Masa Terbaik Membeli Hartanah

11 06 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog Yang Dihormati,

2 minggu lepas saya bercuti. Maka tiada post yang menarik yang sempat saya catatkan dalam blog ini. Anyway, hari ini kembali semula ‘beraksi’ seperti biasa dan ada beberapa catatan menarik untuk saya kongsikan.

Bagi sesiapa yang pernah membeli hartanah tidak kira rumah atau tanah, tentu pernah rasa betapa peritnya urusniaga. Dengan urusan lawyer dan bank memang stress juga dibuatnya. Itu tidak termasuk bayaran deposit, wang muka, caj lawyer, bayaran jurunilai dan pelbagai bentuk kos lain. Memang kalau nak membeli hartanah, urusannya panjang dan leceh!

Memang terlalu lama saya mengidam service apartment di tengah-tengah bandaraya KL, akhirnya tercapai jua dengan Regalia @ Jalan Sultan Ismail. Alhamdulillah, semalam selesai urusan menandatangani S&P dengan lawyer developer. Dan semalam sempat juga cuti masa untuk confirmkan pinjaman dengan bank.

Ini adalah urusniaga terbaik hartanah yang pernah saya lakukan! Walau pun ini bukan hartanah saya yang pertama tetapi ia terlalu unik untuk saya ceritakan.

Mengapa saya katakan ini adalah masanya membeli hartanah adalah kerana tawaran yang diberikan. Tawaran yang diberikan kali ini memang tidak mungkin diperolehi dalam masa ekonomi stabil tanpa kegawatan :

1. Skim Pinjaman Maksima

Bank menawarkan pinjaman 90% - 100% mengikut projek.  Kebiasannya pinjaman sekitar 20 hingga 30 tahun sahaja. Ada juga yang menawarkan pinjaman sehingga 45 tahun atau sehingga berumur 75 tahun!

2. Diskaun Developer

Yang ini jarang berlaku. Developer akan bagi macam2 insentif yang kadang kala tak masuk akal.  Selain aksesori mewah seperti kabinet dapur, wardrobe, aircond dan perkhidmatan lain, developer sanggup menanggung kos bayaran interest selagi rumah belum siap dibina.

3. Tiada caj SNP

Tiada sebarang bayaran SNP dikenakan baik dari pihak developer dan bank. Kalau rumah sekitar RM200,000 sekurang-kurangnya boleh berjimat RM10,000 di situ.

4. Tiada Pembayaran Buta

Dulu, bila beli hartanah yang sedang dalam pembinaan, kita masih terpaksa membayar loan, walau rumah belum siap. Risiko rumah tak siap tetap ada, sedangkan bayaran bulanan tetap perlu dibayar kepada pihak bank. Kali ini, jaminan dari pemaju adalah istimewa. Mula bayar pinjaman apabila rumah siap kelak! Dan pihak developer akan tanggung kos interest pembinaan kepada bank bagi pihak anda. Maka tiada risiko rumah tak siap tapi anda terpaksa tetap membayar.

5. Deposit Rendah

Ada yang serendah RM1000 untuk sebuah kondominium mewah tanpa sebarang caj dan kos lain. Pembayaran loan hanya dibuat selepas hartanah selesai dibina sepenuhnya. Sebelum ini, kebanyakan projek perumahan memerlukan sekurang-kurangnya 10% dari harga hartanah. Kali ini 10% diberikan secara diskaun oleh developer.

Ia ibarat pelaburan yang sangat baik. Kita lihat contoh pengiraan mudah untuk sebuah rumah  dalam pembinaan seperti berikut :

Harga Pasaran Dijual : RM325,000
tolak Diskaun 5% untuk bumiputra RM16,250

Maka, harga sekitar RM309,000

Tolak lagi diskaun 10% oleh developer RM30,900

Harga selepas tolak diskaun bumi + developer = sekitar RM278,000

Disitu sahaja, sudah memberikan untung sekitar RM47,000. Itu adalah keuntungan minima tidak termasuk keuntungan apabila harga yang akan tentu naik lagi ketika hartanah sudah siap dibina.

