Tajuk Buku- Ada Cadangan Tak ?
17 12 2008Assalamualaikum Kawan2,
“Buku dah tulis, tapi tajuk pulak macam tak best je..”
Punyalah besar masalah saya kali ini dan perlukan bantuan kawan-kawan. Saya baru selesai menulis sebuah buku dan memerlukan tajuk yang sesuai untuk buku ini.
Sebenarnya saya dah ada tajuk iaitu Bisnes SMS Cara Mudah, tapi saya rasa tajuk saya tu kurang catchy, macam mana tak menarik pula. Ada cadangan kreatif lain tak ?

Buku ini adalah kupasan saya terhadap perniagaan SMS yang hangat di Malaysia. Ia mendedahkan 7 aplikasi SMS utama iaitu SMS Voting, Chat, Subscribe, IOD, Contest, Slogan dan Page. Buku ini menunjukkan langkah demi langkah, bergambar dan berilustrasi yang mudah untuk difahami. Pembaca juga boleh membuat praktikal terus kerana saya bekalkan juga dengan akaun SMS percuma untuk percubaan.
Sebagai tanda penghargaan, saya akan berikan cenderahati kepada tajuk yang paling baik yang akan saya gunakan! Anda bakal menjadi antara orang yang pertama menerima buku tersebut!
Saya tau anda semua mungkin ada idea kreatif yang terpendam. Luahkan idea anda sebanyaknya dengan meninggalkan komen di bawah.
Saya sangat2 menghargainya. Jangan lupa. Cenderahati menanti!
‘Idea oh idea..’









boleh saya try??
ni tajuk nya “7 Sistem Aplikasi SMS Terbongkar’
ps: try2 jek.. mana tahu dpt heheh
SMS mudah!
Kaya mudah!
Kaya cara SMS!
Dah bagi idea kat forum WC…
Boleh mula memilih agaknya…
hehehe
Hilmi : I like the tittle ..
Shila : Dengan tanda “!” ?
Razif : Saya buat posting di tiga tempat ; WC, Blog dan Facebook. Beri sikit masa. Anyway, ur suggestion is great!
saya ade bagi idea kat wc jugak.
idea yg simple je kot
7 Rahsia Bisnes SMS
Buat Duit Dengan SMS
Rahsia Menjadi Usahawan SMS
Teknik Pro SMS Jadi Duit
ilhamputra : great suggestion! Boleh jadi finalist ni
7 Aplikasi Mudah Jutawan SMS
hohohoho…
Tajuk yang saya cadangkan “Rahsia Jutawan SMS “
Assalamualaikum,
Jalan2 cari idea, ni cadangan sy:
Bisnes SMS :: 7 Aplikasi Terhangat (mudah & lumayan)
TQ
Salam Irwan,
Cadangan saya SMS: 7 Sistem Masyuk $$$ (atau singkatannya 7 SMS)..
Hehehe.. ok tak
HAFIZ
http://bisnes-impian.blogspot.com
Teknologi Alam SMS
Bisnes SMS : Dibongkarkan 7 Aplikasi Simple Untuk Anda Buat Duit
Anyway, tajuk untuk sesebuah buku sebenarnya ada sedikit perbezaan dengan ebook dari segi panjang tajuknya. Sesetengah ‘mazhab’ menyatakan tajuk sesebuah buku hendaklah pendek dan diikuti subtittle. Sesetengah nya pula memberikan tajuk yang panjang berjela…
Ada pro cons utk kedua-duanya… Will look into it deeply…
TERKINI!! : Saya akan membuat finalist tajuk2 yang dirasakan sesuai diatas pemilihan juri awam. Tiada undian melalui SMS dijalankan..
Terima kasih diatas cadangan anda… Saya akan iklankan sape2 yang akan membawa pulang sebuah buku baru di tahun baru !Nantikan!!