Kalut.. Kalut

20 11 2008

Ini kali ketiga saya menulis blog hari ini. Tak tau ape yang tak kena dengan WP saya hari ini, meragam tak boleh nak save post aje… .. Tak pe lah.. saya tulis semula…

Kawan2 saya dah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing2. Jadi senior officers atau menjadi pengurus. Setakat terbang keluar negara sana-sini dah biasa sangat. Tak heran kata orang!

Bila berjumpa, ramai yang jeles sebab saya katakan pada mereka yang saya hanya bekerja dari rumah, tidak keluar negara sekerap mereka. “Best la engkau.. duduk rumah je, boleh main dengan anak…”

Memang best pada pandangan mata. Tapi sebenarnya dorang ni tatau yang saya sebenarnya mengalami satu sindrom :) Sindrom yang membuatkan saya rasa malas nak buat keje dan rasa nak berseronok2 je :)

Sebenarnya duduk di rumah juga mempunyai masalah sendiri. Cabaran nya juga ada… Meh saya ceritakan yang tak bestnya duduk rumah (sebenarnya best, cuma negative element tu ada juga) :

Malam tadi tido lewat sikit sebab siapkan salesletter. Then pagi ni lepas solat subuh mata macam berat je.. “Tido la kejap..  bangun pun tak larat buat ape pun… ” Zzzzzzzzzzzzzz

Sedar2 dah 2 jam terlajak. Jam dah pkl 9 pagi, terus on laptop. Sedang laptop boot up tu, pegi berus gigi dan basuh muka… “Grr…grr… sejuk… Mandi kejap lagi leee…. “

Lepas berus gigi berkeroncong plak perut. Turun bawah bukak tudung saji, cari makanan. Ahah! Mihun… Sodapnye!” Nyum…nyum..!!

Amik remote, switch on TV, sambil tengok2 berita pagi.. Sambil2 tambah mihun sebab lapar…

Alamak! Dah nak pkl 12 pulak ni… Kene lunch la pulak! “

So bila masanya nak buat kerja ? Kerja yang menunggu semakin lama semakin menimbun, di’parking’kan kat tepi meja KIV ….

Sindrom rasa tak bermotivasi, rasa malas, nak rilex2 je dan main2 ngan anak…

“…. Berenti makan la dulu… Lapar.. Makruh pulak nanti buat keje lapa2 :) Lauk ape ye nak makan ?

Burpp..! Alhamdulillah. Tetiba mata rasa berat je… Katil yang berada sebelah laptop mempunyai aura yang lebih kuat dari laptop tu sendiri…

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Opsss.. Tertidur … “

Solat then sedar2 dah petang… So nak bawak anak jalan2 kat playgroud…

BILA MASA NAK BUAT KERJA NYE ?

Memang tak de boss atau supervisor nak tengok kita bekerja. Tidak bermakna suka hati kita je nak makan, minum, tido pkl brapa…

So siapa kata kat rumah boleh rilex2 sambil buat keje ? Ini hari kerja, bukan hujung minggu…

p.s : Berdasarkan kisah benar. Semua penjiwaan watak adalah dari individu yang realitinya masih hidup.

p.p.s : Anda yang sedang baca blog ini, sudah2 la baca.. Kembali la ke laman yang membolehkan anda membuat kerja. Dah berapa banyak blog anda bazirkan masa untuk membaca di blog ? :)

p.p.p.s : Biasanya sindrom ini boleh berlaku bila2 masa. Kerja akan terbengkalai, jiwa akan meracau :)

 


Actions

Informations

12 responses to “Kalut.. Kalut”

20 11 2008
smartzul (08:52:34) :

Irwan, memang benar. Kerja di rumah atau kerja sendiri tu tak semudah apa yang sering didengari. Melainkan ada pembantu dan juga dah ada “freedom” yang dicapai.

