Siapa irwandahnil
HELLO!!
Terima kasih kerana mengunjungi IrwanDahnil.com. Disini anda perolehi maklumat lanjut mengenai blog ini dan penulisnya. Peluang pertama untuk berkenalan ….
Blog ini dibangunkan setelah bertahun saya rasa tidak dapat mencatatkan banyak perkara yang saya fikirkan menarik. Banyak perkara telah dilalui, pelbagai pengalaman ditempuhi saya rasakan blog merupakan medium yang terbaik untuk saya kongsi. Terasa benar betapa ruginya saya tidak dapat berkongsi apa yang saya fikir dan saya rasakan dengan orang lain. Sedangkan ilmu yang baik itu adalah satu amal . Umpama pohon teduh yang rendang, alangkah nikmatnya dapat memberi sesuatu kepada orang lain.
Dalam dilema juga apabila saya menulis blog ini dalam Bahasa Melayu (mesti ada kawan-kawan yang tergelak nie !! ). Tapi saya rasakan ini merupakan satu cara yang paling baik yang saya dapat sumbangkan dengan golongan inilah sasaran. Jadi, mengapa tidak ye tak ? kan bahasa jiwa bangsa..
Blog ini, sekadar berkongsi minat dan pandangan, khususnya dalam bidang yang saya sendiri minati. Khusus untuk mereka yang saya hargai, kehidupan yang saya lalui, dan perkara yang berlalu pantas disekeliling yang sempat saya catatkan. Saya hargai mereka yang ingin berada di dalam lingkungan kehidupan saya.
Life is short. Saya hargai kehidupan ini.
Irwan Dahnil dilahirkan pada Mac 1976 dan berasal dari Selayang, Selangor. Ketika ini baru sahaja menyelesaikan pengajian Sarjana Teknokeusahawanan. Mempunyai minat mendalam dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, membuatkan beliau tidak memilih makan gaji untuk menentukan hala tuju hidupnya dengan menjalankan perniagaan selepas bergelar graduan Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Beliau telah berkecimpung dalam keusahawanan sejak 1999 khususnya dalam bidang berkaitan teknologi. Irwan Dahnil mempunyai minat dalam perancangan strategik perniagaan, daya inovasi, mencipta nilai dan memberikan nilai tambah dalam perniagaan.
“You dont have to spend big to looks good! “
Berbeza dengan perniagaan perkhidmatan profesional yang secara konvensional membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk penampilan imej perniagaan, beliau menciptakan budaya kerja beliau sendiri yang membolehkan perniagaan profesional dilakukan dalam keadaan yang santai, boleh dilakukan dari rumah, di mana-mana dan yang penting adalah sentiasa untuk bersama dengan keluarga. Beliau menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi untuk mengautomasikan perniagaan, merendahkan kos perniagaan dan meningkatkan keberkesanan produktiviti.
Bagi beliau perniagaan tidak hanya perlu kelihatan baik di luaran sahaja. Sejak setahun yang lalu, beliau telah ‘memindahkan’ lebih separuh dari operasi syarikatnya di pejabat ke rumah kerana percaya perniagaan yang berjaya akan diukur melalui pencapaian dan keberkesanan dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cara yang terbaik, beroritentasikan objektif dan tidak semata-mata bergantung kepada imej dan ruang pejabat yang cantik dan mahal sahaja. Dengan mengawal operasi perniagaan menggunakan teknologi seperti internet dan SMS, perniagaan beliau menjadi semakin fleksible, boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa.
Bagi beliau, keupayaan perniagaan untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan dengan berkesan yang memenuhi skala kepuasan pelanggan adalah paling penting. Kebanyakan pelanggan ‘tidak mahu tahu’ bagaimana operasi perniagaan dijalankan, tetapi memberi markah dan penilaian terhadap kualiti perkhidmatan yang diterima. Bagi beliau, suasana yang separa formal mengurangkan stress, menjadikan perniagaan tidak perlu mahal untuk kelihatan bagus! 
