Mendapatkan Geran Kerajaan Untuk Portal Anda

24 02 2009

Mendapatkan Geran Kerajaan Untuk Portal Anda

Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Anda mencari tempat untuk mendapatkan sponsor atau geran nak membiayai blog, website atau portal anda ? Ini mungkin menjadi satu peluang kepada anda. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya nak beri sedikit review mengenai Program Pengiklanan Usahawan anjuran MECD.Tapi tahun ni saya tak memborong seperti tahun lalu, jadi saya tidak berada terlalu lama di program tersebut, Tapi sempat jugalah habiskan

Minggu lepas saya sempat hadiri program tersebut. Kalau anda tidak tahu tentang program ini, rujuk pada post saya yang lepas. Secara mudahnya, anda boleh membeli slot pengiklanan akhbar, majalah, televisyen, radio dan internet dan 50% dari kos perbelanjaan tersebut akan ditanggung oleh kementerian (MECD).

Tahun ni agak berbeza dari tahun2 lepas. Program tahun ini dimata saya ada kelebihan :

1. Jumlah media yang terlibat juga bertambah. Bernama TV, Radio24, Radio IKIM yang saya nampak mula berada sebagai senarai media. Juga beberapa media baru lain seperti pengiklanan di bas juga tahun ni baru diperkenalkan. Apa yang menarik, 2 portal juga telah diberikan geran pengiklanan oleh MECD. TradeMall.com dan DagangHalal.com.

Sebelum ini belum pernah kerajaan beri geran kepada website atau portal untuk tujuan pengiklanan. Tetapi kali ini kerajaan dah jadi ‘celik’ sikit dengan potensi internet sebagai saluran pemasaran. Suatu perkembangan yang bagus.

Kalau anda ada portal atau website, atau direktori listing services, saya rasa mungkin anda boleh try minta jadi salah satu media kat MECD kot.. Huiii.. Buta2 je dapat duit dari kementerian… Tak nak cuba ?

2. Kalau tak silap saya, bayaran pendahuluan 10% dimansuhkan. Tidak seperti tahun lepas, setiap iklan yang kita nak beli, kene bayar deposit terus kepada media. Kalau tak jadi mengiklan deposit burn gitu je. Tapi kali ni takde deposit. Two thumbs up!

3. Pendaftaran untuk membeli iklan dilakukan secara online. Baguih… Tak payah nak kecoh2 beratur etc macam tahun lepas.. Dah makin cekap dah sekretariat MECD :)

Saya memang penyokong program2 yang menggalakan keusahawanan ni. So, inisiatif MECD ni memang bagus. Tapi ada juga benda yang tak berapa saya gemar untuk program pada tahun ni :

1. Mungkin nak save budget, ia diadakan di lobi MECD Putrajaya. Mungkin faktor jauh, macam lengang je booth kali ni. Tahun lepas di KLCC, memang meriah dan padat je…

2. Borang pendaftaran online memang tak up to web standard .. Ada ke patut dah isi borang tu tak boleh nak edit balik.. Tak dinamik langsung, takde interaktiviti. Kalau orang tak reti nak guna sistem, dah tentu permohonannya akan ditolak sebab salah isi borang.

3.  Pakej2 yang ditawarkan lebih kurang sama je. Dan setiap media akan tawar pakej yang maksimum dengan harga. Kalau untuk iklan bercetak maksimum adalah RM15,000 maka mesti media akan tawarkan pakej yang maksimum.. So tiada kepelbagaian saluran iklan kalau dah hanya beli satu media.

Hanya pada mata kasar dan pengamatan saya sahaja. Kalau anda masih ada masa, hari ini hari terakhir. Boleh cuba apply sambil berkenal-kenalan dengan pihak sales dari media..

Jumpa lagi…






Pengumuman : Program Pengiklanan Usahawan 2009

19 02 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Just a short note. Sesiapa yang mencari diskaun untuk membeli iklan, ini adalah tempatnya. MECD akan menawarkan 50% geran pengiklanan kepada syarikat yang ingin beriklan. Ayat mudahnya, kalau anda ingin beli iklan dalam akhbar Utusan bernilai RM1,000, MECD akan sponsor RM500.

Ada macam2 media yang buka booth dari akhbar yang popular sehinggalah ke radio dan televisyen. Tahun ini ada geran baru untuk pengiklanan melalui internet. Tetapi masih agak terhad, dan masih jauh dari expectation saya. Last year, saya dapatkan kos pengiklanan saya hampir RM7000 dengan program ini.

Anyway, sapa yang nak kasi geran 50% free kan..

Kalau anda ada kelapangan, datang ke :

Program Pengiklanan Usahawan
17 hingga 23 Februari 2009
Ruang Legar, MECD Putrajaya.

Tahun ini pendaftaran boleh dilakukan secara online. Layari http://www.mecd.gov.my. Tapi borang pendaftarannya macam kureng sikit lah…Saya pun masih belum sempat pergi. Insyallah, saya akan kongsikan dengan anda nanti.

Jumpa di sana!






Momentum Antara Dua Bukit

17 02 2009

Bukan-bukan! Post kali ini tiada kene mengena dengan pilihanraya Bukit Gantang atau Bukit Selambau. Atau juga Bukit Lanjan yang kontroversi.. Post kali ini memang bercerita mengenai bukit, sebenar-benar bukit!

Bayangkan anda ingin melakukan sesuatu yang perkara yang susah, ia adalah ibarat mendaki bukit atau gunung. Perit, bersusah payah, berpeluh-peluh!

Bayangkan pula betapa susahnya ingin melakukan 2 KERJA YANG SUKAR secara berturut-turut. Tentunya ibarat mendaki bukit, turun semula dan mendaki lagi. Realitinya, mendaki kali kedua memang lebih sukar dari yang pertama.

Bila mendaki semula bukit yang kedua, tenaga dah berkurang, motivasi menurun, kepuasan tidak maksima.

3 perkara mungkin boleh berlaku pada anda :

1. Akan relax sebentar, tarik nafas, berehat dan meneruskan pendakian bukit kedua
2. Buat khemah, rilex sampai beberapa hari
3. Give up! Berhenti mendaki…

Kebanyakan dari kita akan berhenti seketika di pertengahan antara dua bukit! Ini disebabkan momentum kita berkurang dan kita tidak bersedia secara mental untuk menghadapi cabaran bukit kedua.

Apabila anda terasa semangat berkobar-kobar untuk lakukan sesuatu, jangan membabi buta terus lakukan. Tenang dan tuliskan apa yang anda ingin lakukan. Bayangkan bukit yang anda ingin daki, dan bayangkan juga bukit seterusnya yang akan anda hadapi. Bersedia dengan segala peralatan, rehat fikizal dan kekuatan mental.

Lakukannya dengan satu henjutan dari bukit satu ke bukit kedua!

Jangan biarkan sehari atau dua hari tanpa anda melakukannya. Sekiranya anda berhenti momentum akan menurun, semangat semakin menghilang, motivasi diri juga akan pudar.

Anda tidak akan berhenti bertemu dengan bukit atau gunung sepanjang anda mengejar impian anda. Sedar atau tidak, nak turun dari bukit lagi senang berbanding panjat bukit ? :) Business juga begitu.. Senang nak jatuh berbanding mencapai ke puncak…