Menyediakan Play Fund - Berbaloi-baloi!
13 08 2009“Boleh ke bisnes ni ? Dah keluar modal beribu-ribu, tapi bisnes tak jalan. camner ? Buat rugi je “
Isu yang sering bermain di minda orang yang mahu mula berniaga. Walau pun secara cuba-cuba, terdapat sedikit keraguan jikalau perniagaan yang baru tidak berjaya. Duit gaji yang disimpan bertahun-tahun, boleh lenyap sekelip mata. Risau rugi membungkam diri. Terpalit rasa menyesal menghabiskan wang tanpa hasil.
Teknik cuba-cuba dalam perniagaan adalah satu teknik yang telah lama dipraktiskan dari dahulu. Sedar atau tidak kita sendiri mungkin terlibat dengan teknik cuba-cuba berniaga ini. Anda juga tentu pernah menggunakan teknik cuba-cuba ini.
- Anda mungkin pernah menyertai satu skim yang mempunyai pelan pemasaran dan insentif yang hebat.
- Anda mungkin pernah menyertai perniagaan internet apabila ia digembar-gemburkan membawa pulangan yang berbaloi.
- Anda mungkin pernah mencuba perniagaan SMS kerana ia adalah perniagaan yang boleh dilakukan dari rumah.
- Anda mungkin pernah mencuba membeli ebook yang mempunyai potensi untuk membuatkan anda kaya.
Adakah anda menyesal kerana mencuba perniagaan tersebut ?
Pengalaman MLM Saya
13 tahun dahulu, saya telah terlibat dengan perniagaan MLM. Bermodalkan RM1,600 banyak yang saya pelajari dari MLM ini lebih-lebih lagi dalam teknik pemasaran. Walaubagaimana pun, perniagaan MLM yang saya ceburi tidak begitu berjaya. Maka saya tinggalkan.
Ketika saya gagal meneruskan perniagaan MLM, saya tanya diri saya sendiri. Adakah saya menyesal dengan langkah saya menyertai MLM tersebut ? Adakah saya rasa kerugian yang amat sangat kerana tidak mendapat hasil ?
Jawapan saya TIDAK. Ini adalah kerana saya menggunakan dana Modal Permainan.
Apakah PlayFund ?
Modal Permainan @ Play Fund adalah merujuk kepada satu bentuk modal yang kita boleh gunakan untuk mencuba perniagaan baru. Saya tidak pasti apakah istilah yang tepat untuk modal ini, tetapi dana ini saya gunakan setiap kali saya ingin mencuba perniagaan yang baru.
Syarikat besar mempunyai jabatan @ unit khas untuk menjalankan kajian dan pembangunan (R&) organisasi dan diperuntukkan sejumlah wang. Konsep Play Fund mirip kepada konsep perbelanjaan R&D syarikat besar. PlayFund adalah untuk peruntukan kewangan kepada kita untuk mencuba perniagaan baru.
PlayFund ini umpama belanja hangus, tidak mendatangkan hasil yang nyata. Ia adalah duit untuk kita belanjakan!
Mengapa Perlu PlayFund ?
Setiap daripada kita adalah unik. Ada seorang jurutera yang saya kenal, berminat dengan bidang seni. Ada juga programmer yang saya kenal, saya berminat dengan bisnes pertanian. Kadang2 yang kita minat itu terlalu jauh menyimpang dari apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh ,seorang jurutera yang tidak mempunyai latarbelakang pertanian ingin mencuba bisnes tanaman cili. Beliau hanya berbekalkan minat sahaja. Tiada ilmu, tiada pengalaman.
Dengan adanya PlayFund, beliau boleh mencuba memulakan tanaman secara kecil-kecilan. Sekadar mencuba, tidak mengharapkan pulangan. Yang penting beliau dapat pelajari dan rasai sendiri pengalaman tersebut. Sekiranya percubaan tadi berjaya, barulah fikirkan secara serius untuk melabur dalam bisnes cili yang sebenar. Sekiranya tidak berjaya, beliau boleh mencari punca, pelajari sebab dan bagaimana mengatasi masalahnya. Atau beliau masih boleh menarik diri dari menceburi tanaman cili!
