Tahun Baru | Maal Hijrah

30 12 2008

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sambutan Maal Hijrah & Tahun Baru hanya diselangi beberapa hari. So, satu azam dalam dua kalendar.. Kan berkat tu ? :)

Pernah dengar pepatah : “Work you plan, plan your work! “

Ertinya kita perlu USAHAKAN perancangan kita, dan kemudiannya perancangan kita tu hendaklah diusahakan!

Cuba perhatikan, keywordnya adalah Work @ Kerja @ Usaha.. Mesti ada dikedua2nya.

Quick check! Hari ini, cuba anda perhatikan azam anda yang terdahulu. Ada yang belum tercapai ? Kalau belum tercapai mungkin ada dua sebab :

Sebab 1 : Ketika anda membuat azam anda, anda tidak mengusahakannya secara bersungguh2. Tidak betul2 membuat penilaian sama ada azam tersebut realistik atau tidak.. Atau tidak mengikut konsep S.M.A.R.T dalam membuat azam. USAHA untuk membuat azam perlu ada sebelum azam yang betul2 ‘real’ terhasil

Sebab 2 : Anda dah merancang dengan serapi-rapinya, mempunyai azam yang ‘real’ tapi tidak di ‘USAHA’ kan..

Kuncinya adalah satu : Usaha perlu ada. Selain dari tawakal kepada Allah s.w.t, tanpa usaha azam itu sendiri sukar untuk dicapai.

Azam Saya ?

1. Saya nak kurangkan bercakap dan lebihkan kerja.. Nak tambahkan USAHA! Saya ingin lebih membuat pembacaan dan kajian untuk tahun 2009 dan ingin mengurangkan aktiviti interpersonal, dan melebihkan masa untuk menulis…

So langkah pertama bagi mencapai azam saya, saya telah pendekkan jadual seminar saya. Seminar saya tidak lagi sekerap 2008, saya dah jarakkan menjadi 3 bulan sekali.

Jadi bagi anda yang belum mendaftar ke Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS , boleh layari AkademiSMS.com

2. Saya nak mulakan juga 2009 dengan sedikit survey mengenai trend perniagaan online dan mobile di Malaysia. Saya sedang menyiapkan sedikit draft mengenai survey ini dan saya akan edarkan kepada anda. Sasaran saya : Nak terima ‘tembakan2′ soalan yang bertalu-talu dari anda sehingga saya sendiri tak boleh nak jawab!  Apa dia ya ? Nantikan post saya akan datang.

3. Saya teringin nak menyambung pelajaran lagi. Mungkin agak mustahil untuk dicapai dalam setahun, tetapi tahun 2009 akan menjadi permulaan untuk matlamat jangka sederhana.

Semoga sambutan Maal Hijrah & Tahun Baru 2009 menjadi permulaan kejayaan kepada kita semua.. Amin!


Actions

Informations

8 responses to “Tahun Baru | Maal Hijrah”

1 01 2009
Muzri-KamrieCorp (15:30:29) :

Salam Tahub Baru 2009 diucapkan…semoge kite semua akan mencapai matlamat kite semua…..:D

1 01 2009
Muzri-KamrieCorp (15:55:30) :

boleh exchange link ke bro…sy dah add your link at my blog…:D

my link : - http://kamrie-ceramic.blogspot.com/
my banner:-

2 01 2009
irwan.dahnil (05:57:36) :

muzri : 2009 ni blog ni akan direvamp.. Insyallah, nanti saya masukkan ke blog yg baru yaa

2 01 2009
che-mie (08:51:10) :

slmt berjaya bro

4 01 2009
Haizal Ramdzan (17:31:05) :

Wah….terharu saya encik irwan dahnil nak sambung study lagie….semangat saya nak continue study semula…all the best for u…

http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan mimpi satu REALITI~

5 01 2009
irwan.dahnil (05:56:13) :

che-mie : Selamat berjaya juga!

Haizal : Umur makin meningkat…. :D Selagi terdaya

5 01 2009
usri (21:17:41) :

Tembakan bertalu2? Ok, saya sedia untuk menembak anda.

6 01 2009
irwan.dahnil (17:26:53) :

usri : Bring it on! Kumpul soalan banyak2 :D

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>