Big Idea, Big Bucks

21 04 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,

Mungkin anda pernah memiliki atau memakai sepasang kasut @ sandal Crocs. Sandal Crocs ni ringan ’slip-resistance’ dan pada asalnya untuk kegunaan aktiviti luar rumah @ outdoor.  Memang dah jadi satu fenomena, orang pegi mana-mana pun pakai sandal ni. Memang popular dan banyak juga yang cetak rompak. :)

Cerita Jibbitz

Disebabkan dah ramai sangat orang pakai sandal Crocs ni, seorang ibu yang memiliki 3 orang anak pada satu hari ingin menambahkan ‘kecantikan’ pada sandal Crocs yang dipakai oleh anak2nya. Biarlah nampak berbeza sedikit berbanding dengan sandal-sandal yang lain.

Jibbitz ni sebenarnya takde ape pun. Ia cumalah idea seorang ibu yang meletakkan aksesori tambahan pada sandal tersebut. Saya pun tatau lah nak istilahkan ape, tapi dengan menambahkan Jibbitz, sandal tersebut menjadi lebih comel dan ceria.

Dipendekkan cerita, pemilik Crocs sangat berminat dengan konsep Jibbitz ni. Beliau menawarkan ibu tadi sebanyak USD10 million untuk memiliki konsep Jibbitz dan tambahan USD10million lagi sekiranya mencapai target jualan!

Bisnes Tak Semestinya Mencipta Benda Baru

Banyak produk-produk yang hebat kadang-kala bukannya dari idea yang baru atau asli. Dengan menambah 10% dari keadaan asal, ia boleh memberikan satu nilai baru dan produk yang berbeza dengan produk yang sedia ada.

Lihat sekeliling. Anda mungkin boleh nampak ada 1001 produk yang boleh diperbaiki, diperelok dan dicantikkan. Mungkin idea anda juga bernilai USD10million, siapa yang tahu!

p/s : Minggu ini 26 April 2009, saya akan menganjurkan Author’s Talk di MPH Mid Valley pada jam 3 hingga 4 petang. Kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengubah 10% dari produk anda atau produk orang lain dengan menggunakan SMS, mungkin anda boleh hadiri sesi yang akan dianjurkan. Kehadiran juga percuma. Maklumat lanjut, klik disini.






3 Event Dalam 8 Hari

16 04 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembac Blog,

Selalu tak anda terasa selalu tak cukup masa ? Yang ironinya, masa kita banyak kerja, masa tu lah terasa tak cukup dengan 24 jam. Memang ada masa lapang, tapi stress dan tensionnya takkan sama dengan waktu kita terdesak dengan kerja2 yang tak selesai.

Dulu saya selalu dengar2 kata yang saya ni susah betul nak ditemui. Hakikatnya, memang betul pun.  Ada masa2nya, saya free, tapi ada masa2nya saya lebih sibuk dengan urusan lain.. Bukan kerana tiada masa, cuma saya ni mungkin tidak selalu ‘muncul’ di dalam interest group. Saya lebih sibuk dengan ‘dunia’ saya sendiri :)

Anyway, kali ini mungkin peluang untuk berjumpa tiba kembali.

Sempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bermula 17 hingga 26 April ini, saya juga terlibat dengan beberapa acara.

Event #1  :  Kemunculan Penulis / Authors Appearance @ Booth True Wealth Publishing

Elok2 je buku kedua SMS saya diterbitkan, maka saya akan bersama-sama dengan penulis yang lain akan berada pada 18 & 25 April 2009 bermula jam 2 petang. Kalau anda ada pertanyaan tentang buku yang saya tulis, atau ada kemuskilan mengenai sistem SMS, atau hanya ingin datang untuk mendapatkan autograf :), saya mengalu2kan ….

Event #2.  Majlis Pelancaran Buku Bisnes SMS Cara Pantas

Tahun lepas, True Wealth mengadakan event yang sama. Tahun ni buat lagi. Cuma untuk memberi sokongan kepada penerbit kali ini saya juga hadir. Pihak penerbit meraikan penulis-penulisnya. Majlis ini akan diadakan pada 20 April 2009 bermula jam 3 pm di Ruang Legar PWTC.

