Mahu Pinjaman Perniagaan ? Fikir Dahulu

6 07 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kelihatan blog ini tidak tersentuh sepanjang bulan Jun 2011.  Trip ke Cambodia memang menyebabkan saya menghilang seketika. Dan yang lebih penting dan bermakna, saya mendapat ahli baru dalam keluarga.  It’s a boy! Sewajarnya, terabai seketika blog ini :)

Apapun, sejak akhir-akhir ini banyak carian di Google yang mencari cara-cara membuat loan dan pinjaman perniagaan.  Sedikit pertimbangan yang saya boleh kongsikan :

1. Jika baru berniaga atau dengan niat mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan, saya syorkan agar simpan sahaja dahulu niat suci tersebut. Boleh saya katakan hampir SEMUA bank tidak akan memberikan pinjaman kepada anda. Itu saya sangat pasti. Kecuali dengan skim-skim pembangunan usahawan yang tertentu, mungkin anda bernasib baik.

Sebabnya adalah mudah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman kepada mereka yang belum terbukti berjaya. Kalau mereka beri pinjam, peluang untuk mereka kuting semula duit adalah rendah. Pilihan yang anda ada adalah bootstrapping yang merujuk kepada sumber-sumber kewangan lain seperti duit mak abah, duit saving, duit kawan-kawan dan sebagainya.

2. Kalau telah mula berniaga sekurang-kurangnya 6 bulan, peluang untuk pinjaman masih baik, tetapi jumlah pinjaman biasanya rendah sekitar RM1,000 sehingga RM10,000. Jika anda mementingkan masa, sungguh membuang masa untuk membuat kertas kerja, mencari penjamin dan segala macam dokumentasi yang diperlukan. Berbaloikah ?

3.  Jika anda telah setahun berniaga, institusi pinjaman memerlukan 1001 dokumentasi yang lengkap. Sudahkan syarikat anda diaudit? Bagaimana dengan sistem perakaunan anda? Penyata akaun anda cukup cantik untuk dipersembahkan ? Perniagaan anda cukup menguntungkan untuk membayar balik pinjaman ? Jika syarikat anda lebih dari 3 tahun,  derita untuk menyediakan penyata kewangan juga terheret sama kerana memerlukan penyata untuk 3 tahun!

4. Anda meminjam untuk beli apa ? Beli lori? Beli kilang? Beli tanah? Atau anda meminjam sebagai modal pusingan ? Pinjaman untuk pembelian aset lebih baik dari untuk tujuan lain. Kerana aset tersebut sendiri boleh menjadi cagaran (collateral) jika pinjaman tidak terbayar semula.

5.  Cuba letakkan diri anda sebagai pemberi pinjam wang / bank. Anda rasa anda mahu atau tidak berikan pinjaman kepada syarikat seperti yang anda miliki sekarang ini? Kalau anda sendiri keberatan untuk memberi pinjam, apatah lagi bank!

Hmm.. Bukan untuk melemahkan semangat, tetapi bergantung harap kepada duit orang lain untuk permulaan perniagaan adalah sesuatu yang susah. Kecualilah anda mempunyai bapa yang kaya raya, atau mewarisi harta berjuta, mungkin tidak mengapa.

p/s : Jangan pula pergi ke Along untuk pinjam wang ya… Mereka memang boleh tolong, tapi mesti mau potong (tangan!) :)


Actions

Informations

7 responses to “Mahu Pinjaman Perniagaan ? Fikir Dahulu”

12 07 2011
mala (08:16:23) :

SAS ADVISORY SERVICES adalah perkhidmatan menyediakan kertas kerja bagi tujuan mendapatkan pembiayaan bank dan Dana-dana lain. SEHINGGA HARI INI KAMI TELAH MEMBANTU LEBIH DARI 700 USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA MENYEDIAKAN KERTAS KERJA DAN BERJAYA MEMPEROLEHI PEMBIAYAAN DARI INSTITUSI KEWANGAN TEMPATAN DAN KEMENTERIAN. Kami menyediakan

