3 Itinerary Amsterdam Yang Popular

3 Itinerary Amsterdam Yang Popular

Amsterdam ini agak unik. Pertama sekali dari segi cuacanya. Kedua bentuk muka buminya dimana banyak terusan dalam bandar. Dan yang ketiga , prostitution / pelacuran ‘dihalalkan’. Teruja ? Ini bererti Amsterdam menawarkan banyak bentuk trip atau pengalaman yang berbeza. Ikut citarasa masing-masing. Mahu apa di Amsterdam ? Menikmati keindahan alamnya, menikmati budaya atau sekadar cukup setakat singgah sahaja?

Dari post yang lepas, ada yang meminta dibuat itinerary bagaimana menikmati Amsterdam dalam masa satu hari. So, aku buat sedikit catatan ringkas bagi sesiapa rasa ianya bermanfaat. Dibawah ada beberapa pillihan itinerari Amsterdam ke lokasi yang popular. Itinerary ni semua dalam masa sehari. Pilih mana-mana suka.

Itinerari #1 : Tempat Paling Popular di Amsterdam
Motif : Meminati budaya dan senibina
Kenderaan : Berjalan Kaki atau naik tram
Digalakkan membeli museum pass/ I Amsterdam City Pass bagi penjimatan bayaran masuk ke tempat tarikan.

Ams1

  1. Beraturrrr....

    Beraturrrr….

    Seawal pagi, berjalan ke kawasan Van Gough Museum sebagai starting point. Di sini sekitar kawasan ini ada banyak bangunan, museum dan tarikan pelancong yang utama. Museum Van Gough ni antara yang paling popular kerana menyimpan hasil seni paling banyak Vincent Van Gough.

    Dikunjungi lebih 1.5 juta pelancong setiap tahun, dibuka seawal jam 9am sampai petang. Tiket masuk €12, dan biasanya kena beratur panjang. Haishh… Mahu habis juga sejam lebih berada dalam museum ni. Orang senilah katakan..

  2. Jika habis awal di Van Gough Museum, boleh terus ke Museumplein. Ini macam dataran merdeka lebih kurang. Ini lokasi paling popular orang Malaysia ambil gambar dengan “I AM STERDAM” (sebenarnya ada satu lagi sign ni di Schipol Airport baru dibuat beberapa tahun lalu). Ketika musim winter, kat sini akan dibuka skating rink. Boleh la layan orang main skating. Nak main sekali pun boleh, kalau skill tahap ‘bole cari makan’.

    Nak ambil gambar cantik, ambil masa awal pagi. Kalau siang sikit dah ramai orang. Setiap huruf tu ada je orang akan panjat bergambar.

    Nak ambil gambar cantik, ambil masa awal pagi. Kalau siang sikit dah ramai orang. Setiap huruf tu ada je orang akan panjat bergambar. Bangunan di belakang signage itu adalah Rijkmuseum,

  3. Dalam jam 11 pagi begitu, pergilah ke Rijkmuseum. Lebih kurang 5 minit berjalan dari Van Gough Museumnya. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Museumplein. Rijkmuseum ni museum kebangsaan negara Belanda. Museum ni banyak menceritakan bagaimana negara Netherland dari perspektif yang menarik. Tiket masuk €13, pun kena beratur panjang. Tiket boleh dibeli secara online. Lebih mudah.

    Museum Kebangsaan Netherland. Foto : Telegraph

    Museum Kebangsaan Netherland. Foto : Telegraph

  4. Tengahari boleh la berenti makan. Kat Museumplein lepak pun best juga ala-ala piknik.
  5. Atau pun terus sahaja ke Leidseplein. Sedar tak banyak sangat ‘plein’. Dalam bahasa kita mungkin adalah Dataran. Atau Square dalam Englishnya, kawasan luas seperti padang atau tapak terbuka. So kalau nama dia ada ‘plein’ tu, itulah maksud dia. Leidseplein ni kawasan yang happening, kerana di dataran ini ada ramai orang kerana ia adalah tempat persinggahan utama pengangkutan awam.
    r

    Yang lebih istimewa di sini ada banyak street performer yang menghiburkan. Buskers dan penyanyi jalanan juga ramai.

