Iklan Membunuh!

23 01 2009

Salam Sejahtera Pembaca Blog Yang Dihormati,

Tajuk hari ini agak keterlaluan dan ganas.

Menurut kajian, pembukaan atau headline yang negatif, berbau kontroversial, sensasi akan menarik pembaca untuk terus membaca. Maka strategi yang sama digunakan oleh akhbar dan majalah tabloid untuk melariskan jualan.

Akhbar tabloid jarang menjadi pilihan bacaan saya. Tetapi hari ini, tergerak hati untuk membeli akhbar tabloid Nombor 1 Malaysia. Mungkin disebabkan tajuk luar yang begitu sensasi. Agak mengecewakan, apabila saya lihat di dalamnya LEBIH BANYAK iklan berbanding berita.

Saya menjadi bosan dan mula memeriksa email untuk hari ini. Mata saya tertancap pada satu tajuk email yang diterima. . Hati saya menjadi semakin jelak dengan pelbagai skim perniagaan internet dan juga 1001 tawaran luarbiasa dan Apabila saya buka laman Facebook, pelbagai bentuk iklan ubat kuat dan bisnes cepat kaya mula bermaharajalela di ruangan iklan!

Apa yang mengganggu saya bukanlah iklan, tetapi lebih kepada bagaimana iklan tersebut ditulis atau dipersembahkan. Contohnya tajuk email “Daftar RM30 sahaja, pendapatan sampai bila-bila ” jelas memberikan satu persepsi yang salah terhadap fakta sebenar.

Iklan seperti ” Anda selalu tewas dengan di bilik” pula dilihat sebagai tidak sesuai untuk dipaparkan secara membabi buta kepada golongan umum. Mungkin ini lebih sesuai untuk golongan fokus atau golongan yang benar-benar memerlukan tanpa perlu dihebahkan secara meluas tanpa ada sebarang tapisan.nya

Hakikat setiap bisnes memerlukan iklan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Mengikut sesetengah perniagaan, 30% dari sumber modal dan kewangan diperuntukkan kepada iklan. Dengan pengaruh iklan yang kuat dapat mempengaruhi pembaca atau pelanggan untuk membeli. Tetapi adakah semua iklan itu bebas untuk mempersembahkan apa sahaja maklumat masih menjadi satu tanda tanya.

Bayangkan apa akan jadi terhadap keyakinan penggguna terhadap iklan apabila acap kali iklan memaparkan maklumat yang tidak betul, keterlaluan dan terlalu bebas ?

Anda sendiri boleh buat anggapan anda sendiri…

p/s : Seminar akan datang telah dijadualkan pada 25 April 2009. Masih jauh lagi, tetapi ramai yang hubungi saya menyatakan mereka terlepas seminar pada minggu lalu. So pastikan kali ini anda booking dulu, nanti anda akan dihubungi semula untuk mengesahkan tempat. Jangan terlepas lagi. Maklumat lanjut di http://seminar.akademisms.com






Tips Memilih Nama Perniagaan Yang Hebat

21 01 2009

” Ada apa dengan nama ?”

Frasa yang selalu kita dengar apabila seseorang bercakap mengenai soal memilih nama. Ibnu Qayyum mengakui sebuah pepatah Arab ada menyebut :

“Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian dari namanya”

Ini menunjukkan bahawa memberikan nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.

Bagi internet marketing memilih nama domain menjadi satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Jutawan internet Malaysia yang popular, Irfan Khairi antaranya menggariskan bahawa :

” Nama domain itu mestilah menggambarkan produk atau perkhidmatan yang digabungkan dengan ciri-ciri unik. “

Contohnya, GreenGolf.com, SeriWajah.com, UnggulReka.com. Selain memberi kesan kepada laman web, pemberian nama domain juga sedikit sebanyak mempengaruhi psikologi pembeli.

Tetapi bagaimana untuk memilih nama domain atau nama perniagaan yang baik, membawa erti dan agak ‘classy’ ?

Mungkin ramai yang masih belum tahu penggunaan thesaurus. Wikipedia menafsirkan thesaurus sebagai kamus yang memberikan kata nama yang mempunyai sama erti. Sebagai contoh, cantik bersamaan dengan lawa atau tinggi bersamaan dengan lampai.