Tindakan menggunakan Play Fund adalah sangat baik, berbanding dengan melabur terus kepada bisnes cili tanpa mengetahui apa-apa. Ia dapat menyelamatkan wang ringgit! Lebih baik lebur sedikit wang dari lebur seluruhnya..
Saya cukup kasihan bile mendengarkan orang yang berhutang atau membelanjakan seluruh wang simpanannya hanya untuk menyertai perniagaan yang dia sendiri tidak faham dan tiada pengalaman. Banyak kes seperti ini yang kita dengar.
Mendapatkan Play Fund
Ia tidak datang dari langit. Ada beberapa kaedah :
1. Bagi yang sedang makan gaji, asingkan sedikit dari gaji bulanan. Jumlah yang diasingkan ada bergantung kepada kemampuan. Ada yang yang memperuntukkan RM10 atau RM50 sebulan. Ada juga memperuntukkan 5 peratus hingga 15%.
2. Bagi usahawan, peruntukan sedikit keuntungan untuk dijadikan Play Fund.
3. Dapatkan dari ibu bapa yang boleh sponsor sekiranya mereka mampu. Minta sikit duit dari mereka! Ibubapa mana yang tidak menyokong anak yang nak mula berniaga
4. Kalau anda rajin sedikit, dapatkan geran peruntukan kerajaan. Bagi teknologi, MDEC menyediakan geran sebegini. Sirim juga menyediakan beberapa geran yang sesuai dengan projek yang ingin diceburi.
Kalau anda ingin cuba bisnes yang bermodal besar, maka peruntukan Play Fund juga harus besar.
Menggunakan PlayFund
Play Fund hendaklah digunakan secara cermat. Sebelum anda menggunakan dana tersebut, senaraikan dahulu perkara-perkara yang hendak dibeli. Dapatkan harga barangan dan jumlahkan. Dapatkan kos keseluruhan untuk satu2 bisnes baru yang ingin anda ceburi.
Jangan belanja Play Fund lebih dari yang diperuntukkan. Sekiranya anda gunakan PlayFund secara berlebihan, anda mungkin tidak mempunya dana yang cukup untuk mencuba perniagaan yang lain pula.
Ketika saya mulakan MLM, saya cuma tetapkan bahawa kos saya hanya RM1,600. Tidak lebih. Disebab tujuan saya adalah untuk mempelajari selok belok MLM, maka bagi saya RM1,600 adalah satu jumlah yang munasabah untuk saya belanjakan. Saya tidak mengharapkan pulangan hasil atau keuntungan. Mental saya sudah tetapkan bahawa saya tidak akan rasa rugi kerana membelanjakan sejumlah wang untuk ilmu.
Ketika saya memulakan perniagaan SMS pula, Play Fund saya adalah sekitar RM5,000. Saya belanjakan bagi pelbagai tujuan. Beli web hosting, beli domain, sewa SMS gateway, server payment gateway, beli autoresponder, belanja promosi, upah programmer dan sebagainya. Habis begitu sahaja.
4 Perkara Pasti yang Diperolehi Dari Play Fund
Kita akan rasa rugi dan menyesal kalau modal yang kita keluarkan tidak memberikan hasil. Berbeza dengan Play Fund, minda kita telah setkan bahawa kita tidak akan rasa rugi untuk mencuba sesuatu. Kita bersedia untuk mempelajari sesuatu dari konsep cuba-cuba bisnes.
1. Pengalaman : Priceless! Kalau tak cuba kita tidak tahu.
2. Pengetahuan : Bila kita mencuba sesuatu yang baru, kita akan sentiasa tertanya-tanya. Bagaimana dan mengapa. Kita akan menjadi semakin celik dan semakin faham sesuatu bisnes itu.