Jadi wal kesimpulannya, janganlah mudah terpedaya sangat dengan pelbagai momokan itu senang dan ini senang. Nak duit kena usaha. Malas kerja takde la income. ;)

ps. Pasal masalah blog tu, soalan pertama yg boleh Irwan tanya untuk troubleshoot adalah, apakah perkara terakhir yg dilakukan terhadap blog ni? Upgrade? Tambah plugins? So kalau ada, boleh lah cuba2 try & error untuk pastikan apa puncanya.

Tip saya masa menulis sebelum publish, copy & paste artikel yg ditulis tu ke dalam notepad dulu sebelum klik button Publish. Saya selalu buat cara ni sebab takut anything happen tanpa disangka.

So kalau terhilang, blank dan sebagainya, kita ada salinan artikel tersebut. So tak perlulah taip semula. Just copy & paste balik.

20 11 2008
KNizam (11:18:58) :

betul la kat rumah lagi susah nak wat kerja sebenarnya
mungkin kena ada bilik khas kot. hehe

20 11 2008
abeku (15:08:59) :

Satu lagi sindrom tak ter list…boroy…heheheh. Tapi itu yg semua org cuba dok keje,sbb tu ramai yg terkena scam tu..nasib en irwan ada buat ebook. Terbukak sikit minda depa org tu..tmsk la aku.

20 11 2008
irwan.dahnil (16:01:01) :

smartzul > Thanks for the tips. Zul banyak bantu saya menyelesaikan masalah blog ni. Anyway, saya orang yang paling malas nak update + tambah plug in.. Cuba la tengok versi berapa tu .. Masih 2.0 !! :)

KNizam > Jangan tido dalam blik sudah la ya !

abeku > Oh ye, ari tu memang kelihatan sedikit keboroian mu ketika kita lunch date kat McD :) .. Kenyang makan duit Adsense kot.. Hehe

20 11 2008
sham (17:01:37) :

cabaran dok keje dr rumah.. senang hilang fokus…huhuhuhu

20 11 2008
irwan.dahnil (20:54:03) :

sham > lebih2 lagi masih ada kehangatan pengantin baru ye sham.. kejap2 ilang fokus.. Eceh!

21 11 2008
Faiz (15:12:03) :

haha..agak menarik..biasala,kita bukan bujang kan?

23 11 2008
rina yang best (01:40:38) :

hahaha, sebab tu laa rina serkarang ni rajin pergi library. godaan bilik terlalu kuat!!!!

23 11 2008
usri (11:36:21) :

Nak buat sesuatu kerja memerlukan semangat perjuangan yang tinggi… Fikir dan buat. Just nasihat…

24 11 2008
irwan.dahnil (07:44:11) :

Faiz > Bujang vs tak ujang, lain life nye… Cuba tanya sham lepas kawen :)

rina > belaja rajin2

usri > Betul tu

28 11 2008
WangCyber Gathering - kenangan cinta silam Pt 2 | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun (05:54:45) :

[...] Pada Alang - terima kasih pasal sentiasa rajin buat lawak petang tu. Pada IrwanDahnil (Dunhill?), Bitol, Mawardee, Waidakmy, Farid, Saifulsham, TheReds dan lain-lain yg saya lupa untuk sebutkan namanya di sini (maklumler dah lama kan…) maaf kerana tak sempat menegur dan berbual dengan korang semua… [...]

2 12 2008
NaS (22:20:43) :

I feel ya! Imagine me working from home for 10+ years now…

Tapi lewat2 ni, aku asyik travel sana sini. Tak pun, asyik buat kerja sosial di situ sini termasuk dekat kampung sendiri. Kalau dok rumah mmg la byk diversion or senang rasa nak tido or tengok tv jer… So, I ended up merajinkan diri gi buat kerja di lab or library… takpun, kedai2 yg ada wi-fi free tuh - dah berlambak sekarang kat kl and penang etc.

(i think what “rina yang best” meant atas tu ialah buat kerja dalam library, bukan baca buku sangat… byk library dah ada free wi-fi sekarang. kat sini, depa caj RM1 je untuk letrik per hour - not bad. free aircond too BTW, and tons of newspapers! jimat, jimat… so, rajin2 lah ke perpustakaan, kawan, kawan…)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>