Terdapat satu tips mudah bagaimana menamakan sesebuah perniagaan. Melalui teori saya, ia adalah :

Satu proses yang mudah dimana anda menggabungkan jenis dengan ciri-ciri perniagaan

Contohnya, perniagaan spa yang mempunyai ciri-ciri mendamaikan boleh menggunakan nama seperti DamaiSpa. Contoh satu lagi adalah kedai dobi yang mempunyai perkhidmatan yang pantas, mungkin CepatDobi.

Kalau DamaiSpa dan CepatDobi agak kekampungan, bagaimana kalau saya gantikan DamaiSpa menjadi TranquileSpa, CepatDobi menjadi DashDobi ?!! Lebih classy kan ?

Satu formula mudah untuk menjadikan nama tersebut lebih global adalah dengan menggunakan thesaurus perkataan Bahasa Inggeris. Nak translate damai akan menjadi Peace! Tak sedap pula bunyinya. Perlu nama yang lebih baik, tipsnya adalah dengan :

Layari www.thesaurus.com

Masukkan perkataan yang anda ingin gantikan. Dengan menggunakan thesaurus.com saya dapat menukar perkataan peace menjadi tranquile, fast pula menjadi dashing. TranquileSpa lebih kelihatan moden berbanding dengan DamaiSpa manakala CepatDobi ditukar menjadi DashDobi!

Kedengaran nama tersebut didalam kelas yang tersendiri bukan ?

Dengan formula tersebut, anda tidak perlu lagi runsing untuk memberikan nama untuk apa sahaja bentuk perniagaan. Pilih betul-betul sehingga sampai maksud perniagaan anda.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama ” Semoga nama perniagaan anda akan terus kekal sampai bila-bila.

 






Simptom Usahawan Setengah Jalan

19 01 2009

Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,

Fakta oleh Small Business Administration menunjukkan 80% perniagaan baru akan tutup dalam masa 5 tahun selepas ditubuhkan disebabkan oleh pelbagai masalah. Antara masalah yang gagal ditangani secara berkesan oleh usahawan adalah pengurusan mental dan emosi.

Pengurusan mental dan emosi bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perniagaan, tetapi yang lebih penting boleh meragut sepenuhnya motivasi dan semangat juang seseorang usahawan. Ia boleh menjadikan seseorang tidak mampu bangkit dan kembali meneruskan perjungan dalam perniagaannya. Totally knock out!

Usahawan yang bermasalah daripada segi mentalnya menunjukkan ciri-ciri seperti :

1. Anda mula rasa tidak gembira dengan apa yang anda lakukan. Anda akan terasa stress dan jiwa amat sensitif. Anda akan rasa lebih tersinggung apabila orang bertanyakan tentang keadaan anda atau perniagaan anda. Setiap pertanyaan anda rasakan seperti sinikal dan cuba memburukkan anda.

2. Kerja-kerja yang anda rancang tidak dilaksanakan atau mati di tengah jalan. Sebaliknya, muncul pula rancangan dan idea baru yang tidak putus-putus. Ibarat anda membuka buku hutang baru, sedangkan hutang lama belum lunas.

3. Waktu terasakan terlalu pantas berlalu. Belum selesai kerja yang lama, anda terpaksa menghadap kerja yang baru. Tekanan akan terasa bila jualan tidak memuncak, sedangkan anda terpaksa membayar perbelanjaan syarikat bulan demi bulan.

4. Anda mula terasa ‘kecil’ di kalangan rakan-rakan anda. Lebih-lebih lagi anda melihat rakan anda membeli kereta, rumah atau handphone baru!

5. Anda asyik terasa kehilangan atau ketinggalan banyak perkara. Jadual perancangan, kewangan dan pemasaran dirasakan berterabur dan tidak ketahuan. Semakin susah untuk mengawal apa yang dilakukan oleh kakitangan anda. Anda lose control!

Dengan simptom-simptom cukup menjadikan kehidupan seseorang usahawan itu ibarat ‘telur di hujung tanduk’ Pada bila-bila masa boleh hancur berkecai. Sekiranya simpton ini tidak diuruskan dengan baik, bayangkan bagaimanakah anda ingin menguruskan perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Seperti yang didendangkan, ” Jika kau fikirkan kau boleh…..”, tiada yang mustahil.






Buat betul-betul

15 01 2009

Salam Sejahtera,

Saya kurang pasti dimana ungkapan ini saya pernah dengar, tetapi yang pasti ia benar-benar memberi kesan kepada diri saya.

” A job worth doing is worth doing well ”

Maksudnya lebih kurang, kerja yang berbaloi adalah berbaloi untuk dibuat dengan terbaik dan kalau tidak berbaloi membuat satu kerja,tinggalkan. Buat sesuatu yang anda suka.

