You are currently viewing 2014 : Kembara Keliling Dunia

2014 : Kembara Keliling Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun 2014 menjelang.

Bererti 365 lembaran hari saya tinggalkan blog ini tanpa pengisian yang signifikan. Blog ini usang, rosak sendiri tanpa ada kandungan yang baru yang mahu saya kongsikan.

Insyallah, saya berazam untuk mula menulis semua di blog ini seaktif mana saya sebelumnya. Saya telah dapat redakan kekusutan kronik kesan dari perubahan setting dalam kehidupan. Saya mahu hidupkan semula supaya kandungan yang ditulis akan dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

Bermula hari ini, saya akan menulis dengan genre yang lebih bebas. Saya masih mengekalkan nic perniagaan, usahawan, inspirasi dan motivasi. Saya tidak dapat lari kerana itu sudah menjadi darah daging selama lebih 12 tahun berkecimpung dalam kehidupan ‘street smart’ tersebut. Itu merupakan kepakaran yang dibentuk selama beberapa tahun.

Sifu saya berkata,

“Kepakaran itu tidak akan berubah. Tetapi kepakaran itu boleh ditambah.”

Maka saya mahu sedikit penambahbaikan dalam blog ini. Saya bercadang untuk memasukkan beberapa tema lain dalam penulisan. Blog ini mungkin menjadi lebih personal, kandungannya membebaskan saya sebagai orang biasa yang akan sentiasa melakukan kesilapan. Saya tidak mahu hidup dalam kegemilangan lampau. Saya mahu mencipta kehidupan baru yang segar.

Saya mempunyai ‘kegilaan’ baru sejak beberapa tahun kebelakangan. Kembara ke negara orang. Saya mahu kongsikan pengalaman kembara ini. Saya rasa nic ini akan berkembang baik dari tahun ke tahun, melihat trend saya yang sering mengembara. Bukan saya mahu menjadi pakar kembara, tetapi saya mahu berkongsi perspektif berbeza yang saya lihat di negara luar sana. Saya mahu jadi pengembara dunia!

Saya mahu lebih  matang melihat dunia. Dari kaca mata saya sendiri. Saya tidak mahu setiap hari berlalu dengan sia-sia. Doakan saya berjaya.

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

Leave a Reply