5 Tips ‘Otai’ Mengekalkan Pendapatan di Internet

4 03 2010

Orang kata, di internet mudah dapat duit. Senang mencari wang ringgit. Sertai affiliate, Adsense dan pelbagai lagi. Di internet, dengan menjual informasi memang boleh menghasilkan pendapatan. Bagi sesiapa yang baru menjana pendapatan di internet mengetahui bisnes secara kecilan di internet menghasilkan pendapatan yang kecil, berkala dan juga bermusim. Dah namapun bisnes kecilan.. Bila ada ebook baru dikeluarkan, semua akan mempromosikan ebook yang sama. Bila ada produk baru dilancarkan, pun jadi begitu. Ia datang dan pergi. Bermusim.

Tetapi mengapa ada antara mereka yang dikenali sebagai ‘otai’ (orang lama) di internet dapat mengekalkan pendapatan mereka ? Mereka ada formula mereka sendiri. Mengikut pengamatan saya, mereka ini mempunyai ciri-ciri berikut yang diamalkan. Kira macam petualah ni:

1. Mereka ada masa untuk produk

Walau dalam kesibukan dan hiruk pikuk dunia internet, mereka peruntukkan masa untuk membina produk mereka sendiri. 60% masa digunakan untuk membuat hal sendiri, kajian dan penyelidikan dan juga pembangunan produk dan selebihnya barulah digunakan untuk menyertai affiliate atau bersosial di internet. Itu pun, mereka sangat memilih program yang ingin disertai, tidak secara terburu-buru dan sangat santai. Mereka tidak terikut-ikut dengan cakap-cakap.

2. Mereka mencipta formula

Mereka bukan berniaga di internet setahun dua. Lebih dari itu, mereka telah terlibat dengan pelbagai perniagaan di internet. Sehinggakan mereka mampu memetakan senario perniagaan dengan jelas, menganalisa, membuat kajian dan ujian dan akhirnya menemuni formula mereka sendiri. Mereka akan dapat satu formula produk apa yang berpotensi untuk dibangunkan. Kerana itu, kebanyakan otai ini dikenali sehingga kita.

3. Membina rangkaian dan lingkaran kenalan

Mereka mempunyai rangkaian kenalan yang luas dan ini adalah WAJIB! Kenalan pula selalunya mereka akan kelaskan kepada 2 golongan; 1. Pengikut 2. Rakan niaga. Mereka akan tahu menilai rakan mana yang diperlukan untuk tujuan tertentu.

4. Fokus dalam bidang

Memang itulah lumrah IM yang terkenal. Mereka dahulu juga hingusan yang bermain dengan wang kecil. Semua bisnes nak dicuba, semua produk dipromotekan. Yang penting dapat duit. Tetapi bila sudah semakin senior, mereka semakin senyap, memilih dan juga fokus. Mereka usahakan pendapatan pasif, dan juga meningkatkan saiz pendapatan. Pendapatan kecil tidak lagi menarik minat mereka. Oleh itu, mereka khusus dalam bidang masing-masing. Cuba lihat sekeliling, siapakah yang dikenali sebagai pakar Ebay ? Pakar Blog ? Pakar produk fizikal ? Pakar dropshipping ? Pakar Lelong ?

Pakar SMS ? :D

5. Membina jenama dan identiti

Mereka menuju kepada pembangunan jenama peribadi. Mereka menggunakan strategi jenama untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka. Mereka mula menggunakan strategi ‘lautan biru’ meneroka perniagaan yang lebih kekal dan berdaya saing. Mereka tidak kisah jika produk mereka tidak laku sekarang, tetapi mungkin setahun dua lagi, mereka mula menjana pendapatan secara passive.

Inilah disebut Formula Rahsia. Terokai diri kita, adakah kita juga sedang mencipta formula rahsia ?


Actions

Informations

3 responses to “5 Tips ‘Otai’ Mengekalkan Pendapatan di Internet”

8 03 2010
moon (13:45:13) :

Salam.saya hanya teringin berkongsi senario atau lebih kepada bertanya pendapat. ramai diluar sana yang saya yakin tercari-cari cara untuk menambah pendapatan dengan IM. tEtapi akhirnya yang mendekati mereka adalah MLM yang bertopengkan internet dan teknologi…saya cadangkan saudara wujudkan satu perniagaan seperti ini dan bentangkan kepada kerajaan(jabatan berkaitan) supaya skim2 seperti ini bukanlah satu scam lagi…wujudkan skim yang diiktiraf oleh kerajaan….mungkin boleh difikirkan.sorilh klu xbkaitan dengan tajuk nie..he

9 03 2010
irwan.dahnil (07:13:38) :

moon,

Terima kasih diatas pandangan.

Saya juga setuju apabila dikatakan skim-skim ni yang ‘masuk jarum’ kepada mereka yang inginkan pendapatan IM tulen. Satu perkara yang saya kita elok adalah bermentorkan mereka yang telah mempunyai track rekod. Dan satu lagi kita hendaklah banyak membaca dan membuat kajian mengenai skim-skim ini.

Rule #1 : Mana-mana yang mencurigakan, tinggalkan. Ada banyak lagi peluang pendapatan lain.

Saya rasa kerajaan sedang pinda Akta Jualan Langsung untuk memasukkan sekali MLM secara online. Kita tengok dulu macam mana hasilnya nanti.

9 06 2010
Syafiq Zainal (17:05:18) :

Salam Tuan Irwan..
Pakar SMS sudah tentu Tuan Irwan.. hihi..

Rasa sangat seronok & sangat SERONOK baca entri ni, terima kasih kerana berkongsi idea.
Saya rasa 99.99% apa yang ditulis diatas saya bersetuju! :)

Saya harap saya dapat aplikasikan tips ini mulai sekarang.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>