Pengumuman : Program Pengiklanan Usahawan 2009

19 02 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Just a short note. Sesiapa yang mencari diskaun untuk membeli iklan, ini adalah tempatnya. MECD akan menawarkan 50% geran pengiklanan kepada syarikat yang ingin beriklan. Ayat mudahnya, kalau anda ingin beli iklan dalam akhbar Utusan bernilai RM1,000, MECD akan sponsor RM500.

Ada macam2 media yang buka booth dari akhbar yang popular sehinggalah ke radio dan televisyen. Tahun ini ada geran baru untuk pengiklanan melalui internet. Tetapi masih agak terhad, dan masih jauh dari expectation saya. Last year, saya dapatkan kos pengiklanan saya hampir RM7000 dengan program ini.

Anyway, sapa yang nak kasi geran 50% free kan..

Kalau anda ada kelapangan, datang ke :

Program Pengiklanan Usahawan
17 hingga 23 Februari 2009
Ruang Legar, MECD Putrajaya.

Tahun ini pendaftaran boleh dilakukan secara online. Layari http://www.mecd.gov.my. Tapi borang pendaftarannya macam kureng sikit lah…Saya pun masih belum sempat pergi. Insyallah, saya akan kongsikan dengan anda nanti.

Jumpa di sana!


Actions

Informations

2 responses to “Pengumuman : Program Pengiklanan Usahawan 2009”

19 02 2009
Fai (17:27:35) :

Dah dekat sangat dgn rumah saya tu.. Tapi kesihatan masih tak mengizinkan saya keluar ke mana-mana..

Anyway, Buku baru Abg Irwan (Bisnes SMS Cara Pantas) dah boleh dibeli di MillionairesPlanet.com dah.. Tahniah Abg Irwan.. :D

19 02 2009
irwan.dahnil (19:36:18) :

Fai : Ye lah.. kalau tak bole jumpa Fai @ putrajaya esok.. Ehh.. ye lah.. saya sendiri tatau buku tu dah ready.. Thanks for informing me Fai!

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>