Dan jumlah modal yang dikeluarkan cuma RM5,000 sahaja sebagai wang deposit.

Ada lagi penjimatan iaitu caj bayaran dan dokumentasi sekitar RM10,000.

Bayangkan keuntungannya. Dengan RM5,000 sekurang-kurangnya jumlah keuntungan cecah RM55,000! Dalam keadaan biasa, saya perlu perlu membayar RM50,000 tetapi kali ini terbalik pula ceritanya.

Dan keuntungan akan naik lagi apabila hartanah tersebut selesai dibina dan saya memilih untuk menjualnya.

Memang mengujakan kerana tahun ini tanpa disangka bertambah lagi satu portfolio hartanah. Nak ucap terima kasih kepada kegawatan ekonomi kerana memudahkan perkara yang susah!

Anda bagaimana ? Ada hartanah yang mempunyai tawaran bagus yang anda boleh kongsikan ?


Actions

Informations

8 responses to “Masa Terbaik Membeli Hartanah”

11 06 2009
Afyan (17:38:24) :

Salam,

Tahniah! Doakan saya menuruti jejak langkah Tuan.

Ada sedikit kemusykilan;

1. MRTA bagaimana?
2. Bagaimana kalau rumah tidak siap dalam masa yang lama?

Wassalam

11 06 2009
irwan.dahnil (18:40:30) :

1. MRTA kemudian. rumah tak siap belum ada MRTA apply :)

2. Semua property ada risiko tak siap. Tapi adalah cara untuk bukak silat cekaknya untuk persiapan :)

Insyallah, nanti saya buat post lagi tentang pelaburan hartanah especially untuk orang2 muda.

Saya doakan Afyan akan memperolehi kejayaan berlipat ganda dari saya. Amin

12 06 2009
sham (14:10:45) :

Dah rumah ke 4 ni kan..tahniah

12 06 2009
irwan.dahnil (14:47:10) :

Yang kelima.. :)

22 06 2009
KampungBoy (15:04:37) :

saya cukup suka dengan artikel kali ini
sungguh berinformatif
tq bro

23 06 2009
zool (07:01:55) :

Tak mampu.. cukuplah sebuah rumah je yang mampu beli

11 07 2009
syazwan (17:35:20) :

terima kasih di atas perkongsian info ni..saya akui mmg sekarang adalah masa yg ideal utk membeli rumah. Alhamdu’lillah saya ada dptkn sebuah kondo d area KL, sebelum diskaun RM245K tp pas diskaun +GRR (2thn) dlm RM200K camtu..saya plan buat sewa je sbb dkt je dgn UiTM (5min jln kaki).Hrp2 harga hartanah kt situ mencanak le pasni:P Bleh rolling buat beli 2nd property pulak:)

24 07 2009
vampire (21:11:16) :

a,kum.. saya pun ada beli 1 unit kat regalia, saje je nak kongsi pengalaman, rasanya alamat regalia bukan kat jalan sultan ismail, tapi off jalan kucing atau persiaran sultan ismail,mungkin tu strategi pemaju untuk menjual apartment tersebut, saya ada tanya lawyer masa sign snp,lawyer pun tak bole nak conform alamat yg betul,pelik2.. lagi 1 yg 2 tahun free intrest tu kalau kita tengok balik aggrimentnya memang 2 tahun takyah bayar intrest, tapi kalau projek tak siap dalam 2 tahun?makna nya kita gak yg kene bayar..tapi mintak2 ok la ya,

irwandahnil : Setuju. Its Off Jalan Kuching. Tidak membezakan apa2. Lokasi lebih penting. Tentang projek tak siap, risiko itu ada pada mana2 new development.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>