Bersedia Untuk Gagal Lagi

19 05 2009

Dalam satu temubual dengan Bill Gates satu soalan diajukan ‘What type of people you would like to employ?.

Beliau menjawab :

‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Dari pengalaman, memang benar bahawa orang yang PERNAH GAGAL adalah orang yang LEBIH BAIK!. Orang yang tak pernah gagal, mungkin akan lebih cenderung untuk gagal kerana tak pernah nak mencuba.

Apabila mencuba, cubalah sebanyak-banyaknya.

‘Lebih banyak kegagalan, setiap kegagalan akan membuka pintu baru kejayaan “

Thomas Addison telah gagal 10,000 kali sebelum berjaya untuk menghasilkan mentol.

Bagi mencipta kejayaan, gagal adalah sesuatu yang normal. Jangan takut mencuba, jangan takutkan kegagalan.

Percubaan Baru : Studio Recording + Photo Shooting

Ini adalah salah satu percubaan ‘gila’ yang saya nak buat tahun 2009. Dah half way. Tinggal lagi separuh nak buat. Sangat teruja nak cuba buat dan bersedia untuk gagal lagi… :)

Projek Teaser

Sekian lama rancangan TV didominasi oleh stesen rangkaian TV. RTM, Media Prima dan Astro menjadi beberapa pemain tunggal dalam pasaran TV di Malaysia.

Mahu atau tidak anda dijemput sebagai tetamu undangan dalam satu siaran TV?

Mahu atau tidak anda berpeluang muncul di TV berulang-ulang kali ?

Mahu atau tidak anda mempunyai satu slot khas untuk berkongsi dengan penonton idea dan pandangan anda?

Mahu atau tidak anda mempunyai saluran TV yang dapat mempromosikan produk anda ?

Mahu atau tidak anda menjadi krew mencipta rancangan TV anda sendiri mengikut cerita, berita dan kandungan yang anda mahukan ?

Nantikan !






Beli Property Untuk Simpanan Jangka Panjang

11 05 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Antara mistake saya ketika ‘muda’ adalah membeli property terlalu awal!

Saya tak pasti adakah dia boleh dikatakan satu mistake, tetapi bila dapat sahaja laba perniagaan, saya gunakan untuk belikan kepada property sama ada tanah, atau rumah.

Property mempunyai tahap kecairan yang rendah menyebabkan wang yang ada dilaburkan ibarat ke dalam satu kapsul masa yang hanya boleh ‘dibuka’ pada masa akan datang. Property kalau disimpan tidak memberikan laba yang segera tetapi hanya boleh dirasai pada masa hadapan. Memandangkan saya bukan broker dan bukan agen jual beli hartanah, kebanyakan property tersebut saya simpan sahaja sehingga kini. Belum ada satu property yang saya beli sepanjang 7 tahun lepas yang saya jual. Memang semata-mata untuk simpanan jangka panjang sahaja.

Akhirnya, saya tidak mempunyai tabungan yang tinggi dan saya tidak mempunyai tahap kecairan tunai yang tinggi! Terima kasih kepada Azizi Ali yang telah membuka mata saya mengenai pengurusan kewangan peribadi. Barulah saya tahu ada struktur piramid yang perlu diselesaikan secara satu persatu sebelum boleh sampai ke pelaburan hartanah! Rupanya mesti ada elemen perlindungan dan juga simpanan, barulah kita dikatakan sesuai untuk melabur ke property bagi jangkamasa panjang.

Saya ada sekeping tanah di Jalan Kebun Shah Alam yang tak diusahakan. Kecil je tanah tu memang sesuai untuk buat rumah sewa 6 pintu. Masalahnya disebabkan saya tidak mempunyai simpanan tunai yang tinggi, hasrat untuk bina rumah sewa 6 pintu terpaksa ditahan dulu. Adehh…  Kan best ada cash RM500K, agak bebas untuk berbelanja bagi tujuan pelaburan. Untuk buat loan bank, mungkin bukan pilihan buat masa sekarang.

Kalau sape2 ada cadangan untuk usaha sama memajukan tanah tu, bole la contact saya dan kita boleh berbincang :) Jadi rakan JV!

Sempat nak selitkan sedikit iklan.. Peluang untuk anda buat RM50 segera! :

Semalam, penyewa yang menyewa rumah saya di Selayang, Selangor memberikan notis untuk “checkout” setelah hampir 2 tahun menduduki rumah tersebut. Rumah itu telah dikosongkan dan bakal penghuni yang bertuah untuk mendiaminya sedang dicari.

Berikut adalah maklumat mengenai rumah yang ingin disewakan tersebut.

Maklumat Rumah:

Jenis Rumah : Flat, 3 Bilik, 1 Bilik Air, Dapur
Tingkat 3 (tingkat pertengahan, tiada lif, hanya tangga),
Lokasi: Flat Taman Pinggiran Indah, Selayang, Selangor (klik untuk lihat peta di google map)

Info Tambahan :

* Kawasan Perumahan yang matang mempunyai 2 blok
* Petak parking kereta
* Pejabat Maintenance di tingkat bawah, syarikat penyelenggaraan yang dilantik PKNS
* Berdekatan dan mudah untuk ke Kuala Lumpur melalui Jalan Ipoh, ke Kepong, ke MMR2 dan ke Rawang
* Kadar kekerapan bas yang sangat tinggi
* Berdekatan Pasaraya NSK Selayang, dan juga kawan perindustrian. Juga berhampiran dengan stesen Petronas dan hanya 1km dari Pasar Borong Selayang Lama.

Makluman Bayaran:

1) Bayaran Permulaan (Sekali Bayaran):

* Deposit Sebulan, RM400
* Sewa Bulan Pertama, RM400
* Deposit Air & Elektrik, RM100

Jumlah keseluruhan bayaran permulaan : RM900
- 50% dibayar semasa sign agreement (selepas melihat rumah dan bersetuju untuk menyewa, so, masa nak tengok rumah tu,bolehlah bawa duit sekali yer! kalau berkenan, terus boleh sign agreement dan bayar deposit.).
- 50% dibayar semasa ambil kunci.

2) Sewa Bulanan, RM400, dibayar pada setiap awal bulan.

3) Bil Pembentungan, RM8 sebulan, dibayar setiap 6 bulan

4) Bayaran Maintenance : RM30 sebulan. Bayar terus ke Pejabat Maintenance

Hubungi :

Sebarang pertanyaan, boleh ditinggalkan di ruangan komen. Jika berminat dan ingin melawat rumah, sila hubungi saya di 012-3222842. Keutamaan diberikan kepada pasangan yang bakal berkahwin atau baru sahaja berkahwin.

Ok… Sape2 dapat rekomenkan RM50 saguhati menanti .. Heheh.

***** TERKINI!! *****

Terima kasih kerana membantu mempromosikan. Alhamdulillah, mulai Jun 2009 dah ada penyewa yang masuk. Terima kasih sekali lagi.