Simptom Usahawan Setengah Jalan

19 01 2009

Salam Sejahtera Pembaca Yang Dihormati,

Fakta oleh Small Business Administration menunjukkan 80% perniagaan baru akan tutup dalam masa 5 tahun selepas ditubuhkan disebabkan oleh pelbagai masalah. Antara masalah yang gagal ditangani secara berkesan oleh usahawan adalah pengurusan mental dan emosi.

Pengurusan mental dan emosi bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada perniagaan, tetapi yang lebih penting boleh meragut sepenuhnya motivasi dan semangat juang seseorang usahawan. Ia boleh menjadikan seseorang tidak mampu bangkit dan kembali meneruskan perjungan dalam perniagaannya. Totally knock out!

Usahawan yang bermasalah daripada segi mentalnya menunjukkan ciri-ciri seperti :

1. Anda mula rasa tidak gembira dengan apa yang anda lakukan. Anda akan terasa stress dan jiwa amat sensitif. Anda akan rasa lebih tersinggung apabila orang bertanyakan tentang keadaan anda atau perniagaan anda. Setiap pertanyaan anda rasakan seperti sinikal dan cuba memburukkan anda.

2. Kerja-kerja yang anda rancang tidak dilaksanakan atau mati di tengah jalan. Sebaliknya, muncul pula rancangan dan idea baru yang tidak putus-putus. Ibarat anda membuka buku hutang baru, sedangkan hutang lama belum lunas.

3. Waktu terasakan terlalu pantas berlalu. Belum selesai kerja yang lama, anda terpaksa menghadap kerja yang baru. Tekanan akan terasa bila jualan tidak memuncak, sedangkan anda terpaksa membayar perbelanjaan syarikat bulan demi bulan.

4. Anda mula terasa ‘kecil’ di kalangan rakan-rakan anda. Lebih-lebih lagi anda melihat rakan anda membeli kereta, rumah atau handphone baru!

5. Anda asyik terasa kehilangan atau ketinggalan banyak perkara. Jadual perancangan, kewangan dan pemasaran dirasakan berterabur dan tidak ketahuan. Semakin susah untuk mengawal apa yang dilakukan oleh kakitangan anda. Anda lose control!

Dengan simptom-simptom cukup menjadikan kehidupan seseorang usahawan itu ibarat ‘telur di hujung tanduk’ Pada bila-bila masa boleh hancur berkecai. Sekiranya simpton ini tidak diuruskan dengan baik, bayangkan bagaimanakah anda ingin menguruskan perniagaan yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Seperti yang didendangkan, ” Jika kau fikirkan kau boleh…..”, tiada yang mustahil.


Actions

Informations

2 responses to “Simptom Usahawan Setengah Jalan”

21 01 2009
Norfazli (20:12:56) :

Adakah untuk seseorang usahawan itu berjaya memerlukan ketahanan mental yang tinggi?

26 01 2009
Fai (19:55:26) :

100% Betul tu Abg Irwan.. Saya pun mengalami simpton tersebut..

Gatal tangan nak tambah sikit ni.. Dan bila mengalami semua simpton-simpton di atas, maka anda akan mengalami situasi berikut sebagai kesannya:

1. Sering tertekan dan rasa marah setiap hari..
2. Sering Migrain.
3. Mudah dijangkiti penyakit-penyakit yg buat badan tak sihat.
4. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan lebih-lebih (gemukkan badan)..
5. err.. Tumbuh jerawat kat muka kerana ketidak seimbangan hormon ape tah (mana tah saya baca dulu)
6. Mudah ditimpa masalah yang besar berkali-kali (bukan sekali dua).

Semuanya dari mental dan emosi.. :)

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>