Perniagaan bukan satu bidang yang dipaksa-paksa atau berorientasikan kewangan semata-mata. Beliau percaya bahawa perniagaan hendaklah dilakukan dengan rasa seronok kerana dengan keseronokan tersebut akan secara tidak langsung menyediakan platform untuk menjana pendapatan. Kebanyakan orang mengorbankan masa dengan keluarga semata-mata untuk mencapai kejayaan perniagaan tetapi bagi beliau permata kebahagian bukannya bergantung semata-mata kepada berapa besar perniagaan yang dicapai, tetapi juga boleh nilai kehidupan yang lebih baik diutamakan dengan pencapaian dan juga masa yang dihabiskan dengan keluarga.
Irwan Dahnil yang disebut sebagai guru perniagaan SMS Malaysia, merupakan penulis buku “Buat Duit Dengan SMS”, buku berbahasa Malaysia yang pertama yang mendedahkan mengenai potensi perniagaan SMS. Bagi beliau dengan bekerjasama dengan mereka yang telah berjaya, dapat mempercepatkan proses pembangunan sesuatu perniagaan dalam situasi ‘menang-menang’.
Untuk mengembangkan kaedah pemasaran yang paling pantas yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini, beliau sering mengadakan seminar dan juga bengkel bagi memberi pendedahan dan ‘awareness’ kepada usahawan dan pemilik perniagaan. Sasaran beliau supaya lebih ramai yang akan berkecimpung dalam bidang perniagaan, yang hasilnya akan dilihat dari segi sumbangan usahawan dalam pembangunan ekonomi masyarakat.
Telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Anda boleh menghubungi beliau di laman hubungi Irwan.
” You see things and you say ‘Why?’, But I dream things that never were; and I say ‘Why Not?’”
















Teruskan usaha anda anak muda… InsyaAllah anda akan jadi Jutawan… Anda hidup… Anda Berani… Anda Pasti Berjaya…
Hidup irwan… hehe…
Teruskan usaha sehingga berjaya dan selamanya…
Satu masa nanti saya pasti akan mencuba sistem perniagaan sms ini… sangat menguntungkan.
Good..sama cita2 mcm sy.. IT technopreneur..
assalammualaikum.
firstly..saya nk ucap tahniah..
saya teringin bertukar-tukar pendapat dan bekerjasama dengan saudara.
menarik..teruskan usaha..
Tahniah, saya percaya kejayaan milik anda. ICT akan menambah pendapatan anda.
do contact me if you wanna have some business courses. MDeC offers few business coaching courses, funding and etc. with the right mindset, passion and good product I’m sure you can go far.
irwandahnil : tq for ur time and advice during the presentation session. I will get in touch with u@MDeC very soon.
tahniah, dah jadi usahawan dan penulis buku sekarang.. Semoga sukses dalam bidang yg di ceburi..
I’ve read the books, introduced by saifulsham. Well, my first impression..
Good! keep up the hard work!
before this, i stick with my personal point of view,
i cant see any chance of sms business success..
well, at least, you’ve proved it to me.
im impressed with you.
hanif rahman
SealServer.com
bayam > Tq.. lama tak dengar cerita.
hanif > all the best with your hosting business
hi bro, browsing for template paperwork n found ur page. nice page.
who is irwan anyway? tepek la pic sini.. hehehe…
all the best bro..
xoxo
arep
arep > nak tepek macam mana lagi ?
kurang periksa…
Salam,
Laman web saudara antara yang terbaik saya jumpa di dalam pencarian maklumat keusahawan di dalam bahasa Melayu. Teruskan usaha murni untuk membantu anak bangsa…
Syiqin
assalamualaikum..
congratulation !!! “happy graduation”..
ur JR. (MOST4) (”,) ..
assalamualaikum..
firstly, miz nak ucapkan Tahniah !!! “happy graduation”..
ur JR. (MOST4) (”,) ..
Syiqin > Hope it will benefits other also
miz > tq for visiting. Hope u will graduate too
Good to see you succeeding my friend..
Tahniah ler….aku baru jer nak berkecimpung dalam benda-benda camni
harap boleh bantu lepas nie..(kenal lagi tak)
Abg.Mus_16Gombak > Tak kenal la .. from Irwan SMSB
Memang caya lah kat sikumbang sorg nie…tup..tap…tup..tap dah berjaya…
Irwan Dahnil SiKumbang.