Dalam satu ungkapan yang saya selalui ingati :

” Lakukan apa yang mengujakan anda, yang anda tahu, yang anda mahir dan anda minati..”

Jadi, kalau dicampurkan kerja yang anda suka lakukan, dan dilakukan dengan sebaik-baiknya / terbaik, anda mungkin boleh jangkakan betapa hebat hasilnya nanti. ! Kabaaabommm!!






7 Perkara Yang Anda Boleh Buat Ketika Ekonomi Gawat

13 01 2009

Salam Sejahtera,

Semalam saya ada sediakan sedikit catatan mengenai kegawatan ekonomi. Hari ini mungkin kesinambungan dari semalam.

Banyak keluh kesah bila ekonomi gawat. Usahawan pening kepala bila perniagaan mula menunjukkan trend penurunan. Pelanggan mula perlahan, jualan merosot, kreditor mula memendekkan jangakamasa kredit. Bila baca akhbar pula, tidak banyak banyak membantu. Ekonomi US dan Eropah semakin tenat (walau Malaysia masih ‘gagah’ mengharungi kegawatan!)

Tetapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan. Dan sebenarnya ketika kegawatan inilah masa yang terbaik untuk melakukannya :

1. Menulis Buku / Ebook

“Aku tak pandai menulis la.. Takde jiwa seni.. ” Mungkin ayat-ayat seperti itu keluar dari mulut anda. Teruskan memberi alasan. Mungkin anda tidak sedar buku / ebook yang baik merupakan antara pasif income yang anda hanya lakukan sekali, dan mendapat laba selama anda bernafas dan 50 tahun selepas anda mati! Siapa kata dah mati tak boleh buat duit ? :D

2. Menghadiri seminar & meningkatkan kemahiran

Pelaburan yang terbaik adalah melabur terhadap diri sendiri. Beli banyak buku, banyak membaca. Hadiri seminar yang dianjurkan sama ada seminar yang memperbaiki diri, atau seminar yang meningkatkan perniagaan anda. Saya biasa meletakkan sasaran untuk menghadiri minimum 3 seminar setahun. Bagaimana dengan anda ?

3. Menyambung pengajian

Sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Kalau anda mempunyai perniagaan yang automatik di internet, mungkin satu lagi kelebihan. Bila ekonomi kembali pulih, anda sudah berada di status orang2 yang berpendidikan tinggi :D

4. Membuat Kajian Perniagaan & Business Plan

Kita biasa merancang perniagaan secara tahunan. Lepas setahun, kita merancang untuk tahun seterusnya. Apa yang kita boleh buat adalah meningkatkan perancangan dan business plan lebih dari setahun. Mungkin 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi satu sasaran jangka sederhana yang anda ingin capai dalam perniagaan.

5. Memulakan Sesi Perundingan Untuk Joint Venture

Sesi untuk negosiasi mengambil masa. Sekurang-kurangnya 3 pertemuan, barulah dapat satu keserasian. Selepas serasi barulah kertas cadangan boleh dihasilkan. Untuk memperhalusi sesuatu kerjasama mengambil lagi sedikit masa. Sesetengah korporate mengambil masa lebih 2-3 tahun hanya untuk perundingan sahaja. Untuk perniagaan kecil, 3-4 bulan mungkin satu jangka masa yang lebih ideal.

6.Memperkemas Bisnes dan Menyusun Strategi Baru

Orang kata, lebih baik melangkah setapak demi setapak. Melangkah ke depan 3 tapak dan berundur setapak. Berundur supaya kita boleh perkemas perniagaan kita. Mana yang rosak kita betul kan, mana yang tak elok kita cantikkan! Kemudian tambah strategi yang lebih kemas supaya perniagaan semakin baik.

7. Merancang Pemasaran

Pemasaran memakan banyak masa. Ini bukan proses jualan, tetapi perancangan strategik.

Percaya atau tidak, 7 perkara yang anda lakukan tadi akan terasa hasilnya apabila ekonomi kembali pulih. Bila pelanggan kembali membeli, anda sudah bersedia di platform untuk melancarkan perniagaan anda hingga ke puncak yang paling tinggi! Pulun habis-habisan…

Jadi tiada alasan ketika gawat. Gunakan tulang 4 kerat dan minda yang dianugerahkan Allah untuk berusaha..Saya sudah sasarkan untuk menghasilkan 3 buku mengenai SMS tahun kegawatan ini. Bagaimana dengan anda ?






