Tanah : Pelaburan Untuk Generasi Akan Datang

26 07 2010

Artikel iniĀ  saya terjemahkan dalam Bahasa Malaysia kerana kandungannya yang sangat menarik untuk orang seperti saya yang menjadi penduduk asal di negara berdaulat Malaysia.

Artikel ini disumbangkan oleh seorang deka-jutawan, seorang CEO dalam syarikat senaraian awam dan ketika ini terlibat dalam pembangunan hartanah di Kota Kinabalu.. Ayuh kita pelajari sesuatu dari yang pakar..

” Tetapi kebanyakan dari kita, jangka masa panjang bermakna sekitar 5 tahun, sederhana bermakna sekitar 1-3 tahun dan jangka masa pendek mungkin tidak lebih dari 6 bulan. Bagi kebanyakan pelabur hartanah, jangkamasa tersebut adalah kebiasaan dalam meramalkan keuntungan pelaburan.

Orang yang berfikir jauh sebenarnya orang yang sangat beruntung. Saya sedari antara satu sebab mengapa kebanyakan bangsa Cina secara rata-rata kaya (atau sekurang-kurangnya kualiti kehidupan lebih baik dan mewah), walau di ceruk dunia mana sekalipun mereka berada, adalah disebabkan kesungguhan mereka untuk berfikir, bertindak dan melabur dalam instrument yang secara relatifnya lebih panjang berbanding bangsa lain.

Perlakuan ibubapa Cina melabur bukan hanya untuk diri mereka atau anak tetapi juga untuk cucu DAN cicit juga! Kesannya, perlakuan ini menjadi tabiat. Begitu jauh mereka melihat…

LadangRamai keluarga Cina yang dahulunya memulakan kehidupan dengan menoreh getah, kelapa sawit, koko, lada putih dan sebagainya kini mempunyai berhektar atau sekurangnya berekar tanah yang kini menjadi sangat bernilai dan muncul sebagai kawasan pembangunan yang berharga. Di Lembah Kelang kawasan seperti Bangsar, Damansara, Kenny Hills, Ampang, Petaling Jaya dan Subang dahulunya merupakan kawasan perladangan.

Syarikat perladangan moden seperti KL Kepong, IOI, Asiatic Development, Guthrie, Bousted dan Sime Darby merupakan antara syarikat yang mempunyai serampang dua mata, menjana pendapatan dari hasil perladangan dan dalam masa yang sama akan meraih keuntungan yang berlipat kali ganda dari nilai hartanah. Syarikat ini sebenarnya menggunakan strategi yang sama yang digunakan oleh ibubapa Cina tadi.

Pernah sekali seorang CEO syarikat perladangan kelapa sawit multinasional berkata “Kita telah berada dalam bisnes kelapa sawit lebih 100 tahun. Walau pun begitu keuntungan yang diperolehi sejak kita bermula tidak dapat menandingi keuntungan kita menjual sebuah estate! “. Dan estate tersebut adalah Damansara! “

Cetus hati saya….

Ini merupakan strategi pelaburan yang memang terbukti sejak sekian lama. Saya yang lahir di Lembah Kelang, pada awalnya tidak mengerti relevannya perkara ini memandangkan di Lembah Kelang mempunyai tanah yang terhad. Tetapi lama kelamaan, rupanya banyak lagi tanah yang menunggu untuk diteroka, diperam seperti yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu.

Mereka hanya menunggu saya datang untuk datang, melihat dan menakluk. Saya ingin mencari ladang yang akan menjadi ‘Damansara’ dalam tahun-tahun mendatang.

Veni, Vedi, Vici!

Sign


Actions

Informations

7 responses to “Tanah : Pelaburan Untuk Generasi Akan Datang”

27 07 2010
Fazli (21:19:31) :

saya sedang mempelajari sedikit selok belok tentang pelaburan hartanah ni. satu perkongsian yang baik. terima kasih.

