You are currently viewing Siri Kembara Eropah : 7 Lokasi di Scotland Yang Wajib Pergi
Selalunya jarang orang bergambar disini. Tapi biasalah, buat benda lain sikit. Balik garu-garu. Gatal juga jerami ni.

Siri Kembara Eropah : 7 Lokasi di Scotland Yang Wajib Pergi

Scotland tidak sepopular England. Tidak stereotipikal, kalau datang UK mesti ke London. Scotland memang sebuah negara yang sangat berbeza dari jiran di selatannya.

Scotland adalah sebuah negara alam semulajadi. Senang cerita, kalau kau mahu datang Scotland, carilah alam semulajadinya. Bukan cari shoppingnya (walau pun ada tempat shopping). Bagi kau yang mahu tahu, lokasi atau destinasi yang kau mesti lawati di Scotland, aku senaraikan dibawah :

1. Glencoe

Bila sebut Glen bermaksud lembah yang curam. Memang terbentang luas, cantik ya amat. Dahulunya tapak bersejarah pembunuhan beramai-ramai, tapi kini sudah berubah menjadi lokasi sasaran pembikin filem Hollywood. James Bond dan Harry Porter bikin disini.

Sungai Glencoe. Tempat inspirasi untuk aku
Glen Etive. James Bond punya lokasi pengambaran.
Reunion kawan-kawan aku dari Sabah. Glencoe juga sampai.
Entah apa sungai di Glencoe ini. Pemandangan bersama kambing biri-biri. Tapi kambing lari masa aku cuba ajak selfie

2. Loch  Lomond & Loch Ness

Loch Lomond yang paling ramai orang datang sebab ia berhampiran dengan Glasgow dan mudah untuk sampai. Panjangnya kira-kira 36 kilometer, ada macam-macam aktiviti dan pemandangan yang sangat menenangkan.

Pendakian ke Ben Lomond. Sepanjang pendakian akan kelihatan Loch Lomond yang berkilometer panjangnya.
Bila tiba di puncak Ben Lomond, baru kau nampak panjangnya Loch dibawahnya. Pancit wei naik ke atas.

 

Tempat piknik kegemaran sebelah Loch Lomond
Loch Lomond Shore tempat aktiviti air yang popular. Nak datang pun senang naik train terus ke sini.

Loch pula bermaksud tasik. Ada lebih 31 ribu lebih tasik di Scotland. Banyak gila. Tapi yang popular tentunya Loch Ness yang terkenal dengan raksasa Nessi. Dan di tebing Loch Ness juga terdapat runtuhan Urquhart Castle.

3. Forth Bridge

Dibuka tahun 1890, merupakan jambatan laluan keretapi yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO. Berada dalam kawasan Edinburgh, ia menerima undian sebagai struktur paling ikonik di Scotland.

Kalau siap tahun 1890 teknologi macam ini kira sangat dahsyat la kot.
Aku suka bila ada matahari. Pernah aku piknik sekali disini, hujan turun. Makan dalam kereta la jawabnya.

4. Edinburgh Castle 

Yang ini aku rasa tidak perlu mahu explain. Kalau orang Malaysia yang datang akan nama Edinburgh la disebutnya. Anyway, Edinburgh bukan disebut ‘Edin-begh’ tapi disebut ‘Edin-bvra’. Bandar Edinburgh sendiri pun memang mempunyai tarikan bandar lama yang awesome.

Haha.. Terus aku teringat cover buku Lost in Sekutland. William Wallace Braveheart muka belang
Edinburgh castle ni atas bukit. Dari atas kau berjalan ke pekan lama Edinburgh. Pemandangan bandar klasik Eropah antara yang tercantik bagi aku.
Siapa tak de gambar depan castle macam ni, tak geng la.

5. Caingrom National Park

Taman negara terbesar di UK terkenal dengan kecantikan asli dan hidupan liar Scotland Memang natural, tidak tersentuh. Ini kawasan hutan liar juga lokasi kepada lima daripada enam gunung tertinggi di Scotland. Sebenarnya memang banyak gunung tinggi semua di Scotland.