Event2 ni percuma je kalau anda ingin hadir. Saya menjemput anda untuk sama2.  Kali ini, tak perlu risau kalau tak dapat berjumpa saya… Kali ini saya yang jemput anda! :)

Kalau ada masa dan kelapangan, bawa seisi keluarga ke PBAKL ni.  Sasaran pengunjung juga tinggi dan pelbagai acara dianjurkan. Ini masa yang terbaik untuk membeli buku dan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Maklumat lanjut boleh diperolehi disini http://klbookfair.com/index.php/

Event #3 : Author’s Talk @ MPH Mid Valley : Buku SMS Cara Pantas

Seperti sebelum2nya, MPH akan menjemput penulis2 buku untuk bersama2 berkongsi pandangan dan hasil penulisan bersama2 audience.  Kali ini peluang anda untuk lihat sendiri, praktik dan juga sedikit demonstrasi bagaimana sistem SMS berfungsi. Jangan bimbang, bukannya kelas teknikal.. Cuma dengan talk ini membantu anda lebih memahami kandungan buku Bisnes SMS Cara Pantas.

Maklumat lanjut mengenai event @ MPH Mid Valley ada disini http://www.mph.com.my/promotions/promotions.cfm

Anyway, ini pertama kali nak buat book talk @ MPH. Sebelum ini dah banyak kali dijemput tapi tidak berkelapangan.  Saya sendiri tak tahu apa yang boleh dijangkakan dalam book talk kali ini.

Wish me luck & datang beramai2 tanda sokongan :)






Kenapa Ayat Di Internet Hype & Over ?

13 04 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Sebelum saya menulis post ini, saya ingin menyatakan bahawa saya ini bukanlah seorang yang mempunyai pendidikan secara intensif di dalam penulisan.  Ia hanya sebuah pandangan peribadi yang bernilai 2 sen..

Hari demi hari, semakin ramai orang menceburi perniagaan internet. Boleh dikatakan laman web semakin banyak dan tentunya semakin banyak bahan yang boleh diperolehi di internet.

2 Saat Untuk ‘Wow’

Disebabkan terlalu banyak laman web, pengunjung lebih bersifat selektif. Bahan yang dibaca perlu mempunyai nilai yang membuatkan mereka ingin terus membaca. Produk yang ingin dijual melalui laman web mesti mempunyai nilai memujuk yang tinggi.

Mengikut kajian, setiap laman web hanya mempunyai 2 saat sahaja untuk terus ‘mengikat’ mata pengunjung. Sekiranya laman web tidak mempunyai gaya penulisan yang betul, pelanggan tutup je laman web tu dan cari yang lain.

Sekiranya anda mempunyai laman web yang menjual, gaya penulisan salesletter mesti mantap.

Penulisan Mantap Tidak Bererti Hype & Over

Hype di sini saya maksudkan berlebih-lebih. Ia merujuk kepada penulisan yang ‘too good to be true’, sukar dipercayai, melampau-lampau.

Cukuplah kalau ditulis untuk mendapat perhatian dan menerima respon dari pelanggan. Kalau terlalu sangat, nanti orang turn-off atau istilah mudahnya ‘potong stim’. Kadang penulisan yang tidak dikawal menyebabkan krediliti penjual akan menurun.

Bak kata pepatah, biarlah penulisan tersebut lebih ‘lembut’ dari penyampaiannya tetapi mempunyai kesan yang responsif.

Kelemahan Penulisan Salesletter

Ramai yang beranggapan nak tulis salesletter itu sangat mudah. Ini kelemahan mereka yang masih baru dalam internet marketing. Disebabkan salesletter ini subjektif, ia tiada betul salah.

Kalau tulis gaya A-Z, ia tetap suatu salesletter. Kalau tulis dari Z-A, ia masih salesletter.

Tapi ia akan dibezakan dengan result jualan yang diperolehi. Salesletter yang baik menyebabkan lebih banyak produk terjual.

Kuasai dulu ilmu menulis salesletter. Jangan perlekehkan penulisan asas ini.

Orang Malaysia Suka Yang Hype ?

Saya pernah mengubah salesletter saya yang menghasilkan jualan RM2,ooo. Salesletter ini boleh dikatakan sangat mengujakan, kurang hype, tetapi memang membuatkan orang terliur…

Bila saya tukar salesletternya ke mode yang lebih lembut dan sopan, ibarat jurujual yang pemalu, jualan merudum!

Betul ke orang Malaysia suka yang melampau-lampau ni ? Sendiri fikir-fikirkan… Sampai sekarang orang masih suka skim cepat kaya.. :)

Kalau Tak Pandai Menulis Salesletter…

Kalau tak pandai tulis, tanya diri anda apa yang anda pandai ? Melukis, mewarna, menyanyi, berlakon atau bercakap ?

Penulisan salesletter fungsinya untuk memberi sebanyak2 pengetahuan kepada pengunjung web disamping meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan pengunjung kepada produk yang anda jual.