GOOD 4U is GOOD for us as Enterpreneur. SUCCESS of U is a SUCCESS of us as MALAY’s Bussiness. CONGRATs 4 your FUTURE UNDERTAKINGS!!!
Shah > Hope to meet you one day, insyallah… Nak tengok juga apa dah jadi dengan anak generasi MRSM Kuantan
Intan > Shhh!! Macam kenal je kan
Salam..saya ingin belajar dengan tuan.Nak ikut langkah menjadi JUTAWAN muda seperti tuan
Hariri
Sesiapa yang sedang online sila tengok website aku dan minta irwan beri komen http://www.usana-one.com
Saya adalah bekas pelajar Institut TeknologiTun Abdul Razak, Kuala Lumpur ( Diploma Teknologi Maklumat ) dari tahun 2001 sehingga 2004. Kalau tidak silap saya, abang Irwan ni pernah buka “cyber cafe” dekat / depan ITTAR kan?… Kalau saya tersilap, maaflah…
Kalau betul…tahniahlah saya ucapkan…sebab pada masa saya study di ITTAR, belum ada lagi usahawan Melayu yang buka cc di sekitar ITTAR… cara abang menjalankan bisnes dan layanan yang diberikan kepada pelanggan amat memuaskan.
Apabila saya terlihat wajah abang dengan buku pertama tu, saya rasa terperanjat serta teruja kerana kagum dengan peningkatan yang telah ditunjukkan oleh abang. Saya yakin dengan apa yang abang usahakan ketika ini, ditambah lagi dengan segala pengalaman yang diperolehi selama ini, abang akan berjaya.
Yang paling penting, apabila duit dah “ramai” , berzakat dan bersedekahlah pada kadar yang sepatutnya agar pendapatan abang itu berterusan berkatnya… AMIN….
Hariri > Teruskan usaha!
Zaki > Ye saya lah tu… Saya pun masih ingat Zaki yang mana satu..
All the best dalam perniagaan Zaki!
Assalamualaikum….
Harap abang Wan cuba-cubalah tengok peluang untuk diadakan kursus motivasi keusahawanan dan bisnes yang berkaitan di sekitar Melaka atau Negeri Sembilan ( terutamanya di Tampin ). Jika pihak abang ada kesempatan untuk berbuat demikian dan saya pula ada kelapangan untuk menyertainya, dapatlah kita berbual secara peribadi…
—————————————————-
Laman weBlog peribadi : http://smskey.blogspot.com
Laman weBlog bisnes : http://ictniaga.blogspot.com
Zaki > Insyallah.. tengok lah nanti di masa hadapan kalau ada peluang dan masa yang sesuai….
En Irwan, anda sememangnya seorang JUARA. Bantulah mereka yang memerlukan. Terima kasih
Seorang JUARA…
Zaiful > Juara ada dalam setiap manusia. Celik kan mata, buka kan telinga, insyallah every person akan discover nilai juara dalam diri
Salam Usahawan!
Assalamualaikum….
Salam Aidiladha, salam usahawan dan selamat tahun baru 2008 kepada abang Wan. Semoga bisnes abang Wan dan para usahawan Melayu yang lain terus mantap dan mencapai tahap kejayaan yang tinggi agar matlamat untuk meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu tercapai. Hapuskan persepsi negatif terhadap bangsa Melayu dalam perniagaan. Melayu perlu bersatu dalam segala perkara yang baik. Ayuh…! bangkitlah bangsa Melayu, kita tidak ada masa lagi untuk bertelingkah sesama sendiri…
Ambil iktibar dari rangkap lagu “Samseng” yang dinyanyikan oleh kumpulan AHLI FIKIR :
“APA GUNA NEGARA KITA MAJU,
SEDANGKAN BANGSA KITA BUKAN NOMBOR SATU….!”