Ini mountain railway. Masa musim winter, semua sibuk main ski disini.
Masa aku datang ketika winter, puncak di selaput salji. Kelihatan refleksi di permukaan Lake Morlich. Waktu magrib ni. Nasib baik takde hantu
Ko nampak tak mountain train tu ? 15 minit ke puncak. Cairngorm puncak tertinggi di UK
Aku senang jatuh hati la pada ketenangan alam semulajadi.

6. Isle of Skye

Isle of Skye menbawa bermaksud ‘pulau awan’. Orang Viking menggelarnya begitu kerana selalu sangat puncak gunungnya dilingkari dengan awan. Ia adalah kedua terbesar pulau Scotland, mempunyai gunung bergerigi, tasik yang berkilauan dan tebingptebing tinggi. Kalau datang, kau pakailah baju yang serba sesuai. Cuaca berubah cepat sangat disini.

Sebelum kau masuk Isle of Skye, ko akan jumpa Eileien Donan Castle. Cantik juga. Just beberapa batu dari Skye Bridge
Ini antara lembah di Quiraing
Jenis bebatuan di Quiraing beginilah yang uniknya Isle of Skye. Sangat mengingatkan aku pada Iceland.
Sepanjang perjalanan ke Portree. Foto aku jauh sangat untuk menyatakan keindahan sebenar tempat ini.
Dah anak aku yang ambil gambar. Aku rasa dia main petik je. Kalau aku jatuh ke gaung pun dia tak sedar kot.

7. Dunnottar Castle, Stonehaven

Yang ini personal choice aku. Aku rasa ini lokasi yang sangat cantik, bila ada castle di tebing tinggi laut. Dan di Stonehaven ada golf course yang memang puas mata memandang sampai ke laut!

Bagi aku pemandangan istana tepi laut suatu yang rare. Cuaca yang cantik, kau photoshoot macam mana pun, nampak cantik.
Di tepi Dunnotar Castle, kau boleh nampak jerami. Ala. Masa kecik dulu aku pun tak reti apakah benda ini. Haha
Selalunya jarang orang bergambar disini. Tapi biasalah, buat benda lain sikit. Balik garu-garu. Gatal juga jerami ni.
View Dunnottar Castle dari sudut lain pula. Jenuh juga nak ambil gambar menatang ni
Stonehaven Golf Course. Alamak bang. Main golf tepi laut. Aku tak main, tengok pun dah puas hati
Siapa mahu aku jadi kedi. Pun tak boleh harap.

8. Glasgow Darul Serba Serbi

Yang ini luar dari senarai sikit. Selain dari University Glasgow yang berumur lebih 500 tahun, Glasgow merupakan pintu masuk utama ke Scotland. Mahu cari apa barang semua ada disini, tempat yang paling vibrant yang menggetar rusuk. Mulakan trip dari Glasgow.

Cloister, University of Glasgow. Kalau kau nak datang ajak aku, sebab aku boleh dapat diskaun kalau kau beli souvenir kat sini. Hehe

Kalau kau datang, ada macam-macam sentuhan orang Malaysia, temasuk homestay dan BnB yang diusahakan oleh orang kita. Macam-macam lagi ada kat Glasgow. Nantilah sambung lagi.

Dengarnya dia ni legend. Abang Long kawasan Glasgow.

Mitos : Dikatakan juga disini bermulanya sejarah orang Melayu merantau ke Scotland, sehingga memelayuka nama dengan julukan Sekutland. Dengar kata mahu bertanding jadi datuk bandar Glasgow. Entah iya, entah tidak.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
DUN Glasgow, Scotland

irwan.dahnil

ID is a certified tour leader with extensive experience in organizing and leading private trips. A dynamic individual with a multiple of talents, extensive experience, and a broad spectrum of exposure across various industries.

This Post Has 3 Comments

  1. shida7arh

    tengok gambar pon dah teruja…rugi pulak book tiket ke aussie..kalau tau, pegi sini dulu.

Leave a Reply