    Yang lebih istimewa di sini ada banyak street performer yang menghiburkan. Buskers dan penyanyi jalanan juga ramai. Musim summer, orang datang melepak minum di bar atau cafe-cafe dan ketika winter ada skating rink disini. Leidseplein ni kira-kira10 minit berjalan kaki dari Rijkmuseum. Dekat je.

  6. Dalam jam 2pm, singgahlah ke Anna Frank House. Nak masuk kena bayar dalam €8, dan sekitar 20 minit berjalan dari Leidseplein. Kalau  nak tau, rumah ini tempat persembunyian Anna Frank ketika Perang Dunia Kedua. Akhirnya pihak Nazi menemui tempat persembunyian ini dan menghantar mereka ke pusat tahanan. Cara penceritaan dan barang-barang dalam museum ni best jugakla. Cerita Anna Frank ini diketahui dari diari Anna yang kemudiannya ditulis menjadi best-selling novel. Boleh layan…

    Inilah diari Anna Frank. Last2 jadi novel bestseller. Foto : Jeff Werner

    Inilah diari Anna Frank. Last2 jadi novel bestseller. Foto : Jeff Werner

  7. Kalau dah boring layan Anna Frank, berjalan kaki ke Dam Square. Dalam 10 minit. Dam Square ni adalah dataran terbesar di Amsterdam di mana tempat utama adalah bekas kediaman bangsawan dan kerabat raja Netherland. Kat sini pun boleh layan street performers dan bagi burung makan.
    Kadanga-kadang street performer kena halau dek penguatkuasa.. Hehe

    Kadanga-kadang street performer kena halau dek penguatkuasa.. Hehe

    Di sebelah Dam Square ni ada Madam Tussaud, museum lilin yang glamer tu. Ada duit boleh la masuk tengok patung lilin.

    Sebelah Dam Square, ada Madam Tussaud

    Sebelah Dam Square, ada Madam Tussaud

    Dam ni sebenarnya macam empangan air yang dahulunya dibina untuk menghalang air dari laut memasuki bandar. Ini tidak menghairankan kerana nama Amster’dam’ itu sendiri telah menggambarkan bahawa bandar ini mempunyai banyak terusan yang cantik-cantik.

  8. Last sekali naik lah river cruise. 10 minit jalan kaki dari Dam Square. Ini layan juga sejam dalam cruise ni yang menyusuri terusan di Amsterdam ini. River cruise ni is a must lah kot. Top attraction di Amsterdam.

    Bila di dalam cruise, baru kita nampak bangunan di Amsterdam ni tak sama rata. Kerana banyak sangat dam/empangan dan terusan air.

    Bila di dalam cruise, baru kita nampak bangunan di Amsterdam ni tak sama rata. Kerana banyak sangat dam/empangan dan terusan air.


Itinerari #2 : City & Zaanse Schans

Motif : Nak ambil gambar windmill dan melihat kehidupan pinggir laut
Kenderaan : Naik train, dan berjalan

Ams2

  1. Seawal pagi jam 9am, pergi terus ke Zaanse Schans (aku pronounce ‘zansesans’.. lidah minang nak buek camno). Ini tempat dimana orang Malaysia tergila-gila nak pergi sebab ada windmill / kincir air tu. Zaanse Schans ni sebenarnya tapak terbuka, so datang awal pagi pun tiada masalah. Ia dipelihara dan mempunyai kincir air atau kilang pembuatan dan juga museum.
    Aku rasa ada 7 windmill disekitar sungai ini. Pemandangan superb.

    Aku rasa ada 7 windmill disekitar sungai ini. Pemandangan superb.