1) KERTAS KREDIT/ KERTAS KERJA
2) ALIRAN TUNAI PERNIAGAAN/CASHFLOW
3) RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)
4) LAPORAN UNTUNG RUGI TAHUNAN (AKAUN)
5) ASSIGNMENT
6) PERKHIDMATAN PEGUAMBELA & PEGUAMCARA (civil, criminal, corporate, conveyancing, intelectual property, taxation dan housing loan)

Dan Dokumen-dokumen lain.Ini adalah PERKHIDMATAN PROFESIONAL dan kami mengenakan caj profesional sahaja. Dengan pengalaman lebih 15 tahun bertugas di Institusi Kewangan, SAS yakin dapat membantu usahawan-usahawan bagi mempermudahkan setiap permohonan,

berminat? call/sms 0124189174 (mala) atau emel ke nanklate@yahoo.com

tq:))

29 08 2011
Shah Othman (18:44:35) :

Saya sokong kalau ada usahawan yang tidak meminjam dari bank semata-mata ingin memulakan perniagaan.

Berdasarkan pengalaman yang saya hadapi sendiri, membuat pinjaman dengan bank hanya menyakitkan hati. Maskud saya, bukan semasa dapat pinjaman, tetapi sekiranya terdapat masalah dengan syarikat yang sedang kita usahakan. Mungkin pembayaran dari penghutang lewat, pembayaran dari pelanggan juga lewat, modal pusingan yang hampir habis, semua itu hanya merunsingkan jiwa.

Nasihat saya untuk semua, cuba mulakan perniagaan dengan sekurang-kurangnya modal ditangan sebanyak 50% - 70% dari jumlah modal sebenar.

Selamat berjaya dengan perniagaan anda.

4 06 2012
eidil (20:17:29) :

kalau nk tunggu modal 50%-70%.. bila yg blh nk meniaga…. mesti ada cara lain.. ada sapa2 blh kongsi x..?

2 07 2012
mohamad masood (10:10:27) :

salam . saya oku pekak dah dpt ssm nama Mbudi Entrprise tapi tak ada modal selama 6 bulan baru. saya dah gagal mencari pinjaman untuk beli modal.. saya fikir modal dari mana pinjaman.. bantuan pinjaman ..

27 11 2012
AZMAN (17:53:05) :

Hati2 dengan SAS Advisory kerana syarikat ini hanya pandai menjanjikan pelbagai kemungkinan pinjman boleh dapat. Mereka hanya membuat kertas kerja dan kononnya ada kabel dalam bank dan 90% akan dapat. Tetapi apabila bayaran dah dibuat, dan kertas kerja akhirnya ditolak oleh bank, maka bermulalah salah menyalah SAS terhadap pelanggan yg kononnya tidak tidak layak sedangkan kertas kerja mereka yg terbaik. Mereka tidak akan memulangkan semula upfront sb bkn salah kertas kerja mereka. Tapi taukah anda bahawa bank tidak akan memberi sebarang alasan jika permohonan ditolak. akhirnya call tk berjawab dan jika dijawab pun, mereka akan menyalahkan pelanggan. Ini pengalaman.

23 12 2012
kama (21:22:35) :

nak pinjam atau tak nak pinjam ikut kemampuan sendiri.tabung pembangunan usahawan ada,jangan menyerah kalah.

30 12 2012
Zaman (18:10:31) :

Saya orang Melayu,
bukan disini nak diskriminasi, tapi saya x tahu nak minta tolong dari siapa. Kawan sendiri pun pinjam duit tapi lesap & hilang entah kemana….
Tolong beritahu saya, agensi kerajaan mana yg boleh bantu saya memulakan perniagaan tanpa “hanky-panky” & bawah meja.
Saya betul2 nak berniaga kedai runcit, wang simpanan x banyak, sebab dah kerja 4 tahun tapi gaji pokok kecil, x mampu nak “saving” sampai puluh ribu….. bonus pun syarikat x pernah kasi.
-Tolong saya-

Leave a comment

You can use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>