28 07 2010
Yazid (15:59:49) :

Donald Trump pernah berkata, If you want to get rich quick, venture into real estate

huhu, tapi orang kita masuk “get rich quick scheme”

1 08 2010
Zoelhilmi (23:26:11) :

Setuju dengan Tuan Yazid & terima kasih diatas perkongsian Tuan Irwan

3 08 2010
muhamad nornizam (19:44:36) :

wah, bersemangat nampaknya en irwan ni…Veni, Vedi, Vincci!

bisnesku.com

6 10 2010
man (01:56:44) :

salam,
setelah saya habis membaca artikel mengenai pelaburan dalam bidang hartanah
yang saudara nyata kan,di sini ingin saya memberi sedikit pandangan…
dari sudut bidang yang sedang saya ceburi (sawit).
Bermula dari kursus dan bimbingan dari PAKAR di Kementerian peladangan dan Komonoditi,saya mulakan dengan mempelajari teknik penjagaan,pengurusan dan penyelenggaraan tapak semaian anak pokok sawit,
Saya mulakan secara kecil-kecilan dengan membuat tapak semaian di sekitar kaw rumah lebih kurang 1/2ekar,saya mula praktik kan apa yg telah di pelajari,
bermula dengan 1000 biji benih cambah anak pokok sawit saya bela dgn Secara sampingan,
Ketika masuk bulan yang ketiga,saya mula mempromosi kan dengan cara yang telah di ajar oleh pegawai dari kementerian
IKLAN dan PROMOSI di dalam surat khabar dan internet,
Dengan izin ALLAH
Saya telah mendapat tempahan dari pekebun2 kecil hingga saya dapat bertemu dan berurusan dengan Taukey2 ESTET,ada yang berpangkat besar,hingga kan sampai ke tahap saya boleh bertikam lidah,tawar menawar dalam urusan penjualan anak-anak pokok dengan Datuk2,
Saya amat terkejut dengan permintaan Mereka yang mempunyai Ladang2 yang amat luas dan merata tempat dan negeri telah saya ikut mereka.
Kini masuk nya Tahun ke 3,
Saya mula merapatkan hubungan dengan mereka yang berada di dalam bidang perladangan ini dengan cara mengikut apa saja kehendak mereka,
kemudian melihat,memerhati,mempelajari teknik dan selok belok bagaimana mereka ini di kategori kan PLAYER Lama,

Saya mengkaji,mempelajari,bertanya,menambahkan ilmu,menkaji teknik dan taktik,bagaimana mereka ini mampu utk menambah kan lagi tanah2 dari seluas 1ekar hingga kan ada yang mencecah puluhan ribu ekar ladang hingga kan ada yang mempunyai kilang memproses sendiri.

kesimpulan yang saya ambil dari contoh 3 group taukey ladang berbangsa cina ini,mereka ini bergerak dalam 1 pasukan,contoh;
1-ketua yang mempunyai kekuatan dalam bidang Ekonomi
2-ketua yang mempunyai kepakaran dalam bidang peladangan,pembalakan
3-ketua dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan
4-ketua dalam bidang pelaburan,pakar dalam perniagaan,undang-undang
mempunyai pengaruh kuat dalam bidang politik dan kerajaan.

Dan setelah saya mengkaji dan meneliti dari segala sudut pengalaman dan ilmu yang saya dapat tempohi hingga ke saat ini,Akhir nya saya dapat temui jalan bagaimana mereka mampu utk membina Empayer mereka ini,
APA YANG SAUDARA KATA KAN kesimpulan nya memang benar,
Jika kita dapat MEMPUNYAI 1 ladang maka kita mampu untuk berjaya seperti mereka dengan meluaskan Empayer seperti mereka juga.
Walau bagaimana pun kita harus ingat,mereka ini adalah PLAYER2 LAMA
Hati2 jika anda ingin melangkah sebagai PLAYER BARU,

SALAM SEJAHTERA UNTUK SEMUA..

12 10 2010
brooo (11:21:02) :

nak beli tanah ke

25 11 2010
FiMF (15:26:49) :

Bro..
Veni Vidi Vici lah.. Bukan Vincci :-)
http://en.wikipedia.org/wiki/Veni,_vidi,_vici

irwandahnil : Khilaf ketika menulis teringat kedai kasut pula :) Terima kasih.

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>