    Antara kilang (mill) yang boleh dilawati seperti cat dan minyak. Ada mill yang masuk percuma, ada yang kena bayar. Dah nama pun windmill, kat sini angin mesti la kuat-kuat tiupannya. Selain itu senibina rumah disini memang cantik yang dibina seawal tahun 1700.

    Antara mesin yang digerakkan menggunakan kuasa angin. Ini didalam windmill.

    Antara mesin yang digerakkan menggunakan kuasa angin. Ini didalam windmill.

    Selain kincir angin, ada beberapa bengkel dan kedai yang boleh dilawati secara percuma seperti bengkel buat terompah dan juga keju. Disini layan la secawan kopi atau coklat panas di tepi terusan.

    Dengar la orang tu cerita macam mana buat keju. Last-last beli di supermarket juga. Heheh

    Dengar la orang tu cerita macam mana buat keju. Last-last beli di supermarket juga. Heheh

    Satu perkara yang menarik boleh dilihat disini, jika ada masanya ada jambatan sebelum masuk ke tapak Zaanse Schans yang akan terbuka (terbelah dua?) membenarkan kapal/bot melalui dibawahnya.

    Inilah jambatan 'terbelah dua' tu. Kedua-dua belah terangkat ke atas membolehkan bot/kapal lalu dibawah.

    Inilah jambatan ‘terbelah dua’ tu. Kedua-dua belah terangkat ke atas membolehkan bot/kapal lalu dibawah.

    Zaanse Schans kalau dilayan boleh hari separuh hari juga kalau setiap minit nak ambik gambar dan selfie. 🙂 Satu perkara orang kata, Zaanse Schans ni terlalu ‘touristik’. Hanya tumpuan pelancong je, tapi windmill tu bukan original kerana ia dibawa dari pelbagai lokasi seluruh Netherland dan dihimpunkan disitu supaya semua pelancong Malaysia seluruh dunia boleh tengok dengan mudah.

  2. Dari situ, boleh ke Volendam. Agak jauh juga kira-kira 20 km dari Zaanse Schans. Tapi memang berbaloi sebab Volendam adalah kawasan perkampungan penangkap ikan. Kat sini boleh jalan kaki dengan aman, tetapi angin kuat kerana lokasinya di tepi laut. Tapi memang berbaloi. Nak ambil gambar dengan bot memang cantik kat sini.

    Perkampungan nelayan. Memang cantik. Foto : lifelicious

    Perkampungan nelayan. Memang cantik. Foto : lifelicious

  3. Dari Volendam, boleh berjalan kaki perlahan-lahan 20 minit  (best siut jalan tepi laut) sampai ke tempat di panggi Marken. Marken ni macam pulau la sebenarnya tapi bole jer berjalan kaki ke sana sejak tahun 1957 kerana telah dibina penghubung jalan disebut dike (macam batas sawah). Dulu ada banyak perkampungan yang terlibat dengan perikanan disini.
    Rumah desa memang keunikan di Marken. Dulu ada 17 kampung disini tapi sekarang dah tinggal sikit.

    Rumah desa memang keunikan di Marken. Dulu ada 17 kampung disini tapi sekarang dah tinggal sikit. Foto : Wiki

    marken2

    Mai tengok kambing sini meh. Foto : Wiki

    marken3

    Inilah dike. Macam batas. Boleh jalan kaki atau naik basikal. Kalau musim bunga, cantek woo kalau bunga tumbuh disisi dike. Foto : Wiki

  4. Dah penat berjalan, dalam jam 4pm tu balik la ke Rijkmuseum. Boleh baca panduan Rijkmuseum kat itinerari #1.
  5. Last sekali, boleh singgah ke Voldel Park. Taman awam percuma sahaja. Boleh lepak dan tenangkan fikiran. Atau kalau malas nak pegi Vondelpark, boleh amik gambar kat sign ‘I AM STERDAM’ di Museumplein depan Rijkmuseum. Atau kalau ada masa naik la river cruise. Kesimpulannya, ikut korang nak buat apa sebab di city ada banyak tempat.