3. Keyakinan : Bila dah berpengalaman, maka baru wujud keyakinan. Jurutera yang menanam cili secara cuba-cuba, akan berani melabur lebih banyak wang untuk bisnes cili yang lebih besar. Kerana pengalaman dan pengetahuan telah terbina ketika proses cuba-cuba.
4. Strategi : Rancangkan strategi bisnes yang terbaik. Ini dipanggil best practice. Kita dah tahu, mana yang berjaya mana yang gagal. Strategi lebih mengenai selepas ini.
Jika minda kita sudah bersedia, kita tidak akan rasa menyesal, rugi, takut, atau kecewa sekiranya perniagaan kita tidak berjaya.
Play fund sebanyak RM5,000 yang saya belanjakan setahun yang lalu kini telah membuahkan hasil. Projek telah saya besarkan skalanya dan memberikan hasil RM50,000. Bukan hanya setakat pulang modal, tetapi perniagaan juga semakin membesar.Sekarang saya menyediakan Play Fund untuk projek RM500,000 pula.
Sekadar contoh nyata betapa berbaloinya menyediakan Play Fund.
Bisnes Tanpa Play Fund ?
Ibarat membuka satu pintu kejayaan, menutup satu lubang kegagalan. Menyediakan Play Fund ibarat membuka satu pintu. 90 peratus bisnes baru tutup dalam masa 5 tahun selepas penubuhan. Lebih banyak anda mencuba, lebih tinggi peratus kejayaan dalam perniagaan. Pilihan di tangan anda!
Saya doakan perniagaan idaman anda akan tercapai! Bak kata Amy Search ” Berbaloi-baloi! “









Great opinion! Saya pun setuju. Tapi, malangnya, tak ramai rakyat Malaysia yang berani nak buat macam ni. Kebanyakkan daripada mereka lebih suke hidup makan gaji. And kalau ada pun, melakukannya pada tempat yang salah. Tapi, tak salah kalau tersilap, tu pun sebagai salah satu dari pengalaman.
irwandahnil : Good point! Tapi jangan buat silap di tempat yang salah. Biar belajar dari kesilapan dengan kos yang rendah
info yang bagus..sekarang ni nak betul-betul jadi usahawan perlukan ilmu tentang perancangan kewangan..
irwandahnil : Ilmu kewangan ibarat senjata ketika perang. Tiada senjata, mungkin boleh kalah sebelum berjuang
Saya mempunyai yang tinggi untuk memiliki sebuah perniagaan. Saya tidak kisah walau saiz perniagaan tersebut kecil asalkan ia mempunyai matlamat yang jelas dan menghasilkan pulangan. Memandangkan saya mempunyai pekerjaan tetap desakan untuk mencapai kejayaan terhadap sesuatu yang saya usahakan tidaklah begitu menghimpit.
Mengusahaniagakan produk digital menjadi pilihan saya. Berpuluh ebook yang menjanjikan keuntungan luar biasa telah saya beli. Namun idea-idea dan teknik tersebut tidaklah begitu berjaya seperti yang didedahkan. Walau bagaimanapun, saya mendapat beberapa pengetahuan asas dengan daripada beberapa teknik yang diajar. Saya juga memerhatikan teknik-teknik yang digunakan oleh peniaga tersebut semasa dia mempromosikan produk yang dia jual kepada saya.
Ternyata saya tidak menyesal kerana saya telah menetapkan had terhadap jumlah yang saya belanjakan. “Belum cuba, belum tahu”, benar saya amat bersetuju dengan ungkapan tersebut. Daripada situ saya googlekan lagi maklumat di dalam internet sehinggalah saya menjumpai produk saudara; buku “Buat Duit Dengan SMS” dan “SMS Cara Pantas”. Terbaru saya merancang untuk melanggan sms hosting dan melakukan promosi SMS.
