Big Idea, Big Bucks
21 04 2009Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Sekalian,
Mungkin anda pernah memiliki atau memakai sepasang kasut @ sandal Crocs. Sandal Crocs ni ringan ’slip-resistance’ dan pada asalnya untuk kegunaan aktiviti luar rumah @ outdoor. Memang dah jadi satu fenomena, orang pegi mana-mana pun pakai sandal ni. Memang popular dan banyak juga yang cetak rompak.

Cerita Jibbitz
Disebabkan dah ramai sangat orang pakai sandal Crocs ni, seorang ibu yang memiliki 3 orang anak pada satu hari ingin menambahkan ‘kecantikan’ pada sandal Crocs yang dipakai oleh anak2nya. Biarlah nampak berbeza sedikit berbanding dengan sandal-sandal yang lain.
Jibbitz ni sebenarnya takde ape pun. Ia cumalah idea seorang ibu yang meletakkan aksesori tambahan pada sandal tersebut. Saya pun tatau lah nak istilahkan ape, tapi dengan menambahkan Jibbitz, sandal tersebut menjadi lebih comel dan ceria.

Dipendekkan cerita, pemilik Crocs sangat berminat dengan konsep Jibbitz ni. Beliau menawarkan ibu tadi sebanyak USD10 million untuk memiliki konsep Jibbitz dan tambahan USD10million lagi sekiranya mencapai target jualan!
Bisnes Tak Semestinya Mencipta Benda Baru
Banyak produk-produk yang hebat kadang-kala bukannya dari idea yang baru atau asli. Dengan menambah 10% dari keadaan asal, ia boleh memberikan satu nilai baru dan produk yang berbeza dengan produk yang sedia ada.
Lihat sekeliling. Anda mungkin boleh nampak ada 1001 produk yang boleh diperbaiki, diperelok dan dicantikkan. Mungkin idea anda juga bernilai USD10million, siapa yang tahu!
p/s : Minggu ini 26 April 2009, saya akan menganjurkan Author’s Talk di MPH Mid Valley pada jam 3 hingga 4 petang. Kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengubah 10% dari produk anda atau produk orang lain dengan menggunakan SMS, mungkin anda boleh hadiri sesi yang akan dianjurkan. Kehadiran juga percuma. Maklumat lanjut, klik disini.









idea biasa yang menjadi idea jutawan…bertuah ibu tersebut.
Salam Irwan,
Betul tu, sebenarnya banyak peluang kat sekeliling kita, cuma kita yang tak nampak atau tak cuba mencarinya. Saya amat kagum dengan kejayaan pencipta Facebook, google dan YouTube, idea asas tu sebenarnya simple je, tapi lihatla kehebatan kejayaan mereka sekarang.. Sallute!
salam…..
yes..idea yg menarik tu….kite perlu kreatif dan inovasi…….
bertambah2 la income kite….:D
Citer inspirasi yang best. Ader orang kata: Bisnes yang berjaya 90% datang daripada usaha dan 10% daripada nasib yang baik. Makcik nih memang bernasib baik!
Atau kita bleh jugak kata yang bisnes dan dunia kita sekarang secara am-nya reward somebody who create something remarkable. Kita berada dalam content business sekarang nih. Saper2 yang boleh create content yang everybody talk about, memang la bleh buat duit.
ps: Terlepas nak pegi semalam, baru tahu hari nih. Rugi nyer~~
Haaa… nilah kita panggil SPICE UP… contoh lain mcm buku The Secret tu … satu ilmu lama yang di SPICE UP lansung jadi fenomena seluruh dunia….