Bisnes Dalam Gawat

12 01 2009

Salam Sejahtera,

Saya bukan pakar ekonomi, malah ilmu dalam bidang tu sangat cetek. Ini cuma pandangan peribadi sahaja.

Sejak akhir tahun 2008, kesan ekonomi dah terasa. US, Eropah & Jepun memang teruk kene penangannya.

Tiba-tiba keluar statement :

 ” Malaysia tidak mengalamani kegawatan “

” Ekonomi Malaysia kukuh walau kemelesetan “

” Malaysia mampu harungi kegawatan “

Wahh.. Sikit punya champion Malaysia ni ya ? *wink*wink*

Anyway berbalik kepada topik. Bila keadaan ekonomi gawat, kebiasaannya orang lebih banyak menyimpan duit. Berbelanja pun berpada-pada. Memilih apa yang perlu sahaja.

Orang takut nak keluarkan duit. Apatah lagi nak melaburkan duit untuk memulakan perniagaan baru yang belum tentu hasil untung ruginya.

Pun begitu, bisnes mesti diteruskan barulah kitaran ekonomi itu bergerak. Kalau tak bergerak dan kaku, maka makin parah ekonomi.

TIPS hari ini mungkin boleh menjadi pertimbangan anda untuk mula berniaga di dalam keadaan ekonomi gawat :

1.Mulakan perniagaan dari rumah & kos overhead yang rendah. Perniagaan internet dan SMS adalah contoh yang baik.

2. Tawarkan perkhidmatan atau produk yang mempunyai 2 variasi. Kelas pertama & kelas kedua. Jangan fokus utk bangunkan produk prime sahaja. Macam Airasia vs MAS. Orang menyimpan wang ketika gawat tetapi mahu membeli, tetapi akan memilih barangan pilihan yang lebih murah.

3. Lebih menggalakkan urusniaga tunai dari kredit. Biar harga anda rugi sedikit, asalkan dapat tunai di tangan. Dengan mempunyai tunai, bisnes lebih flexible untuk hadapi cabaran ekonomi.

4. Menjual perkhidmatan berbanding produk. Ia lebih selamat. Contohnya, kalau anda pandai membuat terjemahan, walau ekonomi tak bagus pun, anda tidak menanggung kos barangan yang tinggi. Kalau anda jual barangan, bayangkan risaunya hati bila barang tak terjual!

5. Membuat automasi terhadap operasi bisnes. Pilih kalau ada sistem yang boleh melakukan kerja secara automatik. Kurangkan tenaga pekerja.

6. Upah orang lain buat @ ‘Outsourcing’. Bila ekonomi tak berapa elok, banyak syarikat menawarkan diskaunMungkin mengupah orang lain utk membuatnya bagi pihak anda lebih murah dari anda lakukan sendiri.
Selamat Berjuang dalam kegawatan 2009!

p/s : Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dari rumah, Seminar Perniagaan SMS yang pertama 2009 akan diadakan pada Sabtu ini 17 Januari di Quality Hotel, K Lumpur. Sila klik disini sekiranya anda berminat.

p/p/s : Minggu lalu saya telah melancarkan Sesi Soal Jawab Terbuka mengenai SMS. Sudahkah anda bertanyakan soalan yang bersarang di kepala anda? Sehingga 31 Januari, inilah masanya untuk bertanya ’straight & naked’! :D Maklumat lanjut disini!






Sesi ‘Terbuka’.. Tembak Sepuas Hati! | 25% Kupon Percuma!

7 01 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Roll back tahun 2005, SMS selalu menimbulkan kontroversi.

Penyangak SMS yang memanipulasikan SMS untuk tujuan penipuan berleluasa. Tahun lepas sahaja, ada sekurang-kurangnya 3 skim perniagaan SMS yang membuatkan orang semakin keliru dengan perniagaan SMS.

Berterus-terusan, persepsi masyarakat terhadap SMS sentiasa serong!

” Tak boleh jadi ni.. Something need to be done to repair the damage ..  I have to fight back! “

Dari situ wujudlah Akademisms.com! Alhamdulillah, masyarakat semakin sedar. Yang penting lebih ramai yang jadi lebih bijak dan berhati-hati. Apa yang Akademisms.com lakukan sangatlah kecil sumbangannya, tak perlu sebut pun..