Pada mulanya idea saya berkembang untuk menjadikan internet sebagai medium sesebuah perniagaan tetapi kelamaan saya berfikir bahawa pengguna telefon semestinya lebih ramai berbanding dengan pengguna internet lalu saya google. Mulanya saya menemui laman promosi sms. Setelah membaca maklumat di situ saya faham saya tidak harus bermula di siitu kerana saudara juga berpesan agar memahami kaedah perniagaan dan pemasaran SMS terlebih dahulu sebelum memulakannya. Lalu saya masuk ke blog saudara dan membeli kedua-dua buah buku yang ditulis oleh saudara. Semua ini bermula dengan cuba-cuba atau cuba jaya atau pun merupakan R&D bagi saya.
Saya masih belum puas lagi kerana sasaran saya belum lagi dicapai. Namun saya mempunyai keyakinan besar sasaran saya akan tercapai juga suatu hari nanti.
irwandahnil : Terima kasih kerana mendapatkan buku tersebut. Semoga Tuan berjaya dalam usaha pencarian yang tidak berkesudahan. Ia memang berbaloi!
Ya betul tuh.Perancangan kewangan memang penting dalan perniagaan.Thanks for the info.
irwandahnil : Welcome!
Salam..
Perniagaan dengan MLM.
Bagi saya perniagaan ini amat bagus sekali kepada kita semua kerana kita dapat memperkenalkan produk baru kepada masyarakat sambil mendapat keuntungan komisyen setip jualan. Sesiapa saja boleh menyertai MLM , tetapi disebabkan kerana sekarang terlalu banyak produk yang menggunakan marketing plan MLM ini dan kerugian, jadi ramai yang menganggap ianya semacam penipuan padahal ia adalah disebabkan tidak mengetahui saluran yang betul untuk sasaran pelanggan dan cara memikatnya
Jadi, bagaimana caranya,
Saya ada melayari laman web http://www.330Hyper.com dan ianya adalah sistem internet yang memperkenalkan produk TERUS KE BERIBU HANDSET PELANGGAN. Ianya mudah,murah dan berkesan. Ianya umpama flyers tetapi flyers terus ke talifon pelanngan. Bukankah ianya salah satu lagi sistem komunikasi yang baik.
Tak salah dan tak rugi jika anda melayari web ini. Kalau rasa tak bagus selepas membacanya tidak mengapa.Anda tidak rugi membaca Tetapi saya pasti anda mesti teruja. Terutamanya ajen2 MLM dan ajen insurance
Jika inginkan penerangan dan ada pertanyaan sila email saya miznie.gurlz@gmail.com @ call saya 014-3670936 atau daftar terus dengan mengguna referall username pantai80 bagi yang berminat untuk menyertainya
sekian
wassalam
irwandahnil : Promote jangan tak promote. Promosi raya!
bagus ng perancangan 2.. mmg bgus untk org bru yg nk ceburi bidng perniagaan…. sy baru2 ni ada pergi khsus ekpolasi mantik bawah dato jailani jabar n prof idham.bg sape2 yg nk jd perniga bijak kuat dr segi mentel or fizikal boleh col sy -0139468788/0179313061. TQ selapas khsus ada pniagaan yg terbaru n letup.. tgu tahun hadapan 1 team iaitu GQ akan buat org melayu teruja dgn team ini.. IRC SEREMIK OR LAEN2 MLM akan kalah dgn team ni…
Saya sekarang tak sampai sebulan cuba-cuba dalam MLM Alpha Lipid Colostrum, satu makanan kesihatan. Nampaknya progress agak baik dengan Izin Allah Taala. Doakan saya berjaya, bro!
irwandahnil : Saya akan doakan supaya sentiasa berjaya. Yang penting tidak berhenti berusaha.
Info dan ilmu yang membuka minda. Perkongsian pengalaman yang cukup berharga kepada pembaca. Syabas!