Kalau tak pandai menulis, masukkan elemen lain dalam penulisan salesletter.

  1. Kalau pandai mewarna, warna kan laman web dengan tona warna yang sesuai supaya lebih cantik. Siapa yang tak suka cantik kan ?
  2. Kalau pandai berlakon dan beraksi, buat satu video dan letakkan dalam salesletter tu..
  3. Kalau anda pandai bercakap, cuba tambahkan satu testimonial audio dalam salesletter tu ..
  4. Kalau anda pandai grafik, tambahkan grafik yang menarik dan sesuai so penulisan tidaklah membosankan.
  5. Kalau anda pandai berlakon, mungkin boleh buat drama sebabak dan masukkan dala youtube!

Menguasai salesletter bukan sahaja melalui penulisan. Banyak cara lain. Kalau anda mempunyai ayat penulisan yang hype dan over, anda ada dua pilihan. Balik dan belajar atau buat benda yang anda tahu ?

Mana satu pilihan anda?






Ekonomi US Meleset : Masa Terbaik Untuk Jual USD @ Paypal

5 04 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sepanjang 3 tahun saya menjalankan perniagaan internet, saya telah menerima beribu transaksi dalam matawang USD ke dalam akaun Paypal. Percaya atau tidak, saya masih belum usik walau 1 penny duit USD saya untuk dibelanjakan!

Walaupu, kebanyakan IM yang lain akan menjual USD @ Paypal mereka, saya lebih gemar simpan je kerana :

  • Bila Ringgit Malaysia tidak lagi ditambat pada RM3.80 utk USD1, ringgit semakin lemah. Dan seingat saya (saya pun kurang pasti) turun serendah RM3.10 bagi setiap USD1. Rasa rugi pula..
  • Untuk menukar USD ke Ringgit, selepas dicampur tolak jumlah fees dan caj yang dikenakan saya rasa agak tinggi. Masih tidak berbaloi.
  • Cara nak keluarkan USD tu agak leceh. Nak bukak akaun itu ini dan pelbagai cara lagi.
  • Saya sentiasa boleh guna USD untuk beli benda lain di internet. Biasanya beli hosting, autoresponder, sistem affiliate dan pelbagai lagi perisian yang boleh dibayar secara terus dari Paypal. Atau ada ketikanya saya beli handphone perkakasan komputer dalam USD@Paypal. Masih ada gunanya.
  • Apabila IM nak beli USD dari saya, harga pulak jauh lebih murah. Kalau rate RM3.20 / USD, mereka akan mintak RM3 je.. So rugi sikit.. Sikit tak sikit, cuba darabkan setiap penny kalau dia beli USD200 ? Huhu.. malas la nak jual.. :)

Last2 saya simpan je duit USD tu sepanjang 3 tahun lepas. Tapi ada satu perkara yang membuatkan saya rasa ceria dan sedikit luar biasa. Yeay!

Ada rahmat rupanya berlaku apabila ekonomi lembab ni. Disebabkan keadaan ekonomi US yang lemah atau Ringgit Malaysia semakin mengukuh, nilai USD1 telah kembali ke paras sekitar RM3.60! Pada awal Mac ia berlegar sekitar RM3.65

So, adakah ini masa yang paling sesuai nak jual USD ? Jawapan saya YES!

1. Sekarang harga belian USD adalah sekitar RM3.60. Pada awal Mac menghampiri RM3.70. Berbanding dengan sebelum ini sekitar RM3.20. Sekarang ia berada di paras yang selesa dan ’sedap’.

Mungkin tak akan naik lagi tak ?  Tak rugi ke kalau jual sekarang ? Ntah2 mungkin naik jadi RM3.90 atau RM4.20 ?

Memang betul. Ada kemungkinan naik lagi. Kalau difikirkan secara logik kalau dah naik ke paras RM4.00, bayangkan betapa teruk keadaan ekonomi US ketika itu.. ? Indirectly, ekonomi Malaysia pun efek sama.

Tapi saya rasa cukup lah setakat ini sahaja. Tak nak tamak lebih2. :) Lagi pun, sekukuh mana sangatlah Ringgit Malaysia ngan USD.. Huhuh.. Silap2 turun balik nanti

2. Untuk tukarkan duit USD ke RM dah jadi semakin mudah. Sangat-sangat mudah! Dulu saya rasa agak susah sikit dan limited. Terima kasih kepada bank Al Rajhi (tegeliat lidah gak nak menyebut). Ada banyak orang dah buat review macam mana mudahnya utk bukak Akaun Al Rajhi. Terima kasih kepada Shamsuriyadi kerana explain kat saya tentang bank ni.

3. Rate pertukaran pun best. Utk setiap transaksi Paypal hanya caj USD5. Dan maksimum wang yang boleh withdraw adalah USD500 sehari. So setiap USD500, anda akan dapat USD495. Darabkanlah dengan berapa kadar tukaran. So, no hidden charge.

Langkah Bijak Untuk Tukar USD

1. Bukak laman web Bank Al Rajhi. Lihat menu disebelah kiri,  ada menu Exchange Rate. Kat situ tengok bahagian TT Sell bagi Currency USD. Ketika post ini ditulis ia sekitar RM3.6090. Pantau beberapa hari. Tengok kalau ada kenaikan sedikit, mungkin itu adalah masa anda nak jual USD anda. Bukak paypal, click pada Withdraw. Keluarkan lah berapa jumlah USD yang anda nak..

Satu lagi yang bagus dalam laman web Bank AlRajhi ni, ada menu waktu solat..  Bagusnye! Sejuk hati.. :)

2.  Belum ada akaun AlRajhi. Hmm.. Nak tak nak kene bukak dulu lah ya. Yang tak bestnya, bank ni tak banyak sangat cawangan. Cuma ada di kawasan kepadatan penduduk tinggi je macam area rumah saya :) Hehehe..

Boleh tengok cawangan-cawangan yang berhampiran, manala tau satu hari anda singgah ke area tersebut. Lokasinya anda tengok dalam laman web bank bawah menu Location.  Ada beberapa cawangan juga di luar KL. Usya2 lah.

3.  Nak bukak akaun senang je. Bawak kad pengenalan dan duit cash RM20.  Ambil number, then cakap nak bukak Akaun Saving biasa je. Cakap anda nak keluarkan duit Paypal. Kalau nak yang ada untung sedikit buka Murabahah, tapi nak buka Murabahah perlu ada RM200. Tapi kalau setakat nak jual USD je, akaun saving biasa dah cukup.

4. Tunjukkan IC, isikan borang, tandatangan mana2 yang patut. Dalam masa tak sampai 30 minit, gerenti siap! Kalau tak siap maybe mesin buat kad rosak kot.. :)

5.  Dah bukak akaun, pastikan anda dapat 2 benda yang sangat penting. Tak dapat benda ni, tak sah!

Kad Debit Visa

Kad Debit Visa ni macam kad debit yang lain2. Sama je. Yang penting kad debit ni kita gunakan untuk keluarkan duit nanti kat mesin ATM

Akaun Perbankan Internet AlRajhi

Macam Maybank2u je. Tapi paling tak ‘berguna’ sebab tak bole nak buat apa2 transaksi macm M2U atau CIMBClick. Walau tak berguna, kita gunakan untuk tengok baki akaun bank dan nak tengok payment dari PayPal dah clear ke belum. So masih ada gunanya jugak la… :)

6. Dah siap kad debit dan juga maklumat perbankan internet, pegi ke mesin ATM terus. Tukar nombor pin ATM.

7. Kat mesin ATM, pegi ke menu lain-lain. Buat PIN Request For Internet Banking. Mesin ATM akan keluarkan satu slip yang ada kod untuk anda registerkan www.alrajhibank.com.my …

8. Balik rumah, bukak PC. Login ke www.alrajhibank.com.my. Klik kat Menu belah kanan First Time Login. Nanti anda create lah akaun anda. Jangan lupa masukkan PIN yang anda apply kat mesin ATM tadik.

9. Bila internet bankin dah siap, login ke Paypal anda. Add kan kad Debit Visa anda tadi. Tak perlu verifykan. Then boleh terus withdraw duit.  Cara nak withdraw maybe bole rujuk kat sini … Paypal cakap amik masa antara 5-7 hari untuk clear payment

10. Tunggu 3 hari bekerja. Login ke akaun internet banking anda. Tengok dah clear ke belum.. Ikut pengalaman, saya tak perlu tunggu sampai 5 hari. 3 hari biasanya dah clear.

11. Kalau dah clear ape lagi tunggu depan pc ni… Pegi la bank Alrajhi dan keluarkan duit tu. Ada lebih, sedekah :) .. Zakat pun jangan lupa ok..

Saya rasa kagum dengan kepantasan proses ini berlaku jika dibandingkan dengan zaman dolu2. Saya pun semakin muskil kenapa bank tempatan yang mempunyai wajah singa yang ganas tak boleh nak accept internet banking. Huhuh…

So kalau anda rasa nak jual duit USD anda, lakukan sekarang!