    Vonderpark ketika musim luruh. Foto : Cityguide2011

    Vonderpark ketika musim luruh. Foto : Cityguide2011

Jadi mana pelacurannya ? Takde pun dalam itinerari. Hahah..

Untuk tidak menghampakan pembaca, ini adalah itinerari ketiga. Jeng..jeng.

Itinerari #3 : City Center, Kaukenhauf & Red Light District
Motif : Nak pegi tempat yang cool, rare dan orang muda je yang suka.
Kenderaan : Naik trem, metro dan berjalan

  1. Senarai tempat ini tidak disusun ikut keutamaan atau aturan masa. Sebab tempat macam ni tak semua orang suka. Cuma die hard fan je yang suka.
  2. Kaukenhauf Tulip Fest. Yang ini bermusim. Bukan tiap masa. Siapa yang suka nak ambil gambar tulip atas padang yang luas, sinilah tempatnya. Rujuk di laman rasmi disini untuk mengetahui tarikh dan musimnya. Ia antara taman bunga terbesar di dunia.

    Cantek beb bunga dia. Biasanya dibuka antara Mac hingga Mei setiap tahun.

    Cantek beb bunga dia. Biasanya dibuka antara Mac hingga Mei setiap tahun. Aku tak pernah pergi sebab tarikh selalu tak sesuai ngan pesta tulip ni. Foto: Ilovetraveling

  3. Antara tempatnya adalah Hard Rock Cafe. Lokasi berhampiran dengan Rijkmuseum. Belikan abang sehelai T-Shirt ye.
  4. Tempat lain yang cool seperti Flower Market. Kira-kira 10 minit berjalan dari Flower Market. Kat sini ada jual benih bunga, souvenir murah, kedai-kedai dan juga marijuana. Boleh beli 5 gram sehari secara halal. 🙂

    Flower market. Souvenir aku selalu beli kat sini. Souvenir banyak yang tak senonoh

    Flower market. Souvenir aku selalu beli kat sini. Souvenir banyak yang tak senonoh

  1. Then mungkin boleh ke Waterlooplein. Ini kena naik Metro dan turun kat stesen Waterlooplein. Flea market menjual barang-barang antik, klasik dan juga bundle.

  2. Stadium Ajax Amsterdam. Team ‘belasahan’ Eropah. Hehe. Cari la sendiri dalam peta.

    Inilah stadiu Ajax Amsterdam. Kena belasah jew...

    Inilah stadiu Ajax Amsterdam. Kena belasah jew…

  3. Sex Museum. Masuk bayar.
  4. Tempat yang dinantikan adalah Red Light District. Pi cari sendiri! Hahahah…

// Maklumat pengangkutan awam seperti tren, train, metro dan bas boleh rujuk dalam post yang lepas DISINI.

// Amsterdam bagi aku tempat yang berbaloi untuk dilawati lebih dari sehari. 2 hari itu sebaiknya.

Selamat kembara!

Foto kredit : Mohd Fauzi dan Azhari Abas

***************************************************************************************************************************
Berikan Sokongan Anda!

Jika anda rasakan kandungan blog ini bermanfaat, follow di Fanpage Safarnama. Jumlah Like yang meningkat, membantu penulis memahami corak pembacaan dan menghasilkan kandungan blog yang relevan dan berguna untuk pembaca. Hanya klik butang LIKE PAGE di bawah.

***************************************************************************************************************************

Komen melalui Facebook

komentar

3 Responses to 3 Itinerary Amsterdam Yang Popular

  1. irwan.dahnil says:

    ID : Alamak! Otai dah masuk. Free je kebanyakan tempat, kecuali museum tu je.

  2. dillahrahim says:

    Em tumpang tanye 😊
    1) Kalau pergi zaanse schans ade bayaran apa apa tak?
    2) Agak2 tiket bas di amsterdam dalam berape euro ye?
    3) Zaanse schans ke volendam perlu naik feri ke dan berape tambang ke volendam tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *