nak tengok kita bekerja. Tidak bermakna suka hati kita je nak makan, minum, tido pkl brapa…

So siapa kata kat rumah boleh rilex2 sambil buat keje ? Ini hari kerja, bukan hujung minggu…

p.s : Berdasarkan kisah benar. Semua penjiwaan watak adalah dari individu yang realitinya masih hidup.

p.p.s : Anda yang sedang baca blog ini, sudah2 la baca.. Kembali la ke laman yang membolehkan anda membuat kerja. Dah berapa banyak blog anda bazirkan masa untuk membaca di blog ? :)

p.p.p.s : Biasanya sindrom ini boleh berlaku bila2 masa. Kerja akan terbengkalai, jiwa akan meracau :)

 








Dan Pemenangnya Adalah….

11 11 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1. Semalam saya berkesempatan lagi untuk berkunjung ke pejabat CFM untuk membincangkan perancangan untuk kempen dan promosi anti SMS.

2. Melalui CFM, saya cuba mendapatkan beberapa statistik dari polis mengenai kes yang melibatkan penipuan SMS.

3. Antara statistik menarik yang saya dapat adalah seperti dibawah :

Statistik Penipuan SMS Bagi Tempoh
Januari Hingga Ogos 2008

KONTINJEN KES KERUGIAN
Selangor 76 RM300,922.49
Johor 119 RM293,608.09
Melaka 42 RM177,746.44
P.Pinang 63 RM158,838.51
N. Sembilan 70 RM154,381.51
Perak 62 RM137,055.08
Kedah 48 RM117,740.24
Kuala Lumpur 10 RM59,264.43
Pahang 21 RM48,890.73
Sabah 20 RM44,398.79
Perlis 21 RM35,296.31
Sarawak 14 RM24,684.76
Terengganu 5 RM8,335.62
Kelantan 2 RM6,500

JUMLAH

573 RM1,507,663.00

4. Kerugian berjumlah lebih RM1.5 juta dalam masa hanya 8 bulan! Dan seperti yang saya jangkakan, Selangor menduduki carta tertinggi jumlah kerugian walau jumlah kes yang agak rendah berbanding dengan Johor.

5. Tapi dari statistik ini hanyalah kes-kes yang dilaporkan. Saya rasa ramai lagi yang terpedaya dengan SMS Scam ini tidak tampil membuat laporan polis.

6. Mungkin sebab rasa jumlah kerugian kecil sahaja, atau rasa malu untuk tampil kerana terpedaya!

7. Setiap laporan yang anda buat sebenarnya satu sumbangan kepada negara kerana pihak berwajib seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau CFM sendiri boleh menjadi saluran untuk bantuan.

****************** Latest Project! ******************

~ Anda mempunyai sebarang masalah, komplen atau kemusykilan mengenai SMS ?

~ Anda ingin melaporkan sebarang penipuan SMS yang mencurigakan ?

~ Anda sendiri telah terpedaya dengan SMS Scam ini ?

~ Anda ingin mendapatkan bahan rujukan, risalah dan garis panduan dan kod pengguna ?

Saya ada sesuatu untuk anda!

Dengan kerjasama Consumer Forum of Malaysia, nantikan satu page khas di www.irwandahnil.com/cfm yang boleh membantu anda.

Stay tune dengan projek ini!








Awas Manipulasi SMS Broadcast!

5 11 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Kaedah penipuan ketika ini telah naik satu lagi anak tangga apabila internet dan SMS diperkenalkan. Sekarang ini internet dan SMS scam terus menjadi-jadi. Saya tak ingat berapa jumlah wang yang terlibat tetapi memang berjuta-juta.

Tidak dinafikan memang mudah untuk menipu sekarang ini. Dengan hanya membuat satu laman web, seseorang itu boleh menyembunyikan identiti mereka. Hanya dengan satu SMS, sang penipu boleh berselindung dari diketahui.

Mujur kerajaan telah menjalankan roll out akhir tahun 2007 apabila semua nombor telefon pra bayar di daftarkan. Jadi setiap nombor telefon sekarang bertuan dan identitinya di simpan dan diketahui. Untuk menipu dengan menghantar SMS dari nombor telefon individu sekarang bukanlah cara yang bijak kerana dengan mudah identiti si pengirim dapat diketahui (kecualilah dia pakai telefon bimbit orang lain)

Nasihat saya, berhati-hati dengan SMS yang anda terima. Walaupun sang penipu tidak lagi menggunakan nombor telefon biasa yang didaftarkan, tidak bererti aktiviti mereka berhenti di situ. Mereka akant terus bergiat dan mencari cara.

Saya perhatikan cara lain utk orang menyampaikan SMS Scam ini adalah dengan menggunakan SMS Broadcast. Ia merujuk kepada satu sistem yang membolehkan penghantaran SMS melalui web ke telefon bimbit. Kebanyakan SMS Broadcast pula boleh menghantar SMS ke telefon bimbit seluruh dunia.

Untuk menggunakan SMS Broadcast, seseorang tidak perlu didaftarkan. Anda boleh dapatkan sistem ini dari penyedia perkhidmatan. Anda akan diberikan username dan password untuk login ke sistem tersebut.

Menggunakannya adalah sangat mudah. Anda perlu masukkan ID pengirim, senarai nombor telefon bimbit dan juga mesej. Dengan satu klik, semua nombor yang anda masukkan akan menerima SMS tersebut. Contohnya seperti dibawah :

Anda perhatikan dengan fleksibiliti untuk menukar ID pengguna, anytime sahaja identiti pengirim boleh dihantar. Sesiapa yang bersifat manipulatif, tentu faham macam mana untuk mengirim SMS jahat kepada pengguna. Kalau anda tulis ID Pengirim sebagai Astro, maka Astrolah yang akan diterima oleh penerima SMS. Anda bebas untuk menamakan diri anda sebagai Petronas, Shell, Maybank, Citibank atau apa2 sahaja!

Dengan cara ini pengguna Celcom dan DiGi dengan mudah terpedaya. Hanya Maxis yang menapis SMS seperti ini dengan hanya memaparkan nombor dan bukan ID Pengirim. Walau pun ada tapisan, tetapi identiti pengguna SMS Broadcast masih belum dapat dikenalpasti. Dalang penipuan SMS masih boleh terlepas!

Insyallah, dalam post akan datang saya akan berkongsi lain mengenai SMS Scam ini. Semoga anda akan terus celik dan bijak dengan si licik yang bertopeng kan teknologi!

p/s : Dah download belum ebook SMS Scam : Penipuan Yang Anda Perlu Tahu ? Free je. Refer kat posting saya yang lepas