Back to today’s topic, tahun ini saya ingin menyambung usaha tersebut satu inisiatif baru.

Minggu lepas, ketika saya menulis posting sempena tahun baru saya ada nyatakan tentang salah satu target saya untuk tahun ini :

” 2. Saya nak mulakan juga 2009 dengan sedikit survey mengenai trend perniagaan online dan mobile di Malaysia. … Sasaran saya : Nak terima ‘tembakan2′ soalan yang bertalu-talu dari anda sehingga saya sendiri tak boleh nak jawab!  “

Jadi hari ini, saya ingin maklumkan bahawa survey saya telah bermula! Sebenarnya nak panggil survey pun macam kurang tepat. Ia lebih kepada kajian dan maklumbalas mengenai industri internet dan SMS di Malaysia.

Sesi Terbuka.. Tanyalah Soalan Sepuas Hati Anda!

Objektif saya : Untuk mengumpulkan sebanyak mungkin soalan-soalan berkaitan perniagaan dan pemasaran SMS. Soalan-soalan ini akan saya gunakan untuk membantu pihak berwajib untuk menyediakan satu bentuk platform industri yang lebih baik. Soalan-soalan yang ‘killer’, payah saya nak menjawabnya akan saya utarakan kepada CFM. Details irwandahnil@CFM disini.

Bentuk Soalan : Soalan adalah bebas berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran SMS. Buat masa sekarang saya hanya fokuskan kepada SMS sahaja. Soalan biarlah berlapik, tidak mempunyai niat menyinggung perasaan pihak lain, soalan yang ikhlas. Lebih ringkas lebih bagus.

Soalan anda mungkin berbentuk general @ umum dengan nada yang sopan:

1. SMS ni ada masa depan ke ?
2. Bisnes SMS ni halal ke? Macam nak makan duit orang je ?
3. Betul ke SMS ni boleh buat duit ? Ada yang dah jadi jutawan ke?

Atau anda boleh ‘tembak’ dengan soalan-soalan dengan nada yang ’spontan’ :

1. Cakap tak serupa bikin. Cukup-cukup la tu nak makan kredit orang!
2.  Saya nak buat gateway SMS saya sendiri. Boleh bantu ?
3. Macam mana saya nak buat sistem SMS ni canggih boleh antar sampai luar negara ?

Soalan akan dikumpul, sebolehnya saya akan jawab semua soalan. Jangan risau dengan ’soalan bodoh’! Sebab ini adalah peluang untuk anda menjadi lebih bijak dari dahulu!

Menghantar Soalan : Saya telah menyediakan satu page khusus untuk projek ini. Anda boleh tinggalkan komen di Laman irwandahnil@Shoot Me!

Sesi ini hanya terbuka sehingga 31 Januari sahaja. Lepas ni kalau tanya soalan lagi, maaf la ya kalau saya lambat jawab. So gunakan peluang ini untuk anda ajukan soalan yang tersarang @ yang tak puas hati tentang perniagaan dan pemasaran SMS. Tanyalah sepuas-puas hati.

Jawapan saya adalah muktamad! Tiada sebarang surat menyurat akan dilayan.

Kalau nak juga, boleh datang jumpa saya face by face. Kalau anda mempunyai masa lapang, saya ingin menjemput anda untuk menghadiri Seminar SMS pada 17 Januari 2009. Klik disini untuk maklumat lanjut.

Kita boleh bersoal-jawab sampai puas!

*** Opss.. Belum lagi.. 25 soalan TERBAIK yang membuatkan saya pening kepala, atau tidak boleh tido malam akan saya hadiahkan kupon diskaun 25% produk Akademisms.com yang keseluruhan nilainya adalah lebih RM250!

Just shoot me! Make me sick ….  Dan mungkin anda akan memenangi hadiah tersebut!

*************** ************** ************
On another note, saya akan menganjurkan satu lagi program baru untuk 2009 :

” SMS Hosting Online Business Venture Opportunity “

Dimana melalui program ini akan memberi peluang untuk anda menceburi perniagaan SMS secara online sahaja. Bagi mereka yang terlibat dengan internet marketing, web hosting, system development dan juga blogging, ini mungkin salah satu lagi sumber pendapatan baru secara online yang anda boleh perolehi. Anyway, jangan risau. Ini bukan skim labur duit, dapat duit.. Ini online business real punya!

Bagi anda yang berminat, nantikan pengumuman dari saya. Tentunya penyertaan adalah terhad!

Wish you all the best!