Apa Yang Tak Kena Dengan Azam Baru ?

10 12 2008

Antara perkara yang biasa kita lakukan pada akhir tahun adalah menulis azam untuk tahun baru. Sudah menjadi rutin, rata-rata kita akan meletakkan matlamat perniagaan kita secara umum sahaja.  Semacam sudah basi, bila kita tulis azam pun macam tak bersemangat, hangat-hangat tahi ayam, nak tak nak sahaja.

Sesuatu azam yang ditulis secara tidak betul sebenarnya lebih sukar untuk dicapai.. Contohnya :

“Aku nak bisnes aku berkembang tahun depan!”    

Persoalannya : Sebesar mana bisnes anda mahu berkembang? Aspek apakah yang mahu dikembangkan ?

“Aku nak beli sebuah kilang untuk bisnes kerepek aku”

Persoalannya : Di mana kilang tu ? Apa yang kita tersebut boleh lakukan ?

“Aku mahu meluaskan pasaran bisnes ke luar negeri”

Persoalannya : Luar negeri tu luas. Nak pergi ke negara atau negeri yang mana satu ? Eropah ? Jepun? Asia Barat ?

Peter Drucker mengesyorkan supaya kita menulis matlamat dari formula S.M.A.R.T iaitu :

Specific (Terperinci) : Tuliskan angka, tarikh atau matlamat yang ingin dicapai. Sesuatu matlamat yang jelas lebih mudah untuk dituju berbanding dengan matlamat yang tanpa tujuan

Measureable (Boleh Diukur) : Boleh diukur dari segi kuantitatif atau kualitatif.

Achievable (Boleh Dicapai) : Mestilah boleh dicapai berdasarkan kemampuan sekarang. Jangan nak buat sesuatu yang terlalu jauh atau terlalu dekat untuk dicapai.

Realistic (Mesti Real) : Mesti real! Bukan khayalan.

Timely  : Mesti boleh dicapai dalam 12 bulan

Kuncinya hanya satu. Menulis matlamat hendaklah disertakan dengan maklumat terperinci apa yang hendak dicapai.

Tuliskan sekali sebarang angka yang diingin dicapai, hasil yang diingin diperolehi, nama tempat, saiz atau keluasan atau sebarang maklumat yang dapat menjelaskan lagi sesuatu azam itu dicapai.

Dengan menulis dengan lebih terperinci sebenarnya memudahkan sesuatu matlamat itu ingin dicapai. Kita juga dapat menilai tahap pencapaian sebenarnya dan bukan hanya daripada angan-angan sahaja.

Cuba lihat semula apa yang anda telah tuliskan untuk azam tahun 2008. Adakah telah tercapai ? Atau anda tersalah cara menulis azam yang betul ?


Actions

Informations

5 responses to “Apa Yang Tak Kena Dengan Azam Baru ?”

12 12 2008
seru (06:14:54) :

susah rupanya untuk menyediakan azam baru. Biasanya saya cuma menulis sasaran sahaja secara point form…cuma apabila sampai masanya saya dapati hasilnya separuh berjaya dan ada yang tak buat langsung. Mungkin dengan cara persediaan ID akan lebih berhasil…

13 12 2008
hafiz (21:38:01) :

Salam Irwan,

Peringatan yang bagus.. Selamat berazam dan berusaha mencapainya. Azam tanpa usaha tidak lebih dari sekadar angan-angan.. Semoga kita semua lebih sukses utk tahun yang mendatang. InsyaAllah

HAFIZ
http://bisnes-impian.blogspot.com

14 12 2008
Nabieel (16:44:42) :

Seperkara lagi anda kena bayangkan ia berlaku betul-betul di dalam imaginasi anda, dari mula sehingga akhir. Saya yakin ia akan berjaya walaupun tak 100% :)

14 12 2008
irwan.dahnil (23:20:34) :

seru : Jika kau fikirkan kan kau boleh… :D

Hafiz : Go.. go .. Hafiz!

Nabieel : Napoleon Hill kata ” whatever your mind can conceive and believe, it can be achieved” .. Stuju sangat!

1 01 2009
Muzri-KamrieCorp (15:29:03) :

Kate Dr Fadzillah Kamsah….matlamat yg tepat adalah gambaran yg jelas dlm minda kite..:D ….

makin hebat dan mantap saudare…insyallah semoge kite sukses….

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>