Salam
Macam kenal aje
Kepada Ali Adon atau sesiapa yang ingin mengenalpasti siapa saya, manalah tahu kalau-kalau kita pernah kenal antara satu sama lain…, lawati blog saya di : http://smskey.blogspot.com
ya saudara irwan, saya sungguh bangga dengan projek sms yang saudara jalankan. projek sms macam ni lagi bagus dan memberi banyak faedah pada orang ramai. semoga konsep sms maklumat yang saudara jalankan akan bertambah maju. tq.
assalamualaikum…
Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang perkembangan bidang keusahawanan di Melaka kepada anda semua…
Jika segalanya berjalan lancar, perasmian Kelab Usahawan GiatMARA Melaka ( KUGM ) akan dilancarkan pada 01.05.2008 bertempat di Hotel Sri Impiana, Jasin, Melaka pada pukul 3.00 ptg sehingga 6.00 ptg.
Kelab ini terdiri daripada bekas pelatih GIATMARA negeri Melaka yang telah mempunyai syarikat dan aktif menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang.
Sasaran KUG ialah menjalankan projek atau kerja-kerja penyelenggaraan serta perkhidmatan untuk organisasi berkaitan MARA dan individu serta organisasi Melayu / bumiputera. Jika dilihat oleh pihak penilaian KUG, kebanyakkan organisasi berkaitan MARA menggunakan perkhidmatan seperti servis penghawa dingin, servis komputer atau jahitan pakaian dari pihak luar mahupun bangsa asing.
Ini ternyata merugikan para pelatih dari GIATMARA yang telah menjalankan perniagaan kerana kebanyakkan dari tugasan atau projek tersebut mampu dilaksanakan oleh mereka sendiri kerana semasa di GIATMARA, mereka telah dilatih dengan kursus kemahiran yang releven dengan kehendak pasaran semasa.
Oleh itu diharap semua pihak lain terutamanya bangsa Melayu sendiri menyokong dan memberi galakkan serta bantuan sewajarnya kepada KUG kerana kebanyakkan dari ahli kelab adalah usahawan muda dan baru dalam dunia keusahawanan.
Laman blog iaitu http://kugmelaka.blogspot.com sedang dibangunkan untuk menyalurkan maklumat pada umum mengenai para usahawan di dalam kelab ini.
Assalamualaikum…
Saya ingin meminta komen @ pandangan abang Wan tentang bisnes Mobile Income yang selalu keluar di surat khabar Harian Metro dan iklan di tv3…
Salah satu produk mereka ialah sistem sms ( sms tool’s ). Abang Wan juga pernah menyatakan ada sistem-sistem sms yang boleh didapati secara percuma.. boleh tak abang Wan memberitahu saya apakah sistem itu dan di manakah saya boleh mendapatkannya?
Saya juga menjemput abang Wan dan rakan-rakan kain untuk melawati blog saya dan memberi komen yang membangun “jiwa & minda”. Saya perlukan sokongan rakan-rakan semua….
Irwan, abang mus pun takkan dah tak kenal kot? abang mus satu batch ngan fedli, ajak,..hehe..aku kenal lagi tak?PL aku dulu Azam, pastu aku masuk mrsm kuantan (93/94), pastu kita tak jumpa dah…tak buat re-union ngan bebudak 16 gombak ker?
Ali Adon > Kenal lagi ye ?
ali > terima kasih
Zaki > Nanti saya bantu ceritakan tentang Mobile income.. panjang ceritanya. Mengenai sistem2 tu, saya berikan percuma, tapi saya terpaksa mengawal penggunaannya takut disalah gunakan
Azman Makmor > Apa khabar sahabat ? Kenal dengan Abg Mus tu.. tapi dah lama tak jumpa. Bagus dengar Azman juga dah berjaya juga.. Belum ada peluang nak join reunion 16 Gombak. Insyallah kalau ada nanti reunion, contact2 lah
hai,i baru join this forum….well u all leh tunjuk ajar pd org muda mcm i.bagaimana utk majukan diri n belajar tentang usahawan.
join this forum utk mintak pendapat n curi pengalaman org yg dah lama aktif pd busines…….buka website nie utk org bumiputra utk menambah pendapatan setiap bulan.www.etikaemas.com lebih lajut call me farra.tq